You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

MENAIK TARAF BANGUNAN

SK CHANGKAT LOBAK

34310 BAGAN SERAI

PERAK

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak adalah merupakan sekolah kebangsaan berstatus luar
bandar di mana ianya mempunyai seramai 172 orang murid daripada prasekolah , murid Tahap 1
dan murid Tahap 2. Sekolah ini adalah merupakan sekolah gred A dan mempunyai seramai 19 orang
guru dan 4 orang staf sokongan secara keseluruhannya .

Kawasan Changkat Lobak ini adalah berada di mukim Lembah Beriah di daerah Kerian, Perak.
Lokasi sekolah ini adalah bersempadan daerah Kerian dan Larut Matang. Pekan berhampiran bagi
kawasan ini adalah pekan Bagan Serai dan pekan Selama , Perak. Kawasan Changkat Lobak ini adalah
berkeluasan 21.9 kilometer persegi atau 5419 ekar.

Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak telah ditubuhkan pada tahun 1960 dan ianya dibina di
atas tanah wakaf oleh penduduk Changkat Lobak ini dan diketuai oleh Tn. Hj. Ismail B. Saman . Pada
1hb Februari 1961 , sekolah ini telah mula beroperasi dan dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Besar
Perak pada 15hb September 1961.

Sekolah ini adalah merupakan sekolah yang sederhana luasnya di mana ianya berkeluasan
dua ekar persegi. Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000 , kawasan ini mempunyai jumlah
penduduk seramai 1147 orang yang terdiri daripada 3 kumpulan etnik utama iaitu etnik Melayu seramai
1083 orang , etnik Cina seramai 54 orang dan kaum India seramai 10 orang. Rata-rata penduduk di sini
adalah dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sumber ekonomi bagi penduduk di sini
pula ialah kelapa sawit. Jadi, kebanyakan penduduk merupakan pekerja ladang sawit sama ada secara
persendirian mahupun daripada ladang syarikat . Selain dari itu , terdapat juga antara mereka yang
bekerja sebagai penjawat awan dan swasta.

Sekolah ini tidak pernah di naik taraf oleh mana-mana pihak dan setelah 58 tahun beroperasi,
pihak sekolah memutuskan untuk memohon sumbangan Menteri untuk naik taraf bangunan sekolah yang
rosak ini kepada Bilik Darjah yang boleh digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Kami juga
berharap sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh pihak Menteri dapat meningkatkan
kecemerlangan sekolah dan merapatkan ukhuwah antara penduduk Kampung Changkat Lobak dan pihak
Menteri. Naik taraf tandas juga amat perlu kerana ianya tidak pernah dinaik taraf sejak dibina ppada tahun
1961. Murid-murid luar bandar juga berhak mendapat kemudahan dan bangunan yang baik serta selesa
sepanjang mereka menuntut ilmu di SK Changkat Lobak. Sememangnya kegembiraan dan keceriaan warga
sekolah dapat memacu kea rah kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.

2.0 OBJEKTIF

Cadangan pelaksanaan projek menaik taraf bangunan ini adalah amat penting berdasarkan pertimbangan
berikut:

2.1 Fizikal kelas yang tidak mencukupi untuk membuka kelas baru sedangkan kelas yang sedia
ada bilangan murid semakin ramai.
2.2 Tandas yang rosak dan tidak mencukupi untuk murid dan guru.
2.3 Murid Tahun 1 belajar dalam keadaan yang tidak selesa kerana kelas yang kecil tetapi
bilangan murid ramai.

3.0 RASIONAL
3.1 Sekolah boleh membuka 2 kelas untuk Tahun 1 dan 2 pada tahun hadapan kerana
bilangan murid yang melebihi 35 pada tahun ini dan tahun hadapan kerana bilangan
murid Pra Sekolah 6 Tahun pada tahun 2019 adalah ramai.
3.2 Tandas sekolah melambangkan imej sesebuah sekolah. Jadi sampai masanya tandas yang
lama ini dinaik taraf menjadi tandas yang selesa bukan sahaja untuk murid dan guru tetapi
turut selesa digunakan oleh pengunjung yang datang ke sekolah.

4.0 SKOP DAN KOMPONEN PROJEK SERTA ANGGARAN KOS


4.1 Ubahsuai dan membina tandas yang rosak untuk membuat tandas. (RM50,000)
4.2 Membaiki lantai simen bilik darjah yang rosak. (RM 30,000)
4.3 Membaiki syiling yang rosak. (RM20,000)
4.4 Membuat pendawaian elektrik yang baru untuk 2 buah kelas. (RM40,000)
5.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

5.1 Mampu menjamin keselamatan guru dan murid kerana penambahbaikan dapat
meningkatkan kualiti dan struktur bangunan yang telah berusia 58 tahun tersebut.
5.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti tandas.
5.3 Memenuhi aspirasi Kementerian untuk memberi kemudahan kepada murid supaya dapat
belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas.
5.4 Membuktikan Kerajaan prihatin dan serius terhadap pendidikan murid Luar Bandar.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan permasalahan di atas, besarlah harapan kami agar cadangan ini diluluskan untuk menjadikan
sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti setempat.
Semoga SK Changkat Lobak dapat melahirkan insan yang cemerlang, berakhlak mulia dengan sokonagn
Kerajaan. Semoga kesudian Datuk Dr Noor Azmi Ghazali membantu SKCL beroleh keredhaan Allah SWT
bagi menjamin kebaikan di dunia serta akhirat.

You might also like