You are on page 1of 8

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Disediakan oleh:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan Kerjasama

POLIS DIRAJA MALAYSIA

2019
KERTAS KONSEP PELAKSANAAN
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
TAHUN 2019

1.0 PENGENALAN
Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak
polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) di semua sekolah KPM.

2.0 RASIONAL
Pelaksanaan program Jom ke Sekolah oleh KPM dan PDRM ini adalah amat
bertepatan dengan usaha KPM yang baru dilaksanakan, iaitu Program Ziarah
Cakna. Program Jom ke Sekolah pada tahun ini akan melibatkan pelbagai pihak
dalam usaha menggalakkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan ke sekolah bagi
menyokong hasrat KPM dari aspek kemenjadian murid. Komitmen antara KPM
dan PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha
penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan
murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko
salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep
sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program
Jom ke Sekolah pada awal tahun persekolahan ini diharapkan akan dapat menjadi
medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara
pihak sekolah dan pihak PPS.
3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang
serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.3 Mempeluaskan penggunaan Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Polis
Sekolah (PPPS) oleh PDRM di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Sekolah .
3.3 Memberikan ruang kepada pihak PDRM melalui PPS untuk memaparkan
maklumat penting dan terkini mengenai isu isu semasa kepolisian kepada
warga sekolah dan pihak ibubapa .
4.0 Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Polis (PPPS)

Seperti Lampiran 1

5.0 ANJURAN
Program Jom ke Sekolah merupakan program kerjasama di antara KPM
(Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti) Bukit Aman.

6.0 TARIKH PELANCARAN


Program Jom ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak di peringkat
Kebangsaan, Negeri, daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut ketetapan
seperti di Lampiran 2.
6.1 Pelancaran di peringkat bahagian-bahagian KPM akan diselaraskan oleh
Bahagian KPM (Sila rujuk Lampiran 3)
6.2 Pelancaran di peringkat negeri akan disempurnakan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri dan Ketua Polis Negeri.
6.3 Pelancaran di peringkat PPD akan disempurnakan oleh Pegawai PPD dan
Ketua Polis Daerah.
6.4 Pelancaran di peringkat sekolah akan disempurnakan oleh Pengetua/Guru
Besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Sekiranya PPS
berkenaan menanggung tugas lebih daripada satu sekolah, maka
pelancaran boleh ditangguhkan pada minggu berikutnya.
5.5 Pihak KPM tidak mempunyai halangan sekiranya pihak PDRM ingin
mengadakan pameran. Pihak sekolah perlu mengatur jadual lawatan murid
ke pameran tersebut tanpa mengganggu Pembelajaran dan Pengajaran
(PdP).

7.0 URUS SETIA PELANCARAN


7.1 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Unit HEM) dan Bahagian-bahagian
KPM dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti (JPJKK) Bukit Aman bertanggungjawab bagi pelancaran program
Jom ke Sekolah di peringkat kebangsaan.
7.2 Jabatan Pendidikan Negeri (Unit HEM) dengan kerjasama JPJKK Peringkat
Kontijen Negeri (IPK) bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat
negeri.
7.3 Pejabat Pendidikan Daerah (Unit HEM) dengan kerjasama JPJKK
Peringkat IPD bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat daerah
7.4 Pengetua/Guru Besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah
bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat sekolah
7.5 Mesyuarat Penyelarasan pelaksanaan program perlu diadakan oleh JPN
dan PPD dengan kerjasama JPJKK mengikut ketetapan masing-masing.

8.0 KEWANGAN
Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan.

9.0 ATUR CARA MAJLIS


Sila rujuk Lampiran 4

10.0 PENUTUP
Kehadiran pihak polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan PPS. Secara tidak langsung akan dapat
mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif serta
dapat meningkatkan kemenjadian murid.
LAMPIRAN 2
TARIKH PELANCARAN
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
TAHUN 2019

Cadangan Tarikh : 11 Februari 2019


Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi hingga 8.05 pagi
Tempat : SMK Bandar Tasik Kesuma
Jalan Kesuma 7/1, Bandar Tasik Kesuma
43700 Beranang, Selangor
Perasmian : YB Menteri Pendidikan Malaysia
YDH Ketua Polis Negara
Senarai Tetamu Kehormat : 1. Ketua Setiausaha KPM
3. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
4. Ketua Polis Negeri
5. Pengarah JPJKK
6. Pengarah BPSH
7. Timbalan Pengarah (Murid), BPSH
7. Pengarah JPN Selangor

Cadangan Tarikh : 18 Februari 2019


Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi hingga 8.05 pagi
Tempat : SK Putrajaya Presint 16(1)
No. 3, Jalan P16G, Presint 16
62150 WP Putrajaya
Perasmian : YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
YDH. Timbalan Ketua Polis Negara
Senarai Tetamu Kehormat : 1. Timbalan Ketua Setiausaha KPM
2. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi)
3. Ketua Polis Negeri
4. Pengarah JPJKK
5. Pengarah BPSH
6. Timbalan Pengarah (Murid), BPSH
7. Pengarah JPWP Putrajaya
LAMPIRAN 3
PENYELARASAN
PELANCARAN JOM KE SEKOLAH
OLEH BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM

1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian


Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan


Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Bahagian Pendidikan Islam


Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Bahagian Pendidikan Khas


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Bahagian Pendidikan Swasta


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
LAMPIRAN 4
ATUR CARA
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
TAHUN 2019

7.05 pagi - Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Amin Bin Senin


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
7.10 pagi - Ketibaan YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas
Ketua Setiausaha KPM
7.15 pagi - Ketibaan YB Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Pendidikan
7.20 pagi - Ketibaan YDH. Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Ketua Polis Negara
7.25 pagi - Ketibaan YB Dr. Maszlee Bin Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
7.30 pagi - Perhimpunan murid, guru, PIBG dan PDRM
- Nyanyian Lagu
- Negaraku
- Negeri
- Bacaan Doa
- Ucapan YDH. Ketua Polis Negara
- Ucapan YB Menteri Pendidikan
- Perasmian Pelancaran Program Jom ke Sekolah dan
Perasmian Papan Kenyataan PPS
9.00 pagi - Bersurai

# YB Menteri akan hadir bagi program Guru Penyayang


akan sampai sebelum jam 7.00 pagi
# Perasmian Tapak Perhimpunan oleh Pibg

You might also like