You are on page 1of 27

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS/ PROJEK


(INDIVIDU)
SEMESTER: 2 TAHUN: 1

PKUK 3033
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR : FATIN NABILAH BINTI JAINOL

NO.K/P : 980621-13-5634

Program: PISMP AMBILAN JUN 2017


KUMPULAN AKADEMIK ANGKA GILIRAN:

2017172340020
G2.1
PENSYARAH:

ENCIK MOHD SABRINORDIN BIN MOHD YUSOFF


TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA:

6 APRIL 2018 6 APRIL 2018

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : FATIN NABILAH BINTI JAINOL Angka Giliran Pelajar : 2017172340020

Pensyarah : ENCIK MOHD SABRINORDIN BIN Nama Kursus: PENGURUSAN TINGKAH LAKU
MOHD YUSOFF
Kod : PKUK3033

Tarikh Hantar :6 APRIL 2018 Tarikh Diterima: 6 APRIL 2018

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya
jelaskan sumbernya.

Tandatangan:_______________________________ Tarikh :__________________

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)


Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:


Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan(jika ada)

Tandatangan Pelajar : Tarikh:


LAPORAN
PROJEK
1.0 Pengenalan

Setiap murid bermasalah pembelajaran berbeza dan unik dari segi keupayaan
fizikal, kognitif dan tingkah laku namun hak mereka dalam pendidikan tanpa mengira
latar belakang sosial, kaum atau perkembangan intelek perlu diberi perhatian (Osman
& Ahmad Ghazie, 2007). Murid bermasalah pembelajaran mempunyai tingkah laku
yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tingkah laku boleh
didefinisikan sebagai suatu kelakuan atau gerak geri dan perbuatan yang dilakukan
oleh seseorang individu. Tingkah laku bermasalah merupakan suatu tingkah laku
yang tidak normal dan bertentangan dengan nilai serta norma masyarakat. Dalam
konteks pendidikan, murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah akan
menunjukkan suatu tingkah laku yang boleh menyebabkan proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) terganggu.

Untuk menyelesaikan tugasan ini, saya telah memilih Program Pendidikan Khas
Intergrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bumiputera, Lundu sebagai tempat
untuk membuat pemerhatian. Seramai 10 orang guru serta 3 orang penolong
pengurusan murid yang mengendalikan serta mengurus PPKI di SK Bumiputera.
Jumlah murid PPKI pada tahun 2018 adalah seramai 36 orang yang terdiri daripada
pelbagai jenis keupayaan masalah pembelajaran. Antaranya ialah lewat
perkembangan, sindrom down, ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)’,
autisme dan sebagainya. PPKI terbahagi kepada 5 kelas iaitu KSSR 1, KSSR 2,
KSSR 3, KSSR 4 dan KSSR 5. Menurut Puan Latifah Binti Bujang selaku Penolong
Kanan PPKI menyatakan pembahagian kelas adalah berdasarkan tahap keupayaan
murid-murid tersebut. Saya telah mengenalpasti seorang murid dan tingkah lakunya
sebagai sasaran untuk menyelesaikan tugasan ini. Semasa membuat pemerhatian
terhadap tingkah laku, saya telah menggunakan beberapa instrumen untuk
mendapatkan data yang diperlukan. Setelah proses pengumpulan data selesai, saya
akan merancang satu program pengurusan tingkah laku yang akan dijalankan kepada
individu sasaran. Tujuan program ini adalah untuk mengurangkan tingkah laku
sasaran murid tersebut.

2.0 Dapatan pemerhatian

2.1 Pemilihan tingkah laku sasaran


Sebelum mengenalpasti murid sasaran untuk menjayakan pemerhatian ini, saya
telah mengadakan sesi temu bual bersama Penolong Kanan PPKI SK Bumiputera,
Puan Latifah Binti Bujang dan Guru PPKI, Puan Atirisah @ Asiah Binti Soudi. Pada
26 Mac 2018, saya telah mengajukan beberapa soalan kepada mereka. Misalnya,
maklumat mengenai PPKI di SK Bumiputera dan tingkah laku yang biasa ditunjukkan
oleh murid PPKI ini. Hasil daripda temu bual tersebut, saya dapati seramai 36 orang
murid PPKI iaitu 30 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Puan Atirisah
@ Asiah Binti Soudi turut menyatakan terdapat beberapa orang murid PPKI ini sering
menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti ‘tantrum’, hiperaktif dan agresif.

Berdasarkan temu bual tersebut, saya telah memilih Ahmad Aniqzufayri Hatta
atau lebih dikenali sebagai Aniq menjadi individu sasaran. Aniq telah didiagnosis
‘Autism Spectrum Disorder With Hyperactivity; oleh pakar psikiatri. Menurut Puan
Atirisah @ Asiah, Aniq tidak dapat mengawal emosinya dan sering bertindak
melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian. Sebagai contoh, dia pernah cuba
mencederakan diri sendiri dengan menjatuhkan diri ke lantai untuk mendapatkan
perhatian daripada guru.

Untuk mengenalpasti tingkah laku-tingkah laku Aniq, saya telah membuat


pemerhatian dan merekod pemerhatian tersebut menggunakan rekod naratif. Rekod
naratif adalah rekod yang digunakan untuk menceritakan atau mengisahkan sesuatu
yang umum dan dilihat secara general.
2.1.1 Rekod naratif

Nama murid : Ahmad Aniqzufayri Hatta Umur : 10 tahun

Masa : 10.10 pagi hingga 11.10pagi Tarikh : 26 Mac 2018

Fokus Pemerhatian : Tingkah laku murid (Aniq)

Catatan

Selepas 5 minit sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berlangsung, Aniq


terleka bermain pensel di tangannya. Dia memasukkan pensel tersebut ke dalam
mulutnya. Apabila cikgu Asiah meminta Aniq membacakan objektif dan kriteria
kejayaan, Aniq memberikan respons yang positif dengan membaca objektif dan kriteria
kejayaan tersebut. Cikgu Asiah memberikan pujian kepada Aniq. Seterusnya, Cikgu
Asiah memberikan latihan kepada murid-murid, Aniq terus meletakkan kepala di atas
mejanya dan mengatakan ‘saya tidak mahu’ dan ‘saya nak balik’. Cikgu Asiah memujuk
dan memberikan pujian kepada Aniq. Aniq kemudiannya membuat latihannya. Semasa
membuat latihan, Aniq memarahi rakan-rakan yang membuat bising. Dia juga bertindak
memukul rakan sebelah, Zanetter apabila Zanetter bercakap dengan Aniq. Aniq tidak
suka akan Mei Mei. Aniq sering memarahi Mei Mei dan tidak mahu berkawan dengan
Mei Mei. Aniq bergaduh dengan Mei Mei apabila Mei Mei bertukar tempat duduk dan
duduk di sebelah Aniq. Semasa menyelesaikan latihan yang diberi, Aniq bercerita
perkara khayalan kepada Cikgu Asiah. Aniq meninggikan suara kepada Cikgu Asiah
apabila Cikgu Asiah memberikan respon kepada ceritanya. Selain daripada membuat
latihan yang diberikan, Aniq juga membuat perkara lain iaitu menconteng buku
latihannya. Setelah menyelesaikan latihan yang diberi, Cikgu Asiah memberikan pujian
kepada Aniq. Kelas tamat seperti biasa.
Berdasarkan pemerhatian, Aniq lebih menunjukkan tingkah laku agresif semasa
berada di dalam kelas. Selain itu, Aniq juga tidak dapat mengawal emosinya sehingga
sering memarahi rakan-rakan yang lain. Aniq tidak dapat memahami maksud
percakapan ketika berinteraksi dengan orang lain juga menyebabkan Aniq
menunjukkan tingkah laku seperti meninggikan suara kepada cikgu Asiah apabila
cikgu Asiah memberi respon kepada ceritanya. Aniq juga mempunyai konflik antara
rakannya iaitu Mei Mei dan mereka sering bergaduh akan hal-hal yang remeh-temeh.
Akhir sekali, Aniq menunjukkan kesemua tingkah laku ini untuk mendapatkan
perhatian daripada cikgu Asiah. Hal ini kerana apabila cikgu Asiah memberikan pujian
serta pujukan kepadanya, Aniq terus menunjukkan tingkah laku yang baik.

2.1.2 Borang senarai semak

Setelah merekod data mengunakan rekod naratif, saya meneruskan pemerhatian


dengan merekod pemerhatian dengan menggunakan senarai semak. Senarai semak
ialah alat pentaksiran yg mengandungi senarai item yang disediakan utk mengenal
pasti perkembangan dari segi kemahiran fizikal, kognitif, bahasa dan sosial.

(a) Senarai semak berdasarkan rekod naratif

Bil Jenis Tingkah Laku Jawapan

Ya Tidak

A. Agresif

1. Suka memukul /

2. Suka mencubit /

3. Cepat marah /

4. Suka berkelahi /

5. Suka mencederakan diri sendiri /


6. Suka mencederakan orang lain /

7. Suka mengganggu kawan /

8. Membaling benda kepada kawan-kawan /

9. Suka menjerit-jerit /

10. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian /

B. Pasif

1. Hipoaktif (berdiam diri) /

2. Mengasingkan diri/bersendirian /

3. Suka berkhayal /

4. Suka membebel / berleter seorang diri /

5. Tidak mahu mencuba sesuatu baru yang dianggap /


susah.

6. Mempunyai pergerakan yang lambat. /

C. Masalah emosi dan sosial

1. Merasa takut dan cemas. /

2. Kelihatan sunggul. /

3. Takut pada situasi baru. /

4. Suka meminta perhatian. /

5. Suka berbohong. /

6. Menyalahkan orang lain. /

7. Menganggu apabila guru bercakap. /

8. Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan. /

9. Tidak boleh menerima orang dengan mudah. /

10. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas /


rehat.

D. Masalah Pembelajaran (kognitif)


1. Kurang tumpuan perhatian /

2. Tidak boleh menyiapkan kerja. /

3. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa /


digesakan.

4. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat /


bunyi bising.

Catatan : Borang senarai semak ini diisi berpandukan pemerhatian menggunakan


rekod naratif.

(b) Borang senarai semak berdasarkan pemerhatian

Nama murid : Ahmad Aniqzufayri Hatta Umur : 10 tahun

Masa : 10.10 pagi hingga 11.10 pagi Tarikh : 27 Mac 2018

Bil Jenis Tingkah Laku Jawapan

Ya Tidak

A. Agresif

1. Suka memukul /

2. Suka mencubit /

3. Cepat marah /

4. Suka berkelahi /

5. Suka mencederakan diri sendiri /

6. Suka mencederakan orang lain /

7. Suka mengganggu kawan /

8. Membaling benda kepada kawan-kawan /


9. Suka menjerit-jerit /

10. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian /

B. Pasif

1. Hipoaktif (berdiam diri) /

2. Mengasingkan diri/bersendirian /

3. Suka berkhayal /

4. Suka membebel / berleter seorang diri /

5. Tidak mahu mencuba sesuatu baru yang dianggap /


susah.

6. Mempunyai pergerakan yang lambat. /

C. Masalah emosi dan sosial

1. Merasa takut dan cemas. /

2. Kelihatan sunggul. /

3. Takut pada situasi baru. /

4. Suka meminta perhatian. /

5. Suka berbohong. /

6. Menyalahkan orang lain. /

7. Menganggu apabila guru bercakap. /

8. Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan. /

9. Tidak boleh menerima orang dengan mudah. /

10. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas /


rehat.

D. Masalah Pembelajaran (kognitif)

1. Kurang tumpuan perhatian /

2. Tidak boleh menyiapkan kerja. /

3. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa /


digesakan.

4. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat /


bunyi bising,

Berdasarkan pemerhatian saya, Aniq menunjukkan tingkah laku yang hampir


serupa dengan hari sebelumnya. Jenis tingkah laku yang sering ditunjukkan oleh Aniq
ialah tingkah laku agresif. Contohnya, pada 27 Mac 2018, Aniq telah memarahi
rakan-rakannya yang telah membuat bising. Dia juga memarahi Mei Mei kerana
duduk di tempat duduknya. Hal ini menyebabkan cikgu Asiah terpaksa menyuruh Mei
Mei untuk kembali ke tempat duduknya. Selain daripada menunjukkan tingkah laku
yang agresif, Aniq turut menunjukkan tingkah laku lain seperti menceritakan perkara
rekaan dan khayalan kepada cikgu Asiah serta rakan-rakan yang lain. Aniq juga
kurang menumpukan perhatian di dalam kelas sehingga menyebabkan Cikgu Asiah
terpaksa memujuk Aniq supaya bertenang dan menumpukan perhatian di dalam
kelas. Selain daripada tidak dapat menumpukan perhatian, Aniq juga lambat
menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru dan terpaksa digesakan. Hal ini
menyebabkan proses PdPc tidak dapat berjalan dengan lancar dan menyebabkan
Aniq agak ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.

2.1.3 Borang rekod frekuensi

Nama murid : Ahmad Aniqzufayri Hatta Umur : 10 tahun

Masa : 10.10 pagi hingga 11.10 pagi Tarikh : 28 Mac 2018

Bil Jenis Tingkah Laku Bilangan pemerhatian Jumlah

A. Agresif

1. Suka memukul

2. Cepat marah IIII 5


3. Suka berkelahi I 1

4. Suka menjerit-jerit I 1

5. Cuba menonjolkan diri untuk II 2


menarik perhatian

B. Pasif

1. Suka berkhayal I 1

2. Suka membebel / berleter II 2


seorang diri

C. Masalah emosi dan sosial

1. Suka meminta perhatian.

3. Menganggu apabila guru I 1


bercakap.

4. Suka menceritakan perkara II 2


rekaan dan khayalan.

5. Tidak boleh menerima orang


dengan mudah.

D. Masalah Pembelajaran
(Kognitif)

1. Kurang tumpuan perhatian I 1

2. Lambat menyiapkan kerja dan


terpaksa digesakan.

3. Lambat menyiapkan kerja dan I 1


terpaksa digesakan.

Borang rekod frekuensi digunakan untuk melihat kekerapan tingkah laku bermasalah
yang ditunjukkan. Bagi mengenalpasti tingkah laku sasaran terdapat beberapa
perkara yang perlu dipertimbangkan. Antaranya ialah jumlah tingkah laku yang
diubah, kekerapan berlakunya tingkah laku, jangkamasa sesuatu tingkah laku itu
berlaku dan jenis-jenis tingkahlaku yang perlu diberi keutamaan. Saya telah memilih
faktor kekerapan sebagai perkara yang dipertimbangkan semasa memilih tingkah
laku sasaran. Tingkah laku yang mempunyai jumlah frekuensi yang tertinggi akan
dijadikan sebagai tingkah laku sasaran. Pada 28 Mac 2018, saya telah membuat
pemerhatian dan mengira kekerapan Aniq mengulangi sesuatu tingkah laku.
Berdasarkan pemerhatian saya, saya telah memilih tingkah laku ‘cepat marah’
sebagai tingkah laku sasaran. Hal ini kerana perasaan marah yang ditunjukkan oleh
Aniq mungkin boleh berlanjutan dan boleh menyebabkan Aniq mencederakan orang
lain ketika marah. Tingkah laku ini perlu diberi perhatian dan dikurangkan untuk
mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

2.2 Baseline data pertama

Baseline data pertama merupakan data-data yang diperolehi sebelum menjalankan


intervensi. Baseline data pertama ini penting untuk melihat keberkesanan intervensi
yang akan dijalankan dan membanding beza baseline data pertama dengan baseline
data kedua.

2.2.1 Persampelan masa

Nama murid : Ahmad Aniqzufayri Hatta Umur : 10 tahun

Masa : 10.10 pagi hingga 10.50 pagi Tarikh : 29 Mac 2018

Murid : Ahmad Aniqzufayri Hatta

Tingkah laku sasaran : Cepat marah

Tarikh Masa Bilangan pemerhatian Jumlah

Mula Akhir

29 Mac 2017 10.10 pagi 11.10 IIII 5


pagi
Catatan

- Marah apabila cikgu memuji murid lain.

- Marah apabila cikgu tidak memberikan perhatian kepadanya.

- Marah apabila rakan-rakan yang lain bising.

- marah apabila rakan cuba berinteraksi dengannya

Terdapat beberapa perkara yang mendorong Aniq bertingkah laku (cepat marah)
ketika proses PdPc dijalankan. Antaranya ialah Aniq tidak suka apabila cikgu memuji
murid lain, cikgu tidak memberikan perhatian kepadanya serta rakan-rakan yang
menganggunya ketika PdPc dijalankan. Berdasarkan perkara-perkara tersebut, boleh
disimpulkan bahawa Aniq bertingkah laku sedemikian adalah untuk mendapatkan
perhatian daripada orang sekeliling.

3.0 Faktor Tingkah Laku Ditunjukkan

Menurut Azizi (2004), agresif ialah sebarang tingkah laku yang dirancang untuk

mencederakan orang lain, iaitu tingkah laku yang harus dielakkan. Antara unsur
penting yang menghasilkan tingkah laku agresif adalah perasaan marah. Seseorang
individu yang marah kebiasaannya akan bersikap negatif. Terdapat dua kategori
tingkah laku agresif iaitu berbentuk instrumental (penyerang proaktif) dan matlamat
(penyerang reaktif). Tingkah laku yang instrumental berkaitan dengan sesuatu tujuan
untuk mendapatkan sesuatu. Tingkah laku ini juga bukan bertujuan untuk
mencederakan orang lain tetapi bertujuan untuk mendapatkan matlamat yang diingini.
Sebagai contoh, Aniq memarahi rakan-rakannya dengan tiba-tiba hanya untuk
mendapatkan perhatian gurunya. Aniq berasa puas apabila gurunya memberikan
sepenuh perhatian kepadanya selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Oleh
itu, dia sentiasa mengulangi tingkah laku tersebut dari semasa ke semasa.
Selain itu, persekitaran juga menjadi faktor kepada sesuatu tingkah laku. Sesuatu
tingkah laku biasanya dipengaruhi oleh persekitaran rumah. Contohnya tidak
mendapat kasih sayang serta perhatian yang cukup daripada kedua-dua ibu bapanya.
Ayah Aniq merupakan seorang pegawai polis manakala ibunya pula merupakan
seorang suri rumah. Akibat kekangan ruang dan masa, ayah Aniq kurang
meluangkan masa bersama Aniq. Berdasarkan temu bual bersama Puan Atirisah @
Asiah Binti Soudi, ayah Aniq bersikap tegas dalam mendidik anaknya. Oleh hal yang
demikian, ayah Aniq bersikap tegas dan kurang mengambil berat mengenai
anak-anak mereka. Sikap serta layanan ibu bapa akan mempengaruhi tingkah laku
anak-anak mereka (Wilmshurst & Brue, 2005) Akibat daripada kurang perhatian
daripada ibu bapa menyebabkan mereka berasa tersisih seterusnya menunjukkan
tingkah laku negatif untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain. Sikap
sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil kisah pergerakan anak-anak mereka
akan memburukkan lagi keadaan (Kartini Ilias, Ponnusamy, & Normah, 2008)

4.0 Modifikasi Tingkah Laku

Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh seseorang murid hendaklah


melalui satu proses modifikasi tingkah laku. Menurut Mohd Fadli Mustafa Kamal,
Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar (2016), modifikasi tingkah laku
ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk
mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Menurut Ragbir Kaur
(2005), pengurusan tingkah laku ditakrifkan sebagai satu rancangan dalam modifikasi
tingkah laku bermasalah kepada satu matlamat yang telah ditetapkan mengguna
pakai teknik yang sesuai. Untuk merancang satu program pengurusan tingkah laku,
guru perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran asas untuk mengubah tingkah laku
yang diingini ( Nor Anisa, 2005).
4.1 Program Pengurusan Tingkah Laku

4.1.1 Objektif

Objektif program pengurusan tingkah laku ini adalah untuk mengurangkan


tingkah laku sasaran (cepat marah) yang ditunjukkan oleh murid sasaran (Aniq)
semasa proses PdPc berlangsung.

4.1.2 Masa pelaksanaan

Program intervensi ini akan dijalankan sepanjang proses PdPc berlangsung


selama 2 minggu untuk melihat perubahan tingkah laku yang akan ditunjukkan oleh
murid sasaran.

4.1.3 Prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku

Antara prinsip pengurusan tingkah laku yang perlu diketahui dan difahami oleh
guru-guru sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku adalah :

(a) semua tingkah laku dipelajari

(b) semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus

(c) tingkah laku boleh diajar dan diubah

(d) matlamat perlu jelas dan khusus

(e) program perlu secara individu

(f) program perlu fokus masa kini (semasa)

(g) program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak


4.1.4 Strategi pengurusan tingkah laku

(a) Strategi mengurangkan tingkah laku sasaran

I. Penghapusan (extinction)

Tujuan penghapusan ini dilakukan adalah untuk memberhentikan atau menyekat


murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur
dengan menggantikan dengan tingkah laku positif yang baru. Dalam hal ini, tingkah
laku sasaran yang ingin dikurangkan adalah perasaan cepat marah yang sering
ditunjukkan oleh murid sasaran. Apabila murid sasaran menunjukkan tingkah laku
sasaran, maka guru hendaklah menegur serta memberi amaran kepada murid
sasaran agar tidak bertingkah laku sedemikian. Guru hendaklah memberi arahan
serta menunjuk tingkah laku positif yang perlu dilakukan oleh murid sasaran. Sebagai
contoh, apabila murid sasaran memarahi rakannya maka guru hendaklah menegur
serta memberikan arahan kepada murid sasaran untuk bercakap secara sopan
kepada rakan-rakan yang lain. Teguran ini perlu dilakukan secara berterusan
sehingga murid sasaran menggantikan tingkah laku negatif kepada tingkah laku
positif.

II. Hukuman / Dendaan

Hukuman atau dendaan adalah bertujuan untuk memberikan hukuman serta


menarik balik keistimewaan kepada murid sasaran apabila melakukan tingkah laku
negatif. Contoh hukuman yang boleh diberikan adalah dengan menarik balik token
atau keistimewaan yang diberikan kepada murid sasaran. Contohnya, guru menarik
balik keistimewaan untuk menonton televisyen sekiranya murid sasaran menunjukkan
tingkah laku yang negatif (cepat marah). Hal ini akan memberikan kesedaran kepada
murid sasaran bahawa tingkah laku yang ditunjukkan akan menyebabkan hak
keistimewaannya ditarik balik.
(b) Strategi meningkatkan tingkah laku positif

I. Peneguhan positif

Peneguhan positif merupakan pemberian peneguhan ataupun ganjaran selepas


sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau
ditingkatkan lagi. Sebagai contoh, murid sasaran menunjukkan tingkah laku yang
diingini iaitu bercakap sopan dengan rakan-rakan yang lain. Apabila murid sasaran
menunjukkan tingkah laku yang diingini, maka guru hendaklah memberikan
peneguhan ataupun ganjaran kepada murid tersebut. Terdapat beberapa jenis
ganjaran yang boleh disediakan oleh guru iaitu ‘tangible’, sosial dan aktiviti. Sebelum
memberikan ganjaran kepada murid sasaran, guru hendaklah mengetahui
perkara-perkara yang disukai boleh murid tersebut. Sebagai contoh, untuk ganjaran
jenis ‘tangible’, guru memberikan air minuman kegemaran murid sasaran untuk
menaikkan semangat murid sasaran agar terus menunjukkan tingkah laku yang
diingini. Untuk sosial pula, guru hendaklah memberikan pujian kepada murid sasaran
kerana telah menunjukkan tingkah laku yang diingini. Hal ini akan menyebabkan
murid sasaran berasa gembira seterusnya berasa bangga kerana mendapat pujian
daripada guru. Akhir sekali, guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai oleh
murid sasaran. Apabila murid kerap menunjukkan tingkah laku yang diingini, guru
memberikan peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti yang mereka sukai.
Antaranya ialah menonton televisyen, bermain permainan yang digemari dan
sebagainya. Berikut merupakan jadual peneguhan yang boleh dijadikan panduan
oleh guru-guru untuk memberikan peneguhan kepada murid sasaran.

‘Contigent’ - diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah laku
sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut

‘Continuous’ – - diberikan kepada setiap tindak balas yang murid berikan.


Kebiasaannya pada awal program untuk membentuk/melatih
perlakuan baru

‘Intermitten’ – diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada setiap


perlakuan berlaku.
II. Ekonomi token

Ekonomi token ialah peneguhan yang diberikan dalam jangka masa dalam
bentuk token seperti syiling atau sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang
diingini ditunjukkan. Token yang telah dikumpul boleh ditukarkan dengan ganjaran
yang telah disediakan oleh guru. Token ini bertujuan untuk memberikan motivasi
kepada murid sasaran untuk terus menunjukkan tingkah laku yang diingini. Guru
boleh menetapkan jumlah bilangan token yang diperlukan untuk membolehkan token
tersebut ditukarkan kepada ganjaran. Sebagai contoh, guru menetapkan apabila
murid sasaran berjaya memperolehi 7 token dalam masa seminggu, maka murid
sasaran akan menerima ganjaran daripada guru. Contoh ganjaran yang diberikan
adalah seperti permainan kegemaran murid tersebut iaitu lego. Hal ini akan
memberikan semangat kepada murid sasaran menunjukkan tingkah laku diingini bagi
memperoleh ganjaran yang telah disediakan oleh guru tersebut.

5.0 Penutup

Tingkah laku positif mahupun tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh
seseorang individu boleh ditingkatkan serta dikurangkan malah dihapuskan melalui
strategi, kaedah dan teknik pengurusan tingkah laku yang betul. Program pengurusan
tingkah laku yang berkesan merupakan program yang dirancang secara sistematik
dan khusus kepada seseorang individu. Terdapat beberapa langkah dalam proses
pengubahan tingkah laku iaitu memilih tingkah laku sasaran, mengumpul dan
merekod data, melaksana intervensi serta menilai keberkesanan intervensi. Oleh itu,
untuk merancang satu program pengurusan tingkah laku yang berkesan, guru
hendaklah memiliki pengetahuan serta kemahiran asas untuk mengubah tingkah laku
yang diingini.
RUJUKAN
Rujukan

Azizi Yahaya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek Latif, Fawziah Yahya, Amir
Hamzah Abdul (2004). “Psikologi Sosial”. Johor Bahru: Universiti Teknologi
Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dimuat turun daripada :


http://prpm.dbp.gov.my/

Kartini Ilias, Ponnusamy, S & Normah, C. D. (2008). Parental stress in parents of


special children: The effectiveness of psycho education program on parents’
psychosocial well beings. Simposium Sains Kesihatan Kebangsaan ke 7 Hotel
Legend, Kuala Lumpur, 18 – 19 Jun 2008 : 205 – 21. Dmiuat turun daripada :
https://www.researchgate.net/publication/291997651_Kanak-kanak_Bermasalah
_Tingkahlaku

Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar
(2016). Penggunaan Teknik Peneguhan bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku
Hiperaktif. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri
Ke-6, 2016.

Nor Anisa Musa. (2005). Modifikasi tingkah laku melalui kemahiran asas guru dan
guru sebagai kaunselor dan motivator dalam pembentukan tingkah laku
kanak-kanak. Universiti Malaya. Dimuat turun daripada:
http://www.scribd.com/doc/28238700/Modifikasi-Tingkah-Laku-Melalui-Kemahira
n-Asas-Guru

Osman Hashim, & Ahmed Ghazie Ibrahim. (2007). Ke arah peningkatan pengajaran
dan pembelajaran pendidikan seni dalam pendidikan khas bermasalah
pembelajaran. Jurnal Masalah Pendidikan, 30(1), 37–49.
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. (2005). Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Wilmshurst, L, & Brue, A. W. (2005). A parent’s guide to special education. New York:
AMACOM

LAMPIRAN

You might also like