You are on page 1of 12

ASAS PENDIDIKAN KOMPUTER

GGGE 6353

PENSYARAH
EN. MD YUSOF BIN DAUD

PELAJAR
AMELYATE BINTI NAMAT
GP07086

TUGASAN INDIVIDU :

REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 :


KONSEP, ISU DAN CABARAN DALAM
PENDIDIKAN
REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0: KONSEP, ISU DAN CABARAN DALAM DUNIA
PENDIDIKAN

PENGENALAN

Perkembangan Revolusi Perindustrian

Revolusi perindustrian bermula di Great Britain yang diperkenalkan oleh ahli


sejarah terkenal oleh Arnold Tonybee yang bermula pada tahun 1988 sehingga 1975.
Revolusi perindustrian ini merupakan satu fenomena yang berlaku disebabkan
daripada perkembangan perdagangan dan kebangkitan perniagaan. Menurut “Kamus
Dewan Edisi Keempat” yang diterbitakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
mengistilahkan revolusi sebagai perubahan yang menyeluruh, mendadak, terutamanya
dari aspek berfikir, bertindak dan sebagainya. Revolusi perindustrian membawa
perubahan secara global dalam setiap aspek kehidupan seharian. Gelombang revolusi
perindustrian ini telah berlaku sebanyak tiga kali yang dinamakan sebagai Revolusi
Perindustrian 1.0, 2.0, 3.0 dan kini berkembang sehingga revolusi perindustrian 4.0.

Revolusi perindustrian 1.0


Revolusi industri yang pertama menggunakan tenaga daripada punca air dan
teknologi wap yang secara tidak langsung telah membawa kepada kemunculan industri
buatan secara mekanikal khususnya sistem pengangkutan selain daripada jentera-
jentera lain. Mesin-mesin yang menggunakan kuasa enjin wap telah memudahkan
pekerjaan manusia serta membantu dalam peningkatan produktiviti. Sumber kuasa
enjin wap ini berasal daripada proses pembakaran arang batu. Melalui teknologi arang
batu, pengeluaran tekstil telah meningkat secara mendadak sehingga di seluruh Eropah
dan Amerika Utara.

Revolusi Perindustrian 2.0


Bermula pada 1870 hingga 1940, revolusi perindustrian telah berkembang
kepada revolusi perindustrian 2.0 dengan perkembangan gelombang revolusi
penggunaan elektrik yang telah menggalakkan beberapa penciptaan kereta termasuklah
penciptaan baharu seperti pemancar gelombang radio dan telefon. Namun begitu ,
kegagalan dalam menyeimbangkan kualiti hidup yang sejagat dalam aspek teknologi
dapat dilihat dengan ketara khususnya penduduk luar bandar yang ketiadaan bekalan
elektrik.

Revolusi Perindustrian 3.0


Kemunculan industri digital yang juga dikenali sebagai era digital telah
membawa kepada penggunaan internet telah berlaku dalam tempoh garis masa 1940
sehingga kini. Pada era ini, komputer dan internet telah muncul dan perkembangan
teknologi komunikasi mencipta ‘data’ yang menjadi platform yang penting dalam sistem
digital dan teknologi perkomputeran. Seterusnya, perkembangan teknologi digital telah
mempelopori konsep automasi robot iaitu penciptaan robot dan sistem automasi yang
lain.

KONSEP
Revolusi Perindustrian 4.0

Rajah 1 : Perkembangan revolusi perindustrian


Rajah 1 di atas menunjukkan gelombang revolusi perindustrian yang telah
beralih kepada era siber fizikal iaitu lebih menumpukan kepada bidang sains komputer
termasuklah kejuruteraan perkomputeran. Profesor Klaus Schawab iaitu Pengasas dan
Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia menyatakan melalui sebuah buku yang
diterbitkan oleh beliau iaitu Revolusi Perindustrian 4.0 bahawa revolusi ini berbeza
dari ciri kemajuan teknologi jika dibandingkan dengan revolusi perindustrian yang lain.
Revolusi 4.0 ini menggabungkan dunia biologikal, fizikal dan digital untuk penciptaan
pelbagai mesin yang berteknologi baru yang memberikan impak kepada disiplin,
ekonomi dan industri. Revolusi perindustrian 4.0 adalah berkenaan mesin yang
menghantar, menerima dan bertindak mengikut arahan. Revolusi ini akan
disambungkan kepada sistem pengacaraan setempat melalui rangkaian komunikasi
yang membolehkan ia berinteraksi dengan mesin-mesin lain termasuk manusia bagi
proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang cekap.
Perkembangan perindustrian ini menghasilkan robot-robot berteknologi
yang menggantikan era digital yang mengawal mesin dan kemungkinan besar dengan
kehadiran revolusi perindustrian 4.0 ini boleh menggantikan tenaga manusia sebagai
pekerja dalam sektor perkilangan mahupun perindustrian dengan penciptaan robot
seterusnya dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang
dapat mengubah masa depan dalam dunia pekerjaan secara signifikan. Ketua Pegawai
Eksekutif KnowledgeCom Corporation Sdn Bhd iaitu ST, Rubaneswaran menyatakan
bahawa industri Malaysia masih lagi berada dalam era industri 2.0 yang hanya
berasaskan khidmat tenaga buruh dan sekiranya revolusi ini masih gagal dianjakkan
kepada industri 4.0, maka kita akan ketinggalan zaman dan hanyut dibawa arus
perubahan. Laporan World Economic Forum (WWE) telah mendedahkan bahawa
teknologi robot akan menggantikan sebanyak lima juta tenaga kerja menjelang 2020.
Manakala, manusia sebagai sumber tenaga kerja bakal digantikan oleh teknologi nano
termasuklah mesin dan Internet of Things (IoT).
Terdapat sembilan bidang tonggak yang mendominasikan perindustrian 4.0
termasuklah (Autonomous Robot), Automation Robot (Robot Automasi) ,
Stimulation (Stimulasi), (System Integration), Integrasi Sistem, Internet of Things
(Internet Pelbagai Benda), Cyber Security (Keselamatan Siber), Cloud Computing
(Penyimpanan Awan), Additive Manufacturing (Pembuatan Aditif), Big Data dan
Augmented Reality. Bidang-bidang dominan terhadap industri 4.0 ini lebih tertumpu
kearah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau singkatan dikenali
sebagai STEM. Revolusi perindustrian 4.0 telah membuat perubahan ketara dalam
sektor perbankan iaitu mengurangkan bilangan sumber tenaga kerja manusia
kerana semakin banyak cawangan perbankan mengalami penstrukturan. Industri
4.0 telah mencipta teknologi perbankan elektronik yang kini menjadi tarikan utama
kepada manusia dan secara tidak langsung mengurangkan interaksi antara pekerja
dan pelanggan di kaunter. Terdapat pelbagai inisiatif lain berhubung industri 4.0
yang dijalankan oleh kerajaan demi menjamin negara lebih berdaya saing di
peringkat serantau dan secara global dalam dunia perdagangan.

Inisiatif Kerajaan Berhubung Industri 4.0


Pihak kerajaan telah menjalankan beberapa inisiatif berhubung 4.0 bagi
memastikan negara mempunyai rantaian nilai yang strategik dan kuat dalam dunia
perdagangan yang melibatkan pengkalan perkilangan. Penggunaan teknologi dalam
perdagangan menjadikan negara berkualiti tinggi dan setanding dengan negara yang
telah mencapai modenisasi. Perkembangan arena digital dan internet yang
menyumbang kepada peningkatan dalam pendapatan ekonomi negara telah berjaya
mengisytiharkan bahawa tahun 2017 merupakan “Tahun Ekonomi Internet”.
Strategi telah dilaksanakan sebagai pemangkin dalam perlaksanaan “Tahun
Eknonomi Internet” antaranya rangka kerja kawal aturan, pembiayaan modal risiko,
mikrokosma fizikal, perhubungan dan bakat. Hasil daripada komitmen berterusan
oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berjaya menyumbang sebanyak
17.8% kepada KDNK pada tahun 2015 dan kejayaan ini memberi sinar harapan
untuk negara merealisasikan sasaran sebanyak 18.2% seperti yang ditetapkan
untuk tahun 2020.
Inisiatif kedua yang telah dilaksanakan oleh kerajaan berhubung industri 4.0
ialah penubuhan Digital Free Trade Zone (DFTZ) yang diterajui oleh MDEC. Digital
free trade zone merupakan inisiatif untuk memanfaatkan perkembangan dan
pertumbuhan ekonomi internet termasuklah aktiviti-aktiviti perniagaan tempatan
untuk mengeksport barangan keluaran mereka menerusi e-dagang. DFTZ memberi
manfaat kepada pengeluar Malaysia yang berhasrat ingin mengeksport dengan
kemudahan perkhidmatan online dan digital. Penambahan perkhidmatan online dan
digital melancarkan proses e-dagang antarabangsa seterusnya meningkatkan
inovasi yang berteraskan internet. Bukan itu sahaja, DFTZ menyumbang kepada
ekonomi Malaysia pada masa hadapan memandangkan prestasi jualan alibaba.com
melonjak naik.
Manakala inisiatif yang ketiga ialah Internet of things atau lebih mudah dikenali
sebagai IoT. IoT merupakan pelan hala tuju strategik kebangsaan yang diterajui oleh
MIMOS. Menjelang 2020, Sebanyak RM9.5 bilion telah disumbangkan oleh IoT
kepada pendapatan negara kasar. Pada dasarnya, IoT merujuk kepada peralihan
kepada peranti tersambung pintar yang memudahkan interaksi antara manusia
dengan persekitaran rumah, tempat kerja dan di mana jua berada atau diistilahkan
sebagai sebuah gagasan yang membolehkan semua benda di dunia nyata dapat
berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Komunikasi ini sebagai bahagian dari
satu kesatuan sistem yang padu dan menggunakan jaringan internet sebagai
penghubung. Sistem operasi pada peringkat IoT ini sering disebut sebagai Embeded
operating system atau embedded software. Sistem operasi ini termasuklah proses
menerima data, memproses dan menghasilkan pengeluaran secara terus menerus.

Program Out Reach


Program Out Reach telah diimplementasikan oleh Kementerian Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri (MITI) kepada pihak-pihak yang berperanan besar dan
berkepentingan dalam industri 4.0. Antara pemain industri 4.0 di negara ini adalah
lebih berfokus kepada pihak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi
menggerakkan rantaian nilai global dengan mengaplikasikan proses pengeluaran
pintar. PKS perlu lebih berteraskan teknologi untuk meningkatkan produktiviti,
berdaya tahan dan penghasilan produk yang pelbagai dengan pertumbuhan yang
inklusif. Kerajaan telah memperuntukkan pelbagai insentif untuk memudahkan dan
membantu pemain industri utama PKS seperti menjadikan Malaysia Industrial
Development Finance Bhd (MIDF) untuk membantu PKS dalam menghadapi
gelombang Revolusi Perindustrian 4.0 dengan meluluskan sejumlah RM2.1 bilion di
bawah Skim Pinjaman Mudah bagi Automasi dan Modenisasi (SLSAM).

Aplikasi Revolusi Industri 4.0 Dalam Sistem Pendidikan


Pendidikan 4.0 (Education 4.0) adalah istilah umum yang digunakan oleh para
ahli teori pendidikan untuk menggambarkan pelbagai cara bagi mengintegasikan
teknologi siber ke dalam dunia pembelajaran. Pelajar perlu mengadaptasikan
teknologi siber sebagai saluran pembelajaran di era industri 4.0 ini. Menurut Jeff
Borden, Pendidikan 4.0 merupakan lompatan atau perubahan revolusi daripada
Pendidikan 3.0 yang merangkumi dan lebih menumpukan kepada dunia neurosains,
psikologi kognitif dan teknologi pendidikan yang menggunakan teknologi mudah
alih berasaskan digital dan web termasuk aplikasi, perkakasan dan perisian serta
elemen-elemen yang berhubung kait dengan dunia teknologi. Pendidikan 4.0 adalah
fenomena yang memenuhi keperluan revolusi industri 4.0 di mana manusia akan
menggunakan teknologi mesin untuk mencari penyelesaian, menyelesaikan masalah
dan semestinya menemukan serta mencipta inovasi baru. Sejajar dengan revolusi
industri 4.0 serta merta telah mengembangkan sistem pendidikan di Malaysia
seperti kemudahan pembelajaran secara talian atau online yang memudahkan
pembelajaran mahasiswa di institut pengajian tinggi terutama bagi pendidikan jarak
jauh. Namun begitu, pelajar harus bersiap sedia untuk menghadapi revolusi industri
4.0 yang mendedahkan cabaran-cabaran tertentu bagi memastikan mereka boleh
maju kehadapan selaras dengan sistem pendidikan 4.0.

ISU DAN CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN


DI MALAYSIA

Mahasiswa abad ke-21 seharusnya memperkukuh dan bersedia menghadapi


cabaran Industri 4.0 atau dikenali sebagai Revolusi Perindustrian Keempat sebagai
persiapan menjadi modal insan yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Forum
Ekonomi Dunia (WEF) telah menyatakan betapa pentingnya penguasaan elemen 4C
yang dikenali sebagai Critical Thinking & Problem Solving, Communication,
Collaboration dan Creativity dalam kalangan semua pelajar pada semua peringkat
pengajian, termasuk peringkat pengajian tinggi. Dasar Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam sistem
pendidikan peringkat sekolah untuk diterapkan dalam Pengajian dan Pembelajaran
agar murid berupaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan mencipta sesuatu. Antara cabaran yang perlu
dipertimbangkan oleh pelajar universiti ialah :

Mempertingkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah kompleks


Masalah kompleks boleh diistilahkan sebagai rumusan untuk sembilan teras
industri 4.0 yang diukur menerusi kelebaran julat konflik yang terlibat. Bukan itu
sahaja, masalah yang kompleks juga dapat diukur melalui keperluan mematuhi
piawaian ditetapkan, kehendak pengguna dan pemegang taruh pelbagai
termasuklah penyelesaian terhadap pelbagai aspek seperti ekonomi, persekitaran,
sosial, politik, etika, kesihatan dan kelestarian. Menurut (Stein & Lane, 1996) “ Jika
inginkan pelajar yang berpotensi untuk berfikir dan mampu menyelesaikan
masalah, kita perlu mula menyediakan tugasan-tugasan yang kompleks yang
berkognitif tinggi.” Kebolehleturan kognitif dalam kalangan siswa amat diperlukan
untuk memastikan siswa dapat menangani masalah kompleks secara agresif dan
holistik.

Mempertingkatkan Kemahiran Komunikasi Lisan dan Bertulis

Kajian daripada pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi mendapati


bahawa kemahiran dalam komunikasi merupakan peranan yang sangat penting
dalam kehidupan manusia. Menurut Dr. Mohd Fadzilah dan Ahmad Naim (2006),
kepetahan bercakap adalah suatu bakat yang tersendiri namun kemahiran
berkomunikasi merupakan sesuatu kemahiran yang perlu dipelajari. Keupayaan
berkomunikasi secara efisyen sama ada secara lisan mahupun bertulis merupakan
nadi utama dalam memastikan kualiti dari aspek kerja berpasukan, kepimpinan
termasuklah proses penyelesaian masalah. Sekiranya mahasiswa mempunyai
kesukaran dalam berkomunikasi lisan dan bertulis, maka terjunamlah produktiviti
organisasi dan timbul konflik yang kritikal melibatkan salah faham antara beberapa
pihak. Selain daripada teknologi yang diperlukan dalam era industri 4.0,
penggunaan Bahasa Inggeris dengan fasih dalam komunikasi juga merupakan
inisiatif atau resepi untuk membawa mahasiswa dan mahasiswi berdiri megah
searus dengan arena globalisasi pada industri 4.0 ini. Menurut kajian Sarwari et al.
(2016), kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tempatan
dan antarabangsa serta perbezaan sebutan dan fahaman linguistik member kesan
negatif terhadap proses interaksi di antara mereka yang seterusnya menjejaskan
kerjasama mereka sebagai satu pasukan. Justeru, penguasaan Bahasa Inggeris yang
baik merupakan satu kelebihan kepada pelajar terutama pelajar institut pendidikan
tinggi untuk membina hubungan baik dengan berkomunikasi dan berinteraksi
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai penentu kejayaan sesebuah organisasi.

Manfaatkan peluang dan sentiasa kreatif


Melonjak kearah industri 4.0, pelajar institut pendidikan tinggi perlu sentiasa
merebut peluang dan berani dalam mengemukakan cadangan kerana era industri
4.0 merupakan era yang luas dengan peluang pekerjaan. Francisco Marmolejo yang
merupakan Ketua Pakar Pendidikan Bank Dunia juga menyatakan bahawa sistem
pendidikan tinggi akan menerima kesan atau impak daripada perubahan revolusi
industri 4.0 dan Malaysia perlu menyediakan institut pendidikan tinggi yang bersiap
sedia berdepan dengan cabaran industri 4.0. Persiapan yang lengkap termasuklah
menghasilkan institut pendidikan tinggi yang fleksibel dapat memastikan semua
peringkat masyarakat tidak ketinggalan daripada era globalisasi dan digital kerana
pasaran kerja pada 30 tahun akan datang bakal diterajui dan didominasikan oleh
tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis
dalam berhadapan situasi kompleks. Kreativiti adalah suatu ciri yang membolehkan
seseorang melalui penyelesaian masalah dengan mudah kerana kekreatifan adalah
berkenaan dengan melakukan sesuatu yang unik dan menyimpang dari norma
(Burkšaitienė, Šliogerienė dan Oleškevičienė 2017) dan berkait dengan kelakuan
sesuatu dari luar kotak.

Tingkatkan sifat kepimpinan dan ahli pasukan


Sebagai mahasiswa yang akan menuju cabaran industri 4.0, mereka perlu
memperkukuhkan sifat-sifat kepimpinan mahupun hanya sebagai ahli pasukan
untuk mewujudkan kerja berpasukan yang berjaya. Sifat-sifat kepimpinan dapat
dipupuk dan diwujudkan dalam kalangan pelajar melalui penglibatan mereka dalam
kegiatan kokurikulum termasuklah badan beruniform yang ditawarkan di university
awam mahupun swasta. Menurut Walker (2003), penglibatan dalam badan
beruniform merupakan salah satu cara bagi membangunkan kemahiran memimpin
dalam diri setiap pelajar yang mana mendorong pelajar menonjolkan bakat dan
seterusnya meningkatkan potensi diri melalui pembelajaran kokurikulum.
Kerjasama dalam pasukan yang melibatkan ketua dan ahli pasukan amat penting
dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks melalui perbincangan
yangsepakat bagi tujuan memperoleh hasil dan matlamat dengan sebulat suara.
Pemimpin atau ketua pasukan juga perlu mempunyai kecekapan dalam
mengendailkan sesuatu perkara dan mahir dalam memahami pelbagai situasi.
Justeru, kemahiran dalam berkomunikasi, memotivasikan ahli pasukan dan
menyumbang kepada penyelesaian masalah serta member tunjuk ajar kepada orang
lain perlu ada dalam diri setiap orang. (Abdul Rashid et al. 2008).
Tingkatkan kecerdasan emosi
Kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan seseorang memahami emosi
sendiri, bijak memotivasikan diri, mahir dalam mengendalikan hubungan
silaturahim dengan orang atau pihak lain, bersikap empati, dan berkebolehan
mengawal emosi dalam kehidupan seharian. Sekiranya pelajar mengaplikasikan
kecerdasan emosi dalam kehidupan mereka, semestinya pelajar tidak mempunyai
masalah dalam memartabatkan diri mereka secara global di mata masyarakat
walaupun didatangi pelbagai cabaran era industri 4.0.

Guru Kurang Mahir Dengan Penggunaan Komputer


Kemudahan teknologi seperti komputer dan jalur lebar dapat meningkatkan
keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam bidang sains dan teknologi. Hal
ini demikian kerana bahan sains dan teknologi lebih tetumpu kepada
menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk
mewujudkan persekitaran yang baru disamping kaya dengan input. Bahan-bahan
sains tersebut boleh diperolehi tanpa terhad menerusi jalur lebar (internet) dengan
kemudahan komputer. Walau bagaimanapun, permasalahan dalam perlaksanaan
sains dan teknologi disebabkan oleh kekangan yang dihadapi oleh guru dalam
menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak mahir
dalam mengendalikan pembelajaran yang menggunakan komputer disebabkan
kekurangan latihan atau kursus mengenai komputer. Selain itu, guru juga berdepan
dengan masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana tidak mempunyai
masa yang mencukupi untuk menyediakan bahan mengajar. Jika guru itu sendiri
yang kurang mahir, bagaimana untuk mengajar dan membimbing pelajar dalam
menggunakan dan mengakses maklumat melalui ICT. Kurangnya kemahiran dalam
menggunakan komputer dan teknologi ICT ini menyumbang kepada faktor
berlakunya jurang digital dan ICT.

Kurang Kemudahan Prasarana ICT Di Sekolah Luar Bandar


Pembekalan komputer yang tidak mencukupi di sekolah luar bandar menjadi
kekangan untuk pelajar di luar bandar celik ilmu ICT dan membantut perkembangan
pelajar. Walaupun Kementerian Pelajaran telah memberi peruntukan yang banyak
bagi memastikan sekolah-sekolah luar bandar mempunyai prasarana yang lengkap
untuk menjalankan sesi pembelajaran menerusi penggunaan ICT, namun masalah
masih tidak dapat diatasi berhubung faktor masalah capaian internet atau jalur
lebar di kawasan luar bandar. Hal ini kerana kawasan luar bandar mempunyai
capaian internet yang agak rendah dan perlahan dan menyebabkan
ketidakseimbangan dalam pencarian sumber tambahan untuk pembelajaran bagi
mereka yang berada di kawasan luar bandar.

KESIMPULAN
Kebanyakan industri di Malaysia masih berada dalam Industri 2.0 yang
berasaskan buruh dan harus meningkatkan tahap untuk capai ke peringkat industri
4.0. Melalui revolusi perindustrian 4.0 dapat mewujudkan pasaran yang lebih
fleksibel dan berorientasi pelanggan akan membantu memenuhi keperluan
penduduk secara cepat dan lancar. Bukan itu sahaja, penerapan teknologi 4.0
mendorong penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti keselamatan IT dan
member kesan kepada pendidikan khususnya serta menggalakan pengoptimuman
pengeluaran dalam industri perkilangan high-end seperti industri semi-konduktor
yang boleh membawa kepada masa pengeluaran hampir sifar. Manakala bagi dunia
pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merupakan induk kepada pelajar
yang begitu proaktif dengan melaksanakan pelbagai strategi kearah menyediakan
pendidikan yang bertaraf tinggi selaras dengan revolusi perindustrian 4.0.
Persediaan yang rapi daripada pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam
mahupun swasta dapat memastikan anak-anak universiti tidak mati langkah untuk
bersilat dengan cabaran industri 4.0 dalam dunia pendidikan. Dunia yang kompleks
hanya dapat ditawan dengan melahirkan dan memiliki aset negara yang penting
iaitu generasi masa depan yang penuh dengan ilmu dan akhlak yang maju
kehadapan. Justeru, Malaysia harus memperkasakan dan membangunkan
pendidikan relevan dan selaran dengan revolusi perindustrian 4.0.
RUJUKAN
Jurnal
1. Abdul Rashid Moahemd, Abdul Ghani Kanesanm Abdullah and Shuki Osman.
2008. Culture of Low Performing Schools. JPPG Conference, Nov. 2008, Langkawi,
Kedah, Malaysia.

2. Burkšaitienė, N., Šliogerienė , J. & Oleškevičienė, G. V. 2017. Factors influencing


lecturer creativity while using social media. Pedagogika 125 (1): 21-36.

3. Sarwari, A. Q.; Ibrahim, A. H.; Nor Ashikin, A. A. 2016. The Impact of English
Language Proficiency on Interpersonal Interactions among Students from
Different Nationalities in a Malaysian Public University. Pertanika Journal of
Social Sciences & Humanities 24(1): 415-428.

4. Stein,M.K,& Lane, S.(1996).Instructional tasks and the development of student


capacity to think and reason:An analysis of the relationship between teaching
and learning in reform mathematics project .Educational Research and
Evaluation ,2(1),50-80

5. Walker, A. 2003. School Leadership and Management in the Asia Pacific Region’.
In J.P. Keeves & R. Watanabe (eds) The Handbook of Educational Research in the
Asia Pacific Region. Dordrecht: Kluwer.

Artikel
1. Mohamad Raimi Ab Rahim (2015) .Mendepani Gelombang Revolusi Industri
Keempat:- Antara Cabaran & Prospek.
http://www.abim.org.my/profil/minda-qiyadah/item/1192-mendepani-
gelombang-revolusi-industri-keempat-antara-cabaran-prospek.html

You might also like