You are on page 1of 2

Lampiran 1

Jawatankuasa Penaja
Kelab Komputer Penggerak Digital ,
Sekolah Kebangsaan Bandar,
No. 114 Jalan Omar
81900 Kota Tinggi, Johor
________________________________________________________________________

Rujukan Kami: SKB/ 800-2/1/1(1)


Rujukan Tuan: SKB/800-2/3/1(1)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar,
No. 114 Jalan Omar
81900 Kota Tinggi, Johor 29 November 2018

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB KOMPUTER PENGGERAK DIGITAL


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
menubuhkan KELAB KOMPUTER PENGGERAK DIGITAL di sekolah ini berasaskan Peraturan
(4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh
21 Mei 1998.

2. Bersama-sama ini disertakan :

2.1 Draf Perlembagaan dan peraturan 1


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

3. Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( AZURA BINTI HAMIDUN )


Ketua Guru Penasihat
Jawatankuasa Penaja
Kelab Komputer Penggerak Digital ,
Sekolah Kebangsaan Bandar,
No. 114 Jalan Omar
81900 Kota Tinggi, Johor

s.k: 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Sk Bandar. Kota Tinggi
2. Fail Kelab Komputer Penggerak Digital
Lampiran 1

Sekolah Kebangsaan Bandar,


No. 114 Jalan Omar
81900 Kota Tinggi, Johor Tel: 07-8831261
Fax: 07-8826884

________________________________________________________________________

Rujukan Kami: SKB/ 800-2/1/1(1)


Rujukan Tuan: SKB/800-2/3/1(1)
Tarikh: 28 DISEMBER 2018

Jawatankuasa Penaja
Kelab Komputer Penggerak Digital ,
Sekolah Kebangsaan Bandar,
No. 114 Jalan Omar
81900 Kota Tinggi, Johor

Tuan/Puan,

KELULUSAN PERMOHONAN MENUBUHKAN PERSATUAN BAHASA , SEKOLAH


KEBANGSAAN DESA PANDAN, K.LUMPUR

Dengan hormatnya surat tuan SKDP /800-2/3/1( 1 ) bertarikh 29 NOVEMBER 2018 adalah
dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196, bertarikh 21 hb Mei
1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Kelab Komputer Penggerak Digital ,
Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi , Johor

3. Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan


Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas
hari daripada tarikh Mesyuarat Penubuhan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

________________________
(TUGI BIN WAGIMAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar,
Kota Tinggi, Johor

s.k: Guru Penolong Kanan, Kokurikulum


Fail Unit Kokurikulum

You might also like