You are on page 1of 9

INDEKS

1. Indeks m/s 1

2.Penghargaan m/s 2

2.Pendahuluan m/s 2

3.Isi folio m/s 3-4

i)Penerangan proses

ii)Biaya kos

iii)Penerangan hasil

4.Kesimpulan m/s 4

5.Lampiran m/s 5
PENGHARGAAN

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
telah membantu saya dalam menyiapkan projek ini dengan baik dan
jaya. Mereka juga telah menolong saya mencari bahan-bahan yang
dikehendaki untuk membuat penapisan air.Terima kasih juga kepada
Cikgu Danial yang memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana hendak
membuat penapisan air secara manual.

PENDAHULUAN
Penapisan air ini diwujudkan untuk menapis air yang kotor menjadi
bersih dan jernih. Proses ini boleh dilakukan dengan dengan
menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti seperti botol mineral ,
pasir bersih, arang batu dan tisu muka.Penapisan air amat penting
kerana kita memerlukan air yang bersih dan selamat sebelum diminum.
Air memainkan peranan penting dalam hamper setiap fungsi utama
badan. Ia merupakan elemen penting dalam tubuh kita.Menurut kajian
yang pernah dilakukan ,kajian menyatakan “tanpa makanan,manusia
mampu hidup selama lapan minggu tetapi tanpa air manusia akan mati
dalam masa 3 hari ”Proses penapisan air ini boleh dipraktikkan semasa
mengikuti kem di dalam hutan atau kawasan yang tiada disediakan air
bersih. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk penapisan air boleh
didapati di sekeliling kita.
ISI FOLIO
1. Kepentingan menapis air untuk menjernih dan memulihkan air
bagi air kotor.

2.PROSEDUR
i) Proses pembuatan

Pertama: Potong botol dan tebuk lubang di penutup.

Kedua : Meletakkan tisu di bahagian bawah sekali.

Ketiga : Lapisan ketiga pasir bersih.

Keempat: Yang terakhir, kita meletakkan arang di atas pasir.

ii) Kos yang digunakan untuk projek ini ialah –RM16.20

Bil Bahan catatan


1. Botol RM0.20
2. Arang RM8.00
3. Pasir RM5.00
4, Tisu RM2.00
iii) Air tampak lebih jernih selepas melalui proses penapisan air ringkas
kerana arang, pasir, dan tisu telah menapisnya.

3. Proses yang terjadi semasa projek penapisan air ialah air bertukar
menjadi jernih.

4. Bantuan yang diterima semasa projek ialah bantuan daripada ibu


bapa saya untuk mencari bahan di rumah.

KESIMPULAN

Tuntasnya Projek Penapisan Air ini memberi impak yang besar kepada
saya dalam penyediaan air yang bersih dan selamat . Bahan-bahan
yang saya perlukan ada di sekeliling saya. Ini memudahkan saya
menyiapkan tugasan ini.Saya juga dapat menyiapkan tugasan ini
dengan mudah dan jayanya. Banyak bahan-bahan yang boleh
digunakan untuk membuat penapisan air.

Semoga saya dapat mempraktikkan proses ini jika saya berada di


kawasan yang tiada bekalan air bersih. Ini membantu saya untuk lebih
bersedia bagi mendapatkan air bersi
Kekangan projek

Masaalah saya dalam membuat projek ini ialah mencari pasir bersih
sedangkan rumah saya agak jauh daripada pantai untuk
mendapatkan pasir yang bersih dan halus. Untuk mendapatkan pasir
yang bersih saya terpaksa membeli pasir dalam kuantiti yang
banyak.Ini akan berlaku pembaziran.Begitu juga dengan arang, saya
terpaksa membeli dalam kuantiti yang banyak sedangkan
penggunaannya sedikit sahaja .
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1. BOTOL AIR KOSONG
2. PASIR
3. ARANG
4. KAPAS
5. GUNTING
BOTOL KOSONG YANG DIPOTONG BAHAGIAN ATAS

AIR YANG TELAH DITAPIS SELEPAS 3 MINIT


AIR YANG TELAH SIAP DITAPIS 5 MINIT

You might also like