You are on page 1of 1

Unit Kecemerlangan Tahun 6

Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya


70450 Seremban
Negeri Sembilan

Kepada;

En. Mohammad Fadill Bin Mohd Tisan PJK 31 Julai 2017


Guru Besar
SK Seremban Jaya
70450 Seremban

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN WANG UNIT KECEMERLANGAN TAHUN 6

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, saya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
menggunakan wang Unit Kecemerlangan Tahun 6 untuk bayaran alat tulis bagi kegunaan pelajar
sepanjang Peperiksaan UPSR 2017.

3. Di sini dilampirkan maklumat invois tersebut.

4. Jumlah yang diperlukan untuk perbelanjaan tersebut ialah RM399.00 sahaja.

5. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

…………………………………………...
(NOOR EMLIN BINTI AHMAD)
Penyelaras
Unit Kecemerlangan Tahun 6
SKSJ 2017

You might also like