You are on page 1of 9

PROGRAM SARJANA MOD CUTI SEKOLAH 2018/2019

SARJANA PSIKOLOGI PENDIDIKAN

GGGB6012 PENULISAN AKADEMIK 1

TUGASAN BERKUMPULAN

PENSYARAH : MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

KERTAS KONSEP

Persepsi Guru Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Vle Frog dalam Pelaksanaan
PdPc

SENARAI AHLI KUMPULAN :

LAW SIEW NYIIK GP 07173

NOOR HIDAYAH BINTI HASNANI GP 07179

PATRICIA JONG WAN SYN GP 07187

RAJAKUMARI A/P VELU PILLAI GP 07188

RAJESWARI A/P THILLAIVANAM GP 07189

SANTHIYA RAMADAS GP 07190


Persepsi Guru Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan VLE Frog dalam
Pelaksanaan PdPc

Law Siew Nyiik, Noor Hidayah Binti Hasnani, Patricia Jong Wan Syn, Rajakumari A/P Velu
Pillai, Rajeswari A/P Thillaivanam & Santhiya A/P Ramadas
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru sekolah menengah terhadap penggunaan
VLE Frog dalam pelaksanaan PdPc. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap
penerimaan guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPc dan untuk mengenalpasti tahap
pelaksanaan tugasan melalui VLE Frog. Metodologi kertas konsep ini berdasarkan kajian di
perpustakaan iaitu melalui pengumpulan maklumat-maklumat dan bahan-bahan berkaitan
faktor dan isu yang mempengaruhi serta cadangan untuk meningkatkan persepsi guru di
sekolah menengah terhadap penggunaan VLE Frog dalam pelaksanaan PdPc. Dapatan kajian
ini diharap dapat membantu golongan guru sekolah menengah dalam usaha mempelbagaikan
kaedah pengajaran yang mungkin dapat mengatasi masalah pelajar seperti pelajar tidak
berminat untuk belajar, prestasi merosot, dan pelajar tidak belajar secara aktif sewaktu PdPc
dijalankan di dalam bilik darjah dan membantu meningkatkan tahap persepsi positif guru
terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPc.

Kata kunci: Persepsi guru, VLE Frog, PdPc, alat bantu mengajar, e-pembelajaran

ABSTRACT

The purpose of this study is to examine the perception of secondary school teachers on the
use of VLE Frog in the implementation of teaching and learning process. This study aims to
identify the acceptance level of teachers towards the use of VLE Frog in the teaching and
learning process. In addition, this research is also to identify the level of implementation of
assignments through VLE Frog. The methodology of this conceptual paper is through
literature review of various scholarly articles and journals related to the factors and issues
revolving around the topic of this study. The findings of this study are expected to help
secondary school teachers in the effort of diversifying the teaching methods that may be able
to overcome the problems of students such as students who are not interested in learning,
declining academic performance, and students not actively being involved during the
teaching and learning process in the classroom, and also to help improve the perception of
teachers towards the use of VLE Frog in the teaching and learning process.

Keywords: Teacher’s perception, VLE Frog, teaching and learning process, teaching tool,
e-learning
Pengenalan

Sistem Pendidikan di Malaysia berkembang pesat selaras dengan perkembangan era


globalisasi peringkat antarabangsa. Penggunaan Internet dalam bidang pendidikan juga telah
berkembang selari dengan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information
Communication Technology (ICT). Pelbagai kaedah dalam pendidikan telah diperkenalkan
oleh pihak-pihak tertentu hasil daripada ledakan teknologi internet dan perkembangan
komunikasi bagi memberi manfaat kepada pendidik. Pengajaran dan pembelajaran maya
merupakan salah satu bidang yang berkembang dalam era internet ini. Kemajuan teknologi
telah memberi cabaran baharu dan perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan martabat
profesion keguruan. (Nor Zaira Razali et al. 2016). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (PPPM) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah
meletakkan matlamat memanfaatkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sejajar dengan itu, kementerian telah berusaha untuk memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kecekapan cara penyampaian pendidikan. Sejak internet diperkenalkan dalam
sistem pendidikan di Malaysia, banyak perubahan telah berlaku. Ia telah mengubah corak
kehidupan komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam penggunaannya di bidang
pendidikan. Penggunaan internet terus berkembang dari semasa ke semasa (Noraini et al.
2010). Pembelajaran maya yang merupakan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
berasaskan internet adalah bidang yang turut berkembang dalam era ICT ini. Setiap pelajar
perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan integrasi dunia teknologi masa kini
(KPM 2012). Bagi merealisasikan inisiatif tersebut, KPM telah bekerjasama dengan pihak
YTL Communications dan memperkenalkan projek 1BestariNet. Di bawah projek berkenaan,
sebanyak 10 000 buah sekolah rendah dan menengah telah dilengkapkan dengan akses
internet berkelajuan tinggi tanpa wayar 4G yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi, dan pentadbiran dilaksanakan menerusi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog
atau Frog Virtual Learning Environment (VLE Frog).

VLE Frog dilancarkan pada Mac 2012 dan dilaksanakan bersama dengan rangkaian
1BestariNet mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Kemudahan ini dibangunkan secara berperingkat mulai Disember 2011 dan semua sekolah
kerajaan dijangka menerima akses internet dan VLE pada pertengahan tahun 2013. VLE Frog
adalah satu kaedah penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan melalui VLE Frog yang boleh diakses di
sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian internet. Dibawah 1 BestariNet, sekolah
dilengkapi dengan kemudahan ICT yang membolehkan pengajaran, pembelajaran kolaborasi
dan pengurusan pentadbiran dijalankan di internet menerusi VLE Frog yang boleh diakses di
sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet (Ila Husna 2015)

Penyataan masalah

Melalui Projek 1Bestarinet iaitu antara usaha sama YTL Communication dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menambahbaik sistem pendidikan negara dengan
memperkenalkan persekitaran pembelajaran maya (VLE Frog) di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia. Maka melalui Gelombang 2 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) telah
memberi fokus kepada sekolah-sekolah kawasan luar bandar dan pedalaman, sekolah kurang
guru dan sekolah kurang murid dengan melaksanakan inovasi ICT secara berterusan. Ini bagi
memastikan jurang berbezaan kapasiti keperluan ICT dalam pembelajaran di sekolah
kawasan luar bandar dapat dikecilkan dan hal ini secara tidak langsung melancarkan proses
pembelajaran VLE Frog di sekolah-sekolah tersebut di seluruh Malaysia. Guru di sekolah
sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan komputer dalam
pembelajaran seharian.

Namun demikian, berdasarkan Laporan 2013 Ketua Audit menunjukkan bahawa,


pelaksanaan pembelajaran maya menggunakan VLE Frog di sekolah-sekolah di Malaysia
kurang daripada 5%. UNESCO (2013) pula mendapati bahawa, 80% guru menggunakan ICT
kurang dari satu jam seminggu dan ini juga terhad kepada pemprosesan perkataan sahaja.
Perkara ini dilihat oleh pengkaji sebagai kurangnya minat guru untuk menggunakan aplikasi
yang melibatkan internet kerana mereka terpaksa memilih dan menilai bahan yang
bersesuaian untuk dikongsikan bersama pelajar. Menurut dapatan oleh Hoy, Bayne dan Wood
(2000), pendidik harus dinamik, bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang
perkembangan pendidikan semasa. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, penyelidik
memberi fokus terhadap persepsi guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPC.
Tujuan Kajian

Melalui kajian perpustakaan yang telah dijalankan, didapati bahawa tahap penggunaan VLE
Frog dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan ( PdPc) di sekolah menengah masih
berada di tahap yang tidak memberangsangkan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui
persepsi guru sekolah menengah terhadap penggunaan VLE Frog dalam pelaksanaan PdPc,
faktor-faktor yang menyumbang kepada persepsi tersebut boleh dikenal pasti dan cadangan
penambahbaikan dapat disarankan supaya persepsi positif dapat ditingkatkan.

Objektif kajian

i. Apakah persepsi guru sekolah menengah terhadap keberkesanan penggunaan VLE


Frog sebagai salah satu alat penambahbaikan & bantuan dalam meningkatkan
keberkesanan proses PdPc?
ii. Adakah guru memanfaatkan penggunaan Frog VLE dalam proses PdPc?
iii. Adakah guru menghadapi masalah atau kekangan semasa mengaplikasikan VLE Frog
dalam proses PdPc?

Metodologi kajian

Metodologi kertas konsep ini adalah berdasarkan kajian di perpustakaan iaitu melalui
pengumpulan maklumat-maklumat dan bahan-bahan berkaitan faktor dan isu yang
mempengaruhi serta cadangan untuk meningkatkan persepsi guru di sekolah menengah
terhadap penggunaan VLE Frog dalam pelaksanaan PdPc.

Perbincangan

VLE Frog merupakan satu inovasi pendidikan masa kini di dalam negara di mana ia
merupakan penambahbaikan dalam sistem pendidikan yang telah sedia ada. Semua pihak
memainkan peranan yang penting terutamanya guru bagi merealisasikan program VLE Frog
ini. Setiap guru perlu mempunyai inisiatif dalam usaha mereka untuk menguasai
pengetahunan berkaitan dengan penggunaan VLE Frog.
Berdasarkan hasil dapatan kajian-kajian lalu, didapati penggunaan VLE Frog dalam
kalangan guru sekolah menengah masih di tahap yang sangat rendah dalam jangka masa 6
tahun pelaksanaannya. Terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan permasalahan ini.
Pertama, pengetahuan yang kurang menyebabkan guru tidak berminat menggunakan VLE
Frog. Oleh yang demikian, latihan secara berterusan harus diberikan kepada guru agar dapat
meningkatkan minat guru dalam menggunakan VLE Frog. Selain itu, isu kesuntukan masa
dan bebanan tugas guru yang terlalu banyak di sekolah menjadi faktor yang menyebabkan
kelemahan pelaksanaannya. Bagi mengatasi masalah ini, kajian lepas mencadangkan agar
guru membuat pembahagian masa dan perancangan mengajar secara sistematik.

Seterusnya, kekurangan kemudahan teknologi dan kekurangan akses internet di sekolah


menengah menyumbang kepada faktor yang menyebabkan penggunaaan VLE Frog masih
berada di tahap yang sangat rendah. Kekangan ini boleh diatasi dengan membuat
perbincangan dengan kerajaan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi meningkatkan
dana sekolah untuk menambah bilangan komputer di sekolah dan menyediakan capaian
internet dalam kawasan sekolah. Dapatan kajian lalu juga menyatakan bahawa kekurangan
kemahiran mengawal kelas menjadi punca guru kurang berminat untuk menggunakan VLE
Frog. Hal ini kerana, apabila guru membawa murid ke bilik komputer untuk menggunakan
VLE frog, suasana di dalam makmal komputer bertukar menjadi kelam kabut dan bising yang
akhirnya menyebabkan objektif guru tidak tercapai. Akhir sekali, kurangnya minat guru
untuk menggunakan aplikasi yang melibatkan internet menyebabkan mereka terpaksa
memilih dan menilai bahan yang bersesuaian untuk dikongsikan bersama pelajar .

Cadangan kajian

Berdasarkan dapatan melalui pengumpulan maklumat-maklumat dan bahan-bahan kajian


lepas, maka beberapa cadangan yang diperolehi boleh dijadikan landasan kepada
penyelidikan akan datang.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Norazilawati et al. 2013, pengkaji mencadangkan
agar pentadbir sekolah jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya
di sekolah masing-masing. Apabila barisan pentadbiran sedar akan kepentingan
melaksanakan PdPc seperti yang disarankan oleh pihak kementerian, maka mereka akan
bersikap lebih proaktif dalam menyediakan prasarana yang mencukupi dan membekalkan
latihan yang optimum kepada para guru agar memiliki kepakaran seperti yang diharapkan.
Selain itu, satu bentuk pelan pelaksanaan yang melibatkan kerjasama dan interaksi semua
warga, aktiviti, dan ibu bapa perlu dibangunkan. Hal ini amat penting bagi mendapatkan
sokongan luar dalam membiasakan murid dengan kaedah pembelajaran secara maya baik di
sekolah mahupun di rumah. Seterusnya, perancangan program peningkatan kemahiran
diperlukan untuk memastikan semua guru baik guru muda atau senior aktif dalam
pelaksanaan VLE Frog, bukan hanya berfokus kepada guru yang berminat dan berkemahiran
sahaja. Di samping itu, bagi memastikan pelaksanaannya secara berterusan, satu jadual
pemantauan perlu dijalankan agar prestasi guru sentiasa meningkat. Bukan itu sahaja, dalam
memastikan semua pengguna VLE Frog dapat menggunakan pembelajaran maya secara
optimum, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut dikumpulkan dan dinilai bagi tujuan
penambahbaikan.

Hasil dari dapatan kajian Haliza et al. (2016) pula mencadangkan agar pemantauan
dilakukan secara berterusan daripada pihak pentadbir dan satu rangka pelan pelaksanaan VLE
Frog yang jelas perlu diberikan kepada semua warga sekolah, termasuk ibu bapa agar semua
kumpulan sokongan dalam membantu menggerakkan pelaksanaan budaya VLE Frog di
sekolah. Selain itu, pihak yang terlibat dalam pembangunan kurikulum pendidikan juga
disarankan agar menyemak semula bebanan silibus pembelajaran supaya guru dapat
melaksanakan VLE Frog di dalam bilik darjah secara optimum mengikut silibus yang
ditetapkan. Pihak guru juga perlu optimis, proaktif dan bermotivasi untuk menggunakan VLE
Frog dengan membuat perancangan pengajaran yang lebih awal supaya dapat
memaksimumkan penggunaan VLE Frog dalam PdPc. Kajian ini juga menyarankan agar
warga pendidik perlu sentiasaa bersedia untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak
KPM, JPN, PPD, ataupun Pusat Kegiatan Guru sebagai usaha untuk memantapkan lagi ilmu
dan kemahiran tentang penggunaan VLE Frog ini. Dalam merealisasikan saranan ini, pihak
pentadbir sekolah boleh bekerjasama dengan pihak PPD dan JPN untuk mengadakan satu
progam peningkatan kemahiran yang dijadikan sebagai satu platform interaksi bagi guru,
pelajar dan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat yang terkini mengenai pelaksanaan
inovasi VLE Frog ini.
Kesimpulan

Kajian ini telah membincangkan tentang kekangan yang menjadi faktor kelemahan
penggunaan VLE Frog dalam Pdpc dan tahap persepsi guru terhadap penggunaan VLE Frog
dalam PdPc. Penggunaan VLE Frog dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
interaktif, sejajar dengan perkembangan dunia pendidikan semasa. Melalui VLE Frog, guru
dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.
Berdasarkan dapatan kajian ini, kesimpulan yang boleh diambil ialah jika tahap persepsi
positif guru terhadap penggunaan VLE Frog semakin tinggi, maka secara tidak langsung akan
dapat meningkatkan lagi penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.
Transformasi pendidikan melalui pembelajaran persekitaran maya di sekolah-sekolah
menjadi penanda aras kepada kemajuan sistem pendidikan negara. Melalui teknologi
maklumat juga dibuktikan mempunyai potensi terhadap guru dalam menyediakan pelajar ke
arah kehidupan abad ke-21. Penyelidik berpendapat bahawa, VLE Frog ini perlu diteruskan
kerana ia berpotensi memodenkan sistem pendidikan Malaysia. Walaupun terdapat kekangan
yang timbul dalam penggunaan VLE Frog ini, masalah tersebut dapat diatasi dan ditangani
oleh semua pihak dari semasa ke semasa. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
perlu terus mencari resolusi terbaik dalam menyelesaikan masalah yang memperlahankan
momentum proses pelaksanaan VLE Frog dalam sistem pendidikan di Malaysia ini.
Rujukan

Chan Meng Shen, Norziha Megat Mohd. Zainuddin, Nuraean Maarop, Suraya Yaacob, Nor
Zairah Ab. Rahima & Wan Azlan Wan Hassan. 2017. Design of Frog Virtual Learning
Environment (Frog VLE) Aesthetics Model for Malaysia Primary Schools. Open
International Journal of Informatics 5 (1): 24-31.
Hasliza Binti Hashim, Siti Munira Binti Mohd Nasri & Zarina Binti Mustafa. 2016. Cabaran
yang Dihadapi oleh Guru dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di
Bilik Darjah. Asia Pacific Journal of Educators and Education 31: 115–129.
Hoy, C., Bayne-Jardine & Wood. 2000. Improving Quality in Education. London: Falmer
Press.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. 1BestariNet. Dicapai pada 20 November, 2015
daripada http://1Bestari.net/.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan
Bersepadu Kecemerlangan Pendidikan.
Mahizer Hamzah & Mohd Azli Yeop. 2016. Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya)
dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Penerimaan dan Kaedah Pelaksanaannya. Journal
of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education 6(2): 66-77.
Mei Lick Cheok, Su Luan Wong, Ahmad Fauzi Ayub & Rosnaini Mahmud. 2017. Teachers’
Perceptions of E-Learning in Malaysian Secondary Schools. Malaysian Online Journal
of Educational Technology 5(2): 20-33.
Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Ismail & Jamil Ahmad. 2010. Tahap Penerimaan Inovasi
Eduwebtv dalam Kalangan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 3(5): 118-128.
Norazilawati Binti Abdullah, Noraini Binti Mohamed Noh, Nik Azmah Binit Nik Yusuff &
Rosnidar Binti Mansor. 2013. Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog Vle) dalam
Kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia 3(2): 63-76.
National Audit Department. 2014. Auditor General’s Report for the Year 2013: Series 3.
National Audit Department: Malaysia.
Rosemaliza Kamalludeen, Azwani Hassan, Nur Sakinah Ahmad Nasaruddin.2016. Student
Usage Patterns Of Vle-Frog. Journal of Personalized Learning 2(1):86-94.
Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. 2014. Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah
dalam Penggunaan VLE-Frog untuk Pengajaran & Pembelajaran. The 4th International
Conference on Learners Diversity Conference Proceedings: 780-788.

You might also like