You are on page 1of 7

1

BAB 1

PENDAHULUAN

A. Latar belakang Masalah

Bidang pendidikan merupakan suatu bidang yang sering diperkatakan daripada dahulu
hingga kini. Pendidikan sentiasa berubah mengikut era globalisasi dan akan sentiasa berubah
mengikut peredaran zaman. Namun, dalam arena pendidikan ini banyak timbul isu-isu yang
sentiasa hangat diperkatakan. Akibatnya, guru-guru tidak berpuashati dan kurang bermotivasi
untuk menjalankan tugas mereka dengan kreatif dan efektif . Apatah lagi dalam usaha untuk
mencapai kecemerlangan pendidikan, pasti ianya terpikul di bahu para pendidik untuk
menghasilkan modal insan yang berkualiti dan mampu berbakti kepada agama, bangsa dan
negara.

Hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa kepimpinan guru besar sering menjadi isu utama
dalam pendidikan. Amalan kepimpinan yang dilaksanakan akan mempengaruhi organisasi di
bawah pimpinannya sama ada akan terus maju ke hadapan atau sebaliknya. Seharusnya, guru
besar perlu peka dan prihatin terhadap kepimpinan yang diaplikasi dalam pengurusan organisasi.

Kepimpinan guru besar merupakan aspek di mana seorang pemimpin organisasi perlu
untuk mendapatkan kerjasama daripada orang lain agar dapat mencapai sesuatu matlamat di
dalam situasi yang tertentu. Menurut Lim dalam Lokman dan Ai Ling (2011), peranan guru besar
bukan sahaja sebagai pentadbir sekolah, namun mereka juga adalah pendidik dan pemimpin
profesionalisme kepada guru-guru di sekolah. Kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah adalah
terpikul di bahu mereka. Mereka bertanggungjawab untuk menaikkan nama sekolah ke persada
pendidikan di pelbagai peringkat sama ada daerah, negeri, kebangsaan mahupun peringkat
2

antarabangsa. Di sinilah mereka perlu memainkan peranan mereka sebagai pemimpin yang
berwibawa dan mampu mengekalkan prestasi demi kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru itu,
gaya dan cara kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang guru besar adalah amat penting.

Menurut Azizi, Noordin dan Tim Heng daripada kajian Ab. Majid (2008), kepimpinan guru
besar di empat buah sekolah rendah di Daerah Hulu Terengganu telah mendapati kepimpinan
yang paling dominan daripada persepsi guru-guru ialah kepimpinan berorientasikan kejayaan,
diikuti oleh kepimpinana partisipatif dan menyokong dan terakhir sekali gaya kepimpinan
mengarah. Oleh itu, gaya kepimpinan guru besar amat penting demi bagi kejayaan sesebuah
sekolah.

Demi mencapai matlamat organisasi, pelbagai corak kepimpinan telah diamalkan oleh guru
besar. Penumpuannya ialah untuk meningkatkan produktiviti modal insan yang biasanya menjadi
keutamaan dan matlamat sesebuah organisasi. Manakala, guruguru pula dilihat sebagai
penyumbang utama dan berperanan penting dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang
di sekolah. Keperluan dan kebajikan para guru seharusnya diberi perhatian agar motivasi dan
kepuasan bekerja kekal dalam diri mereka supaya tidak berlaku rasa tidak puashati dan
kemerosotan tahap komitmen guru terhadap tugas dan organisasi (Lokman dan Anuar, 2011) .
Seringkali juga kita terdengar rungutan dan keluhan tentang ketidakpuasan hati para guru
terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar. Antaranya ialah guru-guru kurang
keyakinan diri, matlamat kerja yang tidak jelas, kekurangan cabaran kerja dan ganjaran yang tidak
menepati kehendak mereka (Abd Ghani et.al, 2008). Justeru itu, apakah guru-guru akan
bermotivasi untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan berdasarkan kepimpinan yang
diamalkan oleh guru besar?

Namun begitu, guru yang bermotivasi akan menyumbang sesuatu di dalam bidang
pendidikan supaya ianya akan lebih cemerlang. Cemerlang, sederhana atau lemah sesuatu kerja
adalah bergantung kepada kualiti kerja yang disumbangkan oleh guru-guru. Sekiranya motivasi
kerja mereka tinggi pasti akan menghasilkan sesuatu yang baik dan begitulah sebaliknya.
3

Seseorang pemimpin organisasi juga perlu menentukan objektif, misi dan visi sekolah, namun
keberkesanan semua itu adalah bergantung kepada kesanggupan guru-guru untuk mencurahkan
usaha dan tenaga mereka. Dalam erti kata lain, kekuatan motivasi individu akan menyumbangkan
usaha ke arah pembentukan tenaga kerja yang kolektif (Teow Chong & Yim Lean, 2005). Justeru
itu, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 1 April 2010, di mana setelah NUTP telah
membuat aduan supaya mengkaji beban tugas guru yang terpaksa melakukan kerja yang
berlebihan termasuk dalam hal ehwal pentadbiran dan perkeranian sehingga mengganggu tugas
dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik (Berita Harian, 1 April 2010). Kementerian Pelajaran
Malaysia memandang serius isu ini kerana beban tugas yang berlebihan akan mengakibatkan guru-
guru bermotivasi rendah dalam melaksanakan tugas mereka. Selain itu juga, pengagihan kerja
yang tidak adil menyebabkan mereka tidak berpuas hati terhadap pemimpin organisasi. Sekiranya
keadaan ini berterusan, sedikit sebanyak akan memberikan kesan yang buruk terhadap sesebuah
sekolah. Oleh itu, motivasi adalah satu perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian
yang sewajarnya untuk meningkatkan kecemerlangan dan kualiti perkhidmatan yang merangkumi
kelakuan dan tingkah laku guru-guru.

B. Identifikasi Masalah

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti kepimpinan guru besar dan kesan hubungannya terhadap prestasi pelajar
di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan.

2. Mengenalpasti tahap motivasi guru dan kesan hubungannya terhadap prestasi pelajar di
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan.

3. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan kepimpinan guru besar dan motivasi guru
terhadap prestasi pelajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, Negeri
Sembilan.
4

C. Rumusan, Tujuan dan Batasan

1. Rumusan

a. Apakah kepimpinan guru besar berpengaruh terhadap prestasi pelajar di Sekolah Rendah
Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan?

b. Apakah motivasi guru berpengaruh terhadap prestasi pelajar di Sekolah Rendah Islam
Integrasi Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan?

c. Apakah kepimpinan guru besar dan motivasi guru secara bersama mempengaruhi
terhadap prestasi belajar pelajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum,
Negeri Sembilan?

2. Tujuan

a. Untuk mengetahui kepimpinan guru besar terhadap terhadap prestasi pelajar di Sekolah
Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan.

b. Untuk mengetahui motivasi guru berpengaruh terhadap prestasi pelajar di Sekolah Rendah
Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan.

c. Untuk mengetahui kepimpinan guru besar dan motivasi guru secara bersama mempengaruhi
terhadap prestasi belajar pelajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, Negeri
Sembilan.
5

3. Batasan Kajian

a. Kajian ini hanya melibatkan guru-guru di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum,
Negeri Sembilan. Sekolah-sekolah yang dipilih terdiri daripada Sekolah Rendah Islam Integrasi
Tahfiz Darul Ulum Seremban, Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum Nilai, Sekolah
Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah, Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz
Darul Ulum Jempol, Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum Gemas dan Maahad Tahfiz
Darul Ulum Gentam.

b. Keputusan kajian ini dijalankan tidak mewakili semua guru dan tidak boleh digenaralisasikan
untuk guru di sekolah-sekolah lain. Namun, kajian ini mungkin sesuai untuk keperluan masa kini
dan hasil dapatan yang diperolehi boleh diguna pakai untuk kajian berkaitan bidang ini.

D. Penilitian Terdahulu

1. Hubungan Gaya Kepemimpinan Pengetua Dengan tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah
Di Zon Pudu, Kuala Lumpur oleh Kamarudin Deraman, Jun 1998. Kajian dijalankan untuk mencari
perkaitan di antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua dan tahap motivasi guru-
guru di sekolah menengah di zon Pudu, Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur.

2. Hubungan kepimpinan pengetua dengan motivasi guru oleh Evonne LaiEng Fei, 2017. Kajian
ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan pengetua dengan motivasi
guru.

3. Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Motivasi Dalam Kalangan Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Harian Daerah Kluang, Johor oleh Nik Badrul Hisham B. Nik
6

Ismail,2014. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara gaya kepimpinan
pengetua dengan motivasi guru sekolah menengah kebangsaan harian (SMK) Daerah Kluang,
Johor.

4. Sangaran, Genesan, 2008. Kepimpinan pengajaran dan komitmen guru besar ke atas prestasi
akademik pelajar di sekolah-sekolah Tamil Negeri Kedah Darul Aman. Masters thesis, Universiti
Utara Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempersepsikan guru besar selalu
memainkan peranan kepimpinan pengajaran dalam dimensi kawalan untuk pengajaran dan
pembelajaran, keberkesanan sumber pengajaran dan mengendalikan program perkembangan
staf, tetapi agak kurang dari segi membuat pencerapan pengajaran guru di bilik darjah,
menggalakkan penggunaan pusat sumber sekolah.

5. Rika Anggela, 2013. Hubungan antara kompetensi profesional guru dan motivasi kerja guru
dengan prestasi belajar geografi siswa SMA di Kota Yogyakarta. Berdasarkan kajian dapat
disimpulkan bahawa prestasi belajar akan meningkat jika kompetensi profesional guru tinggi dan
motivasi kerja tinggi.

6. Dody Rijal Umami, 2014. Pengaruh kompetensi pedagogik dan motivasi kerja guru terhadap
prestasi belajar siswa dalam Ujian Nasional (UN) di SMA Negeri Se Kota Mojokerto. Kajian ini
bertujuan untuk mengetahui pengaruh antara variabel kompetensi pedagogik dan motivasi kerja
guru terhadap prestasi belajar pelajar dalam Ujian Nasional di SMA Negeri SeKota
Mojokerto. Pengaruh variabel kompetensi pedagogik dan motivasi kerja guru terhadap prestasi
belajar siswa dalam Ujian Nasional baik secara sebahagian mahupun keseluruhannya. Hasil kajian
data diperolehi adalah kesemua variable memberi pengaruh dan berpengaruh terhadap variabel
prestasi belajar pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa tingginya kompetensi pedagogik dan
motivasi kerja guru secara bersama-sama akan memberikan kontribusi nyata terhadap prestasi
belajar siswa dalam Ujian Nasional.
7

E. Sistematika Penulisan

Penulisan tesis ini dibahagikan kepada 5 (lima) bab yang masing-masing terdiri dari :

BAB I : Pendahuluan

Dibahas tentang latar belakang masalah, identifikasi masalah, batasan masalah,


perumusan masalah, tujuan penelitian, kegunaan penelitian dan sistematika penulisan.

BAB II : Kajian Teori, Kerangka Berpikir, Dan Pengujian Hipotesis

Dibahas tentang teori dan kajian kepemimpinan guru besar, motivasi guru-guru,
kerangka pemikiran dan pengujian hipotesis.

BAB III : Metodologi Penelitian

Di jelaskan tentang tempat dan waktu penelitian, metode pengumpulan data, definisi
operasional variabel penelitian, populasi dan teknik pengambilan data, serta teknik analisa
data.

BAB IV : Hasil Penelitian

Dibahas mengenai deskripsi data penelitian, pengujian persyaratan analisis, pengujian


hipotesis dan perbahasan hasil penelitian.

BAB V : Kesimpulan, Implikasi dan Saranan

Pada bab terakhir ini akan dihuraikan kesimpulan, implikasi dan saranan.

You might also like