You are on page 1of 7

Definisi Didik Hibur

Kamus Dewan (2000)


Didik didefinisikan sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar

Hibur didefinisikan sebagai menggembirakan atau meriangkan.

Oleh itu, didik hibur dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur
seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara
sistematik dan terancang.
Nyanyian

Empat Komponen
Puisi Lakonan
Asas Didik Hibur

Penceritaan
KEPENTINGAN
DIDIK HIBUR
MEWUJUDKAN PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN

• Pengajaran dan pembelajaran berunsurkan didik hibur mestilah


memiliki beberapa ciri-ciri tertentu.
• Antaranya sesi pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah
bersifat menyeronokkan di mana terkandung unsur kelakar,
kecindan, unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan lain-lain.
• Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan
ketakutan murid terhadap guru.
KEPELBAGAIAN PENYELESAIAN
MASALAH
• Selain itu, antara ciri pengajaran dan pembelajaran didik hibur ialah cenderung
kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan
yang tidak mempunyai unsur kalah atau menang, tiada ganjaran mahupun
dendaan sebaliknya lebih menjurus kepada aktiviti berbahasa.

• Didik hibur yang dipilih dalam sesuatu aktiviti hendaklah lebih berfokus kepada
aktiviti berkumpulan atau berpasangan kerana akan mewujudkan semangat kerja
berpasukan, toleransi dan kerjasama.
MEDIUM KOMUNIKASI
• Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa badan.

• Bahasa badan merujuk kepada bahasa gerak di mana ia merupakan sebahagian


daripada proses komunikasi dan berperanan menggambarkan sebarang reaksi
dalam menunjukkan sesuatu aktiviti sama ada positif mahupun negatif.

• Bahasa badan melibatkan apa jua anggota badan misalnya mata, kening, tangan,
lengan dan bibir.
MENINGKATKAN FOKUS MURID
• Didik hibur dapat dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu
mata pelajaran dengan memberi fokus kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan
sesuatu situasi.

• Penyerapan merujuk kepada proses menyerapkan pelbagai disiplin ilmu, nilai murni dan
kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran (KPM,
2001).

• Didik hibur merupakan penyerapan pelbagai ilmu dan tema. Dalam konteks didik hibur proses
penyerapan merupakan proses menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek di sekolah.

You might also like