Manual For The Structural Design of Flexible Pavem - 59fa17371723dd6671bb4d0d PDF

You might also like

You are on page 1of 48
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA. PEIABAT KETUA PENGARAH KERJA RAYA Telefon: (03) 26919011 7 Telefx —: KRTMA30415, TBUREIABAL IER MALAY SIA Kawat : MINWORK, KUALA LUMPUR, JALAN SULTAN SALAHUDDIN, Fax (03) 2694 8477 (TKt 2) 50582 KUALA LUMPUR. (03) 2692 1202 TH. $), Laman Web = p/w jkgovany Rujukan: JKR.KPKR: 113. 020.050/03 Jid 4 (26) Tarikh : 3 April 2013 ‘Semua Pengarah Kanan / Pengarah Cawangan Ibu Pejabat JKR Semua Pengarah Kerja Raya Negeri Semua Pengarah/Pengurus Pembinaan Pengarah JKR Unit Khas KESEDAR Semua Jurutera Daerah SURAT ARAHAN KPKR BIL. 12/2013 ARAHAN PENGGUNAAN ATU 5/85 (PINDAAN 2013) : MANUAL FOR THE STRUCTURAL DESIGN OF FLEXIBLE PAVEMENT 1. LATAR BELAKANG 1.1 Satu garis panduan baru bagi kerja-kerja rekabentuk jalan iaitu Arahan Teknik (Jalan) 5/85 (Pindaan 2013) dan selanjutnya dinamakan sebagai ATJ 5/85 (Pindaan 2013) telah disiapkan bagi menggantikan garis panduan lama Arahan Teknik (Jalan) 5/85. 1.2 Garis panduan baru ini telah dibentang dan diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Bil 1/2013 pada 1Shb Januari 2013, 1.3. Antara penambahbaikan yang telah dibuat di dalam garis panduan baru ini adalah seperti berikut: 24 22 a) Kaedah rekabentuk struktur pavemen dalam manual baru mengambilkira penggunaan teknologi terbaru dalam pembinaan jalan seperti kaedah penstabilan tanah, penggunaan polimer sebagai bahan tambah dan sebagainya. b) Menerapkan penggunaan kaedah “Catalogue of Pavement Structures” bagi mempercepatkan proses rekabentuk dan mendapatkan rekabentuk struktur jalan yang lebih "state-of-the-art", c) Menyediakan kaedah rekabentuk untuk struktur jalan yang berbeza mengikut hieraki jalan jaitu dari jalan bertrafik rendah (ESAL < 10°) hingga ke jatan berkapasiti tinggi (> 30 x 10° ESAL) bergantung kepada tahap kekualan tanah asal yang berbeza d) Kaedah pengiraan dan analisa rekabentuk struktur pavemen adalah berdasarkan kaedah mekanistik yang mengambilkira keupayaan bahan binaan yang digunakan. ARAHAN PENGGUNAAN Dengan Surat Arahan ini, SEMUA projek jalan baru dan juga projek penyelenggaraan jalan yang dikendalikan oleh JKR adalah dikehendaki menggunakan Arahan Teknik (Jalan) yang baru ini bagi memastikan kualifi jalan mematuhi kriteria yang ditetapkan. Arahan Teknik (Jalan) ini boleh dimuat turun di Laman Web Rasmi Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik (hitp:/mww.jkr.gov.my/ekig/) atau memohon kepada Unit Standard & Spesifikasi, Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik, Tingkat 26, Menara PJD, No. 50, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. 3. KUATKUASA 3.1. Surat Arahan ini berkuatkuasa serta-merta dan terpakai bagi tempoh LIMA TAHUN dari tarikh ianya ditandatangani melainkan jika terdapat arahan dasar terkini atau perkembangan baru yang memerlukannya dikaji semula dan dikemaskinikan lebih awal atau sebelum tempoh tersebut berakhir. 3.2 Dengan kuatkuasanya Surat Arahan ini, Arahan Teknik (Jalan) berikut adalah DIBATALKAN: - i) Arahan Teknik (Jalan) 5/85 Manual On Pavement Design Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ee ( DATO" SERI Ir. HJ. MOHD NOOR BIN YAACOB ) Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia sk - _ Timbatan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes) - _ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pengurusan) - _ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) Ketua Bahagian Pengurusan Kuali, Cawangan Pengurusan Korporat

You might also like