You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

96509 BINTANGOR

KERJA KURSUS
Nama Pelajar : ANGELINA ELLIA ANAK NANANG

Angka Giliran : 2016031340002

Nombor K/P : 970909-13-5730

Kumpulan : PISMP BAHASA IBAN SEM 2 TAHUN 3 AMBILAN JUN 2016

Kod Kursus : MPU3122

Nama Kursus : HUBUNGAN ETNIK

Nama Pensyarah : ENCIK HAJI SUBANDI BIN KASIDAN

Tarikh Hantar : 15 FEBRUARI 2019

Tandatangan :

Nama Pemeriksa :

Tarikh :
SENARAI KANDUNGAN

ISI MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Amalan ziarah-menziarahi semasa menyambut

pelbagai perayaan di Malaysia 1

2.1 Kaum Melayu 2

2.2 Kaum Cina 3

2.3 Kaum India 3

2.4 Kaum Iban 4

3.0 Penutup 6

Rujukan
1.0 PENGENALAN
Hubungan etnik dalam masyarakat merupakan suatu fitrah yang menjadi keperluan
bersama. Namun sejauh mana kukuh dan eratnya hubungan tersebut perlu dinilai
dalam konteks yang pelbagai. Hubungan etnik di Malaysia contohnya perlu dinilai
dalam bentuknya perpaduan dan integrasi. Berpandukan pengalaman sejarah,
pelbagai dasar dijalankan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan demi mengeratkan
ikatan hubungan etnik.

Selain etnik Melayu, Cina dan India, terdapat etnik-etnik lain seperti Orang Asli,
Kadazandusun, Bajau, Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Kepelbagaian ini menuntut
satu pendekatan yang membolehkan kesemua etnik ini dapat hidup bersama dan
berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak selamat.
Justeru, peristiwa dasar yang ingin diketengahkan dalam penulisan ini ialah perayaan
di Malaysia yang disambut oleh pelbagai kaum yang berbilang agama, bangsa dan
budaya.

2.0 PERAYAAN DI MALAYSIA


Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang terdiri
daripada pelbagai agama seperti agama Islam, Kristian, Hindu, Budhha dan
sebagainya. Dengan kewujudan kaum serta agama yang pelbagai ini, maka wujudlah
variasi budaya, perayaan dan adat di negara Malaysia. Perayaan-perayaan yang
pelbagai ini memperlihatkan keunikan Malaysia dan menjadi suatu tarikan kepada
pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.

Misalnya, bagi penganut agama Islam, perayaan yang diraikan adalah perayaan Hari
Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Manakala bagi kaum dayak di negara ini, antara
perayaan yang diraikan adalah Hari Gawai Dayak dan Hari Natal bagi yang beragama
Kristian. Bagi penganut agama Hindu, mereka akan meraikan perayaan Deepavali dan
Thaipusam. Perayaan Tahun Baharu Cina dan Cap Goh Mei pula merupakan antara
perayaan yang wajib disambut oleh agama Buddha yang majoritinya berbangsa Cina.
Oleh itu, setiap masyarakat perlu tahu bahawa setiap perayaan yang terdapat di
Malaysia mampu mengeratkan hubungan antara kaum dan pentingnya menjaga
keharmonian hubungan etnik agar terus dikekalkan.

Terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti negara kita,
namun mereka gagal untuk mencapai tahap perpaduan seperti kita kecapi hari ini.
Malah rakyat negara berkenaan saling membangkitkan isu perkauman antara satu
sama lain sehingga mencetuskan peperangan yang berlarutan. Berbanding negara
Malaysia yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan
budaya namun, semua itu bukanlah penghalang untuk negara mengecapi
kemakmuran dan perpaduan. Hari perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Qurban
juga dilihat sebagai medium dalam mengeratkan lagi hubungan antara kaum di
Malaysia. Misalnya, apabila tiba musim perayaan, budaya kunjung-mengunjungi telah
menjadi amalan masyarakat di negara ini.

You might also like