You are on page 1of 3

1.

1 Latar belakang Pendidikan Alam Sekitar

Perkataan pendidikan alam sekitar tidak digunakan secara digabungkan sehingga


pertengahan tahun 1960-an, hasil pengaruh yang amat ketara daripada evolusi
pemikiran pada abad ke 18 dan 19 oleh Goethe, Rousseau, Humboldt, Haeckel,
Froebel, Dewey dan Montessori. Evolusi pemikiran tersebut telah mempengaruhi asas
dan amalan dalam pendidikan alam sekitar. Pemikiran yang mengkaitkan pendidikan
dengan alam sekitar juga sudah diutarakan oleh para ahli falsafah seperti Jean-Jacques
Rousseau (1712 – 1778). Beliau merasakan pendidikan perlu mengekalkan fokus
terhadap alam sekitar. Beliau menerbitkan buku Emile, dan di dalam buku tersebut,
beliau membincangkan tentang pendidikan seharusnya mengekalkan fokus terhadap
alam sekitar, dan antara perkara utama ialah guru harus menyediakan peluang kepada
pelajar untuk belajar dan perkaitan di antara tahap pembangunan manusia serta
implikasi dalam pengajaran dan pendidikan. Justeru, Rousseau berpendapat, pelajar
harus diberi persekitaran yang baik bagi memastikan proses pembelajaran yang
diperolehi juga baik.

Asas utama pendidikan alam sekitar sebenarnya telah bermula seawal 1871 apabila
pembelajaran alam semulajadi Wilbur Jackman untuk Sekolah Awam (Wilbur
Jackman’s Nature Study) telah melancarkan pergerakan kajian alam semulajadi yang
membawa pelajar menerokai alam sekitar di luar. Selain itu, Patrick Geddes (1854 –
1933) dinobatkan oleh Sterling (1992) sebagai pengasas kepada kelahiran pendidikan
alam sekitar di United Kingdom (UK). Patrick Geddess merupakan orang yang terawal
membincangkan akan kepentingan hubungan di antara kualiti alam sekitar dengan
kualiti pendidikan. Kemudian, pada tahun 1892, beliau telah membangunkan “Outlook
Tower” di Edinburgh, yang masih dianggap sebagai pusat pembelajaran lapangan.
Beliau telah membangunkan cara tinjauan wilayah dan sivik dengan idea inovatif serta
kajian lapangan. Pada masa tersebut juga, pergerakan pengajian alam semulajadi
semakin pesat. Pada tahun 1902, Kesatuan Sekolah Pembelajaran Alam Semulajadi
(School Nature Study Union) telah ditubuhkan dan berkembang kepada pengajian luar
bandar pada tahun 1940-an. Perkembangan pergerakan pengajian berkaitan
pemeliharaan alam sekitar menjadi semakin hebat pada 1940-an ekoran kejadian “Dust
Bowl” di Amerika. Pengajian tersebut mendapat sokongan daripada banyak organisasi
kerajaan dan bukan kerajaan.

Oleh itu, terma “pengajian alam sekitar” berkembang akibat daripada pengajian luar
bandar tersebut. Hasil daripada pergerakan pengajian ini, terma pengajian persekitaran
muncul. Sehingga pertengahan 1940-an, terma pengajian persekitaran digunakan
dengan meluas termasuk elemen pengajaran Geografi, Sejarah dan Kajian Tempatan
Semulajadi. Kemudian, pengajaran Sejarah, Geografi dan Biologi semakin berkembang
dengan kewujudan Majlis Promosi Kajian Lapangan (Council for the Promotion of Field
Studies) pada tahun 1943 (sekarang dikenali sebagai Pusat Kajian Lapangan). Begitu
juga pembukaan pusat kajian lapangan yang pertama di UK pada tahun 1946 dan
seterusnya Pemuliharaan Alam Semulajadi (Nature Conservancy) pada tahun 1949
yang membawa kepada pengaruh besar pembangunan pengajaran dalam
persekitaran. Beberapa universiti seperti Universiti Wisconsin-Stevens telah mula
menawarkan ijazah dalam Pendidikan Pemeliharaan (Conservation Education).

Pada tahun 1948, Thomas Pritchard (Pemeliharaan Alam Sekitar di Wales)


menggunakan perkataan pendidikan alam sekitar buat kali pertama dalam mesyuarat
Kesatuan Antarabangsa untuk Pemeliharaan alam semulajadi dan sumber semulajadi
(International Union for the Conservation of Nature and Natural Resources-IUCN) di
Paris. Kemudian, terma pendidikan alam sekitar mula direkodkan pada tahun 1965 di
Britian semasa persidangan di Universiti Keele, Staffordshide oleh Thomas Pritchard
yang bertujuan mengkaji tentang pemeliharaan dan kesan kepada pendidikan
(Disinger, 1983). Mesyuarat tersebut merupakan perjumpaan kali pertama para
pendidik dengan aktivitis pemeliharaan alam sekitar. Perjumpaan kali pertama tersebut
telah mewujudkan Majlis Pendidikan Alam Sekitar (Council for Environmental Education
-CEE). Perjumpaan pertama CEE dibuat pada Julai 1968 (CEE, 1970). CEE
merupakan organisasi yang memberi fokus kepada pendidikan alam sekitar mempunyai
tiga matlamat utama iaitu:

(1) Pembangunan: CEE mempunyai matlamat memudahkan pembangunan teori


dan amalan dalam pendidikan alam sekitar.

(2) Promosi: CEE mempunyai matlamat untuk mempromosikan konsep pendidikan


alam sekitar dan memastikan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

(3) Kaji semula: CEE memastikan pemantauan akan keberkesanan program


pendidikan alam sekitar.

Namun, Wheeler (1985) berpendapat penggunaan terma pendidikan alam sekitar telah
digunakan buat pertama kali dalam buku bertajuk Communitas oleh Paul dan Percival
Goodman yang diterbitkan pada tahun 1947.

Selepas kemunculan terma pendidikan alam sekitar, para aktivitis mula memberi
perhatian kepada makna terma tersebut serta mempromosikan pendidikan alam
sekitar. IUCN yang dikenali sebagai Kesatuan Pemeliharaan Dunia (World
Conservation Union) ditubuhkan pada 1949 masih lagi berperanan sebagai organisasi
antarabangsa dan berperanan memastikan promosi serta makna terma pendidikan
alam sekitar diperjelaskan kepada semua masyarakat dunia. Pada September 1965,
satu mesyuarat diadakan oleh IUCN Suruhanjaya Pendidikan Eropah Utara - Timur
bagi memastikan profession dalam pendidikan alam sekitar di sekolah, institut
pengajian tinggi dan latihan (Wheeler, 1985). Kemudian, dalam tahun 1968, Organisasi
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan United Nation ((UNESCO) mengendalikan
persidangan biosfera di Paris. Laporan akhir aktiviti IUCN telah dideklarasikan buat kali
pertama. Ini merupakan bukti pertama akan kesedaran dunia tentang pendidikan alam
sekitar yang telah direkodkan. Persidangan ini juga mempunyai matlamat untuk
membangunkan sumber kurikulum yang berkaitan dengan pembelajaran alam sekitar
untuk semua tahap dalam pendidikan, mempromosi latihan teknikal, simulasi
kesedaran dunia akan isu alam sekitar. Ia juga berperanan untuk mengkoordinasi
badan-badan dan organisasi yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar di seluruh
dunia. Negara United Kingdom berada di barisan depan dalam mewujudkan inisiatif
tersebut dengan CEE bertindak sebagai badan yang memayungi serta
mengkoordinasikan insiatif pendidikan alam sekitar bagi semua tahap dan sektor dalam
masyarakat. Mercu tanda yang terbesar dalam sejarah Pendidikan Alam Sekitar ketika
usaha untuk mendefinisikan terma pendidikan alam sekitar ialah kejayaan
mengadakan Mesyuarat Kerja Antarabangsa Mengenai Pendidikan Alam Sekitar
IUCN/UNESCO dalam kurikulum sekolah yang diadakan pada tahun 1970 di Institut
Foresta, Carson City, Nevada, USA.
Definisi yang paling klasik pendidikan alam sekitar diberikan oleh IUCN (1970) yang
mendefinisikan pendidikan alam sekitar sebagai..
“Pendidikan alam sekitar ialah proses mengenal nilai dan memperjelaskan konsep
dalam usaha meningkatkan kemahiran dan sikap yang perlu difahami serta
menghargai hubungan di antara manusia, budaya, dan persekitaran biofizikalnya.
Pendidikan alam sekitar juga melibatkan amalan dalam membuat keputusan dan
fomulasi kendiri akan kod tingkahlaku terhadap kepekaan kepada isu alam sekitar”
IUCN terus berperanan dalam usaha mempromosi definisi dan makna pendidikan alam
sekitar di dunia. Satu siri persidangan dan bengkel mengenai pendidikan alam sekitar
telah diadakan, termasuk mesyuarat di UK, India, Netherlands, Canada, Kenya dan
Argentina.
Pada tahun 1969, Akta Dasar Persekitaran Kebangsaan (National Environmental Policy
Act) diluluskan. Dalam masa yang sama Professor Clay Schoenfeld telah memulakan
jurnal Pendidikan Alam Sekitar yang dikenali sebagai The Journal of Environmental
Education. Begitu juga Dr. William Stapp dan pelajar beliau dari Universiti Michigan
dengan rasminya membangunkan serta menerbitkan penulisan mengenai definisi
pendidikan alam sekitar.
Sementara itu, di Amerika Syarikat, Kongres telah meluluskan Akta Pendidikan Alam
Sekitar Kebangsaan tahun 1970 (National Environmental Education Act of 1970 -P.L.
91- 516). Akta tersebut telah membenarkan (1) Pembentukan pejabat pendidikan alam
sekitar di Amerika Syarikat; (2) Penubuhan Jabatan Kesihatan, Pendidikan dan
Kebajikan; (3) Penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Alam Sekitar Kebangsaan; (4)
Kewujudan program pemberian geran tempatan. Kemudian, pada 22 April 1970, 20 juta
penduduk Amerika menyambut Hari Bumi (Earth Day) sebagai respon kepekaan
terhadap masalah pencemaran dan kualiti alam sekitar keseluruhannya. Pada tahun
1971, Persatuan Pendidikan Alam Sekitar Kebangsaan (National Association for
Environmental Education) yang dikenali sebagai Persatuan Pendidikan Alam Sekitar
Amerika Utara (North American Association for Environmental Education - NAAEE)
telah ditubuhkan. NAAEE merupakan persatuan professional untuk pengajar
pendidikan alam sekitar.
Sokongan daripada institusi-institusi antarabangsa berterusan dan semakin meningkat
untuk menaikkan profil pendidikan alam sekitar pada tahun 1970-an. Ini membawa
kepada pemahaman tentang matlamat, objektif serta pendekatan dalam pendidikan
alam sekitar. Beberapa persidangan penting yang menjadi asas kepada pendidikan
alam sekitar juga telah diadakan seperti persidangan Stockholm, Belgrade, Tblisi, Malta
dan lain-lain.

You might also like