You are on page 1of 9

LAPORAN PAMERAN

Pada 18 Mac 2016, satu program ‘Science, Technology, Engineering, Environmental and Math
(STEEM)’ anjuran Program Eksekutif Sarjana Pendidikan Sains dengan kerjasama Fakulti
Pendidikan Sains Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan. Bertemakan ‘Syoknya
belajar sains dengan kami’, program ini mempunyai satu misi yang jelas iaitu untuk
memperkenalkan pembelajaran melalui pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan,
Matematik dan Pendidikan Alam Sekitar. Visi perlaksanaan program ini adalah bagi
menyediakan satu pengalaman pembelajaran kepada pelajar menerusi kaedah penerokaan dan
pembelajaran berasakan projek.

Sehubungan dengan itu, inovasi ‘Shadow Box’ merupakan antara aktiviti yang telah
dijalankan dalam program tersebut. Tatacara pelaksanaan inovasi ‘Shadow Box’ sewaktu
program adalah sperti berikut:

Peserta iatu pelajar menonton


video yang berkaitan dengan
wayang kulit.

Peserta didedahkan kepada


penintegrasian konsep bayang-
bayang dalam kehidupan
seharian melalui teknik
penyoalan berkesan serta inkuiri.

Peserta diberikan peluang untuk


melakukan sendiri penyiasatan
berpandukan modul yang
disediakan menggunakan
'Shadow Box'.

Peserta merekodkan
pemerhatian di dalam lembaran
ativiti yang disediakan

Rajah 1 : Carta alir pelaksanaan aktiviti.


Antara gambar sewaktu aktiviti dijalankan adalah seperti berikut:

Rajah 2: Ahli kumpulan.

Rajah 3: Penyeliaan oleh Prof. Datuk Dr. Tamby Subahan Bin Mohd. Meerah.
Rajah 4: Peserta menjalankan kajian secara kendiri.

Rajah 5: Pelajar menjawab lembaran kerja selepas membuat aktiviti.


Rajah 6: Penyeliaan oleh Prof. Lilia.

Rajah 7: Antara peserta yang hadir.


Rajah 8: Antara peserta yang termuda.

Rajah 9: Penerangan mengenai 'Shadow Box' kepada Prof. Lilia.

Kesemua peserta program merupakan sampel kepada kajian keberkesanan penggunaan


‘Shadow Box’ dalam mengukuhkan konsep pembentukan bayang-bayang dan sifat cahaya.
Seramai peserta telah mengambil bahagian dalam program ini dan mengalami sendiri
inovasi ‘Shadow Box’. Satu soal selidik telah diberikan kepada peserta di akhir aktiviti. Soal
selidik tersebut terdiri daripada lima soalan berkaitan pengujian keberkesanan penggunaan
‘Shadow Box’ dalam mengukuhkan konsep pembentukan bayang-bayang dan sifat cahaya.
Soal selidik tersebut boleh dirujuk pada lampiran yang disediakan.

Dapatan Kajian

Dapatan kajian telah dipersembahkan dalam bentuk graf yang mudah difahami. Oleh kerana
sampel yang dicerap adalah dari peringkat umur yang muda, penyediaan soalan soal selidik
telah diolah mengikut kesesuaian peringkat umur peserta agar peserta yang lebih muda juga
mampu memberikan pendapat mereka tanpa sebarang masalah.

ANALISIS SOALAN 1: Penggunaan ‘Shadow


Box’ merupakan satu aktiviti yang menarik.
120.00%

100.00%

80.00%

60.00%

40.00%

20.00%

0.00%
SETUJU TIDAK SETUJU

Rajah 10: Graf analisis soalan 1.


Analisis soalan 2: Penggunaan ‘Shadow Box’
membantu saya memahami pembentukan
bayang-bayang dengan lebih baik.

120.00%

100.00%

80.00%

60.00%

40.00%

20.00%

0.00%
SETUJU TIDAK SETUJU

Rajah 11: Graf analisis soalan 2.

Analisis soalan 3: Saya tidak faham dan tidak


tahu faktor yang mempengaruhi pembentukan
saiz bayang-bayang ada dua iaitu:
- Jarak objek dengan cahaya
- Jarak objek dengan skrin

120.00%
100.00%
80.00%
60.00%
40.00%
20.00%
0.00%
SETUJU TIDAK SETUJU

Rajah 12: Graf analisis soalan 3.


Analisis soalan 4: Saya tidak boleh
melakukan aktiviti ini sendiri di rumah.
120.00%

100.00%

80.00%

60.00%

40.00%

20.00%

0.00%
SETUJU TIDAK SETUJU

Rajah 13: Graf analisis soalan 4.

Analisis soalan 5 : Aktiviti ini membantu saya


untuk memahami konsep sifat cahaya dengan
lebih baik dan berfaedah kepada saya sebagai
seorang pelajar.

120.00%
100.00%
80.00%
60.00%
40.00%
20.00%
0.00%
SETUJU TIDAK SETUJU

Rajah 14: Graf analisis soalan 5

Hasil daripada analisis yang telah dibuat, didapati, hampir kesemua peserta yang hadir
memberikan maklum balas yang positif mengenai aktiviti ‘Shadow Box’. Selain itu,
berdasarkan pemerhatian yang dijalankan walaupun peserta yang hadir adalah pada peringkat
umur lima hingga tujuh tahun, peserta masih lagi dapat merekodkan pemerhatian mereka
apabila menggunakan ‘Shadow Box’ sebagai alat pembelajaran. Semua peserta diterapkan
dengan semangat ingin tahu melalui penyoalan yang berkesan dan mampu mencuba dan
menyelesaikan sendiri setiap tugasan yang diberikan.
Perbincangan

Selepas program selesai dijalankan, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu


dilaksanakan agar inovasi yang dicipta mampu digunakan dengan lebih berkesan. Cadangan
penambaikan yang pertama adalah dengan mengadakan pesembahan wayang kulit secara
langsung bagi menimbulkan keterujaan peserta atau pelajar. Rata-rata peserta yang menyertai
program tidak pernah melihat pesembahan wayang kulit secara langsung dan hanya melihat di
kaca televisyen. Selain daripada dapat menimbulkan inkuiri dalam diri pelajar, persembahan
wayang kulit dapat menerapkan nilai-nilai warisan seni negara kita yang semakin hilang ditean
zaman.

Penambahbaikan kedua adalah dengan mengintegrasikan aktiviti dengan subjek


Matematik. Guru boleh meningkatkan inkuiri pelajar dengan memberikan penyataan ‘Adakah
saiz bayang-bayang berkadar terus dengan jarak objek dari sumber cahaya? Jalankan satu
penyiasatan saintifik untuk mengkaji penyataan ini’. Apa yang pelajar boleh lakukan adalah
dengan mengukur saiz bayang-bayang tersebut dari segi ketinggian bayang-bayang. Pada
ketika ini, pelajar perlu menggunakan alat pengukuran untuk mengukur tinggi bayang-bayang
yang terhasil. Aktiviti seumpama ini dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam proses PdP.
Selain itu, aktiviti seperti ini sesuai bagi pelajar pada peringkat umur yang lebih tinggi iaitu
menengah rendah dan menengah atas.

Seterusnya adalah mengatasi kekangan waktu. Jika tiada kekangan waktu, pelajar
seharusnya membina sendiri ‘Shadow Box’ masing-masing. Melalui penghasilan ‘Shadow
Box’ sendiri, pelajar dapat menerapkan nilai berdikari dan usaha untuk menjalankan
penyiasatan sendiri berbanding dengan hanya menggunakan bahan sedia ada. Aktiviti seperti
ini boleh dilakukan secara berkumpulan. Penggunaan bahan kitar semula dalam menyediakan
‘Shadow Box’ juga boleh diteruskan. Ini sekaligus dapat menerapkan amalan kelestarian alam
sekitar dalam diri pelajar dari sudut penggunaan semula bahan terbuang.

You might also like