You are on page 1of 15

PROFIL SK TAMAN INDERAWASIH

13600 PERAI ,
SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

1. NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH


2. NO TEL : 04-3973570
3. NO. FAX : 04-3973570
4. ALAMAT SEKOLAH : 13600 PERAI, P.PINANG.
5. KOD SEKOLAH : PBA0020
6. LOKASI : TAMAN INDERAWASIH
7. DAERAH : PERAI
8. PPD : PPD SEBERANG PERAI TENGAH
9. PARLIMEN : BATU KAWAN
10. DUN : PERAI
11. JENIS BANTUAN : SEKOLAH KERAJAAN
12. GRED : A
13. KELUASAN TANAH : 4.86 EKAR @ 3.16 hektar
14. NAMA GURU BESAR : PN YUSNIZA BINTI YAHAYA
15. SESI PERSEKOLAHAN : PAGI SAHAJA
16. BILANGAN GURU : 32 ORANG
17. ENROLMEN MURID : 355 ORANG
18. BILANGAN KELAS : 14 KELAS
19. E-MAIL SEKOLAH : pba0020@jpnpp.edu.my
Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih(SKTI) mula dibina pada 15 Julai 1993 dan siap
dibina pada 14 Disember 1994. Sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan dan setia blok
mengandungi 3 tingkat. Terdapat sebuah padang yang luas dikongsi bersama Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih. Terletak di Tingkat Kikik 2 Taman Inderawasih
13600 Perai, Seberang Perai Tengah, P. Pinang. SKTI mula dbuka pada 1 Mei 1995 dengan
bilangan guru seramai 11 orang.
Pada Tahun 2019 SK Taman Inderawasih berusia 24 tahun dan telah diterajui oleh
10 orang Guru Besar :
1. En Tahir bin Hashim 1.3.1995-31.12.1996
2. En Saidin bin Husin 1.1.1997- 8.11.1998
3. Pn Zaleha bt Lope 8.11.1998-15.8.1999
4. Pn Rokiah bt Ahmad 16.8.1999-29.2.2004
5. En Anas Goh b Abdullah 1.3.2004-15.7.2007
6. Pn Nurul Asmah bt Mohd Razman 16.7.2007-24.6.2008
7. Tn Hj Ismail b. Yeop Ibrahim 16.9.2008-8.7.2015
8. Pn Aishah bt Mat Akad 1.8.2015-31.10.2015
9. Pn Noor Farizah bt Abd Rahman 1.11.2015-1.2.2017
10. Pn Yusniza bt. Yahaya 16.2.2017 – sekarang

SKTI merupakan sekolah Gred A yang lokasi pendaftarannya ialah luar Bandar. Satu
sesi pembelajaran iaitu sesi pagi dan dikategorikan sebagai sekolah bantuan kerajaan.
Lencana Sekolah diilhamkan oleh Guru Besar En Tahir B. Hashim iaitu guru besar
pertama bersama-sama guru tahun 1995. Lencana telah diluluskan penggunaannya oleh
pendaftar Sekolah-Sekolah P. Pinang pada 30 Mei 1995. Moto yang digunakan ialah
“Tekun dan Ikhlas”
Warna yang digunakan pada logo sekolah ialah putih melambangkan kebersihan dan
keikhlasan, warna merah bermaksud ketekunan dan kecekalan, warna biru bermaksud
perpaduan dan keharmonian dan warna kuning bermaksud kesetiaan dan keagungan.
Pengertian pada logo sekolah SKTI ialah ringkasan untuk nama sekolah , anak panah
melambangkan hala tuju untuk mencapai wawasan, buku melambangkan ilmu yang
dituntut ataupun budaya ilmu yang diterapkan, obor menunjukkan petunjuk jalan kea
rah kejayaan dan kecemerlangan. Manakala gelung melambangkan kegiatan atau aktiviti
sukan dan kokurikulum dan yang terakhir tahun 1995 bermaksud tahun penubuhan
sekolah.
Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk

Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Falsafah Sekolah

Sentiasa dan sedia memberikan komitmen


yang terbaik.
Keseimbangan dan kesaksamaan peluang melalui
khidmat kepada semua warga sekolah dan
komuniti.
Telus, tulus dan cekap memberikan khidmat
bakti.
Amalan profesionalisma merentasi amanah

Piagam Pelanggan

• Berusaha memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra

• Berusaha melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani selaras
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan

• Berusaha menjana individu yang cemerlang dan kuat pegangan agama

• Berusaha memastikan setiap warga sekolah sentiasa berdedikasi komited, berdisiplin dan
produktif

• Berusaha memastikan setiap urusan dapat dijalankan dengan cepat, cekap dan tepat

• Berusaha memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif

• Berusaha memastikan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan masyarakat luar

• Berusaha melahirkan pelajar yang positif dan mempunyai kebolehan dalam pelbagai
lapangan
Gigih berusaha
Tangga kejayaan kita
Rajinlah belajar setiap masa
Itu yang paling utama

Bergerak cergas
Tunaikan kewajipan
Selalu sedia, tak kira masa
Capai kecemerlangan
Sekolah kebangsaan

Taman Inderawasih
Tekun dan ikhlas
Kita pasti Berjaya
Kami berjanji

Terus berusaha
Menjadi insan kamil
Insan yang berguna

MOTO SEKOLAH
“TEKUN DAN IKHLAS”
Cogankata sekolah iatu Tekun dan Ikhlas menjadi identity yang bermaksud setiap warga didik di
sekolah ini mempunyai nilai bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melaksanakan amanah dan
tanggungjawab kepada diri sendiri, bangsa dan sentiasa berusaha dengan penuh tekun,
membina semangat setiakawan yang ikhlas antara satu sama lain tanpa mengira identity, bangsa
dan agama untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.Setiakawan ini menjadi nadi kejayaan
kepada diri sendiri dan organisasi. Moto ini tertera pada lencana sekolah yang melambangkan
identity sekolah ini.
PERATURAN AM UNTU GURU DAN STAF SK TAMAN INDERAWASIH
POLISI PENGURUSAN SEKOLAH
POLISI PENGURUSAN SEKOLAH
1. AKUJANJI
1.1 Semua guru perlu menandatangani Surat Akujanji sebagai Penjawat Awam.
1.2 Pegawai Kerajaan adalah terikat dan perlu mematuhi Akujanji tersebut.
1.3 Salinan akujanji perlu dilampirkan didalam Dokumen Persediaan Mengajar guru.
2. BILIK GURU , KELAB GURU & STAF
2.1 Bilik guru merupakan tempat larangan bagi murid.
2.2 Bilik Guru adalah di bawah tanggungjawab Kelab Guru & Staf dari aspek menjaga
susunan, kebersihan dan keceriaan pada setiap masa.
2.3 Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik menjadi ahli Kelab Guru&
Staf .
2.4 Kadar bayaran yuran adalah tertakluk kepada keputusan dalam mesyuarat agung
kelab tersebut.
2.5 Jawatankuasa bertanggungjawab ke atas kebajikan guru dan kakitangan di bawah
kawalan bidang mereka.
3. KEHADIRAN GURU DAN STAF
3.1 Semua guru dan staf dikehendaki hadir di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit
sebelum waktu rasmi mula bekerja.(Contoh :10 minit sebelum pukul 7.40pagi @7.45
pagi@8.00pagi)
3.2 Waktu hadir dan waktu pulang hendaklah direkodkan dalam buku
rekod kehadiran guru, perakam waktu atau lain-lain rekod yang telah
ditetapkan oleh sekolah.Semua guru dan staf diwajibkan untuk mengetip kad
perakam waktu /menulis waktu sampai ke sekolah dan waktu balik di dalam
buku rekod kehadiran yang diletakkan di pejabat.
(Ruj : Arahan Perkhidmatan Bab & Para 1, SPI BIL. 2/1981 – Ketepatan Masa
di Sekolah-sekolah)
4. TIDAK HADIR BERTUGAS
4.1 Sila maklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan Pentadbiran / pejabat melalui
telefon Jika tidak dapat hadir bertugas pada hari berkenaan sebelum atau pada jam
7.00 pagi supaya pihak sekolah dapat mengatur jadual ganti waktu mengajar anda.
5. KEBENARAN KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
5.1 Adalah tidak dibenarkan guru-guru meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu
mengajar bagi tujuan peribadi kecuali jika ada hal yang tidak dapat dielakkan atau
setelah mendapat arahan/kebenaran Guru Besar atau arahan daripada PPD/JPN
dengan syarat mendapat terlebih dahulu kebenaran daripada Guru Besar.
5.2 Sebelum meninggalkan kawasan sekolah ,pastikan guru tersebut telah mencatatkan
nama,masa, tujuan serta tandatangan Guru Besar di dalam Borang Rekod Keluar di
pejabat. (tidak melebihi 4 jam)
6. GURU BERTUGAS
6.1 Guru bertugas perlu hadir lebih awal 15 minit sebelum loceng berbunyi
semasa datang dan selepas loceng berbunyi semasa balik.
6.2 Bertugas sepanjang tempoh bertugas dan membuat laporan harian.
6.3 Bertanggungjawab mengawal keadaan , kebersihan , keselamatan , mengurus
perhimpunan, kantin , tandas dan bangunan sekolah serta mengambil tindakan
sekiranya perlu berbuat demikian.
7. MASA BERSURAI
7.1 Guru yang mengajar pada waktu akhir hendaklah menentukan murid disuraikan
dengan teratur tanpa membuat bising.
7.2 Murid beratur dengan didahului oleh ketua darjah dan diiringi oleh guru yang
mengajar pada waktu akhir keluar dari bilik kelas dan berkumpul di dewan.
7.3 Guru bertugas diminta ada bersama murid di dewan untuk memantau pergerakan
murid semasa balik..
7.4 Guru sila pastikan semua :
a) Pintu dan tingkap ditutup
b) Kipas dan lampu dipadam
c) Sampah sarap dikumpul
d) Meja dan kerusi disusun kemas.
7.5 Semua guru digalakkan pulang hanya selepas 10 minit loceng akhir dibunyikan untuk
mengelakkan kesesakan bersama murid.
8. PERHIMPUNAN RASMI
8.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan seminggu sekali pada setiap hari Isnin jam
7.30 pagi atau pada hari-hari dan masa-masa yang lain yang ditetapkan oleh
Guru Besar .
8.2 Semua guru diwajibkan hadir dalam perhimpunan.
8.3 Semua guru dikehendaki memakai tag nama dan guru lelaki dikehendaki
memakai tali leher pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan diadakan.
8.4 Guru Besar/ guru bertugas akan membuat pengumuman-pengumuman yang
perlu dan juga membuat apa-apa teguran atau memberi nasihat kepada
murid. [ Ruj : Per. Ikhtisas KP Bil.9/1975-KP 86-9/1 (79)].
9. KEGIATAN KOKURIKULUM
9.1 Kegiatan kokurikulum adalah wajib bagi semua guru.
9.2 Perancangan bagi kelab/persatuan dan permainan hendaklah melibatkan semua
murid Tahun 3 hingga 6.
9.3 Guru hendaklah memberi latihan kepada murid dalam bidang kepimpinan, displin,
bertanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara dan memberi galakan dalam
bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan dan
sebagainya.
9.4 Guru dikehendaki menyimpan rekod-rekod mengenai semua aktiviti yang telah
dijalankan. Rekod digunakan sebagai eviden hendaklah diserahkan kepada PK
Kokurikulum mengikut ketetapan dalam mesyuarat.
10. TATATERTIB
10.1 Adalah tanggungjawab semua guru untuk menjaga dan mengekalkan displin murid-
murid semasa di dalam atau di luar kelas.
10.2 Guru hendaklah melaporkan murid yang kerap melanggar peraturan sekolah, tidak
mengikut teguran dan nasihat dan sebagainya kepada Guru Displin atau Guru Besar.
10.3 Guru diingatkan jangan mengarahkan murid balik atau keluar dari bilik darjah atau
melarang mengikuti Pendidikan sebagai hukuman kerana tidak berdisplin.
10.4 Guru TIDAK DIBENARKAN merotan murid untuk sebarang kesalahan yang dilakukan
oleh murid.

11. BUKU RAMPAIAN


11.1 Semua latihan bertulis hendaklah diperiksa pada hari itu atau pada hari yang berikut.
11.2 Semua kesalahan yang didapati dalam tiap-tiap latihan bertulis hendaklah dibuat
pembetulan sebelum menjalankan latihan baru.
11.3 Tahun 3 hingga tahun 6 hendaklah mengadakan Karangan Bertulis sekurang-
kurangnya empat kali dalam satu bulan.
11.4 Buku rampaian/latihan Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains
hendaklah dihantar kepada Guru Besar/Penolong Kanan apabila diarahkan oleh Guru
Besar.
12. UJIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1 Ujian dan Peperiksaan hendaklah berpandukan seperti tercatat di dalam Takwim
Sekolah/Takwim Peperiksaan.
12.2 Keputusan Penilaian pencapaian murid perlu disiapkan dan dihantar kepada Guru
Besar lengkap dengan markah, mata Pendidikan bersama-sama dengan gred, jumlah
markah keseluruhan, peratus dan kedudukan dalam kelas dan juga kedudukan dalam
semua kelas.
12.3 Analisa Keputusan Penilaian perlu disiapkan dan diserahkan kepada Guru Penolong
Kanan/Setiausaha Peperiksaan.
13. DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR (DPM)
13.1. Semua guru dikehendaki mengajar seperti mana yang tercatat di dalam Dokumen
Persediaan Mengajar (DPM).
13.2 DPM hendaklah ditulis dengan kemas, jelas dan teratur serta sentiasa dalam keadaan
dikemaskinikan. Untuk tahun 2019 semua DPM perlu ditulis berdasarkan arahan JPPP.
13.3 Butiran-butiran dalam rancangan persediaan mengajar harian perlulah sentiasa ditulis
dan dikemaskini.
13.4 DPM mestilah diserahkan ke pejabat pada setiap hari Jumaat waktu akhir untuk
semakan dan ditandatangani oleh Guru Besar. Sekiranya guru tidak menghantar DPM
sebanyak 3 kali , surat amaran akan dikeluarkan.
13.5 DPM yang telah lengkap hendaklah dihantar bagi kali pertamanya pada hari JUMAAT
25 JANUARI 2019. Walaubagaimanapun rancangan persediaan mengajar harian
perlulah ditulis setiap hari mulai hari pertama persekolahan 2 JANUARI 2019
14. CUTI REHAT KHAS (CRK)
14.1 Setiap guru diberi peruntukan cuti rehat khas sebanyak 10 hari setahun.
14.2 Guru layak memohon cuti tetapi kelulusan atas budi bicara Guru Besar.
14.3 Semua permohonan borang CRK dalam 2 salinan diserah sendiri kepada
penolong kanan Pentadbiran untuk sokongan sebelum mendapat
kelulusan daripada Guru Besar.
14.4 Permohonan cuti yang dirancang perlu dibuat permohonan 3 hari lebih
awal sebelum tarikh permohonan cuti tersebut.
14.5 Sekiranya ada kecemasan dan ingin memohon cuti rehat khas ,sila
pastikan guru berkenaan menghubungi pihak pentadbir sekolah bagi
tujuan guru ganti dan setelah kembali semula pastikan borang cuti diisi.
14.6 Guru tidak dibenarkan bercuti selagi permohonan belum mendapat
kebenaran atau kelulusan Guru Besar. Layak memohon sahaja tetapi
bukan hak mutlak.
15. CUTI SAKIT
15.1 Sekiranya cuti sakit ,serahkan sijil cuti sakit kepada Guru Besar pada hari
berikutnya.
15.2 Andainya cuti sakit lebih dari 2 hari,sila dapatkan pengesahan daripada doktor
kerajaan.
15.3 Sijil cuti sakit dari klinik kerajaan atau swasta hanya terhad kepada
hanya 15 hari bagi setiap tahun. Perlu diingat, setiap cuti sakit yang diambil
boleh menjejaskan kiraan ganjaran pencen kelak
15.4 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus- putus akan
dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
(Rujuk : SPP Bil.2/2006)
16. CUTI HJ / CUTI UMRAH/ CUTI BERSALIN / CUTI TANPA REKOD / CUTI TANPA GAJI
16.1 Segala dokumen/sijil/surat perlu dikemukakan bersama borang permohonan melalui
Guru Besar sebelum dihantar ke JPN untuk kelulusan.
16.2 Permohonan perlu dibuat lebih awal mengikut prosedur yang sedia ada.
16..3 Istilah ‘keluarga terdekat ‘ ialah isteri/suami ,anak-anak, ibu bapa dan mertua guru itu
sahaja.,Adik-beradik tidak termasuk dalam istilah keluarga terdekat.
16.4 i)Cuti Hj - 40 hari (Perintah Am Bab C)
ii) Cuti Umrah -7 hari bekerja (SPP Bil. 3/2017)
iii)Cuti Bersalin- 90 hari@60 hari ,suami layak 7 hari (Layak untuk 5 kali sepanjang
perkhidmatan (SPP Bil.5/2017)
iv) Cuti Tanpa Rekod –tidak melebihi 14 hari setahun ( Perintah Am Bab C)
v) Cuti Tanpa Gaji – tidak ada had/tempoh yang ditetapkan tetapi mengikut
tempoh perkhidmatan.Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh
diambil sekali dalam masa 4 tahun.(SPP Bil.4/2009)
17. CUTI KELUAR NEGARA
17.1.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara perlu mendapat kelulusan JPN (Unit
Perhubungan Dan Pendaftaran)
17.1.2 Borang permohonan perlu di kemukakan sekurang-kurangnya 21 hari dari tarikh mula
bercuti.(Online ke unit Perhubungan JPN)..
18. CUTI MENGHADIRI PEPERIKSAAN
18.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran
secara bertulis daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan
Negeri untuk mengikuti pengajian tersebut.
19. CUTI PENGGAL
19.1 Guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan
cuti rehat tahunan . Walau bagaimana pun ,guru boleh dipanggil
bertugas oleh guru besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas
mengajar.
20. CUTI KUARANTIN
20.1 Guru layak memohon cuti kuarantin jika anak jagaan (kandung/tiri/angkat)di
bawah umur 18 atau 21 tahun (jika masih belajar) diperakukan oleh pegawai
perubatan kerajaan atau swasta menghidap penyakit berjangkit.
20.2 Tempoh yang diluluskan terhad kepada 5 hari bekerja.
(Rujuk : SPP Bil.11/2016)

21. FAIL-FAIL BIDANG / UNIT/JAWATANKUASA


21.1 Fail-fail yang dalam simpanan peribadi guru seperti fail meja,fail
panitia,fail unit dan sebagainya perlu disimpan di tempat selamat
dalam bilik fail dan sebagainya.
21.2 Kandungan fail hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
21.3 Fail-fail bukanlah milik peribadi dan tidak dibenarkan bawa pulang ke rumah.
21.4 Semua fail perlu ada nombor yang telah ditetapkan menggunakan
sistem fail arked yang sedang digunapakai sekarang.
21.5 Semua fail merupakan dokumen penting sebagai bahan dokumentasi
dan bukti serta menjadi bahan rujukan /semakan/panduan kepada guru.
22. FAIL-FAIL SEKOLAH
22.1 Fail peribadi guru adalah fail sulit dan guru dilarang mengambil atau melihat
kandungan fail tersebut kecuali pentadbir.
22.2 Fail-fail di pejabat yang hendak dirujuk /diambil perlulah melalui pembantu
Tadbir/Pembantu Operasi dan dikembalikan dengan kadar segera.
23.4 Fail-fail sekolah di pejabat adalah dilarang di bawa keluar dari pejabat.
23. PENGESAHAN JAWATAN & KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN
23.1 Sekolah akan uruskan pengesahan jawatan guru dan kemasukan ke dalam jawatan
berpencen
23.2 Boleh memilih skim pencen atau KWSP
23.3 Pengesahan boleh dibuat setelah lulus kursus induksi (hadir dan lulus dalam tempoh
3 tahun)
23.4 Tempoh pengesahan bergantung kepada surat tawaran.
24. GAJI
24.1 Persediaan gaji dibuat dua bulan lebih awal
24.2 Potongan yang diuruskan oleh pihak sekolah melibatkan hal yang berkaitan dengan
kerajaan seperti; cukai pendapatan, pinjaman perumahan, KWSP dan tabung Hj.
24.3 Potongan pinjaman bank & koperasi melalui ANGKASA dibuat terus oleh Akautan
Negara Malaysia.
24.4 Jika ada masalah tentang potongan koperasi dan ANGKASA, sila hubungi terus dengan
yang berkenaan.
24.5 Bagi guru yang bertukar masuk ke sekolah ini, gaji hanya akan diproses bila sekolah
menerima Sijik Gaji Akhir (LPC) daripada sekolah asal.
24.6 Kew 8 diproses setelah sekolah mendapat LPC
24.7 Tuntutan gaji dibuat setelah mendapat kelulusan Kew 8
24.8 Bagi yang bertukar masuk, gaji masih diuruskan oleh sekolah lama sehingga LPC
diterima
24.9 Sebarang masalah berkaitan gaji, uruskan dengan pihak sekolah dahulu
sebelum ke JPN.
25. PERSARAAN PILIHAN
• Boleh pilih tarikh sama ada pada 1/6 atau 1/12
• Had umur mesti 50 tahun bagi guru lelaki dan 45 tahun bagi guru perempuan
• Permohonan dibuat satu tahun sebelum tarikh
• Dapatkan borang melalui JPN dan hantarkan melalui sekolah
26. JADUAL WAKTU GURU GANTI
26.1 Jadual guru ganti akan dibuat oleh Penolong Kanan / Guru Jadual
Waktu apabila seseorang guru tidak dapat hadir atau menjalankan
tugas di luar.
26.2 Guru ganti hendaklah memastikan mereka mendapat slip butiran
gantian yang akan dilakukan dengan menandatangani pada buku rekod
jadual waktu guru ganti.
26.3 Guru yang akan berkursus / mesyuarat dan sebagainya,dikehendaki
menyediakan kerja/latihan Pendidikan bagi kelas yang diajarnya supaya guru
ganti dapat memanfaatkan waktu ganti tersebut dengan aktiviti yang
berfaedah.(MMI)
26.4 Guru ganti diminta menyambung Pendidikan berkenaan atau mengajar Pendidikan
yang difikirkan perlu atau memberi latihan/kerja yang telah disediakan oleh guru ganti.
27. JADUAL WAKTU MENGAJAR
27.1 Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu mengajar yang telah ditetapkan.
27.2 Guru bersedia untuk masuk ke kelas 5 minit sebelum loceng berbunyi.
27.3 Guru yang mengajar hendaklah berada di dalam kelas sepanjang
tempoh PdPc.
27.4 Sekiranya seseorang guru tidak dapat masuk ke kelas dalam waktu
tertentu ,sila maklumkan pada penolong Kanan yang bertugas untuk membuat
guru ganti.
28. JADUAL KEDATANGAN MURID
28.1 Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis dan ditanda oleh guru kelas
secara teratur dan kemas pada setiap hari sebelum permulaan waktu
kedua.Tanggungjawab ini tidak boleh ditugaskan pada murid.Sekiranya
guru kelas berkenaan tidak hadir ,maka tanggungjawab tersebut perlu
dilaksanakan oleh penyelaras kelas.
28.2 Semua butiran dan maklumat murid didalam jadual kedatangan murid
perlulah lengkap diisi dengan kemas dan teratur.Penggunaan liquid
paper adalah dilarang.
28.3 Jadual kedatangan hendaklah ditutup pada setiap hari akhir bulan.
28.4 Guru perlu mendapatkan bukti tentang sebab murid tidak hadir ke
sekolah seperti surat dari waris atau sijil sakit dari doktor.
28.5 Sekiranya seseorang murid didapati tidak hadir melebihi hari yang
ditetapkan ,maka guru perlu mengambil tindakan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan.
28.6 Jadual kedatangan murid mestilah diserahkan ke pejabat sebelum
permulaan waktu ketiga.
28.7 Guru adalah dilarang sama sekali membawa pulang buku jadual
kedatangan murid.
29. KAWASAN LARANGAN MURID
29.1 Murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan sekolah iaitu
pejabat,bilik Penolong Kanan ,bilik guru,makmal komputer,makmal
sains,pusat sumber sekolah, bengkel RBT selain mendapat kebenaran
daripada guru dengan menggunakan pas.
30. PAKAIAN GURU DAN STAF
30.1 Semua guru/kakitangan dikehendaki berpakaian lengkap dan kemas
seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kasut sukan.seluar jeans,slacks dan tracksuit,baju T,jersi,seluar pendek,
ketat ,sendat dan apa-apa pakaian menutup muka serta lain-lain pakaian dari
jenis kain jarang dan menjolok mata tidak boleh dipakai.
(Rujuk : SPI Bil.6/1985 dan SPP Bil.2/1985)
30.2 Pakaian uniform lengkap hendaklah dipakai pada setiap hari Rabu,
berbaju batik pada hari Khamis, berbaju Melayu pada hari Jumaat
sepertimana yang telah ditetapkan oleh KPM dan JPN
30.3 Guru dibenarkan memakai pakaian sukan lengkap sepanjang hari persekolahan
semasa hari kegiatan Pendidikan Jasmani ataupun mengikut kesesuaian aktiviti
dengan kebenaran guru besar. (Contoh:Aktiviti Sukan/ Gotong
Royong )
30.4 Semua guru dan staf mesti memakai tanda nama sepanjang waktu persekolahan .
(latar hitam dan tulisan nama berwarna putih).
30.5 Guru lelaki tidak digalakkan berambut panjang atau membuat rambut
yang berfesyen.
31. KELAS TAMBAHAN/INTENSIF
31.1 Guru yang ingin mengadakan projek/aktiviti/kelas tambahan di luar
waktu persekolahan iaitu selepas masa persekolahan atau pada hari
sabtu atau ahad perlu mendapat kebenaran Guru Besar dengan mengisi
borang yang telah disediakan di pejabat.
31.2 Pihak kawalan keselamatan sekolah perlu di maklumkan.
31.3 Pastikan guru berkenaan hadir dan bertanggungjawab sepenuhnya
pada kelas tersebut.
32. PENGLIBATAN LUAR
32.1 Guru tidak boleh terlibat dengan perniagaan atau kerja-kerja sampingan yang boleh
menjejaskan tugas
32.2 Perlu mendapat kebenaran JPN untuk membuka kelas tusyen luar, menulis buku atau
terlibat aktif di dalam pertubuhan politik.
33. LAIN-LAIN TEMUJANJI
33.1 Temujanji dengan doktor hendaklah seboleh-bolehnya dibuat di luar
waktu bertugas atau pada masa cuti sekolah.
33.2 Jika tidak dapat dielakkan dan terpaksa dibuat pada waktu
bertugas,guru berkenaan hendaklah kembali bertugas sebaik sahaja
selesai temujanji jika waktu persekolahan belum berakhir.’Time slip”
hendaklah dikemukakan sebagai bukti temujanji tersebut.
33.3 Sebarang temujanji lain atau urusan peribadi hendaklah dibuat di luar
waktu bertugas/persekolahan.
34. PBPPP/LAPORAN NILAI PRESTASI TAHUNAN (LNPT)
34.1 Borang Keberhasilan (PBPPP)/ LNPT perlu diisi dan lengkapkan pada awal tahun
bersama sasaran kerja tahunan yang telah dirancang bagi tempoh tahun semasa.
34.2 Semakan dan penilaian semula terhadap rancangan /sasaran kerja bagi
tujuan penambahbaikan dilakukan pada pertengahan semester.
34.3 Pastikan borang tersebut diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada
pihak pentadbir sebelum tamat sesi persekolahan tahun tersebut.
35. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
35.1 LDP perlu dihadiri oleh guru sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun
35.2 Guru perlu memastikan Laporan LDP diisi dan disahkan oleh ketua
jabatan/pihak penganjur.
35.3 Salinan Kad Laporan perlu dihantar ke jabatan pada akhir tahun atau melalui
secara online.
36. MELAKSANAKAN ARAHAN/TUGAS/PERINTAH
36.1 Apabila diarahkan/ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu arahan /
tugas /perintah atau lain-lain sebagai contoh menghadiri mesyuarat/
seminar/taklimat/bengkel/kursus dan sebagainya ,diminta membawa
murid maka guru berkenaan perlu hadir dan tidak boleh diganti
dengan orang lain tanpa kebenaran Guru Besar .Sekiranya ada
pertukaran ,maka perlu mendapat persetujuan guru yang sanggup jadi
pengganti serta memaklumkan pertukaran ini kepada Guru Besar
secara bertulis.
36.2 Setiap guru yang hadir mesyuarat /bengkel/taklimat/kursus perlu
membuat laporan kepada Guru Besar melalui borang minit curai yang
disediakan.
36.3 Guru juga perlu akur pada arahan melalui edaran/pekeliling sekolah
terutama berkaitan dengan tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan
supaya tidak menimbulkan kesulitan dan mengganggu perjalanan
pengurusan pentadbiran sekolah.
37. MEMBAWA MURID UNTUK AKTIVITI LUAR
37.1 Guru yang terlibat dengan aktiviti luaran bersama murid perlu
mendapatkan kebenaran bertulis daripada waris dan senarai terlibat
diserahkan kepada GB/PK untuk makluman.
37.2 Sekiranya guru perlu membawa murid dengan kenderaan
sendiri,peraturan jalanraya perlu dipatuhi.Kebenaran bertulis
membawa kenderaan sendiri perlu diperolehi daripada Guru Besar
37.3 Guru tidak dibenarkan membawa murid secara berlebihan di dalam
sesebuah kenderaan.
37.4 Guru yang mengiringi murid tertakluk kepada 10 murid bagi seorang
guru.
38. MENGHADIRI KURSUS/MESYUARAT/TAKLIMAT/SEMINAR/BENGKEL ANJURAN
SEKOLAH/PPD/JPN/KPM
38.1 Kehadiran guru adalah wajib.
38.2 Sila lengkapkan minit curia sekembalinya daripada
mesyuarat/seminar/taklimat/kursus/bengkel untuk makluman serta
tindakan pentadbir seterusnya.
38.3 Sekiranya tidak dapat hadir ,sila berjumpa terus lebih awal dengan
Guru Besar bersama surat tunjuk sebab.
38.4 Buku Rekod Mengajar perlu disediakan seperti biasa dan buat catatan.
38.5 Siapkan minit curai dan adakan ‘in-house training’ selepas menghadiri kursus.
39. MESYUARAT GURU DAN JAWATANKUASA SEKOLAH
39.1 Setiap guru mesti hadir pada mesyuarat guru yang diadakan.
39.2 Setiap guru yang menjadi ahli jawatankuasa induk sesuatu
bidang juga perlu hadir pada mesyuarat yang di adakan.
39.3 Sekiranya guru berkenaan tidak dapat hadir ,sila maklumkan kepada
Guru Besar sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan.
39.4 Pastikan guru membuat catatan semasa mesyuarat dijalankan .
39.5 Pencatat minit/setiausaha dikehendaki menyediakan minit mesyuarat
selewat-lewatnya 3 hari selepas mesyuarat diadakan dan kemudiannya
diedarkan untuk tindakan guru.
40. PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
40.1 Guru perlu bersedia lebih awal untuk mengajar sebelum masuk ke kelas.
40.2 Pastikan guru tidak mengajar sambil duduk kerana ini budaya atau
amalan yang tidak baik bagi seorang guru .
40.3 Guru mengajar berdasarkan perancangan yang telah dibuat
sepertimana tercatat di dalam buku dokumen Persediaan Mengajar.
40.4 Guru perlu sentiasa bersedia untuk menerima pemantauan /
pencerapan dari pentadbir /pelawat sekolah (Nazir,PPD,JPN,KPM)
berdasarkan skor standard 4 SKPMg2.
41. PAS KELUAR MURID
41.1 Semua kelas diberi dua pas keluar murid.
41.2 Pas ini perlu disimpan di dalam kelas pada setiap masa.
41.3 Pas keluar diberi kepada murid yang difikirkan perlu sahaja terutama
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
41.4 Guru bertanggungjawab ke atas murid yang dibenarkan keluar.
42. PEMBELIAN DAN PEMESANAN BARANGAN
42.1 Sebarang pembelian dan pesanan alatan/barangan hendaklah melalui
Ketua Panitia masing-masing dengan menggunakan Borang Nota Minta
untuk mendapat kelulusan daripada Guru Besar/Penolong Kanan.
42.2 Pastikan semua pembelian hendaklah ada dalam perancangan terlebih
dahulu dan dirujuk pada baki peruntukan yang sedia ada, bajet
tahunan/jumlah PCG.
42.3 Pesanan barangan sendiri secara ‘online’ tidak dibenarkan
menggunakan alamat sekolah.
43. PENGAWASAN PEPERIKSAAN AWAM
43.1 Guru tidak boleh menolak lantikan kecuali atas sebab sarat
mengandung , sakit berterusan dan berkursus, tidak digalakkan untuk
SPM/STPM/ SVM.
44. PENGGUNAAN ALATAN / HARTA BENDA SEKOLAH
44.1 Sebarang penggunaan alat hendaklah digunakan dengan betul
mengikut tatacara/kaedah penggunaan .
44.2 Perlu mendapat kebenaran Ketua Panitia atau penjaga stok dan perlu
direkodkan.
44.3 Sekiranya meminjam alat / benda ,pastikan dikembalikan dengan kadar
segera dan tidak rosak/hilang.
44.4 Alatan / harta benda tidak dibenarkan dibawa ke rumah tanpa
kebenaran Guru Besar.
45. PENGGUNAAN MESIN FOTOSTAT DAN RISOGRAF
45.1 Sebarang bahan cetakan adalah untuk edaran dalaman sekolah sahaja.
45.2 Sebarang bahan yang hendak di cetak perlu mengisi borang yang telah
disediakan di pejabat.
45.3 Guru dilarang menggunakan kedua-dua mesin tersebut tanpa
kebenaran Guru Besar.
45.4 Borang permohonan perlu dihantar lebih awal sebelum bahan cetak itu
hendak digunakan iaitu 3 hari sebelum tarikh bahan cetak digunakan.
46. PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH
46.1 Penggunaan telefon sekolah hanya tujuan urusan rasmi sahaja dan
perlu direkodkan dalam buku daftar telefon.
46.2 Guru dan murid yang hendak menggunakan telefon sekolah hanya
atas urusan kecemasan maka perlu mendapat kebenaran terlebih
daripada Guru Besar.
47. PENGGUNAAN WAKTU ‘FREE PERIOD’
47.1 Guru diminta membuat perancangan / persediaan mengajar.
47.2 Memeriksa buku latihan murid.
47.3 Perbincangan secara profesional dengan rakan-rakan untuk PLC.
47.4 Menyediakan alat bantu mengajar ,menyediakan laporan/analisis dan
sebagainya.
48. PENGISTIHARAN HARTA
48.1 Setiap guru diminta mengistiharkan harta mereka sekurang-kurangnya
dalam tempoh 5 tahun.
48.2 Sekiranya terdapat pertambahan dalam harta perlu diistiharkan melalui
mengisi borang tambahan harta dan hantar ke pejabat.
48.3 sebarang pelupusan harta / pelucutan hakmilik harta juga perlu
diistiharkan.
49. RAHSIA SEKOLAH
49.1 Guru adalah dilarang sama sekali membocorkan rahsia sekolah.
49.2 Guru adalah dilarang sama sekali membuat kenyataan akhbar berkaitan
dengan sekolah (Rujuk Perintah Am).
49.3 Guru mestilah menjaga nama baik Jabatan/Kementerian .Tindakan
tatatertib boleh diambil mengikut Perintah Am Bab D(24)
50. PERINTAH AM
50.1 Guru sebagai pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada peraturan-
peraturan di dalam Perintah Am Persekutuan.Guru-guru dinasihatkan
meneliti ,memahami dan mematuhi isi kandungan dokumen-dokumen
yang terdapat di dalam buku tersebut,khasnya Bab C dan Bab D.
50.2 Sebagai Pendidik ,guru juga hendaklah memahami dan menghayati
serta mempraktikkan tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
51. PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI
51.1 Pemohon perlu mendapatkan kebenaran /kelulusan PPD/JPN.
51.2 Pastikan jumlah potongan tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah
keseluruhan pendapatan bulanan.
51.3 Guru besar hendaklah memastikan peraturan ini dipatuhi oleh
pemohon.
52. PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN/KENDERAAN/KOMPUTER
52.1 Pemohon perlu mendapatkan borang samada dari pejabat sekolah atau
PPD/JPN/KPM.
52.2 Pastikan borang lengkap diisi bersama –sama dokumen sokongan yang
dikehendaki.
52.3 Semua permohonan mestilah melalui guru besar sekolah untuk
sokongan dan pengesahan.

53. PERTUKARAN GURU


53.1 Permohonan dan semakan pertukaran guru antara negeri dibuat secara
online sepanjang tahun.Namun proses pertukaran hanya berlaku dua kali
setahun iaitu Jun dan Disember.
53.2 Pertukaran guru antara daerah dan dalam daerah perlu dibuat kepada
JPN melalui PPD.
53.3 Pengesahan dan perakuan daripada ketua jabatan adalah diperlukan.
53.4 Pastikan maklumat EMIS/HRMIS guru yang bertukar dibawa bersama.
54. TUGASAN LUAR (JURULATIH UTAMA/FASILITOR/KAKITANGAN SUMBER).
54.1 Guru yang terlibat dengan tugasan-tugasan rasmi luar masih tertakluk
kepada kelulusan/kebenaran guru besar
54.2 Guru perlu mengutamakan tugasan sekolah tempat bertugas.
55. SENARAI SEMAK BUDAYA TUTUP DAN BUKA SEKOLAH
55.1 Pastikan semua butiran dalam Senarai Semak dipatuhi dan dilaksanakan.
55.2 Senarai Semak yang telah lengkap diisi hendaklah diserah ke pejabat
56. URUSAN DENGAN PPD DAN JPN
56.1 Setelah mendapat kebenaran dan kelulusan atau arahan Guru Besar.
56.2 Berpakaian rasmi (pakaian kerja).
57. SURAT ATAU PEKELILING KELUAR/MASUK DARI PPD / JPN /KPM UNTUK TINDAKAN
57.1 Bertindak segera apabila surat diminitkan kepada guru berkenaan.
57.2 Bincang dengan pihak Pentadbir dan serah kepada pentadbir berkenaan
untuk semakan/ simpanan fail.
57.3 Pastikan semua surat yang keluar perlu disertakan surat iringan dan perlu ada
salinan sekolah mengikut format surat yang telah ditetapkan.
57.4 Semua surat keluar yang menggunakan kepala surat alamat sekolah perlu
ditandatangani oleh Guru Besar selaku Ketua Jabatan.
58. SURAT KELUAR KE PPD/JPN/KPM
58.1 Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan hal sekolah atau
perjawatan hendaklah melalui dan salinan Guru Besar terlebih dahulu.
58.2 Semua surat rasmi perlu mengikut format surat rasmi yang telah
ditetapkan.
59. VISI DAN MISI SEKOLAH (DIPAMERKAN)
59.1 Semua guru perlu memahami serta menghayati visi dan misi sekolah
selaras dengan kehendak semasa
59.2 Semua guru perlu memperingatkan kepada semua warga sekolah
tentang visi dan misi sekolah
60. URUSAN DENGAN PELAWAT/TETAMU
60.1 Pastikan semua pelawat melaporkan diri di pondok pengawal sekolah
dan berurusan di pejabat/ guru gesar.
60.2 Pihak tertentu / syarikat/wakil insuran atau orang perseorangan yang
hendak berjumpa dengan guru hendaklah melapor atau mendapat
kebenaran guru besar di pejabat terlebih dahulu.
60.3 Orang luar juga dilarang berjumpa atau berurusan dengan murid di
bilik darjah atau semasa guru sedang mengajar.(SPI bil 8/2011)
60.4 Orang luar yang mendapat kebenaran daripada guru besar /pentadbir
akan dibekalkan dengan pas lawatan.

You might also like