You are on page 1of 8

SULIT 3766/1

1 Pernyataan yang manakah menerangkan tentang keperluan manusia?


A Diperlukan untuk meninggikan status hidup
B Terlalu kompleks dan tidak terbatas
C Berbeza mengikut pendapatan
D Diperlukan untuk terus hidup

2 Apakah perhubungan antara perniagaan dengan keperluan manusia?


A Perniagaan menentukan keperluan manusia
B Perniagaan ialah sebahagian daripada keperluan manusia.
C Perniagaan wujud melalui usaha manusia memenuhi keperluannya
D Perniagaan menghasilkan barangan untuk memenuhi keperluan manusia

3 Pilih jawapan yang betul.

Perkhidmatan Barang

A Pendidikan Kereta

B Salun kecantikan Pelancongan

C Buku majalah Pusat tuisyen

D Kereta Telefon bimbit

4 Tepung dan minyak masak adalah antara barang keperluan yang dijual pada harga subsidi.
Pernyataan ini bermakna barang tersebut,
A dijual pada harga kos
B dijual di atas harga kos
C dijual di bawah harga kos
D diberikan secara percuma

5 Gambar di bawah berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.

Gambar 1

2
SULIT 3766/1
Mengapakah Encik Fahrin memilih bentuk pemilikan tersebut?
A Liabiliti terhad
B Proses penubuhan adalah rumit
C Bilangan pemilik ialah 2-20 orang
D Pemilik mempunyai kawalan secara langsung ke atas perniagaan
6 Apakah yang menyebabkan peniaga cenderung mendaftar perniagaan mereka sebagai syarikat
sendirian berhad ?
A Perniagaan yang mudah diuruskan
B Peniaga menghadapi liabiliti terhad
C Perniagaan yang mudah ditubuhkan
D Tidak perlu membayar cukai yang banyak

7 Mengapakah perniagaan yang terlibat dalam pemberian perkhidmatan seperti firma


perakaunan dan guaman ditubuhkan secara perkongsian ?
A Risiko dapat disebarkan
B Mudah mengumpulkan modal
C Dapat saling berkongsi kepakaran
D Dikecualikan daripada pembayaran cukai

8 Antara berikut yang manakah menunjukkan perniagaan milikan tunggal?


A Syarikat Suria Bhd
B Kedai Buku Ibrahim
C Klinik Ros dan rakan
D Syarikat Raya Sdn. Bhd

9 Situasi berikut berkaitan dengan cadangan perubahan jenis bentuk pemilikan perniagaan.

En Johan merupakan seorang pengarah syarikat di sebuah syarikat sendirian berhad.


Lembaga Pengarah telah mencadangkan agar syarikat diubah menjadi syarikat awam
berhad untuk menambah modal syarikat. Namun begitu En Johan tidak bersetuju.

Mengapakah En Johan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut?


A Jangka hayat syarikat awam berhad kekal
B Liabiliti pemegang syer syarikat awam berhad terhad
C Syarikat awam berhad perlu membayar cukai syarikat
D Laporan kewangan syarikat awam berhad perlu dimaklumkan kepada umum

10 Antara yang berikut, yang manakah tujuan utama penubuhan syarikat secara Usaha Sama?
A Untuk melaksanakan kegiatan berkaitan ekonomi bagi memenuhi keperluan
anggota-anggotanya.
B Untuk meningkatkan kedudukan syarikat dan menambahkan keuntungan perniagaan
pemilik.
C Untuk membolehkan peniaga menggunakan cap dagangan syarikat pemilik.

3
SULIT 3766/1
D Untuk meluaskan pasaran barangan atau perkhidmatan.

11 Gambar berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan.

Gambar 2
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
A Perkongsian
B Usaha Sama
C Koperasi
D Francais

12 Manakah yang merupakan kelebihan perniagaan francais kepada francaisor ?


A Dapat menjimatkan kos promosi
B Dapat menjamin keuntungan perniagaan
C Tidak terikat dengan sebarang perjanjian
D Dapat mengembangkan perniagaan secara global

13 Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil ?


A Masalah aliran tunai
B Kos upah yang tinggi
C Sukar untuk mengubah strategi perniagaan
D Susah untuk menyelesaikan masalah rungutan pelanggan

14 Apakah pekerjaan yang terlibat dalam sektor utama?


A Pemandu lori
B Pereka fesyen
C Penoreh getah
D Pendandan rambut

15 Apakah kelebihan perniagaan bersaiz sederhana berbanding dengan perniagaan bersaiz


besar?
A Dapat menguasai pasaran
B Menikmati ekonomi bidangan
C Berupaya membuat perubahan dengan cepat
D Senang mendapat pekerja yang berpengalaman

4
SULIT 3766/1

16 Situasi manakah yang terlibat dalam sektor kedua?


A Cik Mary mengajar di sekolah tadika
B Pak Abu menanam padi dua kali setahun
C Encik Peter membuka sebuah kedai runcit
D Cik Norma menghasilkan kerepek daripada ubi kayu di kilangnya
17 Situasi di bawah berkaitan dengan skala perniagaan Cik Aini.

Cik Aini mengeksport tudung yang dikeluarkan nya ke


beberapa negara ASEAN.

Apakah jenis skala berkenaan?


A Kebangsaan
B Domestik
C Global
D Zon

18 Pernyataan yang manakah benar tentang skala perniagaan Kedai Runcit Aisya
A Bersaiz besar-besaran
B Memerlukan modal yang banyak
C Menjual barang kepada pelanggan-pelanggan dari negeri lain

D Dikenal sebagai skala perniagaan tempatan

19 Antara yang berikut, agensi manakah yang membantu peniaga menembusi pasaran
global?
A Bank Negara Malaysia
B MATRADE
C KPDNKK
D FELDA

20 Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan


A antara penduduk luar negara
B dalam sempadan sesebuah negara
C antara penduduk dalam negara
D antara sebuah negara dengan negara lain

21 Sektor yang manakah dapat mengurangkan kebergantungan kepada barang import?


A Primer C Tertier
B Sekunder D Empat

22 Berikut adalah slogan kempen yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

5
SULIT 3766/1

Apakah tujuan kempen tersebut?


A Menambahkan import
B Mengurangkan import
C Menambahkan eksport
D Mengurangkan eksport
23 Situasi manakah yang merupakan eksport bagi Malaysia?
A Menghantar pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Australia
B Mengambil buruh asing bekerja di Malaysia
C Memasarkan kereta Proton ke Brunei
D Membeli kain batik dari Indonesia

24 Antara yang berikut, bahan mentah manakah yang menjadi eksport utama Malaysia di
era selepas merdeka?
A Kelapa sawit C Getah
B Padi D Koko

25 Apakah aktiviti utama penduduk Malaysia di era selepas kemerdekaan pada tahun 1957?
A Perindustrian C Pembalakan
B Perikanan D Pertanian

26 Apakah yang dimaksudkan dengan taraf perintis ?


A Mendapat status perniagaan tidak perlu membayar cukai
B Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport makanan
C Perniagaan baharu tidak perlu membayar cukai dalam satu tempoh masa
D Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport barang tempatan

27 Pernyataan manakah yang menerangkan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?


I Penyediaan kemudahan infrastruktur
II Pewujudan pusat-pusat perniagaan seperti gerai
III Pengawalan terhadap kesihatan dan keselamatan awam
IV Penggubalan undang-undang
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

28 Antara yang berikut, yang manakah matlamat undang-undang perlindungan pengguna?


A Pengguna dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka
B Pengguna mendapat barangan pada harga yang murah
C Pengguna mendapat barangan yang berjenama
D Pengguna mendapat alam sekitar yang bersih

29 Berikan maksud trend guna tenaga


A Peningkatan bilangan pekerja
B Sumber yang dalam pengeluaran
C Turun dan naik penawaran tenaga pekerja

6
SULIT 3766/1
D Pekerja yang menyumbangkan dalam aspek fizikal dan mental
30 Nyatakan langkah yang sesuai diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah trend
menurun dalam persekitaran perniagaan
A Meningkatkan kadar cukai
B Menaikkan kadar faedah simpanan
C Melakukan kempen berjimat cermat
D Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
31 Antara yang berikut, yang manakah menggambarkan keadaan konsisten dalam
perniagaan?
A Menegak
B Menurun
C Mendatar
D Meningkat

32 Maklumat yang berikut menunjukkan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah berkaitan deflasi.

I Menurunkan kadar cukai pendapatan


II Mengurangkan kadar faedah bank

Apakah kesan tindakan tersebut?


A Kos pinjaman perniagaaan meningkat
B Harga barang dan perkhidmatan menurun
C Pengeluar mengurangkan operasi pengeluaran
D Permintaan untuk barang serta perkhidmatan meningkat

33 Apakah kelebihan penggunaan sumber dalaman dalam proses pengambilan pekerja ?


A Pekerja sedia ada lebih bermotivasi
B Pekerja dapat membawa idea baharu
C Pekerja membawa kemahiran baharu
D Tidak akan wujud kekosongan jawatan lain

34 Gaya pengurusan manakah yang berkaitan dengan tindakan pengurus yang mengamalkan
toleransi dan menjalin hubungan yang baik dengan pekerja ?
A Gaya pengurusan laissez-faire
B Gaya pengurusan demokratik
C Gaya pengurusan autokratik
D Gaya pengurusan sokongan

35 Situasi berikut berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi trend perniagaan.

Kerajaan menetapkan GST 6% keatasbarangjualan

7
SULIT 3766/1
Faktor manakah yang berkaitan dengan situasi tersebut?
A Pasaran
B Guna tenaga
C Undang-undang
D Pertumbuhan ekonomi

36 Antara yang berikut, yang manakah merupakan elemen produk dalam campuran
pemasaran?
A Kadar diskaun C Kadar inventori
B Pembungkusan D Kaedah pengiklanan

37 Apakah hubungkait guna tenaga dengan pendapatan ?


A Kadar pengangguran meningkat disebabkan pendapatan individu meningkat
B Peningkatan guna tenaga menyebabkan pendapatan boleh guna meningkat
C Jumlah pekerja meningkat memberi kesan kepada kejatuhan pendapatan
D Penurunan kadar pengangguran menyebabkan peningkatan pendapatan

38 Bagaimanakah pembangunan dalam teknologi membantu peniaga dalam aspek pasaran


tempatan ?
A Teknologgi dapat menurunkan harga produk
B Teknologi dapat mengubahsuai produk sedia ada
C Teknologi dapat meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran
D Pengguna bertambah apabila teknologi mencipta produk baharu

39 Trend guna tenaga menurun berlaku disebabkan oleh


A penawaran tenaga buruh yang rendah
B penggunaan teknologi dalam perniagaan
C kerajaan memberi latihan kepada pekerja
D pekerja tempatan berpindah ke luar negara

40 Mengapakah lambakan barangan import boleh menjejaskan pasaran perniagaan tempatan ?


A Peniaga barangan import memperoleh untung yang besar
B Pengguna akan membeli barangan import yang lebih besar
C Peniaga tempatan dan peniaga barang import bekerjasama
D Perniagaan terpaksa menurunkan harga barangan tempatan

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

8
SULIT 3766/1

-------------------------- ---------------------------- ------------------------

(Pn Zaini bt Abd Jamil) (Pn Manisa bt Rahmat) (Pn Noor Lailah bt Muhammad Zain)
GKMP Teknik Vokasional Pengetua SMK Taman Jasmin 2

You might also like