You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN

MELAKSANAKAN AKTIVITI PROGRAM ORIENTASI TAHUN


2018
SMK JALAN KEBUN SEK 32 SHAH ALAM

TAJUK AKTIVITI : PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1


TAHUN 2018
PEGAWAI MEJA : HASLINA BINTI MOHAMAD ALI
KOD : 2018/PK1/ 01

1. TUJUAN
Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah rendah
akan merasakan perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran
mereka berbanding sekolah rendah. Pelbagai aktiviti pelajar dirancang untuk
mereka lebih mengenali persekitaran sekolah, memahami peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Pelajar akan diberi tahu mengenai
kepentingan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dimana akan
membantu dalam melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi. Oleh itu, diharapkan
pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong pelajar berusaha
untuk mencapai kecemerlangan.

2. LATAR BELAKANG
a. Para murid ini akan merasakan pebezaan dari segi pertambahan
matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah. Justeru
itu, bagi memudahkan murid-murid melalui perubahan tersebut, program
orientasi pelajar Tingkatan 1 dirangka dan dijalankan.
b. Unit bimbingan dan kaunseling akan bertanggungjawab dalam mengadakan
program orientasi Tingkatan Satu.

3. OBJEKTIF
a. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang persekitaran alam
persekolahan sekolah menengah rendah.
b. Memastikan para murid baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem
pembelajaran dan persekitaran sekolah menengah rendah.
c. Melatih murid untuk bermotivasi ke sekolah.
d. Pendedahan kepada murid tentang kokurikulum,skim pnjaman buku teks dan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan pihak sekolah.
4. ASAS PERTIMBANGAN
Memberi pendedahan kepada murid supaya mereka berminat dan bermotivasi
sewaktu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah rendah.

5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tingkatan Satu

6. IMPLIKASI KEWANGAN
a. Tiada

7. JAWATANKUASA AKTIVITI
Pengerusi : Tuan Haji .Hishammuddin bin Sirat
Timbalan Pengerusi : Pn Asiah bt Abu Jamal
Naib Pengerusi 1 : Pn.Che Nor Khasimah bt MD Nor
Naib Pengerusi 2 : Pn.Jaya a/p Ramasamy
Naib Pengerusi 3 : Pn.Hajah Faiezah bt Jemali
Penyelaras : Pn Haslina binti Mohamad Ali
Setiausaha : Pn Noor Izzaty bt Ibrahim
AJK Taklimat : Pn Yosnita bt Mohd Yasin
En Mohd Kamarul Hisham bin Jali
Pn Zarina bt Abd Rahman
Pn Zawani bt Wahab
Pn Normah bt Mohd Daud
Pn Roshana bt Awang
Cik Siti Noranis’s bt Mohd Yunus
Pn Rohaizan bt Abdul Sam

8. STRATEGI PELAKSANAAN

Taklimat/ceramah
i. Skim Pinjaman Buku Teks : Pn. Rohaizan Bt Abdul Sam
ii. Disiplin : En. Mohd Kamarul Hisham Bin Jali
iii. Kokurikulum & PAJSK: Pn. Zawani Bt Wahab
iv. Pengurusan Solat : Pn. Zarina bt Abd Rahman
v. Nyanyian : Pn. Yosnita Bt Mohd Yasin
vi. NILAM : Pn Normah bt Mohd Daud
vii. Insurans : Pn Roshana bt Awang
viii. PBS : Cik Siti Noranis’s bt Mohd Yunus
ix. Kaunseling & Psikometrik : Pn Haslina bt Mohamad Ali

9. TARIKH

03 – 05 Januari 2018 (Rabu –Jumaat)


10. KAEDAH PEMANTAUAN

Soal Selidik

11. SYOR

Pengetua / Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju;


a. Mengadakan aktiviti Program Orientasi

12. PENUTUP

Kertas Cadangan untuk mengadakan Aktiviti Program Orientasi dapat dijalankan


dalam masa yang ditentukan dan dikemukakan untuk mendapat pertimbangan dan
kelulusan dari pentadbir.

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI /TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………………….
(TN HJ HISHAMMUDDIN BIN SIRAT)
Pengetua,
SMK Jalan Kebun

Disediakan Oleh,

………………………………….
(PN. HASLINA BT MOHAMAD ALI)
Guru Kaunseling,
SMK Jalan Kebun

Disahkan Oleh,

…………………………………………
(TN HJ HISHAMMUDDIN BIN SIRAT)
Pengetua,
SMK Jalan Kebun

You might also like