You are on page 1of 3

Malaysia ialah sebuah negara raja

berperlembagaanpersekutuan di Asia Tenggara yang


terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah
persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan
329,847 kilometer persegi (127,350 batu²).Malaysia
terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut
China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo
Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia
berkongsi sempadan darat denganThailand, Indonesia,
dan Brunei dan juga sempadan laut
dengan SingapuraFilipina. Ibu negara Malaysia
ialahKuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan
pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia
diduduki 28 juta orang.
(Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia)

Ada berapa negeri dan wilayah di Malaysia?

Peta Malaysia: Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia

Malaysia dibahagikan kepada 13 buah negeri dan 1


Kerajaan Persekutuan iaitu. Negeri-negeri yang terdapat
di Malaysia ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan,
Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan,
Terenganu, Pahang, Sarawak dan Sabah. Manakala
Kerajaan Persekutuan terdapat 3 wilayah iaitu Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (Selangor), Wilayah
Persekutuan Putrajaya (Selangor) dan Wilayah
Persekutuan Labuan (Sabah).

Macam mana rupa bendera Malaysia?

Jalur Gemilang

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang,


mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas
dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda
keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah
negeri dan 1 kerajaan persekutuan -
Johor, Kedah,Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Pulau
Pinang,Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Teren
gganudan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri


membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang
kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.
Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan
tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan
(Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri


dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak
bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia)

Baiklah, kepada kawan-kawan dan pembaca, selamat


menimba maklumat.

You might also like