You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG ROYONG 2018

Pendahuluan
Sekolah akan mengadakan program gotong royong 2018 .Murid bersama-sama
guru akan membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan
mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan SK Batu Balai

1.0 Objektif
1.1 Merapatkan silaturrahim diantara guru dan murid SK Batu Balai
1.2 Memberi peluang kepada murid –murid bekerjasama dengan guru-guru dengan
lebih optimum.
1.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih
terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar.

2.0 Kumpulan Sasaran


Semua unit badan beruniform, ibubapa dan guru-guru.

3.0 Rasional Menjayakan Program


3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah.
3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria,
selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.

4.0 Justifikasi
Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan pekerja menyediakan
suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk
hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.

5.0 Lokasi Cadangan


Sekitar Blok Utama Sekolah & Bilik-bilik Khas

6.0 Tarikh Perlaksanaan


25 Julai 2018 (Rabu)
7.0 Struktur Organisasi
Pengerusi : En Zainorin bin Abidin
Naib Pengerusi : En. Wan Zuraidi bin Wan Daud
Tn Haji Rahimi bin Ishak
En. Mohd Zuhairi bin Mat Yasim
En. Ruzil bin Asin
Setiausaha : En. Mohd Johari bin Ibrahim
Penolong Setiausaha :
Bendahari :
Ahli Jawatankuasa :
1.
2.
3.
4.

8.0 Tentatif Program :


MASA AKTIVITI
02.15 petang Berkumpul di Tapak Perhimpunan
02.30 petang Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi
02.40 petang Gotong Royong bermula
05:00 petang Berkemas/membersihkan alatan/diri
05.10 petang Bersurai

9.0 Penutup
Program Gotong Royong ini dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan
dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari murid-murid dan guru-guru SK Batu
Balai. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai
slogan "Sekolahku, Rumahku".

10.0 Pembahagian kawasan


- Pengakap & Kadet Remaja Sekolah – Bilik-bilik Khas Aras 3
- Puteri Islam – Kawasan Blok Utama Sekolah

You might also like