You are on page 1of 1

HONG PENG (kiri) bersama para penerima Anugerah Merit Pengusaha Industri Pelancongan Domestik Bagi

Anugerah Pelancongan Malaysia 2008/2009 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Sektor pelancongan negara bakal menyumbang pendapatan sekitar RM56 bilion hingga
RM57 bilion pada tahun ini berbanding RM53.4 bilion pada tahun lalu.

Keyakinan itu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr. Ong Hong Peng adalah berdasarkan
perkembangan positif kehadiran pelancong pada suku tahun pertama iaitu Januari hingga Mac lalu yang
mencecah sebanyak 5.75 juta pelancong.

Angka itu, menurut Hong Peng, adalah lebih tinggi berbanding catatan kehadiran pada tahun lalu dalam tempoh
yang sama iaitu sebanyak 5.46 juta orang.

“Ia bertambah sebanyak 5.3 peratus dan daripada analisis awal, kita mendapati pendapatan perkapita seorang
pelancong juga telah meningkat dan trend ini dijangka berterusan,” katanya selepas Majlis Penganugerahan
Merit Pengusaha Industri Pelancongan Domestik Bagi Anugerah Pelancongan Malaysia 2008/2009 di sini
semalam.

kredit : kosmo.com.my

You might also like