You are on page 1of 13

KE ARAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING PROFESIONAL

VISI

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan


suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan
jayanya:

1) Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.


2) Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan
berakhlak mulia.
3) Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
4) Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program
bimbingan dan kaunseling.
5) Memberi pendidikna kerjaya bersepadu kepada pelajar.
6) Memupuk semangat patriotik dan kulaiti kepimpinan di kalangan pelajar.

FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara
optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran
bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan
rohani serta beriman dan beramal soleh.
MATLAMAT BIMBINGAN & KAUNSELING

Terdapat lima matlamat Unit Bimbingan SK Bandar Hilir


- memudahkan perubahan tingkah laku
- meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan
perhubungan
- membantu keberkesanan klien menguruskan diri
- menggalakkan proses membuat keputusan
- membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien

Matlamat Perkhidmatan

Perubahan Perhubungan Pengurusan Proses Pencapaian


Tingkahlaku Positif Diri Membuat Potensi
Positif Keputusan

ETIKA PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

1) Menerima tanpa syarat

2) Menerima dan merahsiakan maklumat yang diberi.

3) Menghormati klien sebagai seorang individu.

4) Sanggup mendengar segala permasalahan.

5) Sedia berjumpa apabila diperlukan.


CARTA ORGANISASI
UNIT BIMBINGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR HILIR
MELAKA SESI 2014

En Adnan B. Hj Sidek
Guru Besar

En Khoo Chai Huat En Edie Gan En Ro


Guru Penolong Kanan Guru Penolong Kanan HEM Guru Penol
Pentadbiran Ko-kur

Pn Siti Rokiah Bt Mat Noor


Guru Bimbingan & Kaunseling

S/U PEMULIHAN AGAMA DISIPLIN


PEPERIKSAAN

S/U UPSR DADAH PTN17


SENARAI TUGAS
GURU BIMBINGAN SEPENUH MASA (GBSM)

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan di


sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua
pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan kelompok dan tunjuk ajar
(instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu
secara profesional dan beretika.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti selepas
peperiksaan UPSR.
9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas
UPSR.
11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan
konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan
Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan di
sekolah.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan di
sekolah.
15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman
dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
17. Mengenalpasti dan merujuk pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan
perkhidmatan kaunseling krisis.
18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium,
motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
23. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan
Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan,
Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.
24. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat
penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang,
berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan
yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara
perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut
Bil Bidang Input Kaedah

1. Akademik 1. Pemilihan mata pelajaran Bimbingan Kelompok


Bimbingan Individu
2. Kemahiran Belajar Bengkel
Seminar
a. Membaca Kem/Perkhemahan
Tayangan Video
b. Mencatat/ mengambil Pembimbing Rakan Sebaya
nota (PRS)
c. Pengurusan masa Taklimat
d. Pengurusan diri Kolokium
e. Mendengar Tutor Sebaya
f. Mengingat Mentor Mentee
g. Mengulangkaji
h. Menjawab soalan
peperiksaan
i. Menghadapi peperiksaan

3. Pengumpul maklumat Lawatan


pelajaran atau peluang Ceramah
melanjutkan pelajaran di Pameran
sekolah menengah (asrama Bank maklumat manual
penuh/ rancangan khas/ Bank maklumat berkomputer
intergrasi/ dsb)
Bil Bidang Input Kaedah

2. Kerjaya 1. Inventori minat Bimbingan Kelompok


2. Inventori Personaliti Bimbingan Individu
3. Inventori nilai Lawatan
4. Pemilihan Matapelajaran Ceramah
Forum
5. Pengumpulan maklumat Seminar
kerjaya Tayangan video
6. Pendedahan kerjaya Pertandingan-pertandingan
Peluang latihan kerjaya - Media Maklumat Kerjaya
7. Penyebaran maklumat - Buku Skrap Kerjaya
- Eksplorasi Alam Kerjaya
- Poster Kerjaya
- Sketsa Kerjaya
3. Psikososial & 1. Ujian Personaliti Bimbingan Kerjaya
Kesejahteraan 2. Senarai semak masalah merentasi Kurikulum
Mental 3. Merujuk Kad Maklumat Diri dan Kurikulum
(Jika perlu) PRS
4. Kemahiran Komunikasi Bimbingan Kelompok
5. Kemahiran Asertif/Tegas diri Bimbingan Individu
6. Penyaringan maklumat Forum
7. Pengurusan Tekanan Kursus
8. Kemahiran Rohani Bengkel
9. Kemahiran Membuat Seminar
Keputusan Kem Bina Insan/ Diri
10. Kemahiran Pengawalan Diri Kolokium
11. Kemahiran Aplikasi Rehlah
12. Kemahiran Sintesis Lawatan
13. Kemahiran Analisis Kritikal Tayangan video
14. Pengekalan Penghargaan Kaunseling Keluarga
Kendiri/ Self Esteem PRS
15. Perkembangan Keremajaan Latihan Dalam Kumpulan
Bil Bidang Input Kaedah
16. Konsep Kendiri Aktiviti Simulasi Kumpulan
17. Pengendalian Kendiri Perkhemahan Ibadah
18. Program Orientasi Ceramah

4. Keibubapaan 1. Komunikasi Ceramah


2. Perkembangan individu Seminar
3. Isu-isu Kekeluargaan Forum
3.1 Kepimpinan Bengkel
3.2 Perkembangan remaja Perkhemahan keluarga/
masa kini dan akan Hari Keluarga
datang Lawatan ke rumah
3.3 Kerukunan dan (Home Visit)
kesejahteraan keluarga. Khidmat Konsultasi
Kursus Kemahiran
Keibubapaan
Konferens
Buletin Keluarga
Pameran
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok

5. Pembangunan 1. Kemahiran Komunikasi Bimbingan Individu


Diri 2. Kemahiran Penyelesaian Bimbingan Kelompok
Masalah Latihan Dalam Kumpulan
3. Kepimpinan Lawatan ke rumah
4. Kemahiran Tegas Diri Ceramah
5. Pembimbing Rakan Sebaya Bengkel
(PRS) Praktikum PRS
6. Kemahiran Sosial
7. Kemahiran Pemilihan aktiviti
Bil Bidang Input Kaedah
keutamaan
8. Pengurusan Diri

6. Pendidikan 1. Kemahiran Asertif Ceramah


Pencegahan 2. Kemahiran Sosial Seminar
Dadah / Rokok / 3. Perkembangan Seksual Pertandingan Esei
Inhalan dan 4. Sikap Benci kepada dadah Pertandingan Poster
HIV/ AIDS Pertandingan Pidato
5. Kemahiran Menghindar Pertandingan Boria
Jangkitan HIV/ AIDS Pertandingan Nasyid
6. Pendidikan Kekeluargaan Kuiz
5 Minit Anti Dadah
Pameran
Bengkel
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok

7. Pengurusan dan 1. Maklumat Kerjaya Sistem Fail


Pentadbiran 2. Maklumat Pendidikan dan Paparan
3. Latihan Sebaran
4. Maklumat Dadah Brosur / Phamplet
5. Maklumat HIV/ Aids Poster
6. Maklumat Bahaya Rokok Buku
dan Kesihatan Buku Skrap
7. Rancangan Tahunan Perkongsian
8. Kertas Kerja Program
9. Buku Rekod Perkhidmatan
10. Borang-borang
Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling
11. Jadual Waktu Perkhidmatan
12. Maklumat Murid
13. Laporan Program
14. Keceriaan Bilik Kaunseling
15. Papan Kenyataan
Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling
Bil Bidang Input Kaedah
16. Laporan dan Rekod Sesi
17. Penilaian Program
18. Rekod dan Laporan
Kewangan

8. Perkhidmatan 1. Akademik Kaunseling Individu


Bimbingan dan 2 Kerjaya Kaunseling Kelompok
Kaunseling 3. Psikososial Bimbingan Individu
4. Keluarga Bimbingan Kelompok
5. Peribadi Konsultasi
6. Kes Disiplin
7. Dadah
8. HIV/ AIDS
Justifikasi Perlaksanaan Program Bimbingan & Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir, Melaka 2014

Selain menjalankan sesi kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok Unit
Bimbingan & Kaunseling juga diamanahkan untuk menjalankan program-program mengikut
bidang tertentu seperti pembangunan kendiri, kepimpinan, kerjaya, psikososial dan
kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah, rokok, inhalan HIV AIDS
dan arak.
Program yang dijalankan dalam bentuk ceramah motivasi, sesi bimbingan dan
kaunseling secara individu dan kelompok , lawatan sambil belajar, pertandingan dan lain-lain.
Adakalanya Unit Bimbingan & Kaunseling akan menjalankan program dan aktiviti ini
dengan kerjasama Unit Disiplin, Unit Pemulihan Khas, Unit PPda dan lain-lain. Terdapat
juga program yang dijalankan secara kolaborasi iaitu gabungan dengan beberapa sekolah
berhampiran iaitu Program Kolaborasi Antidadah yang dibuat mengikut zon tertentu.
Berikut adalah beberapa justifikasi pelaksanaan program bimbingan yang akan
dijalankan pada tahun 2014 :

1. Perbincangan Dengan Guru Kelas


Terdapat beberapa program yang dijalankan oleh Unit Bimbingan merupakan permintaan
daripada guru kelas itu sendiri. Program ini adalah kehendak kelas dan dijalankan pada waktu
relif atau Sesi Bimbingan & Kaunseling. Kebiasaannya murid-murid ini mempunyai
beberapa sebab seperti berikut :
a) Masalah disiplin
b) Keadaan kelas yang sentiasa bising dan tidak teratur semasa ketiadaan guru
c) Murid yang selalu tidak menghormati guru
d) Terlalu ramai murid yang berpakaian tidak kemas
e) Jumlah kehadiran murid yang tidak memuaskan
f) Terlalu ramai murid yang tidak menyiapkan kerja rumah
Adakalanya, Guru Bimbingan akan menjalankan kajian sebab-sebab berlakunya keadaan
sedemikian bertujuan untuk merangka program-program “class base” yang lebih berkesan.
Program-program ini tidak tercatat di dalam perancangan tahunan.
2. Berdasarkan Keperluan Murid Tertentu
Murid merupakan pelanggan utama Unit Bimbingan. Ada kalanya program – program yang
dirancang oleh Unit Bimbingan adalah berdasarkan keperluan murid-murid tertentu seperti
murid yang selalu ponteng, murid yang sering tidak membuat kerja rumah, kelompok murid
yang dikategorikan malas, mempunyai masalah disiplin dan sebagainya. Program ini
dijalankan dalam bentuk Bimbingan Kelompok Kecil yang mempunyai masalah yang sama
bagi setiap murid.
Program ini dijalankan secara berterusan dan bertujuan untuk membimbing murid –
murid ke arah yang lebih positif dan menaikkkan kendiri murid-murid tersebut

3. Kehendak Semasa
Unit Bimbingan seharusnya peka dengan kehendak dan keperluan semasa. Perubahan
sekeliling sekolah seperti faktor geografi, faktor ekonomi serta faktor sosial sentiasa
mempengaruhi perubahan tingkahlaku murid-murid.
Guru Bimbingan juga terlibat menjalankan Modul Bimbingan & Kaunseling di dalam
kelas-kelas meliputi 6 bidang utama tersebut. Program ini dijalankan semasa waktu relif atau
secara pertukaran jadual waktu (mengikut keperluan pada waktu tersebut).
Berdasarkan kepada pekeliling terbaru Guru Bimbingan & Kaunseling perlu memberi
fokus kepada 3 bidang utama yang meliputi:
a) Disiplin & Pembangunan Sahsiah Diri
b) Psikososial & Kesejahteraan mental
c) Kerjaya

4. Hasil Mesyuarat Guru, Panatia dan Unit


Semasa mesyuarat guru/ panatia/ unit terdapat guru-guru yang memberi cadangan
program-program yang ingin dilaksanakan bersama-sama Unit Bimbingan . Antara program-
program tersebut adalah :
a) Program Disiplin / Kepimpinan
b) Kaedah Belajar
c) Pendidikan Kerjaya.

5. Program – Program Kehendak Unit Bimbingan


Unit Bimbingan juga menjalankan beberapa program bertujuan untuk meningkatkan lagi
mutu perkhidmatan bimbingan.
a) Kaunseling Berfokus
b) Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
c) 5 Minit Anti Dadah
d) Pendidikan Kerjaya
e) Lawatan Sambil Belajar
f) Program Motivasi Keibubapaan.
g) Psikososial & Kesejahteraan Mental
h) Disiplin & Keterampilan Diri
i) Program Guru Penyayang
j) Program Dwen
k) Program Mentor Mentee

PENUTUP & PENGHARGAAN

Unit Bimbingan & Kaunseling berterima kasih diatas sokongan dan kerjasama yang
diberikan oleh pihak pentadbir, terutama Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan,
Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG), Jabatan Pelajaran Melaka, guru-guru serta individu
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam memastikan setiap program
yang dirancang oleh Unit Bimbingan & Kaunseling berjalan dengan lancar.

Terima Kasih Sekalung Budi…….

You might also like