You are on page 1of 8

SK SERI ANGGERIK,

TAMAN LEN SEN, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN


BIL 1 / 2018

Tarikh : 26 Disember 2017


Hari : Selasa
Tempat : Bilik Guru Besar
Masa : 9.20 pagi - 11:00 pagi

Kehadiran :
1. Pn. Che Norizam bt. Abdullah (Guru Besar)
2. Pn. Rohayati bt. Omar (GPK Tadbiran dan Kurikulum)
3. En. Mohd. Rizal b. Abdullah (GPK Hal Ehwal Murid)
4. En. Ade Irwan b. Zakaria (GPK Ko-Kurikulum)

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn. Che Norizam bt Abdullah selaku Pengerusi Pentadbir Sekolah


yang baharu mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran
semua pentadbir bagi mesyuarat kali pertama tahun ini dan segala
kerjasama yang telah diberikan oleh semua GPK selama beliau
berada di SKSA selama 3 minggu.

Tindakan : Makluman

1.2 Beliau memaklumkan mesyuarat pengurusan akan dibuat sebelum


mesyuarat guru dan sebarang taklimat akan dilaksanakan mengikut
keperluan.
Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pencadang : En. Ade Irwan b. Zakaria


Penyokong : Pn Rohayati bt Omar

3. AGENDA MESYUARAT

3.1 Pn. Che Norizam menyatakan bahawa akan ada banyak aktiviti
untuk dilaksanakan sepanjang tahun bagi peningkatan prasarana
sekolah.
Tindakan : Makluman
3.2 Pembukaan sekolah
Touch Point KPM. Mantan menteri menyatakan :
3.2.1 Buku teks- setiap murid ada mempunyai buku teks
3.2.2 Murid Tahun 1 akan menerima buku teks pada hari
pertama orientasi persekolahan
3.2.3 Manakala bagi murid tahun 2 akan diberikan buku teks
supaya pada hari pertama mereka sudah bersedia
untuk memulakan sesi persekolahan.
3.2.4 Kelengkapan kerusi meja juga perlu dititik beratkan pada
hari pertama sesi persekolahan supaya semua murid
sudah bersedia untuk sesi persekolahan.(1 murid 1 kerusi
dan 1 meja).

Tindakan : Makluman

3.3 Pn Che Norizam menyatakan pdpc mestilah berlaku pada hari


pertama sesi persekolahan. Guru kelas hendaklah berada di bilik
darjah pada masa pertama dan kedua.
Tindakan : Makluman

3.4 Beliau juga turut memaklumkan PPDBP/JPWP akan membuat


pemantauan pada hari pertama sesi persekolahan bagi melihat
perjalanan Program Transisi Tahun 1. Bermula 4/1/2018 sehingga
22/1/2018. Semua guru kelas Tahun 1 akan ada pembantu yang
terlibat.

Tindakan : Makluman

3.5 Pn Che Norizam meminta supaya disediakan gegantung banner


(Selamat Datang) ke sekolah mestilah digantung di depan sekolah.
Beliau juga turut memaklumkan agar persiapan bilik mesyuarat
telah dibuat serta jadual waktu guru/kelas dan senarai nama guru.

Tindakan : Makluman

3.6 Pn Che Norizam memaklumkan pihak sekolah telah menyediakan


Perancangan Strategik 2017-2019 manakala Pelan Taktikal dan
Operasi hendaklah dilengkapkan mengikut tahun semasa.

3.6.1 Penambahbaikan program Taktikal dan Operasi- jangan


terlalu banyak program- biar sedikit tetapi berkesan kepada
murid dan guru.

3.6.2 Pelan Taktikal dan Operasi hendaklah dibuat 2 salinan. 1


salinan kepada pentadbir dan 1 salinan lagi disimpan di
dalam fail panitia masing-masing.

Tindakan : Makluman

3.7 Pn Che Norizam memaklumkan semua pentadbir akan dibuat


agihan pemantauan / rondaan blok. Sebulan sekali pentadbir akan
bertukar blok dan memberi fokus kepada “learning work”. Catatan
perlu dibuat dan segala isu perlu dilaporkan. Contoh:
lampu,bumbung dan lain-lain.

3.7.1 Setiap Jumaat (12.10-12.15) ada perjumpaan selama 5 minit


bersama GB dan hendaklah diselesaikan pada minggu
depannya. Sekiranya perlu teguran hendaklah dibuat semasa
perhimpunan atau semasa taklimat ringkas.

3.7.2 Seandainya ada perkara yang penting, perlulah disegerakan.

3.7.3 Perjumpaan dengan guru (perjumpaan sehala) selepas


perhimpunan hendaklah dibuat sebulan sekali @ mengikut
keperluan.

3.7.4 Pembahagian tugasan Keselamatan (jaga dan keselamatan


murid) akan diberikan kepada GPK Kokurikulum, Kebersihan
kepada HEM, dan Keceriaan kepada GPK Tadbir dan Kurikulum.

Tindakan : Makluman

3.8 Beliau juga memaklumkan tentang KPI dan diberikan penerangan


secara umum:

3.8.1 GPK ada KPI sendiri dan lebih mendalam. Contoh 100% guru
dan staff menghadiri kursus LDP.

3.8.2 Pn Che Norizam meminta semua pentadbir hendaklah


bertindak mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Tindakan : Makluman

3.9 Beliau juga turut menekankan ibubapa tidak dibenarkan berada di


kawasan sekolah selepas hari kedua sesi persekolahan. Pada hari
pertama dan kedua ibubapa hanya boleh berada di kawasan kantin
sebelum waktu rehat sahaja.
3.9.1 Sekiranya ada ibubapa yang hendak bertemu dengan guru
(ada kes murid) hendaklah bertemu dengan pentadbir sahaja
bagi mengelakkan kekeruhan berlaku.

3.9.2 Sekiranya ada perjumpaan berat mestilah ada Gb, pentadbir


dan kaunselor.

3.9.3 Manakala bagi kes-kes biasa hanya dilaksanakan di luar


pejabat.

Tindakan : Makluman

3.10 Pn Che Norizam meminta semua pentadbir dan guru perlu punch
card sendiri dan hanya guru-guru yang betul-betul sakit sahaja
boleh meminta bantuan dari guru lain.

3.10.1 Tidak dibenarkan keluar atas urusan peribadi atau tidak


penting. Sekiranya ada temujanji hendaklah menunjukkan
kad temujanji tersebut kepada GB dahulu.

3.10.2 Pengambilan cuti CRK dan MC


- merancang 2 minggu @ seminggu lebih awal (borang
putih) manakala kecemasan (borang pink)

-MC hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada GB dan


GPK 1 sebelum sesi pdpc bermula untuk memudahkan
membuat relief dan mengisi keberadaan guru.

3.10.3 Program Guru Penyayang- guru bertugas hendaklah berada


di pagar bersama guru kaunselor serta pentadbir sesekali
mengikut keperluan.

Tindakan :
Makluman

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pn Che Norizam pula membuat rumusan mesyuarat dapat dilaksanakan


dengan jayanya dan perjalanan sekolah akan berjalan dengan lancar.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………….. ………………….
(PN. ROHAYATI BT OMAR) (PN. CHE NORIZAM BT ABDULLAH)
GPK Tadbir dan Kurikulum SKSA Guru Besar SKSA
SK SERI ANGGERIK,
TAMAN LEN SEN, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN


BIL 1 / 2019

Tarikh : 25 Januari 2019


Hari : Jumaat
Tempat : Bilik Guru Besar
Masa : 10.30 pagi - 11:45 pagi

Kehadiran :
1. Pn. Che Norizam bt. Abdullah (Guru Besar)
2. Pn. Rohayati bt. Omar (GPK Tadbiran dan Kurikulum)
3. En. Mohd. Rizal b. Abdullah (GPK Hal Ehwal Murid)
4. En. Ade Irwan b. Zakaria (GPK Ko-Kurikulum)

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn. Che Norizam bt Abdullah selaku Pengerusi Pentadbir Sekolah


mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua pentadbir
bagi mesyuarat kali pertama tahun ini dan segala kerjasama yang
telah diberikan oleh semua GPK selama beliau berada di SKSA.

Tindakan : Makluman

1.2 Beliau memaklumkan mesyuarat pengurusan akan dibuat sebelum


mesyuarat guru dan sebarang taklimat akan dilaksanakan mengikut
keperluan.
Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pencadang : En. Ade Irwan b. Zakaria


Penyokong : En. Mohd. Rizal b. Abdullah

3. AGENDA MESYUARAT

3.1 Pn. Che Norizam menyatakan sekolah telah dikunjungi oleh 4


orang pegawai SIC+ dari PPDBP. Tujuan mereka hadir bagi
memaklumkan bahawa SK Seri Anggerik mungkin akan dipilih
dalam sekolah Tranformasi kohot 4.
3.2 Nama SK Seri Anggerik ada terdapat dalam senarai tetapi mungkin
boleh berubah.
3.3 TS25 (Sekolah Tranformasi) bertujuan untuk melihat data pada
mana-mana panitia, peningkatan UPSR dan kekuatan serta
kelemahan sekolah)
3.4 Sekolah diminta mengenalpasti 6 ketua panitia yang boleh
menjalankan amanah atau bekerjasama dengan pentadbir. Mereka
juga akan digugurkan dari memegang jawatan yang lain.
3.5 Keputusan akan diumumkan selepas cuti Tahun Baru Cina.

Tindakan : Makluman

3.2

Tindakan : Makluman

3.3
Tindakan : Makluman

3.4
Tindakan : Makluman

3.5
Tindakan : Makluman

3.10 Pn Che Norizam meminta semua pentadbir dan guru perlu punch
card sendiri dan hanya guru-guru yang betul-betul sakit sahaja
boleh meminta bantuan dari guru lain.

3.10.1 Tidak dibenarkan keluar atas urusan peribadi atau tidak


penting. Sekiranya ada temujanji hendaklah menunjukkan
kad temujanji tersebut kepada GB dahulu.

3.10.2 Pengambilan cuti CRK dan MC


- merancang 2 minggu @ seminggu lebih awal (borang
putih) manakala kecemasan (borang pink)

-MC hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada GB dan


GPK 1 sebelum sesi pdpc bermula untuk memudahkan
membuat relief dan mengisi keberadaan guru.

3.10.3 Program Guru Penyayang- guru bertugas hendaklah berada


di pagar bersama guru kaunselor serta pentadbir sesekali
mengikut keperluan.
Tindakan :
Makluman

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pn Che Norizam pula membuat rumusan mesyuarat dapat dilaksanakan


dengan jayanya dan perjalanan sekolah akan berjalan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………….. ………………….
(PN. ROHAYATI BT OMAR) (PN. CHE NORIZAM BT ABDULLAH)
GPK Tadbir dan Kurikulum SKSA Guru Besar SKSA

You might also like