You are on page 1of 4

PROJEK KITAR SEMULA

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENANTI, MUAR

1.0 PENGENALAN

Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang


lama untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula
barang-barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang
boleh menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti
kertas, plastik, kertas kadbod, kaca dan pakaian.

Oleh itu, murid-murid harus mengamalkan kitar semula. Mereka perlu


tahu mengasing dan mengenal pasti jenis sampah mengikut tong kitar semula.
Mereka juga perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini.
Kehijauan ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

2.0 MATLAMAT

Memupuk semangat memelihara dan cintakan alam sekitar kepada murid.

3.0 OBJEKTIF
i. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan dan cara
mengitar semula.
ii. Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula.
iii. Meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga
alam sekitar
iv. Menerapkan nilai murni dan budaya mencipta serta mencungkil kreativiti
dan inovasi dalam mencipta barangan daripada barangan kitar semula
dikalangan murid dan guru.

4.0 TARIKH
Julai hingga November 2019

5.0 TEMPAT
SK Seri Menanti, Muar
6.0 AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA

 Bank Kitar Semula

 Mencipta Tong 3R paling kreatif

 Pertandingan Inovasi dan Kreativiti daripada bahan buangan.

 Pertandingan Halaman Seni Kreatif.

 Projek Sinki Mesra

7.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penasihat Pn Hanita bt Jamil


Pengerusi En Morni bin Gani
Naib Pengerusi Pn Zaidah bt Sapiyi
Penyelaras Pn Norhaiza bt Mohd Nor
Setiausaha Pn Noremardiana bt Nordin
Pen. Setiausaha Pn Hazwani bt Hatim
Bendahari Pn Mastura bt Ahmad
AJK Dokumentasi Pn Hadijah bt Soib
AJK Aktiviti En Safuan bin Che Othman
En Muhammad Nazri bin Abd Hamid
En Mohd Najib bin Sufari
Pn Satina Zaharah bt Zainal Abidin
Pn Banun bt Baharum
AJK Hadiah Pn Hafezah bt Kamat
Pn Nor Azizah bt Hashim
Pn Hjh Asiah bt Jawahir
Pn Siti Hajar bt Husin
8.0 PELAN TINDAKAN
Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek Kitar Semula:

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan

Perasmian oleh guru


20 Julai  Perasmian Program Kitar
1 besar Pn Hanita bt
2019 Semula.
Jamil

Julai -  Pengumpulan barang kitar En Muhammad


2
September semula Nazri

Pertandingan Reka Cipta Bahan


3 Ogos En Safuan
Kitar Semula
Ceramah Kitar Semula
- Penyampaian hadiah
bagi pengumpulan
4 September Pn Banun
barang kitar semula dan
Pertandingan Reka
Cipta.
Pertandingan Halaman Seni
Oktober Pn Satina Zaharah
Kreatif

November Penutup Program Kitar Semula

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM UNIT HARGA


JUMLAH
UNIT

1 Projek Sinki Mesra 2 buah RM 300.00 RM 600.00


Halaman Seni
2 3 buah RM100.00 RM 300.00
Kreatif
Hadiah
3 RM 100.00 RM 100.00
Pertandingan
JUMLAH RM 1,000.00
10.0 PENUTUP
Kitar semula penting untuk kelestarian alam sekitar. Justeru usaha
meningkatkan kesedaran dan keprihatian terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak
kanak-kanak lagi. Pendidikan tentang kepentingan kitar semula sewajarnya
diterapkan kepada murid-murid sejak di bangku sekolah rendah. Hal ini kerana pada
tahap umur tersebut mereka mudah dididik dan patuh pada arahan. Sehubungan itu,
sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi
menjayakan program kitar semula ini.

Disediakan oleh; Disahkan oleh

( NOREMARDIANA BT NORDIN ) ( HANITA BT JAMIL )


Setiausaha Guru Besar
Program Sekolah Lestari, SK Seri Menanti, Muar
SK Seri Menanti, Muar

You might also like