You are on page 1of 12

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TIMBUL

SENGGARANG, BATU PAHAT

KERTAS KERJA

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


(SLOT NKRA)

TARIKH: 10 MAC 2018


MASA : 7.00 a.m – 2.00 p.m
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

ANJURAN:
UNIT PENTADBIRAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TIMBUL
2018
1.0 PENGENALAN

Semakin hari guru menghadapi cabaran yang semakin besar.Bagi menghadapi


cabaran-cabaran tersebut, guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu yang
berkait rapat dengan kerjayanya. Pelbagai program perlu dianjurkan agar guru-guru
mendapat peluang bagi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan. Program LADAP
merupakan salah satu platform bagi guru-guru menambahkan pengetahuan berkenaan
bidang tugas yang mereka ceburi. Melalui program ini, guru-guru dapat berkongsi
pengetahuan serta ilmu-ilmu yang berguna kepada rakan-rakan setugas agar sama-
sama dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.

2.0 RASIONAL
Ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan kepada
guru-guru tentang NKRA yang telah menjadi agenda utama negara pada masa kini.Ini
merupakan satu keperluan kepada guru-guru bagi memahami dengan lebih jelas
berkenaan dengan NKRA dan apakah kehendak sebenar dasar tersebut.Dengan adanya
ceramah seperti ini,ianya sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada guru-
guru agar mereka lebih memahami apakah sebenarnya NKRA

3.0 OBJEKTIF

1. Mendedahkan tentang NKRA


2. Memberikan ilmu pengetahuan tentang kehendak NKRA
3. Meningkatkan kefahaman tentang fokus utama NKRA dalam bidang pendidikan
4. Memberikan pendedahan kepada guru tentang cabaran dunia pendidikan
masakini.
4.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 10 Mac 2018


Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer
Sasaran : Semua Guru

PENCERAMAH

En Abdul Hafiz Bin Mahamad Zabidin

TAJUK CERAMAH

NKRA

PEBELANJAAN

Makan dan minum

20 Guru x Rm 4 = RM 80

Lain-lain = RM 50

Jumlah Keseluruhan = RM 130.00

SUMBER KEWANGAN

Bimbingan Kaunseling = RM 130.00


Jawatankuasa Induk dan AJK Pelaksana

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI
En. Azman bin Hj. Ayun
(Guru Besar SKST)

NAIB PENGERUSI 1
Pn. Hjh Siti Zaliha binti Jawri

NAIB PENGERUSI II
Pn. Zarah binti Tasman
En. Sahrul Azhar bin Suadi

PENYELARAS
Pn. Hjh. Siti Badariah binti Abdullah

SETIAUSAHA
Tn. Hj. Khairul Azam bin Abd. Hamid

BENDAHARI
Pn. Fatimah binti Masran
JAWATANKUASA KERJA

PERSIAPAN TEMPAT
En. Abu Mawan bin Daiman
Murid tahun 6

P.A SISTEM
En. Mohd Ali bin Misnon
En. Mohd Yadillah bin Zakaria

JAMUAN VIP
Pn. Hjh. Salina binti Bajuri
Pn. Hjh. Hazlian binti Ahmad

HADIAH
Pn. Alinda binti Mohamed Ali
Pn. Lizah binti Meon

BUKU PROGRAM & SIJIL


Pn Salina binti Misran

PERAKAM PERISTIWA
Tn. Hj. Khairul Azam bin Abd. Hamid

KEBERSIHAN/KECERIAAN
Pn Hjh Ruzita binti Katiman
Pn Hjh Siti Badariah binti Abdullah
ATURCARA

7.00 pagi : Pendaftaran

8.00 pagi : Ceramah

11.00 pagi : Majlis penutup


- Penyampaian cenderahati

1.00 petang : Jamuan

2.00 petang Bersurai

PENUTUP

Adalah di harapkan dengan berakhirnya kursus ini, maka semua guru dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dan motivasi diri bagi menghadapi cabaran pendidikan
masakini dan sentiasa bersedia dengan perubahan yang sentiasa berlaku di dalam arena
pendidikan Malaysia selaras dengan Pendidikan Bertaraf Dunia.
LAPORAN PROGRAM

Tarikh : 10 Mac 2018


Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer

Tajuk : Slot NKRA

Sepertimana yang telah di rancang, pada tanggal 10 September 2017 yang


lalu, program LADAP telah berjaya dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri
Timbul..Program yang menjurus kepada pendedahan berkenaan NKRA ini telah
mendapat sambutan yang baik di kalangan guru-guru yang bertugas di sekolah
ini.Semua guru-guru merasa sangat berminat dan teruja untuk mendalami
pengetahuan mereka berkenaan NKRA yang telah menjadi agenda utama negara
pada masa kini.

Program ini bermula tepat pukul 7.00 pagi di mana para peserta program yang
terdiri daripada guru-guru dan pentakbir SK Seri Timbul telah menghadirkan diri serta
mendaftar sebagai peserta di makmal komputer sepertimana yang telah di war-
warkan.Walaupun dalam keadaan agak penat kerana seharian telah berhempas pulas
melayan pelbagai karenah murid-murid, namun peserta masih dapat menunjukkan
wajah yang ceria dan semangat yang tinggi untuk mengikuti program yang akan di
jalankan.

Setelah semua mengambil tempat masing-masing, pengacara program pada


pagi itu mula memberi kata-kata aluan serta memberi gambaran awal berkenaan
program yang akan dijalankan. Tidak lupa juga, pengacara program turut memberi
ruang kepada Tuan Guru Besar selaku pengerusi program untuk memberi sepatah
dua kata sebagai pembuka kepada program pada petang itu.

Ucapan ringkas tuan guru besar yang pada petang itu banyak berkisar kepada
galakkan kepada guru-guru untuk sentiasa bersedia kepada perubahan-perubahan
yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini.Tuan guru besar juga turut
menyatakan rasa terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi kerjasama
sepenuhnya dalam menjayakan program pada petang itu.

Selesai tuan guru besar memberi ucapan, tanpa membuang masa pengerusi
majlis pada petang tersebut terus sahaja menjemput saya selaku penyampai ceramah
dalam program petang itu untuk menyampaikan isi kandungan ceramah saya. Tanpa
berlengah saya terus menyambut jemputan daripada pengacara majlis
tersebut.Tepukan semangat diberikan oleh rakan-rakan kepada saya sebagai tanda
sokongan mereka terhadap apa yang akan saya sampaikan nanti.

Setelah memberi kata alu-aluan sebagaimana protokol sesuatu ucapan saya


memulai ceramah saya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
peserta kerana sudi untuk hadir mendengar apa yang akan saya sampaikan. Tidak
lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tenaga kerja yang
banyak membantu saya bagi memastikan program yang telah dirancang ini menjadi
kenyataan.

Saya memulakan ceramah saya dengan memberi pengenalan berkenaan


NKRA yang mana telah diketahui umum sebagai satu agenda utama negara pada
masa kini bagi mengukur tahap keberhasilan setiap jabatan. Seterusnya saya
mendedahkan satu persatu komponen-komponen yang terdapat dalam NKRA
terutamanya yang berkenaan dengan bidang pendidikan.

Pengunaan Slide daripada perisian Power Point membantu saya untuk


meyampaikan ceramah saya pada petang tersebut. Melalui slide-slide yang di
pamerkan, saya menjelaskan kepada guru-guru semua maklumat-maklumat penting
yang perlu mereka tahu berkenaan NKRA. Saya juga memberi peluang kepada
mereka untuk menyoal sekiranya terdapat bahagian-bahagian yang mereka kurang
faham. Terdapat beberapa guru yang telah bangun dan meminta saya memperincikan
lagi penerangan tentang komponen-komponen tertentu dalam agenda NKRA ini.
Tindakkan guru-guru yang menyoal ini membolehkan saya mengetahui sejauh
manakah kefahaman mereka tentang NKRA ini serta menjelaskannya lagi dengan
lebih mendalam.Tindakkan ini juga membantu rakan-rakan lain yang turut kurang jelas
dalam memahami NKRA ini.

Saya juga turut memberi ruang kepada peserta-peserta kursus memberi buah
fikiran serta cadangan-cadangan bagi menyesuaikan kehendak NKRA dengan
suasana sekolah kami. Pelbagai cadangan bernas telah disuarakan oleh guru-guru
yang menjadikan suasana program pada petang itu meriah dan tidak membosankan.
Gelak ketawa peserta program apabila terdapat unsur-unsur lucu yang saya selitkan
dalam penyampaian ceramah saya turut menjadikan suasana ceria dan mesra.
Setelah hampir 1 jam 40 minit saya menyampaikan ceramah termasuk sesi
bersoal jawab serta bertukar-tukar idea, saya menamatkan ucapan saya dengan
mengulangi sekali lagi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
peserta yang sudi hadir ke program pada petang tersebut. Saya juga mengucapkan
setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua AJK yang terlibat membantu
menjayakan program tersebut.Setelah memohon kemaafan sekiranya terdapat
kesilapan semasa saya menyampaikan cerama serta memberi ucapan salam, saya
kembali ke tempat duduk dengan diiringi oleh tepukan daripada peserta-peserta
program.

Program pada petang tersebut diteruskan dengan mengadakan sesi


penyampaian cenderahati. Saya telah dijemput untuk menerima cenderahati sebagai
tanda ucapan terima kasih daripada pihak sekolah diatas kesudian saya
menyampaikan ceramah berkenaan NKRA pada petang itu.

Program pada petang itu hampir ke kemuncaknya apabila pengacara sekali


llagi menjemput tuan guru besar untuk membuat ucapan penutup.Sekali lagi tuan guru
besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat pada petang itu serta
mengulangi seruan agar semua guru-guru sentiasa bersedia untuk menerima
perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita.

Setelah selesai ucapan ringkas tuan guru besar itu, pengacara majlis
mengumumkan program pada petang itu telah sampai ke penghujungnya.Sebelum
beredar, pengacara memaklumkan bahawa pihak urusetia program ada menyediakan
jamuan ringan di kantin sekolah dan meminta peserta ke kantin untuk menikmati
jamuan tersebut.Program pada petang itu tamat pada pukul 2.00 petang.
LAMPIRAN

Pengacara Memulakan Program

Sesi Penyampaian Ceramah Bermula


Peserta Tekun Meneliti Bahan Yang Dibekalkan

Sebahagian Peserta Yang Mengikuti Program

Peserta Melontarkan Soalan Apabila Ada Kekeliruan

You might also like