You are on page 1of 7

SHAHRIZAN BIN MOHD NOR 82033012528102 OMH1103 JAN 19 ASSIGNMENT 1

_________________________________________

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR


OPEN AND DISTANCE LEARNERS

TUGASAN
KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA DI MALAYSIA

JANUARY 2019

Name: SHAHRIZAN BIN MOHD NOR

Matric No: 82033012528102

Tel No: 01114138429

E-mail Address: shahrynzz@gmail.com

Tutor: Encik Onchi @ Wisra Bin Maddo

Learning Centre: Tawau

Semester: January 2019


SHAHRIZAN BIN MOHD NOR 82033012528102 OUMH1103 JAN 19 ASSIGNMENT 2

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan 1

2. Perbincangan tiga Penyebab Kemalangan Maut Jalan Raya di Malaysia 2

3. Perbincangan tiga Penyelesaian Kemalangan Maut Jalan Raya di Malaysia 3

4. Kesimpulan 4

Rujukan 5
SHAHRIZAN BIN MOHD NOR 82033012528102 OUMH1103 JAN 19 ASSIGNMENT 3

1.0 PENGENALAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin
meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca - kaca televisyen, di dada - dada
akhbar mahupun di corong - corong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya
yang meragut nyawa manusia. Jika hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan
sesebuah negara. Oleh itu, punca - punca kemalangan jalan raya dan cadangan mengatasinya
perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih serius.

2.0 PERBINCANGAN TIGA PENYEBAB KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA


DI MALAYSIA

2.1 SIKAP PEMANDU

Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap
pemandu itu sendiri. Kebanyakan kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pemandu
yang cuai, tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri, lebih - lebih lagi jika
individu tersebut adalah pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori. Berdasarkan statistik
Pasukan Penyiasat Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), 66%
kemalangan yang melibatkan bas dan lori adalah disebabkan oleh faktor manusia. Contoh
antara kecuaian yang selalu dilakukan oleh pemandu adalah mengikut laluan kecemasan,
memandu melebihi had laju, dan juga sikap ‘tidak sabar’ untuk sampai ke destinasi sehingga
sanggup memandu dengan cara berbahaya.
SHAHRIZAN BIN MOHD NOR 82033012528102 OUMH1103 JAN 19 ASSIGNMENT 4

2.2 KEADAAN KENDERAAN

Kenderaan hendaklah diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan kerana ianya
boleh mengundang malapetaka kepada pemandunya sekiranya hal ini tidak dipandang serius.
Penyelenggaraan kenderaan dilakukan adalah untuk memastikan aset berfungsi dengan lancar
secara berterusan dan selamat untuk digunakan. Antara sistem dan komponen yang perlu
diperiksa ialah sistem brek, sistem stereng, roda, tayar, sistem transmisi, lampu, dan tali
pinggang keledar. Sebagai contoh, sekiranya pemandu tidak peka terhadap keadaan tayar
kenderaan mereka, maka beberapa risiko akan timbul. Menurut kenyataan Mohamed Khatif
Tawaf (2018), Bunga tayar berfungsi untuk mengalirkan air yang terperangkap di antara tayar
dan permukaan jalan raya. Oleh itu, tayar kenderaan mestilah dalam keadaan baik dan tidak
botak. Jika bunga tayar haus ia mampu mengakibatkan kenderaan tergelincir atau hilang
kawalan. Hal ini disebut sebagai “aquaplanning” atau tayar terapung.

2.3 KEADAAN STRUKTUR JALAN RAYA

Keadaan struktur jalan raya turut menyumbang kepada penyebab berlakunya


kemalangan jalan raya. Sesetengah jalan raya di negara kita tidak selamat digunakan kerana
keadaan jalan raya yang berlubang - lubang, sempit, banyak selekoh dan persimpangan serta
bengkang - bengkok. Terdapat juga jalan raya yang tidak disediakan lampu jalan atau lampu
jalan yang tidak terang yang boleh mengganggu penglihatan pemandu. Sebagai contoh baru -
baru ini, netizen membuat petisyen bagi meminta pihak berwajib menyelenggara jalan raya
dari Telupid hingga Batu 32 di Sandakan, susulan keadaan laluan itu yang dianggap jalan
‘maut’ kerana terlalu banyak lubang dan tidak mempunyai lampu jalan yang sering
menyebabkan kemalangan. Petisyen secara tandatangan dalam talian menerusi change.org itu
dilancarkan pada 21 Disember 2018 lalu oleh individu dikenali Khairul Azlee Mohd Yunus.
SHAHRIZAN BIN MOHD NOR 82033012528102 OUMH1103 JAN 19 ASSIGNMENT 5

3.0 PERBINCANGAN TIGA PENYELESAIAN KEMALANGAN MAUT JALAN


RAYA DI MALAYSIA

3.1 PENGUATKUASAAN UNDANG - UNDANG

Undang-undang yang efektif dapat mengekang sikap pemanduan tidak berhemah. Pada
masa ini, Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 memperuntukkan hukuman
penjara antara 2 hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000 bagi kesalahan
berkenaan. Tan Sri Lee Lam Thye merupakan ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR)
pernah mencadangkan hukuman penjara mandatori lebih panjang perlu diwartakan bagi
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan agar pengguna jalan raya tidak akan berani
memperlekeh amaran kerajaan lagi. Undang - undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan
psikologi ke atas pengguna jalan raya yang cuai dan praktikal pula kepada pihak berkuasa untuk
dilaksanakan. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang -
undang dan kesannya terhadap keselamatan awam.

3.2 PEKA TERHADAP KEAADAAN KENDERAAN

Media massa juga memikul obligasi yang berat dalam mencegah kemalangan jalan raya
daripada terus berlaku. Media massa haruslah menguar-uarkan mengenai isu-isu kemalangan
jalan raya agar isu yang diiklankan di kaca televisyen dan di dada akhbar itu menjadi
pengajaran kepada orang ramai mengenai bahayanya. Di samping itu,media massa juga boleh
melaksanakan program pendidikan keselamatan jalan raya di Malaysia secara formal yakni
kurikulum di sekolah dan institusi memandu seterusnya secara tidak formal yakni melalui
keselamatan jalan raya seperti ‘’Kemalangan Sifar” dan sebagainya.

3.3 MEMPERBAIKI KEADAAN STRUKTUR JALAN RAYA

Langkah lain yang boleh diambil pula ialah dengan membaiki keadaan jalan raya di
negara kita. Jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik sudah pasti mendatangkan bahaya
kepada para pemandu. Sistem jalan raya utama perlu direka bentuk dengan teliti supaya ia
dapat memberi kelancaran trafik dan keselamatan pengguna menggunakannya. Bukan itu
sahaja, keadaan jalan raya yang gelap tanpa sinaran cahaya lampu juga boleh membahayakan
nyawa pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam.
SHAHRIZAN BIN MOHD NOR 82033012528102 OUMH1103 JAN 19 ASSIGNMENT 6

4.0 KESIMPULAN

Intihanya, kemalangan jalan raya merupakan polemik semasa yang tiada kesudahan.
Jika kita berhasrat untuk menangani kemalangan jalan raya yang semakin hari semakin serius
ini,langkah-langah yang proaktif dan konkrit haruslah dilaksanakan. Kemalangan jalan raya
mampu dielakkan sekiranya semua pihak tidak kira individu, masyarakat, kerajaan serta pihak
bukan kerajaan bersatu hati menggembleng tenaga dan usaha yang berkesan menangani isu
ini. Kadar kemalangan yang sedikit mampu menaikkan martabat dan imej negara di pentas
dunia agar negara kita dilabel sebagai negara yang mengamalkan undang - undang jalan raya
yang berkesan.

(788 patah perkataan)


SHAHRIZAN BIN MOHD NOR 82033012528102 OUMH1103 JAN 19 ASSIGNMENT 7

INI ADALAH SEMPEL CARA MENULIS RUJUKAN MENGIKUT GAYA


RUJUKAN APA

Rujukan

Akmal Abdelfatah. (2016). Traffic fatality causes and trends in Malaysia. Malaysia
Sustainable Cities Program, Working Paper Series © Akmal Abdelfatah &
Massachusettes Institute of Technology 2016. Retrieved from
https://scienceimpact.mit.edu/sites/default/files/documents/Abdelfatah_0.pdf

American Academy of Paediatrics. (2015). How do the kids fare when both parents work?
Retrieved from https://www.healthychildren.org/english/family-life/work-
play/Pages/How-do-the-Kids-Fare-When-Both-Parents-Work.aspx.

Chung, H. T., Huam, H. T., Hazidi Abd Hamid, Zahari Hamidon, Hui, T. T., Shawira Abu
Bakar, … & Thami Munisah Mohd Yusoff. (2014). OUMH1103 Learning skills for
open and distance learners (3rd ed). Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Darma, Y., Karim, M., & Abdullah, S. (2017). An analysis of Malaysia road traffic death
distribution by road environment. Sadhana. 42(9), 1605-1615. Retrieved from
Database: CINAHL Complete, OUM Digital Library.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya 2014. (2014). Road safety plan of Malaysia 2014 – 2020.
Retrieved from
http://www.mot.gov.my/SiteCollectionDocuments/Darat/Road_Safety_Plan_2014-
2020_booklet-EN.pdf

Lenehan, P. (2016). I surveyed more than 1,000 people to find out how having a working
mom really affects kids. Retrieved from http://motto.time.com/4241071/working-mom-
impact-kids/.

Mokhtar MB & Murad MW. (2010). Issues and framework of environmental health in
Malaysia. Journal of Environmental Health. 72(8), 24-29. Retrieved from Database:
CINAHL Complete, OUM Digital Library.

Penn, L. (2014). Essay – pollution of the environment in modern cities. Retrieved from
http://examwriting.blogspot.com/2014/04/essay-pollution-of-environment-in.html.

Yusrin Darma, Mohamed Rehan Karim, & Sulaiman Abdullah. (2017). An analysis of
Malaysia road traffic death distribution by road environment. Retrieved from
https://www.ias.ac.in/article/fulltext/sadh/042/09/1605-1615

You might also like