You are on page 1of 36

PANDUAN GURU

RANCANGAN PENGGAL 1
PENGAJIAN PERNIAGAAN [946/1]
PENGAJIAN PRA-U

Tajuk Hasil Pembelajaran

A: PERNIAGAAN 1 Perniagaan dan Persekitarannya

1.1 Pengenalan kepada Calon seharusnya dapat:


perniagaan
1.1.1Perniagaan dan bukan “Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan
perniagaan aktiviti penyediaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi dan
(a) mentakrifkan maksud memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.”
perniagaan;
“Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan
dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.”

ELEMEN ASAS PERNIAGAAN


Barang dan
Perkhidmatan

Memuaskan
Elemen Pertukaran
Keperluan &
Perniagaan Nilai
Kehendak

Keuntungan

1. Barangan dan perkhidmatan


 Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan, makanan,
pakaian dan sebagainya.
 Perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi
faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan,
insurans, pelancongan dan sebagainya.
 Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk
memenuhi kehendak dan keperluan manusia.

2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan


 Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk
kehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan
sebagainya.
 Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak
terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah
dan sebagainya.
 Untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan
barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan
memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.
3. Pertukaran nilai
 Pertukaran nilai merujuk kepada perpindahan barangan dan
perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan.
 Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai
tertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang.
 Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.

4. Keuntungan perniagaan
 Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan.
 Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau
perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi,
cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
 Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi
perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.
(b) membandingkan organisasi
yang bermotifkan untung Perbezaan antara Perniagaan dan Bukan Perniagaan
(perniagaan) dengan organisasi
yang tidak bermotifkan untung; Aspek Organisasi Perniagaan Organisasi Bukan
Perniagaan
Tujuan dan Matlamat utama ialah Matlamat utama ialah
Matlamat keuntungan maksimum meningkatkan kebajikan
Kewangan untuk kepentingan ahli/sosial/kepentingan
organisasi bersama
Sumber Sumber kewangan dari Sumber kewangan dari
Kewangan modal sendiri dan yuran ahli dan
keuntungan perniagaan sumbangan
masyarakat/tajaan/
derma/ swasta
Aktiviti Aktiviti utama ialah Aktiviti utama bercorak
pengeluaran dan kemasyarakatan seperti
penjualan barang dan kempen,
perkhidmatan kursus/ceramah dan lain
lain
Akta Penubuhan tertakluk Penubuhan tertakluk
kepada undang-undang kepada Akta Pertubuhan
perniagaan (Akta 1966
syarikat 1965,
perkongsian 1974,
Akta Koperasi 1948)
Pendaftaran Pendaftar Syarikat, Pendaftar Pertubuhan
Pendaftar Perniagaan,
Jabatan Pembangunan
Koperasi.
Bentuk Syarikat, Perkongsian, Badan Bukan kerajaan,
Milikan Tunggal, parti politik, kelab dan
Koperasi. persatuan.
1.1.2Perniagaan dan untung
KONSEP UNTUNG
(c) menjelaskan kepentingan
keuntungan kepada sesebuah
perniagaan; JUMLAH JUMLAH
UNTUNG
HASIL KOS

Kepentingan Keuntungan kepada Perniagaan

Ganjaran

Motivasi Sumber
Pekerja Modal
Kepentingan
Keuntungan

Keyakinan Lambang
Pelabur Imej

Kayu Pengukur

 Keuntungan sebagai ganjaran kepada pengusaha dan pemilik perniagaan


kerana sebab sanggup menghadapi risiko dalam perniagaan.
 Keuntungan sebagai sumber modal kepada perniagaan untuk pembesaran
perniaagan, penerusan perniagaan atau survival dalam perniagaan.
 Keuntungan juga adalah sebagai lambangkan imej dan kecemerlangan
sesebuah syarikat.
 Keuntungan sebagai kayu ukur kejayaan dan petunjuk prestasi kejayaan
sesebuah syarikat di mana keuntungan menunjukkan pencapaian matlamat
dan hala tuju syarikat.
 Keuntungan sebagai dorongan dan keyakinan kepada pelabur untuk mula
dan terus melabur ke dalam syarikat.
 Keuntungan akan meningkatkan motivasi pekerja dalam syarikat segala
pemberian bonus daripada keuntungan akan dapat meningkatkan semangat
pekerja.
1.1.3Peranan perniagaan
PERANAN PERNIAGAAN
(d) membincangkan peranan
perniagaan terhadap pengguna, Peranan
masyarakat, ekonomi, dan Perniagaan
negara;

Pengguna Masyarakat Ekonomi Negara

DEFINISI PENGGUNA

“Individu atau sesiapa yang menggunakan barang,


perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk
memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing"

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA PENGGUNA

Barang &
Perkhidmatan

Produk
Tepat masa
pelbagai
Peranan
Kepada
Pengguna
Harga Produk
berpatutan berkualiti

Produk cukup

Antara peranan perniagaan kepada pengguna ialah:


1. Perniagaan perlu menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
2. Perniagaan perlu mengagihkan dan mengedarkan barangan dan
perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos
berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat pada
masa yang diperlukan.
3. Perniagaan perlu menyediakan barangan yang berkualiti, bernilai tinggi
dan selamat digunakan oleh pengguna.
4. Perniagaan perlu memastikan barangan dan perkhidmatan yang
disediakan adalah sentiasa cukup untuk menampung keperluan
pengguna.
5. Perniagaan perlu memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas
barangan dan perkhidmatan kepada pengguna adalah berpatutan dan
mampu dibayar oleh pengguna.
6. Perniagaan perlu menyediakan barangan dan perkhidmatan yang
pelbagai agar pengguna boleh membuat pilihan yang bijak.
DEFINISI MASYARAKAT

“Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu


tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu,
keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan
anggota sesebuah masyarakat.”

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA MASYARAKAT

Peluang
pekerjaan
Tingkatkan Penuhi cita
taraf hidup rasa
Peranan
Kepada
Masyarakat
Produk Biayai
berkualiti pembangunan
Tanggungjawab
sosial

Antara tanggungjawab dan peranan organisasi perniagaan kepada


masyarakat ialah:

1. Kewujudan perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada


masyarakat.
2. Perniagaan berperanan untuk memenuhi cita rasa serta kehendak dan
keperluan masyarakat melalui menyediaan barangan dan
perkhidmatan yang berkualiti dan selamat digunakan.
3. Perniagaan berperanan membiayai projek pembangunan masyarakat
seperti penyediaan kemudahan awam dan lain-lain infrastruktur.
4. Perniagaan berperanan menjalankan tanggungjawab sosial seperti
pemuliharaan alam, jamin persekitaran bersih, derma, tajaan untuk
aktiviti kemasyarakatan
5. Perniagaan berperanan menawarkan produk berkualiti dengan harga
berpatutan
6. Perniagaan berperanan meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan
memberi pendapatan yang stabil agar masyarakat dapat menikmati
kehidupan yang selesa.
DEFINISI EKONOMI

“Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang


mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat
pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi
yang terhad seperti bahan mentah, modal insan, modal dan
keusahawanan dengan kehendak manusia yang tidak
terhad.”

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA EKONOMI

Pendapatan
negara
Stabilkan Peluang
ekonomi pekerjaan
Peranan
Kepada
Ekonomi
Industri
Huluan & Kurangkan
Hiliran inflasi
Penempatan
baru

Antara peranan dan sumbangan sesebuah perniagaan kepada ekonomi


sesebuah negara ialah:

1. Perniagaan berperanan untuk meningkatkan pendapatan negara


melalui pembayaran cukai perniagaan.
2. Kewujudan perniagaan mengurangkan kadar pengangguran dengan
membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.
3. Perniagaan berperanan mengurangkan inflasi dengan menghasilkan
barangan dan perkhidmatan yang cukup.
4. Perniagaan berperanan membangunkan industri huluan dan hiliran
serta industri sampingan
5. Perniagaan mewujudkan penempatan baru serta bandar-bandar baru di
mana aktiviti perniagaan akan menarik ramai penduduk menetap di
sesuatu tempat.
6. Perniagaan menstabilkan ekonomi negara melalui melalui penghasilan
barangan yang mencukupi dan dapat memenuhi permintaan terhadap
barangan dalam negara.
KONSEP NEGARA

Istilah "negara" atau state selalunya dihubungkan dengan


bangsa, masyarakat, dan kerajaan.”

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA NEGARA

Kegiatan
pelaburan
Penyediaan Peluang
infrastruktur pekerjaan
Peranan
Kepada
Negara
Perniagaan Aktiviti
sokongan pengeluaran &
Pendapatan eksport
negara

Antara peranan perniagaan kepada negara ialah:

1. Aktiviti perniagaan mampu meningkatkan kegiatan pelaburan dalam


negara.
2. Kewujudan perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan.
3. Perniagaan meningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport.
4. Perniagaan menyumbang kepada pendapatan negara melalui
pembayaran cukai.
5. Perniagaan mewujudkan perniagaan sokongan dalam negara.
6. Perniagaan membantu negara menyediakan infrastuktur seperti jalan
raya dan sebagainya.
7. Perniagaan menyediakan perkhidmatan sokongan dan pembangunan
modal insan.
1.1.4Faktor pengeluaran
KONSEP FAKTOR PENGELUARAN
(e) menjelaskan faktor
pengeluaran meliputi bahan
mentah, modal, modal insan, “Faktor pengeluaran merupakan faktor-faktor yang
teknologi, dan keusahawanan; terlibat atau yang mempengaruhi sesuatu
pengeluaran. Faktor-faktor pengeluaran merupakan
input bagi sesuatu pengeluaran”

ELEMEN FAKTOR PENGELUARAN

Bahan Mentah Modal Modal Insan

FAKTOR PENGELUARAN

Teknologi Keusahawanan

1. Bahan Mentah

 Bahan mentah merupakan sumber semula jadi seperti bijih timah,


minyak, besi, emas, kayu kayan dan seribu satu jenis bahan sumber
alam ini yang terdapat sama ada di dalam atau di atas tanah.
 Sumber-sumber semula jadi ini akan digunakan sebagai bahan mentah
dalam sesuatu proses pengeluaran.
 Bahan mentah adalah faktor pengeluaran yang paling penting kerana
bahan mentah merupakan input utama dalam proses pengeluaran,
dan tanpa bahan mentah sesuatu proses pengeluaran akan tergendala.
 Faktor bahan mentah berkait rapat dengan faktor tanah. Ini adalah
kerana dari tanahlah semua bahan mentah ini diperolehi. Di atas
tanah inilah bangunan kilang dapat didirikan. Selain itu tanah juga
dapat digunakan untuk pertanian, pembinaan jalan raya dan
sebagainya.

2. Modal

 Modal adalah jumlah kewangan dan aset fizikal seperti peralatan,


kelengkapan, jentera dan bangunan yang digunakan untuk
pengeluaran barang dan perkhidmatan.
 Modal bukan merujuk kepada wang sahaja kerana wang tidak proaktif
namun wang digunakan untuk membeli kelengkapan organisasi
tersebut dan barulah wang tersebut dikenali sebagai wang yang
proaktif.
 Antara kepentingan faktor modal sebagai faktor pengeluaran dalam
sesebuah perniagaan ialah:
 Modal kewangan dapat membantu menampung kos pengendalian
operasi perniagaan.
 Modal berbentuk aset fizikal seperti jentera dan kelengkapan dapat
membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam proses
pengeluaran barangan dan perkhidmatan.

3. Modal Insan

KONSEP MODAL INSAN

“Manusia dilihat sebagai 'modal'yang dinamakan


'modal insan'dan merupakan aset tenaga yang
sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan
ekonomi,pembangunan negara.”

 Modal insan merupakan semua sumber manusia yang terdiri daripada


sumber tenaga fizikal dan sumber tenaga mental.
 Sumber modal insan bentuk tenaga fizikal diperlukan untuk
menukarkan bahan-bahan mentah kepada barangan dan
perkhidmatan manakala sumber tenaga berbentuk mental pula
termasuk semua bentuk kemahiran pengurusan dalam organisasi dari
atas hingga ke tahap bawahan.
 Setiap modal insan mampunyai kemahiran yang berbeza dan
kemahiran pengurusan merupakan aspek penting bagi modal insan
dalam sesebuah organisasi.

4. Teknologi

 Teknologi ialah sebarang perubahan penggunaan sains yang


membolehkan sesuatu yang baru dihasilkan dan prosedur kerja yang
lebih baik dibentuk.
 Teknologi berkait rapat dengan aplikasi ilmu pengetahuan, atau
sebagai modal insan dan modal sosial.
 Kemajuan teknologi mengakibatkan faktor-faktor pengeluaran sedia
ada menjadi usang dan sebahagian keluaran mengalami kejatuhan
pasaran secara besar-besaran.
 Antara kepentingan faktor teknologi terhadap sesebuah perniagaan
ialah:

1. Teknologi akan meningkatkan produk pengeluaran dengan


menggunakan teknologi moden.
2. Teknologi akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh
seterusnya mengurangkan kos buruh.
3. Teknologi akan meningkatkan kualiti hasil keluaran melalui
penyelidikan dan pembangunan.

5. Keusahawanan

 Keusahawanan merupakan kemahiran mengambil risiko dan


kebolehan menggabungkan semua faktor pengeluaran dalam proses
pengeluaran. usahawan adalah merupakan kumpulan orang yang
bertanggungjawab dalam menjalankan proses pengeluaran.
1.1.5 Proses perniagaan
RAJAH PROSES PERNIAGAAN
(f) menjelaskan langkah-
langkah yang terlibat dalam
proses perniagaan yang INPUT PROSES TAMBAH NILAI OUTPUT
meliputi input, proses tambah
nilai, output, pemasaran, dan
untung/rugi;

UNTUNG/RUGI PROSES PEMASARAN

1. Input
 Input merujuk kepada semua faktor pengeluaran yang digunakan
untuk menjalankan proses pengeluaran sesuatu produk atau
perkhidmatan.
 Tahap pertama dalam aktiviti dalam proses perniagaan ialah
proses mendapatkan semua faktor pengeluaran iaitu bahan
mentah, modal insan, modal, teknologi termasuk mesin dan
peralatan dan faktor keusahawanan seorang usahawan untuk
memastikan proses perniagaan berjalan dengan lancar.

2. Proses Tambah Nilai

 Setelah semua faktor pengeluaran terutama faktor bahan mentah,


modal insan dan teknologi yang terdiri daripada mesin dan
peralatan telah sedia untuk digemblengkan oleh usahawan, proses
tambah nilai dan transformasi akan dimulakan terhadap bahan
mentah tersebut.

3. Output

 Setelah semua bahan mentah telah ditambah nilai, output yang


terdiri daripada barang siap dan barang separuh siap akan terhasil.
Output yang dihasilkan akan disimpan dalam gudang dan dijual jika
terdapat permintan.

4. Proses Pemasaran

 Pihak pengeluar akan menjalankan proses pemasaran terhadap


output bagi memastikan ianya sampai kepada pengguna sasaran.
Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak
pemasar semasa proses pemasaran produk tersebut iaitu:

1. Mengenal pasti dan menilai peluang-peluang pemsaran yang


2. Memilih sasaran pasaran,
3. Membina campuran pemasaran, dan
4. Mengurus usaha pemasaran.

5. Keuntungan atau Kerugian


 Setiap proses perniagaan akan berakhir dengan hasil jualan output
yang memberikan keuntungan atau kerugian.
 Proses perniagaan ini tidak terhenti setelah keuntungan atau
kerugian diperolehi, sebaliknya sebarang keuntungan akan
digunakan semula untuk menambahkan lagi keluaran,
membesarkan perniagaan, membeli aset-aset perniagaan dan
sebagainya.

Aktiviti Perniagaan Kini


1.1.6 Cabaran perniagaan
(g) menerangkan 1. Aktiviti perniagaan pada masa kini telah dipengaruhi oleh perubahan
perkembangan perniagaan persekitaran perniagaan seperti penggunaan teknologi moden,
masa kini dan cabaran- penggunaan internet dan sebagainya.
cabarannya termasuk 2. Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah corak komunikasi
perubahan faktor persekitaran. dan hubungan antara perniagaan seperti komunikasi melalui komputer
dengan menggunakan internet lebih cepat dan mudah.
3. Pencapaian, penghantaran dan penyimpanan maklumat perniagaan
lebih cepat, tersusun serta memudahkan usahawan membuat
keputusan dengan pantas.
4. Menguruskan sumber kewangan dengan lebih berkesan seperti proses
merekod, laporan kewangan, analisis prestasi kewangan dengan cekap,
pantas dan tepat.
5. Proses transaksi kewangan lebih licin dan cepat seperti pembayaran
terhadap pembelian sumber-sumber dan pembayaran gaji dapat dibuat
melalui bank dengan cepat.
6. Aktiviti pasaran lebih meluas dalam memasarkan barangan dan
perkhidmatan.

Cabaran Perniagaan Masa Depan

Globalisasi
Kekurangan Kemajuan
Sumber Teknologi

CABARAN
PERNIAGAAN Tanggung
Blok
Jawab
Perniagaan
Sosial

Perniagaan Perubahan
Islam Demografi

1. Globalisasi
 Globalisasi merujuk kepada konsep dunia tanpa sempadan di
mana semua peniaga bebas menjalankan aktiviti perniagaan di
dalam dan luar negara iaitu tahap antarabangsa tanpa sebarang
sekatan.
 Keadaan ini akan mewujudkan situasi persaingan yang sengit dari
segi kualiti produk dan perkhidmatan, persaingan harga, cara
penyampaian produk. Pemasar yang gagal untuk mengharungi
persaingan ini akan menyebabkan mereka terus ketinggalan.
2. Peningkatan Kemajuan Teknologi
 Pada masa akan datang, cabaran peningkatan kemajuan teknologi
yang pesat akan menyebabkan sebarang perubahan terhadap
produk dapat dilakukan dengan cepat, dan bagi pengeluar produk
yang gagal mengambil peluang ini akan terus ketinggalan di
belakang.

3. Peningkatan Tanggungjawab Sosial


 Peningkatan terhadap tuntutan tanggungjawab sosial juga memberi
cabaran kepada pengusaha perniagaan pada hadapan di mana
mungkin mereka perlu memberi sokongan kewangan dan bukan
kewangan kepada pihak Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang
sentiasa memerlukan bantuan dari pihak organisasi perniagaan
untuk melaksanakan aktiviti mereka.

4. Peningkatan Sistem Perniagaan Islam


 Bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan diterima umum
khususnya bagi masyarakat Islam, pihak yang terlibat dengan
perniagaan perlu memastikan setiap aktiviti dan semua operasi
perniagaan adalah berlandaskan pematuhan kepada syariah Islam
seperti industri halal, sistem perbankan Islam, tiada riba, dan
sebagainya.

5. Kewujudan Blok-Blok Perdagangan


 Cabaran kepada pengusaha yang baru ingin menceburi bidang
perniagaan pada masa hadapan, berkemungkinan kesukaran
kepada mereka untuk memasuki pasaran kerana pasaran ketika itu
sudah tepu, dan persaingan terlalu sengit menyebabkan perniagaan
yang baru wujud akan tersungkur awal.

6. Sumber Semakin Berkurangan


 Pada masa hadapan, kemungkinan sumber input terutama bahan
mentah akan semakin berkurangan dan setiap pengeluar perlu
mencari alternatif bahan mentah agar aktiviti perngeluaran tidak
akan terbatas.

7. Perubahan Struktur Demografi


 Berkemungkinan faktor modal insan pada masa hadapan dibanjiri
oleh tenaga wanita dalam dunia perniagaan. Lebih ramai kaum
wanita yang akan menjadi pengurus dan pengusaha serta pekerja
dalam sesebuah organisasi. Keadaan ini memaksa pengurus
memastikan persekitaran dan suasana kerja yang lebih sesuai
memandangkan akan wujud konflik apabila kaum wanita wujud
dalam persekitaran kerja yang biasa dimonopoli oleh kaum lelaki.

1.2 Persekitaran perniagaan Calon seharusnya dapat:


1.2.1Persekitaran umum
(a) menjelaskan jenis-jenis
persekitaran perniagaan yang KONSEP PERSEKITARAN PERNIAGAAN
merangkumi persekitaran
umum dan persekitaran tugas “Persekitaran perniagaan merujuk kepada keadaan
(pihak berkepentingan atau sekeliling di mana sesebuah perniagaan berfungsi dan
pemilik taruh) dan hubung kait merangkumi faktor-faktor atau pihak-pihak yang
antara kedua-duanya; mempengaruhi operasi dan prestasi perniagaan.”

MAKSUD PERSEKITARAN UMUM

“Persekitaran umum merujuk kepada persekitaran


yang luas dan memberi kesan tidak langsung kepada
sesebuah perniagaan.”

MAKSUD PERSEKITARAN TUGAS

“Persekitaran Tugas ialah persekitaran yang


mempengaruhi secara langsung cara sesebuah
perniagaan akan dikendalikan. Ia juga dikenali sebagai
pihak-pihak yang berkepentingan bagi sesebuah
organisasi perniagaan.”

(b) menjelaskan faktor-faktor


persekitaran umum yang ELEMEN PERSEKITARAN UMUM
merangkumi ekonomi,
persaingan dan jaringan, Politik & Persaingan &
sosiobudaya, politik dan Perundangan Jaringan
perundangan, teknologi,
prasarana, dan antarabangsa;
Antarabangsa PERSEKITARAN Ekonomi
UMUM

Teknologi Sosiobudaya
Prasarana

1. Persekitaran Ekonomi

 Persekitaran ekonomi merujuk kepada elemen keadaan ekonomi,


sistem ekonomi yang diamalkan, dinamik pasaran, keadaan risiko
dan ketidakpastian dalam ekonomi dan pasaran, pendapatan
pengguna, penawaran wang, kuasa beli dan lain lain.

2. Persekitaran Sosiobudaya
 Persekitaran sosiobudaya merujuk kepada nilai, adat, adat resam,
amalan, perubahan populasi dan sikap yang serupa dalam sesuatu
masyarakat yang memberi kesan kepada gaya hidup, pemikiran dan
pembelian pengguna.

3. Persekitaran Politik dan Perundangan

 Persekitaran politik dan perundangan merujuk kepada keadaan


politik semasa, sistem politik yang diamalkan, penguatkuasaan
undang-undang dalam negara, kawalan dan galakan oleh kerajaan
dan sebagainya.
4. Persekitaran Persaingan dan Jaringan

 Persekitaran persaingan merujuk kepada struktur pasaran


persaingan seperti persaingan tulin [sempurna], monopoli,
monopolistik dan oligopoli yang mempengaruhi strategi perniagaan
dan pemasaran termasuklah jenis produk, peletakan harga, kaedah
pengedaran dan juga promosi oleh sesebuah perniagaan.

 Jaringan perniagaan pula merujuk kepada pakatan strategik atau


hubungan perjanjian formal yang dibentuk oleh perniagaan dengan
pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk
dan memasarkannya di pasaran.

5. Persekitaran Teknologi

 Persekitaran teknologi merujuk kepada segala perubahan dalam


kaedah yang digunakan dalam aktiviti perniagaan seperti aktiviti
pengeluaran dan pemasaran, perubahan dalam aspek pengetahuan,
cara melakukan tugas, perubahan penggunaan peralatan dan lain
lain yang boleh meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos,
menggalakkan ciptaan baru dan lain lain.

6. Persekitaran Prasarana (Fizikal)

 Persekitaran prasarana merujuk kepada keadaan kemudahan


infrastruktur, bekalan sumber tenaga, sumber bahan mentah
semulajadi, ekologi, alam sekitar dan lain lain yang mempengaruhi
pertumbuhan perniagaan.
 Contohnya kemudahan jalanraya dan pengangkutan serta bekalan
tenaga boleh menggalakkan penubuhan sesebuah organisasi
perniagaan.

7. Persekitaran Antarabangsa

 Persekitaran antarabangsa merujuk kepada dunia tanpa sempadan,


sistem AFTA, kawalan undang-undang perniagaan antarabangsa,
sekatan-sekatan, cukai import eksport, perubahan dasar kerajaan
terhadap perniagaan antarabangsa, perbezaan sosio-budaya
antarabangsa yang mempengaruhi aktiviti sesebuah perniagaan.
1.2.2Persekitaran tugas
ELEMEN PERSEKITARAN TUGAS
Pelanggan
Masyarakat Pembekal

Kerajaan PERSEKITARAN Pesaing


TUGAS

Pekerja Pembiaya
Pemodal

1. Pelanggan
 Pelanggan ialah pembeli produk atau perkhidmatan syarikat atau
firma.
 Pelanggan boleh terdiri daripada individu, pihak kerajaan atau
syarikat lain
 Setiap pelanggan mempunyai ciri-ciri kehendak yang berbeza.

2. Pembekal
 Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekalkan
bahan mentah, peralatan, barang siap, dan separuh siap sebagi
input kepada sesebuah syarikat perniagaan.
 Contoh pembekal ialah pemborong, peruncit dan agen serta
broker.
 Fungsi penting yang dilakukan oleh pembekal ialah memastikan
i. Tiada kekurangan barang berlaku,
ii. Tiada kelewatan dalam penghantaran barang, dan
iii. Barang yang dihantar mestilah mengikut spesifikasi,
kualiti, dan keperluan pihak pelanggan.

3. Pesaing
 Pesaing ialah firma perniagaan yang lain dalam industri sama dan
keluarkan produk hampir sama.
4. Pembiaya
 Pembiaya merupakan kreditor yang umumnya merujuk kepada
bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit
yang memberi bantuan kewangan bentuk pinjaman wang kepada
syarikat untuk menjalankan aktviti perniagaan.
5. Pemodal dan Pelabur
 Pemodal pula merupakan individu atau syarikat lain yang menjadi
pemilik/pelabur/pemegang saham yang melabur modal berbentuk
kewangan dan aset dalam syarikat.
6. Pekerja
 Pekerja ialah ialah individu yang memberikan sumbangan tenaga
fizikal dan mental kepada organisasi untuk menjalankan aktiviti
perniagaan.
 Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak
mahir.

7. Kerajaan
 Kerajaan ialah pihak yang menjadi penggubal dan dan
penguatkuasa undang-undang juga memberi sokongan kepada
perniagaan.
8. Masyarakat
 Masyarakat ialah pihak yang menggunakan produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma atau organisasi
perniagaan.

(c) membincangkan pengaruh


Pengaruh Persekitaran Umum Terhadap Perniagaan:
persekitaran umum dan
persekitaran tugas terhadap
perniagaan; 1. Persekitaran Ekonomi
 Persekitaran ekonomi yang baik akan menentukan operasi, prestasi
dan dasar perniagaan.
 Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti perniagaan dan
menjamin peluang perniagaan.
 Pendapatan penduduk yang meningkat menjamin peningkatan
jualan dan keuntungan perniagaan.

2. Persekitaran Sosiobudaya
 Perubahan citarasa masyarakat memaksa perniagaan
menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak
mereka.
 Perubahan populasi penduduk memaksa peniaga mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak majoriti
masyarakat.
 Persekitaran ini boleh berubah mengikut pengaruh budaya dari
luar negara.

3. Persekitaran Politik dan Perundangan

 Kestabilan keadaan politik dalam sesebuah negara boleh


mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan yang mana
pergolakan politik akan memberi kesan secara tidak langsung
kepada kelancaran operasi sesebuah organisasi perniagaan.
 Sistem politik yang diamalkan oleh sesebuah negara seperti sistem
kapitalis dan sistem komunis juga akan mempengaruhi perjalanan
operasi sesebuah perniagaan.
 Sistem perundangan boleh mempengaruhi dasar dan aktiviti
perniagaan melalui kewujudan undang-undang hak cipta yang
memberi perlindungan kepada produk dan perkhidmatan yang
dihasilkan daripada ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

4. Persekitaran Persaingan dan Jaringan

 Persekitaran persaingan merujuk kepada struktur pasaran


persaingan seperti persaingan tulin [sempurna], monopoli,
monopolistik dan oligopoli yang mempengaruhi strategi perniagaan
dan pemasaran termasuklah jenis produk, peletakan harga, kaedah
pengedaran dan juga promosi oleh sesebuah perniagaan.

 Jaringan perniagaan pula merujuk kepada pakatan strategik atau


hubungan perjanjian formal yang dibentuk oleh perniagaan dengan
pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk
dan memasarkannya di pasaran.

5. Persekitaran Teknologi

 Perkembangan teknologi memberi kesan dalam perniagaan yang


menggunakan mesin bermutu lebih produktif daripada syarikat
yang menggunakan mesin biasa.
 Penciptaan peralatan baru seperti robot mempercepatkan proses
pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.
 Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi berjalan dengan
lancar.
 Penggunaan internet meningkatkan daya saing perniagaan kerana
penyampaian maklumat menjadi lebih cepat.

6. Persekitaran Prasarana (Fizikal)

 Kemudahan jalanraya dan pengangkutan serta bekalan tenaga


boleh menggalakkan penubuhan sesebuah organisasi perniagaan.

7. Persekitaran Antarabangsa

 Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara memboleh


peniaga menjalankan perniagaan di tahap yang lebih jauh.
 Melalui perniagaan antarabangsa membolehkan peniaga sentiasa
mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta negara.
 Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga terdedah kepada selok
belok perniagaan dari luar dan aspek-aspek yang positif boleh
digunakan oleh peniaga dalam syarikat mereka supaya sistem
pengurusan syarikat menjadi lebih cekap dan berpotensi pada masa
depan.

(d) menjelaskan Tanggungjawab perniagaan terhadap Persekitaran Tugas


tanggungjawab perniagaan
kepada pihak berkepentingan, 1. Pelanggan
termasuklah pelanggan,  Perniagaan perlu memenuhi segala citarasa dan kehendak
pembekal, pembiaya, pelanggan.
pemodal/pelabur, pesaing,  Perniagaan juga perlu sentiasa menjaga kualiti dna mutu produk
kerajaan, pekerja, dan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan bagi
masyarakat. memastikan pelanggan terus menggunakan produk dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan tersebut.
 Perniagaan juga perlu sentiasa memberi maklumat yang benar
tentang produk yang dijual kepada pelanggan.

2. Pembekal
 Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk membayar semua
hutang kepada pembekal mengikut tempoh yang telah ditetapkan
bagi memastikan pembekal terus membekalkan bahan kepada
perniagaan tersebut.
 Perniagaan juga perlu sentiasa mengikut segala perjanjian jual beli
yang telah dipersetujui bersama pembekal.

3. Pesaing
 Perniagaan perlu sentiasa mengamalkan persaingan yang sihat
dengan pesaing.
 Perniagaan juga bertanggungjawab untuk tidak mencemarkan nama
baik pesaing mereka bagi memastikan tiada pergolakan berlaku
antara perniagaan yang bersaing dalam sesuatu pasaran.

4. Pembiaya
 Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk membayar segala hutang
kepada pembiaya mengikut syarat yang telah ditetapkan.
 Perniagaan juga perlu bertanggunbgjawab untuk membekalkan
kepada pembiaya segala maklumat yang benar dan tepat seperti
yang diperlukan oleh pihak pembiaya.

5. Pemodal dan Pelabur


 Perniagaan juga perlu bertanggungjawab untuk memberi pulangan
keuntungan yang terbaik kepada semua pemodal dan pelabur bagi
memastikan mereka terus kekal menjadi pelabur kepada
pernniagaan tersebut.

6. Pekerja
 Perniagaan perlu menyediakan suasana tempat kerja yang baik
kepada para pekerja mereka.
 Perniagaan juga perlu sentiasa menjaga kebajikan pekerja, sentiasa
adil dan menghormati segala idea pekerja.
 Perniagaan juga perlu membayar gaji setiap pekerja dengan
secukupnya.
 Perniagaan perlu sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada
semua pekerja agar mereka sentiasa memberi yang terbaik kepada
perniagaan.

7. Kerajaan
 Perniagaan perlu sentiasa mematuhi segala peraturan kerajaan
dalam menjalankan segala aktiviti perniagaan.
 Perniagaan perlu memastikan perniagaan yang dijalankan adalah
didaftarkan dan mempunyai lesen untuk berniaga.
 Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk membayar cukai
keuntungan perniagaan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

8. Masyarakat
 Pernagaan perlu sentiasa peka kepada segala perubahan dalam
keperluan dan kehendak masyarakat.
 Perniagaan juga perlu bertanggungjawab dalam membantu
masyarakat mengurangkan beban masyarakat melalui derma dan
bantuan kewangan termasuk biasiswa kepada pelajar dan
sebagainya.

1.3 Entiti dan aktiviti Calon seharusnya dapat:


perniagaan

1.3.1Jenis pemilikan entiti


perniagaan
(a) menjelaskan organisasi A. Jenis pemilikan entiti perniagaan
perniagaan berdasarkan
pemilikan, aktiviti, sektor, dan 1. Milikan Tunggal
tahap perniagaan;
(b) membincangkan pemilikan
organisasi perniagaan yang PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL
merangkumi pemilikan
tunggal, perkongsian, syarikat, “Perniagaan milikan tunggal adalah satu perniagaan
koperasi, dan mengaitkannya yang ditubuhkan, dipunyai, dan dibiayai dari segi
dengan undang-undang yang kewangannya dan pengurusannya dikendalikan oleh
berkaitan; seorang individu yang mempunyai tanggungjawab
peribadi terhadap hutang.”

 Di Semenanjung Malaysia penubuhan perniagaan milikan tunggal


tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pindaan
1978 (Akta 197) manakala Sabah dan Sarawak tertakluk kepada
enakmen negeri masing-masing.

Ciri-ciri kelebihan Perniagaan Milikan Tunggal

2. Mudah ditubuhkan kerana modal yang kecil dan urusan perundangan


yang ringkas. Hanya mendaftar perniagaan di Pendaftar Perniagaan di
bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
3. Kebebasan bertindak kerana ia dimiliki oleh seorang pemilik sahaja dan
bebas bertindak mengikut kemahuan sendiri. Contohnya berapa modal
yang hendak dilaburkan, berapa pekerja harus diambil dan berapa gaji
pekerja.
4. Mempunyai persatuan sendiri terutamanya dalam menuntut hak mereka
seperti Persatuan Penjaja Kecil dan Persatuan Peniaga Pasar Malam.
5. Keuntungan dan kerugian ditanggung sendiri oleh pemilik perniagaan
tanpa dikongsi dengan orang lain kerana pemilik hanya seorang dan
berliabiliti tidak terhad di dalam perniagaannya.
6. Cukai yang dikenakan kepada pemilik perniagaan biasanya rendah iaitu
cukai pendapatan persendirian bukan cukai pendapatan perniagaan.
7. Menggunakan sepenuh kredibiliti, idea dan kebolehan pemilik dalam
menguruskan perniagaan tanpa campurtangan orang lain kerana mereka
berkuasa penuh ke atas perniagaan.
8. Tahap kerahsiaan tinggi kerana hanya pemilik sahaja yang mempunyai
maklumat perkembangan perniagaan dan mereka tidak diwajibkan
menghantar kepada mana-mana pihak laporan kewangan perniagaan.
9. Perniagaan tunggal mudah dibubarkan tanpa melibatkan pelbagai
prosedur kerana status perundangannya tidak jelas. Jika pemilik tidak
memperbaharui lesennya, perniagaan dianggap telah bubar.

Ciri-ciri kelemahan Perniagaan Milikan Tunggal

1. Liabiliti tidak terhad iaitu pemilik menanggung sepenuhnya sebarang


risiko yang berlaku dalam perniagaan mereka termasuklah
kemungkinan kerugian dan muflis.
2. Mudah ditutup kerana modal yang kecil mengakibatkan perniagaan
terdedah kepada pelbagai risiko luar jangka seperti kegawatan
ekonomi yang menyebabkan peniaga tidak mampu beroperasi
disebabkan modal yang terhad. Risiko perniagaan menjadi muflis
adalah besar jika pemilik kurang pengalaman dan pengetahuan
mengenai perniagaan.
3. Masa luang yang terhad kerana selalunya mereka terpaksa
menguruskan serta mengendalikan perniagaan sendiri menyebabkan
masalah tidak cukup masa dan kepakaran.
4. Sukar mendapat pekerja mahir untuk mengendalikan perniagaan
kerana mungkin tidak mampu membayar gaji yang tinggi disebabkan
modal terhad.
5. Sukar berkembang. Ia disebabkan kekurangan modal dan tidak dapat
berubah milik.
6. Sukar mendapat sumber kewangan kerana pinjaman bank
sukar diperolehi.
7. Pembubaran berlaku apabila pengusaha berhenti berniaga, meninggal
dunia, muflis atau bankrup.

2. Perkongsian

PERNIAGAAN PERKONGSIAN

“Perhubungan yang wujud di antara orang-orang


yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat
keuntungan.(S3(1), Akta Perkongsian 1961)

 Perkongsian dalam bidang profesional seperti perubatan, pekongsinya


tidak terhad.
 Didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
 Rakan-rakan kongsi berkongsi tanggungan terhadap hutang syarikat.

Ciri-ciri perniagaan perkongsian

1. Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat


perjanjian perkongsian tentukan kuasa dan tanggungjawab rakan
kongsi dan syarat-syarat lain.
2. Rakan-rakan kongsi dikehendaki menyumbangkan modal mengikut
nisbah yang dipersetujui dalam Artikel Perkongsian.
3. Keuntungan diagihkan kepada rakan kongsi mengikut syarat-syarat
dan nisbah modal yang disumbangkan seperti dalam Artikel
Perkongsian.

Butiran dalam perjanjian perkongsian

1. Nama firma
2. Nama rakan kongsi
3. Jenis perniagaan
4. Lokasi/tempat/alamat
5. Jumlah modal yang dilaburkan oleh setiap rakan kongsi
6. Nisbah pembahagian untung dan rugi setiap rakan kongsi
7. Kuasa setiap rakan kongsi
8. Tanggungjawab setiap rakan kongsi
9. Tempoh perkongsian
10. Jumlah ambilan rakan kongsi
11. Faedah yang dikenakan atas ambilan
12. Jumlah gaji yang dibayar kepada rakan kongsi aktif
13. Kadar faedah atas modal yang diberi kepada rakan kongsi
14. Kadar faedah atas pinjaman yang diberi oleh rakan kongsi
15. Syarat menamatkan perkongsian

Kelebihan perniagaan perkongsian

1. Mudah ditubuhkan berbanding perniagaan perbadanan


kerana tidak banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
2. Modal perkongsian lebih banyak berbanding perniagaan
tunggal, maka lebih mudah berkembang.
3. Kemahiran pengurusan lebih banyak kerana ramai yang
terlibat sebagai rakan kongsi boleh menyumbangkan idea dan
pandangan untuk pengurusan perniagaan.
4. Cukai dikenakan terhadap pemilik perniagaan sebagai
pendapatan individu bukan pendapatan perniagaan. Setiap
rakan kongsi perlu mengistiharkan pendapatannya hasil
keuntungan perniagaan perkongsian dan akan dicukai
berasingan berpandukan pendapatan individu. Tiada cukai
atas perniagaan perkongsian.
5. Status perundangan tentang perkongsian jelas kerana ia
mempunyai perjanjian berbanding pemilikan tunggal.
Perniagaan perkongsian perlu mendaftar di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961.
6. Mudah mendapat sumber kewangan daripada institusi
kewangan. Mendapat kepercayaan pihak bank.

Kelemahan perniagaan perkongsian


1. Tanggungan yang tiada had. Kebanyakan ahlinya mempunyai
liabiliti tidak terhad.
2. Mudah berlaku salah faham. Perselisihan faham mudah
berlaku kerana ia mempunyai ramai pemilik di mana sukar
untuk mendapatkan persetujuan seragam antara semua
pemilik tentang sesuatu perkara.
3. Modal perkongsian terhad jika dibandingkan dengan
perniagaan syarikat di mana modal yang kecil menyebabkan
perniagaan sukar berkembang.
4. Perniagaan perkongsian amat tidak stabil kerana ia mudah
dibubarkan.
5. Pemilikan sukar untuk dipindahkan. Sukar untuk
mendapatkan semua pelaburan jika ada rakankongsi yang
ingin tarik diri kerana perniagaan perlu dibubarkan dulu.
3. Syarikat

PERNIAGAAN SYARIKAT
“Syarikat adalah suatu badan korporat yang
diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 atau mana-
mana enakmen sebelumnya, syarikat wujud sebagai satu
entiti yang berasingan dengan individu-individu yang
menjadi ahlisyarikat pada sesuatu ketika.”

 Syarikat mempunyai hak di bawah undang-undang untuk


beroperasi dalam bidang perniagaan yang dibenarkan, memiliki
harta dan liabiliti, meminjam wang, mengambil dan diambil
tindakan terhadap entiti lain.
 Perniagaan syarikat adalah satu entiti berasingan daripada
pemiliknya.

Ciri-ciri Syarikat

1. Syarikat ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (semakan 1973)


melalui setiausaha syarikat.
2. Pemilik perniagaan terdiri daripada semua pemegang saham.
Jangka hayat panjang selagi tidak dibubarkan.
3. Kepentingan pemegang saham dijaga oleh lembaga pengarah yang
merupakan pemegang saham majoriti.
4. Pengurusan profesional mesti digunakan di dalam pengurusan
perniagaan. Laporan prestasi perniagaan akan diberikan kepada
lembaga pengarah sebagai wakil semua pemegang saham.
5. Modal syarikat besar kerana ia diperolehi daripada terbitan
saham, pinjaman bank dan terbitan bon.
6. Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen bagi setiap unit
saham.
7. Penyata kewangan diaudit dan disahkan oleh juruaudit bebas yang
dilantik oleh lembaga pengarah.
8. Penyata kewangan diaudit perlu diserahkan kepada kerajaan
(pendaftar syarikat) setiap tahun.
9. Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad dan segala hutang
syarikat terhad kepada syarikat sahaja. Ini kerana syarikat satu
entiti yang terpisah daripada pemiliknya.

Ciri-ciri syarikat sendirian berhad

1. Syarikat sendirian berhad boleh dikenali dengan mudah, ada


perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir nama
syarikat.
2. Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri daripada 2 – 50
orang
3. Saham Syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli tetapi tidak
dilakukan dalam pasaran terbuka.
4. Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah
saham Syarikat Sendirian Berhad berhak untuk mengawal syarikat
tersebut.

Ciri-ciri syarikat berhad


1. Dikenali melalui perkataan “BERHAD/BHD.” pada penghujung
nama syarikat. Contoh EON Bank Berhad, Olympia Berhad.
2. Syarikat Berhad adalah syarikat awam yang dimiliki oleh orang
awam sebagai pemegang saham.
3. Sahamnya dijual kepada orang awam melalui bursa saha
4. Ia tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965.
5. Bilangan pemegang saham lebih 2 orang hingga tiada had
maksimum bergantung kepada jumlah saham yang dipegang oleh
ahli syarikat dan jenis saham yang dikeluarkan.
6. Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan
membeli saham di pasaran saham iaitu Bursa Saham Malaysia.
7. Pemilik perniagaan mempunyai liabiliti terhad atas jumlah modal
atau saham yang dilaburkan dalam syarikat.
8. Pengurusan dan kawalan syarikat adalah tanggungjawab lembaga
pengarah yang dipilih oleh pemegang saham dalam mesyuarat
agong tahunan.
9. Pembahagian untung dan dividen bergantung kepada keuntungan
syarikat.
10. Mesti menerbitkan prospektus (laporan kewangan syarikat) dan
mengumumkan untung rugi dalam akhbar

Kelebihan syarikat

1. Syarikat mudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui


pinjaman bank atau orang awam dengan cara menerbitkan saham.
2. Jangka hayat yang panjang walaupun terdapat penukaran hak
milik saham atau kematian pemegang saham.
3. Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal.
4. Syarikat mudah berkembang kerana modalnya besar.
5. Syarikat adalah satu entiti yang berbeza iaitu syarikat boleh
didakwa dan mendakwa atas namanya.
6. Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang.
7. Saham syarikat mudah dijual.
8. Pengurusan syarikat lebih efisyen.

Kelemahan syarikat
1. Pembentukan syarikat adalah rumit iaitu di bawah Akta Syarikat
1965.
2. Saiznya besar dan banyak cawangan ia merumitkan pengurusan
iaitu banyak masalah yang timbul di kalangan pihak pengurusan
dan pekerja.
3. Kos penubuhan syarikat adalah tinggi.
4. Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan
bukannya pemegang saham. Ini boleh menyebabkan salah guna
kuasa.
5. Operasi syarikat dikawal oleh undang –undang dan peraturan
yang ketat yang mana undang-undang bertujuan untuk melindungi
kepentingan pemegang saham.
6. Pengurus dan pemilik syarikat terutama syarikat awam adalah
dipisahkan.
7. Cukai dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan dan cukai
syarikat.

4. Koperasi
KOPERASI

“Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh


sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga
kebajikan ahli-ahlinya.”

Ciri-ciri koperasi

a. Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.


b. 2 bentuk koperasi iaitu koperasi keahlian terhad kepada jenis
pekerjaan, kawasan dan latar belakang seperti Koperasi Guru-
guru Semenanjung Malaysia dan koperasi yang keahlian
bebas seperti koperasi perumahan dan koperasi pengguna.
c. Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-
prinsip seperti keanggotaan sukarela dan terbuka, perjalanan
pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham
yang terhad, pembahagian untung secara saksama,
menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara
aktif di semua tahap koperasi.
d. Koperasi ditubuhkan di bawah Ordinan Akta Koperasi
Malaysia.
e. Liabiliti koperasi adalah terhad.
f. Modal koperasi diperolehi melalui yuran sama ada yuran
bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli.
g. Didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia [SKM]
h. Agihan risiko, keuntungan dan kerugian koperasi adalah
berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli.
i. Koperasi diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik
oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agong tahunan.
j. Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli sama ada satu
kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus
atau kedua-duanya.

Kelebihan koperasi

1. Koperasi menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari


keuntungan.
2. Koperasi mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara
ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka.
3. Cukai dikenakan ke atas keuntungan koperasi iaitu lebih
rendah daripada cukai syarikat berhad.
4. Koperasi ditadbirkan secara demokrasi melalui pengundian.
5. Liabiliti bagi koperasi adalah terhad.
6. Koperasi akan wujud secara berterusan iaitu entiti yang
berasingan.

Kelemahan koperasi
1. Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu
kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.
2. Kedudukan kewangan bagi koperasi agak lemah kerana
koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan
rendah seperti petani dan nelayan.
3. Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu
bersaing setara syarikat.
4. Operasi bagi koperasi dikawal rapi oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia.
5. Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang
bertauliah.
6. Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli
boleh menggugat sistem pengurusan koperasi.
7. Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak disenaraikan oleh
Bursa Saham Malaysia.

(c) menjelaskan langkah- B. Proses Penubuhan bagi setiap entiti perniagaan


langkah penubuhan organisasi
tersebut; 1. Milikan tunggal dan Perkongsian
 Undang-undang kerajaan Malaysia, memerlukan usahawan
mendaftar perniagaan mereka mengikut Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) bagi perniagaan perseorangan dan
perniagaan berkongsi, kecuali:

i. Penjaja kecil-kecilan seperti pasar malam, atau perniagaan


bersabit dengan pelancongan atau perniagaan
perkhidmatan yang diberi kuasa pada setengah-setengah
agensi kerajaan.
ii. Syarikat yang telah berdaftar dengan pendaftaran syarikat.
iii. Perniagaan yang berbentuk perkhidmatan profesional
seperti Jurutera, Arkitek, Peguam dan Akauntan.
 Usahawan perlu memohon untuk pendaftaran perniagaan
perseorangan dengan mengisi borang dan menghantarkannya pada
Pejabat Pendaftaran Perniagaan yang berdekatan dengan tempat
atau alamat melakukan perniagaan. Borang-borang yang
dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran.
Ringkasan Pendaftaran:

1. Daftar dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan.


2. Mengisi Borang A
3. Bayar Yuran Pendaftaran
4. Kawalan Akta Perkongsian 1961 (bagi perniagaan Perkongsian)

2. Syarikat

Sebelum Penubuhan:

Syarikat hendaklah mempunyai:

1. Sekurang-kurangnya dua pengarah (pengarah dan pengasas boleh


terdiri daripada orang yang sama); dan
2. Seorang setiausaha syarikat yang terdiri daripada ahli badan
profesional yang telah ditetapkan oleh menteri atau yang telah
dilesenkan oleh pendaftar syarikat.
3. Pengarah-pengarah dan setiausaha syarikat mestilah mempunyai
tempat bermastautin utama atau tempat tinggal hanya di malaysia.

Tatacara Pendaftaran:

Berikut adalah tatacara untuk pendaftaran perniagaan:

1. Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang


dicadangkan daripada Suruhanjaya.
2. Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) dan kembalikan
dalam tempoh 21 hari dari tarikh kelulusan nama perniagaan. Isi
maklumat berikut dalam Borang A:

a) Maklumat mengenai pemohon


b) Tarikh perniagaan bermula
c) Cawangan perniagaan
d) Jenis perniagaan

3. Setiap pemilik mesti menandatangani Borang A yang lengkap di


hadapan pegawai pengesahan yang disebut dalam borang.

Panduan dan Syarat Am:

Berikut adalah panduan am untuk pendaftaran perniagaan:

1. Warganegara dan penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh


mendaftar perniagaan.
2. Daftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perniagaan
dimulakan.
3. Perniagaan yang didaftar tidak menyalahi undang-undang.
4. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat
kebenaran atau sokongan apabila mendaftar perniagaan yang
memerlukan persetujuan khas atau kebenaran.

Ringkasan Pendaftaran:

1. Daftar dengan pendaftar Syarikat.


2. Dokumen tertentu,borang 13A,14,7,44,48A,49,6,24.
3. Tataurus dan memorendum.
4. Bayaran berasaskan modal dibayar.
5. Kawalan Akta Syarikat 1965

3. Koperasi
Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran
koperasi:

1. Menghubungi pejabat SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia)


 Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah
dikemukakan kepada Pengarah SKM Negeri melalui
pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan
boleh diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau
dimuat turun dari laman web SKM.
2. Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi
 Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu
dikemukakan kepada pejabat SKM Negeri untuk
mendapatkan kebenaran penubuhan.
3. Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja
 Selepas mendapat kelulusan Pengarah SKM Negeri,
sebuah Jawatankuasa Penaja seramai sekurang-
sekurangnya sepuluh orang hendaklah dibentuk.
 Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah:
1. Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama
anggota.
2. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi dengan
mengikut contoh undang-undang kecil seragam yang
disediakan oleh SKM dengan ubahsuai yang
diperlukan.
3. Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk
dalam objektif penubuhan koperasi.
4. Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan
memasukkan nama, umur, nombor kad pengenalan,
pekerjaan dan alamat masing-masing. Jawatankuasa
Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya
lima puluh orang telah mendaftarkan diri untuk
menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan
ditetapkan
5. Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota
koperasi oleh pejabat SKM.

4. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan


 Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah
menetapkan satu tarikh bagi mengadakan mesyuarat agung
permulaan koperasi.
 Tujuan Mesyuarat Agong:
i. Untuk mendapatkan ketetapan daripada ahli untuk
menubuhkan koperasi,
ii. Meluluskan undang-undang kecil koperasi dan
iii. Pemilihan ahli lembaga pengarah koperasi.
iv. Mesyuarat ini perlu dihadiri oleh pegawai dari skm
yang akan menerangkan hak dan tanggungjawab ahli

5. Penyerahan dokumen pendaftaran


 Menyerahkan dokumen pendaftaran kepada Ketua
Pendaftar SKM tidak lewat dari tujuh hari selepas
mesyuarat agung permulaan di adakan
 Dokumen yang perlu disediakan ialah:
1. Borang permohonan pendaftaran yang ditandatangani
10 orang ahli jawatankuasa penaja
2. Naskah undang-undang kecil koperasi
3. Minit mesyuarat agung permulaan yang
ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 50 orang ahli
yang hadir
**Koperasi hanya boleh beroperasi selepas menerima sijil
perakuan yang dikeluarkan oleh SKM.

1.3.2 Aktiviti perniagaan


A. Aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran
(d) membandingkan aktiviti
perniagaan berasaskan AKTIVITI PERNIAGAAN PENGELUARAN
pengeluaran dan perkhidmatan;
(e) menjelaskan aktiviti Perniagaan berasaskan pengeluaran ialah aktiviti yang
perniagaan berasaskan melibatkan pengeluaran iaitu menggunakan tenaga
pengeluaran seperti ekstraktif, buruh untuk mengeluarkan bahan mentah dan
barangan pengguna memprosesnya kepada sesuatu barang lain.
(konsumer), barangan industri,
pembuatan, pemasangan, dan
seumpamanya;
(f) menjelaskan aktiviti B. Jenis aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran
perniagaan berasaskan
perkhidmatan seperti 1. Ekstraktif
peruncitan, pemborongan,
kewangan, profesional,  Aktiviti perniagaan ekstraktif meliputi penghasilan dan
perhotelan, pendidikan, dan pemprosesan untuk mendapatkan sesuatu bahan mentah
seumpamanya;  Aktiviti yang terlibat ialah mengeluarkan hasil bahan mentah dari
alam semulajadi untuk dijadikan input kepada pengeluaran lain.
 Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang
siap atau barang separuh siap.
 Contoh aktiviti perniagaan ektraktif ialah perlombongan, perikanan
dan pertanian

2. Barangan konsumer
 Melibatkan proses mengeluarkan barang-barang terus boleh
digunakan oleh pelanggan
 Proses mengeluarkan barang-barang siap dan melibatkan beberapa
tahap
 Barangan yang dibeli oleh pelanggan kahir untuk kegunaan sendiri
dan bukan untuk tujuan perniagaan Motorsikal, kereta
 Contoh pengeluaran barangan konsumer ialah seperti makanan
(gula, minyak masak), barang eletrik dan sebagainya.

3. Barangan industri

 Melibatkan pengeluaran barang-barang yang digunakan untuk


proses pengeluaran seterusnya
 Barangan yang dibeli dengan tujuan dijual atau diproses semula
untuk mengahsilkan produk baru.
 Contohnya pengeluaran cip komputer, tayar kereta, barangan
elektronik.

4. Pembuatan

 Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang


siap atau barang separuh siap.
 Aktiviti pengeluaran barang keperluan pelanggan di kilang.
 Contohnya aktiviti pengeluaran yang menggunakan getah untuk
menghasilkan tayar dan sarung tangan, menggunakan kayu balak
untuk menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja
5. Pemasangan

 Aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan


barang siap.
 Aktiviti mencantum bahan-bahan yang dihasilkan supaya
membentuk sesuatu barang
 Contohnya aktiviti pemasangan kereta dan elektronik iaitu
komponen elektronik dipasang untuk menghasilkan televisyen,
radio dan perakam video.

C. Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan

AKTIVITI PERNIAGAAN PERKHIDMATAN

“Perniagaan berasaskan perkhidmatan merujuk


kepada aktiviti penawaran produk tidak ketara
kepada pengguna.”

Definisi perniagaan berasaskan perkhidmatan

 Dalam ekonomi, perkhidmatan adalah kerja yang dilakukan oleh


seseorang individu atau sekumpulan individu yang memberi manfaat
kepada orang lain.
 Ini termasuk memberikan tenaga, kemahiran, kepakaran dan
pengalaman yang memberi manfaat kepada orang lain atau pelanggan.
 Pembekal perkhidmatan boleh terlibat dalam aktiviti ekonomi tanpa
mengalami batasan seperti perlu menyediakan stok atau inventori atau
bahan mentah.
 Pada masa yang sama, pelaburan mereka dalam kepakaran
memerlukan pemasaran perkhidmatan dan penambahbaikan yang
berterusan untuk menghadapi persaingan.
 Kebanyakan perniagaan berasaskan perkhidmatan bagaimanapun
memerlukan struktur fizikal dan peralatan yang besar, dan
menggunakan sumber yang banyak seperti perkhidmatan
pengangkutan dan ketenteraan.
 Antara perniagaan berasaskan perkhiamatan ialah:

1. Runcit

 Aktiviti perniagaan runcit ialah perniagaan yang melibatkan


penjualan barang secara langsung kepada pelanggan akhir untuk
kegunaan peribadi.
 Contoh perniagaan runcit ialah Kedai Runcit Gmart, Seven Eleven
dan sebagainya.

2. Borong

 Aktiviti perniagaan borong melibatkan penjualan barang dan


perkhidmatan kepada penjual untuk kegunaan perniagaan.
 Contoh perniagaan pemborongan ialah Pasaraya Mydin, Syarikat
Pemborong Din Brothers.

3. Kewangan

 Aktiviti perniagaan kewangan menyediakan pinjaman jangka


pendek, jangka panjang dan kemudahan pinjaman bayaran kepada
pelanggan.
 Contoh pernaigaan berasaskan perkhidmatan kewangan ialah
Institusi bank dan syarikat kewangan.

4. Profesional

 Perniagaan berasaskan perkhidmatan profesional menawarkan


perkhidmatan yang khusus dan individu yang terlibat biasanya
memiliki kemahiran dan kepakran berkaitan bidang yang diceburi

 Contoh perniagaan perkhidmatan ialah seperti perkhidmatan


peguam, doktor, dan audit.

5. Perhotelan

 Perkhidmatan perhotaln menawarkan perkhidmatan penginapan,


makanan dan minuman serta perkhidamatan reakrasi atau istirehat
kepada pelancong.
 Contoh perniagaan berasaskan perhotelan ialah Hotel Sri Malaysia,
Hotel Vistana, dan sebagainya.

6. Pendidikan
 Perniagaan perkhidmatan pendidikan menawarkan perkhidmatan
pendidikan untuk penuntut sepenuh masa atau sambilan.
 Contoh bagi perniagaan perkhidmatan pendidikan ialah Pusat
tuisyen, sekolah swasta, IPTS, dan Kolej Swasta.

1.3.3 Sektor perniagaan


Sektor perniagaan
(g) membincangkan peranan
sektor industri seperti swasta,
awam, dan badan berkanun Peranan sektor swasta, sektor awam dan badan berkanun
dalam perkembangan
perniagaan; 1. Sektor swasta

SEKTOR SWASTA

“Sektor swasta merujuk kepada organisasi perniagaan


yang dimiliki oleh individu individu atau organisasi
organisasi tertentu secara persendirian.”

 Bentuk pernigaan yang termasuk dalam sektor swasta ialah perniagaan


milikan tunggal , perkongsian,perniagaan syarikat.

Peranan sektor swasta


1. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan membuka
kilang dan perniagaan
2. Meiningkatkan hasil negara melalui cukai keuntungan yang dibayar.
3. Memberi kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan
produktiviti dan pembangunan sumber manusia kepada
masyarakat.
4. Sumbangan kepada negara seperti derma dan lain lain.
5. Menyediakan infrastruktur dan prasarana seperti jalanraya dan lain
lain.
6. Memindah teknologi luar ke dalam negara.

2. Sektor awam

SEKTOR AWAM

“Sektor awam merujuk kepada organisasi-organisasi


milik kerajaan yang menawarkan pelbagai barangan
dan perkhidmatan kepada rakyat seperti pendidikan,
rawatan perubatan, perkhidmatan polis dan
sebagainya.”

 Organisasi ini boleh dibahagikan kepda jabatan-jabatan kerajaan dalam


kemeterian tertentu.
 Ianya dibahagikan kepada tahap kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Peranan sektor awam


1. Menggubal dasar dan peraturan agar dapat menggalakkan
pembangunan sektor swasta.
2. Memastikan agar peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh
pihak perniagaan.
3. Mengeluarkan lesen dan permit kepada perniagaan supaya boleh
beroperasi.
4. Menyediakan kemudahan awam untuk perniagaan dan masyarakat
tempatan.
5. Menyediakan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bidang bagi
membangun aktiviti pereniagaan.
6. Menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor penting dalam negara
melalui pemberian insentif tertentu.
7. Menjadi penyokong dan pendorong kepada sektor swasta.
8. Memberi kemudahan dan panduan, insentif dan lain lain dalam
pengeluaran,pertanian dan lain lain
9. Menjalankan monopoli semulajadi seperti petronas dalam cari gali
petroleum
10. Menjalankan projek berisiko seperti pembinaan lapangan terbang
dan janakuasa hidroelektrik
11. Melaksanakan dasar-dasar fiskal dan kewangan.
12. Penguatkuasa undang-undang dan kawalan.
13. Menawarkan barangan dan perkhidmatan awam kepada orang
ramai seperti polis, bomba, tentera dan bekalan air.
14. Agihan ekonomi untuk faedah orang miskin.
3. Badan berkanun

BADAN BERKANUN

“Badan berkanun” ertinya suatu badan, walau dengan


nama apa pun disebut, yang diperbadankan oleh undang-
undang persekutuan bagi maksud Kerajaan Persekutuan,
tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan.”

 Merupakan perbadanan yang ditubuhkan di bawah undang-undang


tertentu.
 Organisasi badan berkanun ini mewujudkan perkhidmatan-
perkhidmatan yang penting kepada sektor industri, perdagangan dan
juga sektor sosial dalam negeri.
 Badan berkanun merupakan entiti berasingan daripada perkhidmatan
awam yang diuruskan oleh pengurus-pengurus yang berkemahiran dan
kerpengalaman sebagai pentadbir dalam kerajaan.

Peranan badan berkanun

1. Melibatkan dlm bidang sosioekonomi yang tidak diceburi pihak


swasta.
2. Menyediakan rancangan pembangunan ekonomi mengikut fungsi
masing-masing dan melaksanakan rancangan tersebut.
3. Mengawasi agar peraturan atau undang-undang dipatuhi oleh pihak
perniagaan.
4. Mengeluarkan lesen kepada perniagaan supaya dapat beroperasi.
5. Memberi latihan dan membantu menyediakan tenaga kerja mahir.
6. Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi
melalui bantuan kewangan.
7. Mengawal selia aktiviti perniagaan sektor swasta supaya tidak
melanggar peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan.
8. Dapat menjaga kewibawaan sektor swasta dan kepentingan pihak
pelanggan supaya tidak ditindas pihak tidak bertanggungjawab
9. Menyediakan sumber manusia seperti universiti.

1.3.4 Tahap perniagaan

Tahap perniagaan
(h) menjelaskan tahap-tahap
perniagaan dari perspektif
berikut. A. Tahap pengeluaran

(i) Primer, sekunder, 1. Primer


dan tertiar
(ii) Huluan dan hiliran  Merangkumi aktiviti bagi mendapatkan atau mengeluarkan
sumber-sumber kepada aktiviti-aktiviti yang menggunakan
(iii) Domestik dan sumber tersebut dalam bentuk asalnya.
antarabangsa  Dalam aktiviti perlombongan, pelombong mengeluarkan
bijih timah atau arang batu dari dalam tanah. Di laut pula,
nelayan menangkap ikan dan memelihara ikan. Dalam
aktiviti pertanian, petani bercucuk tanam dan menuai
hasilnya. Manakala di hutan, pembalak menebang pokok
bagi mendapatkan kayu balak.

2. Sekunder

 Pada tahap sekunder, sumber-sumber semulajadi (tahap


primer) atau bahan mentah diproses dan dikilangkan
kepada barang siap.
 Bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi, kayu balak
diproses menjadi papan lapis dan kulit binatang dijadikan
kasut serta barangan kulit. Kilang-kilang mengeluarkan
tekstil daripada kapas, sutera, bulu binatang atau bahan-
bahan sintetik.
 Contohnya, kilang pemasangan kereta, tayar, enjin dan
pelbagai kelengkapan lain yang dikeluarkan oleh
pengeluar alat-alat tersebut.
 Bagi negara yang tidak mempunyai sumber-sumber semula
jadi, mereka masih mampu mengeluarkan produk
sekunder dengan mengimport bahan mentah tersebut.

3. Tertier

 Perniagaan tahap tertier melibatkan perniagaan yang


menghasilkan produk yang tidak ketara seperti
perkhidmatan.
 Contohnya syarikat pengangkutan yang menghantar
produk melalui udara, air dan laut, pos, telekom, hotel,
bank, insurans dan kewangan.
 Perkhidmtan yang ditawarkan oleh badan badan
profesioanal seperti doktor, akauntan, jurutera dan
sebagainya.

B. Tahap Industri

 Perniagaan barangan industri adalah perniagaan yang


melibatkan pembuat menjual barangan atau keluarannya
kepada pembuat atau syarikat lain dan barangan tersebut
diproses seterusnya, ditransformasi dan ditambah nilai bagi
dijual semula ataupun untuk menghasilkan produk lain.
 Perniagaan Tahap industri meliputi tahap industri huluan dan
industri hiliran.

1. Huluan

 Perniagaan pada tahap huluan merujuk kepada perniagaan


utama teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi
yang melibatkan aktiviti yang berasaskan sumber semula
jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain.
 Tahap industri yang membekalkan bahan mentah, barang
separuh siap atau
 Barang siap yang akan digunakan dalam aktiviti
pengeluaran lain
 Contoh industri tahap huluan ialah industri yang
mengeluarkan susu getah, perusahaan kayu balak, kilang
padi, dan lain-lain.

2. Hiliran

 Tahap perniagaan yang berlaku selepas indsutri tahap


huluan.
 Perniagaan tahap ini meliputi aktiviti perniagaan yang
diwujudkan daripada sesebuah perniagaan lain.
 Contohnya perniagaan yang menghasilkan tayar getad
daripada susu getah, perusahaan kilang kayu lapis, kilang
arang kayu dan perabot yang diwujudkan daripada
perusahaan kayu balak.

C. Tahap Pasaran

1. Domestik

 Perniagaan domestik ialah perniagaan yang beroperasi di


dalam sesebuah negara dan mengeluarkan hasil keluaran
untuk pasaran tempatan atau domestikdi negara tersebut
sahaja.
 Perniagaan domestik di malaysia merangkumi perniagaan
yang berteaskan pertanian, perladangan, pekilangan dan
perkhidmatan.
 Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah di antara
peniaga-peniaga tempatan dalam sempadan sesebuah
negara.

Peranan perniagaan domestik

1. Menjimatkan kadar pertukaran mata wang asing


melalui penggunaan sumber tempatandan
mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara
2. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat
mengurangkan kadar pengganguran.
3. Membangunkan industri sokongan mewujudkan
perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas.
4. Membangunkan modal insan memberi kemahiran
asas kepada tenaga kerja dalam negara
5. Memberi sumber pendapatan kepada negara cukai
perniagaan yang dibayar oleh syarikat.

2. Antarabangsa

 Perniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar


merujuk kepada perniagaan yang memasarkan produknya
dalam dua atau lebih negara.
 Penglibatan perniagaan di perngkat antarabangsa selalunya
bermula dengan aktiviti eksport samada diperingkat
seratau atau di peringkat global dan operasi perniagaan
selaunya berpusat di negara sendiri.
 Tambahan kepada cukai import akan dikenakan kepada
barang dari luar negara dan juga cukai eksport yang
dikenakan kepada barangan daripada luar negara
 Contoh perniagaan antarabangsa ialah pengeluar tayar
getah di malaysia mengeksport tayar getah ke negara lain.

Peranan perniagaan antarabangsa


1. Negara dapat kemasukan teknologi dan kepakaran yang
baru dari luar.
2. Negara dapat menambahkan pendapatan negara melalui
cukai eksport dan import.
3. Negara mendapat mengeratkan hubungan dua hala antara
negara yang terlibat.
4. Negara dapat meningkatkan pelaburan asing/modal asing
5. Meningkatkan peluang pekerjaan dan negara dapat
mengurangkan kadar pengangguran.
6. Perniagaan dapat meluaskan pasaran yang sudah tepu.

You might also like