You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT UNIT KECEMERLANGAN TAHUN 6

KALI KEDUA TAHUN 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA

TARIKH : 18 APRIL 2019


HARI : KHAMIS
MASA : 1.45 PTG
TEMPAT : BILIK PERCAMBAHAN MINDA

KEHADIRAN

1. En. Mazlan bin Karim - Guru Besar


2. Pn. Samarina binti Samon - GPK Kurikulum
3. En. Ismarizal bin Ismail - GPK HEM
4. En. Mohd Azman bin Manan - GPK Ko
5. Pn. Noor Emlin binti Ahmad - Penyelaras Tahun 6
6. Pn Syarifah Rosmuliana Binti sayed Idrus - Setiausaha
7. Pn Asiah bt Abas - Guru Kelas Tahun 6 Baiduri
8. Pn Sheela Tanggapan - Guru Kelas Tahun 6 Berlian
9. Pn. Normah binti Mustafa - Guru Kelas Tahun 6 Delima
10. Pn Siti Hajal Bt. Yusof - Guru Kelas 6 Intan
11. Pn Norhayati bt Abdullah - Guru Kelas 6 Kristal
12. En. Azmi bin Amdan
13. Pn. Zaleha bt Hj Ehwan
14. Pn Rozita Bt Othma
15. Pn. Jalinah bt Jalil
16. En. Mohd Rozi b Mat Daud
17. En. Fadzil b Ab Rahman - Kaunselor
18. Pn. Mazila bt Abd Latif
19. Pn. Surayaadha bt Murad
20. En. Mohd Hasbi b Ismail
21. Pn. Noor Zuraini bt Maamin
22. Pn. Juhazlina binti Hamzah
TINDAKAN
1.0 UCAPAN PENGERUSI (Pn Noor Emlin) Makluman

1.1Pengerusi mengucapkan syukur dan terima kasih di atas kehadiran


semua rakan guru yang mengajar Tahun 6. Beliau mengucapkan
syabas dan tahniah atas kerjasama dalam menjalankan tugasan yang
diberikan.

2.0 UCAPAN GURU BESAR ( EN MAZLAN BIN KARIM )

2.1 Beliau memulakan ucapan dengan ummul kitab, Al Fatihah dan


mengucapkan kesyukuran.
2.2 Beliau meminta semua guru yang mengajar Tahun 6
meningkatkan PnP bagi UPSR pada tahun 2019
2.3 Harapan beliau guru-guru Tahun 6 dapat bekerjasama dan
berbincang dalam apa jua masalah bersama memandangkan ini
adalah tahun pertama beliau di SKSJ.

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


3.1 Pn Emlin selaku pengerusi dan penyelaras membentangkan

Minit untuk diterima dan disahkan.

Disahkan oleh - Pn. Rozita bt Othman

Disokong oleh - Pn Shela a/p Tanggapan

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Pergaduhan sesama murid di dalam kelas 6 Intan masih ada tetapi
terkawal. Tuan Guru Besar mensarankan agar pelajar yang
bermasalah ini dirujuk kepada kaunselor dan jika perlu boleh
dirujuk kepada beliau sendiri.
4.2 Program TUAH tidak diteruskan pada tahun ini disebabkan
kekangan dan masalah yang tidak dapat diatasi walaupun ianya
adalah program peringkat JPN.
4.3 Mentor Mente akan diteruskan dan akan diuruskan oleh En Fadzil
selaku kaunselor sekolah
4.4 Pn Zanariah akan membincangkan mengenai lawatan sekolah bagi
pelajar Tahun 6 bersama Tn Guru Besar jika diberi kebenaran
4.5 Masih terdapat pelajar yang belum menjelaskan kutipan yuran
unit kecemerlangan yang berjumlah RM180.
4.6 En Azmi membangkitkan mengenai jadual waktu yang tidak
tersusun dan melompat-lompat. Pn Samarina akan meminta Ustaz
Faiz untuk mengatasi masalah ini dimasa akan datang.

5.0 ANALISA UJIAN BULAN MAC 2019

5.1 Puan Emlin memberitahu bahawa murid 6 baiduri seorang sahaja


pelajar yang memperoleh 6A iaitu Luqman Harith b Jamshid.
Pelajar yang memperoleh 5A 1B, B tersebut adalah dari subjek
Matatematik , Sains dan B.Inggeris Penulisan.
5.2 Pada ujian kali ini pelajar dri 6 Baiduri ada yang memperolehi
gred E bagi subjek B.Inggeris Penulisan seramai 3 orang.
5.3 6 Intan, seramai 9 pelajar yang memperolehi 6E sementara
seorang pelajar dari 6 Kristal yang memperolehi 6E
5.4 Seorang murid 6 Intan iaitu Wan Dania sebenarnya pelajar yang
sepatutnya berada di kelas PPKI dan beliau adalah seorang calon
yang menyumbang 6E
5.5 Pengiraan Sasaran Gred Purata bagi perbandingan Diagnostik dan
Ujian Mac ( sila rujuk lampiran )

6.0 PROGRAM PERKAMPUNGAN UPSR DAN PECUTAN AKHIR


2019

6.1 Pn Emlin memberitahu Program Perkampungan UPSR akan


diadakan dahulu selepas itu baru akan diadakan Kem Pecutan
Akhir atas permintaan ibubapa semasa mesyuarat PIBG yang
terdahulu.
6.2 Program Perkampungan UPSR melibatkan semua pelajar Tahun 6.
Selama 4 hari dan melibatkan penceramah dari guru pakar dari
sekolah lain. Tarikah akan ditetapkan oleh En Fadzil kemudian.
6.3 Kem Pecutan Akhir masih lagi dalam pencarian tempat yang
sesuai oleh Pn Emlin dan Pn Samarina, buat masa ini mungkin
akan diadakan di D’Carribbean PD.
6.4 Seramai 40 pelajar terpilih akan diberikan surat tawaran dalam
masa terdekat. Anak-anak staff yang tidak termasuk dalam ranking
tetap akan ditawarkan.
6.5 Pn Syarifah Rosmuliana meminta panel pemilihan tempat agar
memilih tempat yang selamat dan memudahkan pelajar dan guru
pengiring sepanjang berada disana.
6.6 Pn Samarina menyatakan kos jika tempat tersebut diadakan
dihotel adalah lebih tinggi.
6.7 Pn Syarifaih Rosmuliana menyatakan salah satu cara untuk
mengatasi masalah kos yang tinggi adalah melalui meminta
sumbangan.
6.8 Pn Emlin akan memutuskan tempat dan tarikh Kem Pecutan Akhir
dalam masa terdekat.

7.0 HAL HAL LAIN

7.1 Pn Siti Hajal memaklumkan bahawa beliau dan En Azman


melakukan pertukaran jadual waktu sesama sendiri.
7.2 Pn Surayaadha memberitahu jumlah calon UPSR 2019 adalah
seramai 117 orang.
7.3 En Fadzil memaklumkan akan diadakan Ujian Psikometrik pada
semua pelajar Tahun 6 pada 26 April 2019 iaitu pada hari
Khamis.
7.4 Pn Emlin memberitahu penyata kewangan Unit Kecemerlangan
Tahun 6 ialah sebanyak RM7222.30 ( di bank )
7.5 En Ismarizal meminta guru-guru Tahun 6 memasukkan nama
pelajar bagi kehadiran yang tidak memuaskan dan juga bagi
pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah ke dalam SSDM
7.6 Pn Samarina mengusulkan supaya Pelajar 6 Intan dipecahkan atau
ditumpangkan ke 6 Berlian bagi Pelajar moral dan 6 Delima bagi
pelajar islam.

Pelajar yang terbabit adalah:-


1) Muhammad Naim b Nazri - 6 Delima
2) Muhammad Hazim b Norazizan - 6 Delima
3) Pavadarshini A/L Rajendaran - 6 Berlian
4) Palermo Sugit anak Jampong - 6 Berlian

Pelajar ini akan ditempatkan dikelas Berlian dan Delima pada


hari Isnin hadapan.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.45 ptg

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(SYARIFAH ROSMULIANA BT SAYED IDRUS) (NOOR EMLIN BT AHMAD)


Setiausaha, Penyelaras,
Unit Kecemerlangan Tahun 6, Unit Kecemerlangan Tahun 6,
SK Seremban Jaya SK Seremban Jaya

You might also like