You are on page 1of 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM

INTEGRASI TAHFIZ DARUL ULUM


KOMPLEKS TAHFIZ DARUL ULUM
Lot 1661, Jalan Paroi – Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06- 6716060/ 06- 6716222
Email : sriitahfizdarululum@gmail.com
www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlu
Rujukan kami : SRIIDU/SD/04/2019(1681)
Tarikh : 23 APRIL 2019

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Kepada:

Yang Berbahagia Tuan Hj. Karim bin Taib,


Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola,
Lot 2239, Batu 18 ½, Hulu Langat,
43100 Selangor
(U/p: Puan Norashikin binti Che Saad)

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK KELULUSAN AKAUN PENGECUALIAN CUKAI LHDN

Didahului dengan doa semoga Yang Berbahagia Tuan sentiasa berada di dalam Rahmat dan Kasih
Sayang Allah S.W.T.

2. Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009
dan merupakan sekolah yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(JHEAINS), 41-123/2011. Menerima pelajar usia 7-12 tahun. Ketika ini, SRIIDU menampung
bilangan pelajar seramai 430 orang termasuk pelajar kurang mampu dan anak yatim.

3. Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami amat berharap untuk mendapat kerjasama
daripada pihak Yayasan Tahfiz An Nisa (YTAN) untuk memberi kebenaran kepada kami bagi
menggunakan lesen pengecualian cukai LHDN yang ada pada YTAN ini. Sekiranya ada penyumbang
kepada SRIIDU yang memerlukan resit pengecualian cukai LHDN bagi pihak agensi mereka. Segala
syarat dan termanya kami sedia patuhi.

4. Segala sumbangan dan jasa baik Yang Berbahagia Tuan terlebih dahulu diucapkan setinggi-
tinggi ucapan terima kasih. Pihak SRIIDU berdoa semoga Allah akan memberi ganjaran pahala yang
berlipat kali ganda ke atas segala kerjasama yang diberikan.

Jazakumullahu Khairan Kathira. Sekian, terima kasih.

“ KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN”


Yang benar,

MOHD FAIRUZ BIN MOHD ISA


Pengerusi,
Srii Tahfiz Darul Ulum.

Sk : Fail
SRIIDU
SKEP
SWAD

You might also like