You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan
Program kesihatan disekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh
kementerian pelajaran Malaysia untuk murid-murid sekolah di seluruh Malaysia.
Program ini merangkumi semua murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Kumpula sasaran bagi program ini ialah murid-murid yang terdiri daripada murid pra-
sekolah, tahun 1, tahun 6 dan tingkatan 3. Program ini telah dimulakan sejak tahun
1967 dengan tujuan utamanya untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan
produktif. Dalam tempoh dua puluh tahun pelaksanaannya terdapat banyak
perubahan yang dilakukan untuk memastikannya ianya sentiasa sesuai dengan
perubahan masa dan keadaan semasa. Ianya wajar dikaji semula untuk membentuk
dan melaksanakan program kesihatan yang lebih komprehensif dan produktif.
Program kesihatan ini dirangka untuk mencapai tujuan kementerian antaranya
ialah untuk mengekalkan tahap kesihatan murid di sekolah pada paras paling optima
melalui tindakan dan perancangan promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan
dan rujukan. Yang kedua untuk melakukan pengesanan mawal terhadap masalah-
masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah
dan seterusnya dapat membuat rawatan dan rujukan awal bagi membolehkan
intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas. Yang ketiga
untuk mengalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat bagi membentuk sebuah
sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran
kesihatan yang berkesan. Yang keempat untuk member kesedaran kepada murid
tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit bahaya yang lain.
Yang kelima untuk memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga
kesihatan masing-masing dengan cara yang betul. Yang keenam untuk
merancangan dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan
pameran dan menjayakan seberang kemoen kesihatan. Yang terakhir adalah untuk
mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.
Pelaksanaan program-program kesihatan di sekolah adalah berlandaskan
beberapa rasional antaranya ialah untuk mengurangkan masalah kesihatan
dikalangan murid di sekolah, dapat mengawal penyakit bawaan vector, untuk
memantau tahap kebersihan di sekitar kawasan sekolah khususnya kantin sekolah
dan untuk memastikan serta membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di
sekitar kawasan sekolah.
Program kesihatan sekolah merupakan salah satu program yang penting di
bawah pengurusan Guru Penolong Hal Ehwal Murid. Antara kepentingan program
kesihatan disekolah adalah untuk mempergunakan model kesihatan dalam
mengembangkan potensi murid dari segi JERIS. Yang kedua ianya mengalakkan
penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan
kanak-kanak. Yang ketiga program ini penting untuk mengenal pasti kepentingan
iklim sosial sekolah untuk membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Yang
keempat ianya dapat membentuk hubungan antara sekolah dengan perkhidmatan
kesihatan daerah dan kawasan. Yang kelima program ini memberi penekanan
kepada kepentingan penglibatan pelajar secara aktif dalam kurikulum. Yang keenam
ianya untuk membentuk keseimbangan antara pendidikan dan kesihatan. Yang
ketujuh program ini mampu membentuk persekitaran kerja yang positif di kalangan
warga sekolah dan yang terakhir program ini penting untuk memberi kesempatan
kepada sekolah dan masyarakat setempat untuk kerjasama.

2.0 Rangka Program Kesihatan Kementerian Pelajaran Malaysia


Jika dahulu program kesihatan sekolah di kenali sebagai Rancangan Kesihatan
Sekolah namun selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan projek “ Health Promoting
School” (HPS), 1996, ianya telah diberikan nafas baru dengan mewujudkan Program
Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Tujuan PBSS ialah untuk menyelaraskan semua
aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan sekolah. Untuk program kesihatan yang
akan dijalankan KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas ( lihat lampiran
1 ), surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan
Sekolah (1997), Panduan Pelaksanaan PBSS, Garis Panduan Makanan Tambahan,
Garis Panduan Program Susu Sekolah ( lihat lampiran 1), Buku Panduan PROSTAR
dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencengahan Denggi di sekolah (2005).
Terdapat enam teras utama dalam melaksanakan program kesihatan di sekolah.
Teras-teras utama tersebut merupakan kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh
pihak KPM serta KKM dalam menjayakan program ini. Teras-teras tersebut ialah
Polisi Kesihatan Sekolah, Persekitaran fizikal sekolah sihat dan selamat,
-1-
Persekitaran sosial sekolah yang selamat, Penglibatan komuniti, Kemahiran
kesihatan diri dan Perkhidmatan kesihatan sekolah. Pihak KPM juga mengambil kira
beberapa criteria bagi menjayakan program kesihatan ini agar ianya sesuai dengan
peserkitaran sekolah dan iklim sekolah. Antara kriterianya ialah kurikulum sekolah,
keadaan fizikal dan sosial sekolah, perkhidmatan kesihatan sekolah, peraturan dan
garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan, serta sebarang program
sekolah sihat yang seharusnya dapat meningkatkan pendidikan dan kesihatan
seluruh warga sekolah.

3.0 Dasar Sekolah Serta Program Yang Dijalankan


Setiap sekolah mempunyai dasar sekolah atau lebih dikenali sebagai polisi
sekolah yang mana ianya digunakan untuk melaksanakan sesuatu piagam. Begitu
juga dengan kesihatan murid di sekolah. Antara dasar-dasar tersebut ialah sekolah
akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa dalam keadaan yang baik melalui
program-program yang dirancang seperti pemeriksaan gigi dan mata, pemeriksaan
kesihatan, program RMT, Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Program 3K, Sekolah Kawasan Larangan Merokok, Sekolah Bebas
Denggi, Program Susu Sekolah, Perkhidmatan Kesihatan /sekolah dan ceramah
serta kempen-kempen kesihatan. Dasar yang kedua adalah untuk mendapatkan
maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa atau penjaga. Dasar yang ketiga
penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di
sekolah. Dasar yang keempat pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak
hospital tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes kesihatan
yang kronik dan yang terakhir pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid
yang mempunyai masalah kesihatan.Antara program-program kesihatan yang
dijalankan di Sekolah Bukit Bandaraya ialah ;

3.1 Program 3K
Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat
dalam PBSS. Ianya dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan
semua sekolah mempunyai sistem yang mantap dalam menangani sebarang
isu yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah.
Program ini merupakan satu kaedah untuk menyebarkan informasi terkini
-2-
mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah. Ianya juga
membawa kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh
masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat akan
kesihatan.
Tujuan program 3K ini ialah untuk mewujudkan satu suasana persekitaran
sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada murid-murid agar murid-
murid dapat belajar dalam suasan yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu
dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran. Antara program 3K yang
dijalankan adalah:
3.1.1 Taklimat Kesihatan 5 minit
Taklimat kesihatan ini dijalankan pada setiap minggu sewaktu
perhimpunan rasmi sekolah.
3.1.2 Program Bantera Aedes.
3.1.3 Pemeriksaan Kebersihan dan kesihatan “Spotcheck”
3.1.4 Pengurusan Berat Badan Murid
3.1.5 Program Penjagaan Gigi.
Program ini mendedahkan murid-murid mengenai penjagaan gigi
yang lebih baik. Ianya mengajar murid bahawa menjaga gigi bukan
hanya sekadar memberus gigi tetapi ada banyak lagi perkara yang
perlu dititik beratkan dalam proses penjagaan gigi. Rawatan
pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Program ini
diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan gigi yang komprehensif
dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid
sekolah mempunyai kesihatan gigi yang baik apabila mereka tamat
persekolahan nanti. Jururawat pergigian akan merawat dan
memeriksa gigi muri-murid tersebut di bawah penyeliaan dan
pengawasan doktor gigi. Rawatan ini diberikan secara percuma si
seluruh sekolah di Malaysia.

Lihat lampiran 2a untuk carta organisasi, pelan strategik dan juga laporan
aktiviti Program 3K.

-3-
3.2 Rancangan Makanan Tambahan
Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu
murid-murid sekolah rendah yang tergolong dalam keluarga yang miskin.
Ianya dilaksanakan untuk membantu murid miskin meningkatkan taraf
pemakanan serta kesihatan mereka. program ini asalnya dikendalikan oleh
Jabatan Perdana Menteri dan pelaksanaanya diperluaskan dengan
pengesyoran yang dibuat dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Menteri yang
mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. Untuk kelayakan
murid menerima RMT ini ialah murid tersebut mestilah berstatus warganegara
Malaysia dan pendapatan keluarganya dibawah paras RM520.00 atau
pendapatan perkapita RM 130.00 untuk Semenanjung , pendapatan
keluarganya dibawah paras RM 660.00 atau pendapatan perkapita RM140.00
untuk Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala RM 600.00 atau
pendapatan perkapita RM 140.00 untuk Sarawak layak untuk menyertai
program ini. 20 menu telah ditetapkan untuk program RMT ini ( lihat lampiran
1b - surat makluman). Semua menu ini adalah menu berkhasiatdan sesuai
untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan mereka. objektif RMT
adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah
rendah, terutamanya dari luar Bandar dan dari golongan berpendapatan
rendah. ianya juga sebagai satu usaha kerajaan untuk memperbaiki kesihatan
murid selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Sila lihat lampiran 2b
untuk laporan dan pelaksanaan program RMT di Sekolah Bukit Bandaraya.

3.3 Program Susu Sekolah


Program Susu Sekolah dilaksanakan serentak dengan Rancangan
makanan tambahan. Program ini bertujuan membantu murid-murid yang
datang dari keluarga yang berpendapatan rendah mendapat makanan yang
seimbang semasa berada di sekolah. Ianya bertujuan meningkatkan taraf
kesihatan dan pemakanan murid bagi memastikan pertumbuhan fizikal,
kesihatan mentak dan kesihatan umum murid tersebut berada dalam keadaan
yang baik. Program ini dilaksanakan oleh KPM dengan kerjasama syarikat
pengeluar susu. Ianya selaras dengan konsep pensyarikatan Malaysia.
Program ini dilancarkan di beberapa buah sekolah pada tahun 1983 dan
-4-
kemudiannya diperluaskan di seluruh Malaysia pada tahun 1995 kecuali
Sabah kerana mereka mempunyai program susu sendiri. Program ini
mengandungi dua skim iaitu Skim Susu Bayaran dan Skim Susu Percuma.
Skim Susu Bayaran merupakan skim yang melibatkan murid secara sukarela
samada secara subsidi ataupun tanpa subsidi. Skim Susu Percuma pula
melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih yang
berada dalam kategori murid miskin.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tabiat meminum susu di
kalangan murid di sekolah rendah. objektif program ini juga adalah untuk
mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya
berkaitan dengan makanana, pemakanan dan kesihatan serta aspek
akademik murid. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan usaha
pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan pengeluaran,
pemprosesan dan pembekalan susu kepada sekolah-sekolah. Program susu
ini diperbaharui lagi dengan pelancaran susu 1 Malaysia yang dilancarkan
oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Abdul Razak. Menurut beliau program ini
merupakan cita-cita bagi membentuk generasi baru Malaysia yang lebih besar
tubuh badan dan mempunyai kecerdasan otak dalam akademik serta
kemahiran. Peruntukan program ini sama dengan Program Susu Sekolah
namun peruntukan untuk program susu 1 Malaysia ini ditambah dari semasa
ke semasa. Sila lihat lampiran 2b untuk laporan dan aktiviti program susu
sekolah.
3.4 Program Vitamin 1Malaysia ( PV1M)
Pada 15 Oktober 2010 dalam pembentangan Belanjawan 2011, Y.A.B
Perdana Menteri telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada
semua murid sekolah rendah dalam kalangan keluarga yang berpendapatan
rendah. Program ini juga dimasukkan kedalam program Rancangan Makanan
Tambahan.
Tujuan program ini ialah untuk membantu murid meningkatkan tumbesaran
serta taraf pemakanan mereka dan seterusnya kecemerlangan dalam
pencapaian akademik. Keputusan tersebut jelas memaparkan kesungguhan
2020.

-5-
Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid
warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di
semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang menerima RMT (
termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan daripada Program Pemulihan
Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan, KPM atas sebab masuk sekolah.
Menurut program ini kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi
mencapai pertumbuhan dan pembesaran yang optima. Vitamin berperanan
dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit.
Mengikut saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005, (Recommended
Nutrient Intakes for Malaysia 2005), dalam sehari kanak-kanak yang
berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500 hingga ke 600 ug vitamin A
(Retinol Equivalent), 700 hingga 1000 mg kalsium, 9 hingga 15 mg zat besi
dan 5.8 hingga 9 mg zink.
Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan
makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar
mendapat makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor
pendapatan keluarga yang rendah. Lihat lampiran 1b untuk garis panduan
program pelaksanaan PV1M.
3.5 Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa)
Kementerian Pelajaran Malaysia sememangnya peka dan sentiasa mengambil
berat tentang penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar. Oleh untuk satu
program telah diwujudkan untuk memperkasakan Pendidikan Pencegaha
Dadah di sekolah-sekolah seluruh Malaysia ( edaran Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 3/2004 Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah Di
Sekolah : lihat lampiran 1a).
Setiap sekolah dikehendaki merancang dan melaksanakan program
tersebut melalui empat strategi iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum,
kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Matlamat PPDa dijalankan di sekolah
rendah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada
murid, guru. Kakitangan sekolah, para ibu bapa dan juga masyarakat
sekitarnya. Ini kerana pencegahan di peringkat awal adalah penting dalam
meningkatkan standard dan kualiti pendidikan.

-6-
Tujuan PPDa di sekolah adalah untuk meningkatkan pengetahuan ,
kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid,
guru dan kakitangan sekolah agar dapat mengelakkan diri mereka daripada
terjebak dengan najis dadah. Yang kedua ianya bertujuan untuk membina
ketahanan diri dan jati diri yang tinggi dikalangan murid dari segi fizikal, emosi,
mental dan rohani. Yang ketiga, untuk membolehkan murid-murid membentuk
budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan dan yang terakhir skali ianya bertujuan untuk melibatkan serta
mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar
sekolah dalam usaha membenteras masalah penyalahgunaan dadah.

-7-

You might also like