You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA

TADA
JALAN NIBONG TADA, 96700 KANOWIT.

KERTAS
CADANGAN:
Memohon Dana Bagi
Menambahbaik
Kemudhan PdPc Selari
Dengan Kehendak PAK21

1
Pendahuluan :

Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) merupakan aspek penting dalam


pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke-21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan
yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti
digunakan secara meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke-21 ialah pelajar perlu memiliki
beberapa aspek tertentu. Di mana, pelajar abad ke-21 merupakan pelajar yang celik dari
segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para
guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses PdPc untuk abad ke
21 amat mencabar.

Matlamat :

Sumber pengetahuan utama abad ke-21 kelak merupakan sumber yang berkaitan
dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera
padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh
semua pelajar. Adalah diharapkan PdPc pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh
komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan
dan lebih bermakna kepada pelajar.

Objektif :

1. Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.


2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan murid melalui
amalan PdPc yang lebih efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
4. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang
dekat dengan murid melalui capaian internet.

2
Sasaran :

1. Semua guru SK Nanga Tada


2. Dua buah kelas (setiap satu kelas dari Tahap1 dan Tahap 2)
3. Komuniti setempat / ibu bapa dan penjaga.
Pelaksanaan :

Pelaksanaan kelas abad ke 21 ini meliputi 3 aspek utama iaitu keceriaan kelas, memperkasakan
penggunaan peta pemikiran i-Think dan menaiktaraf kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah.

1. Keceriaan Kelas

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang selesa,
kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran
murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan
dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau
sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot
serta kebersihan. Kelas abad ke-21 ini memberi penekanan khusus terhadap kelas yang
bermaklumat dan kondusif untuk sesi PdPc. Susunatur bagi kelas abad ke-21 adalah
mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat
secara aktif dengan PdPc yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran
dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) yang telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada tahun 2014. Fokus di
dalam program i-THINK adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui
penggunaan alat berfikir, seterusnya guru digalakkan menggunakan penyoalan
pelbagai aras (merujuk kepada Bloom's Revised Taxonomy) untuk membantu
merangsang pemikiran murid.

3
3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Perubahan dalam strategi pengajaran kepada teknologi maklumat dan komunikasi


akan meningkatkan minat murid-murid terhadap PdPc. Terdapat banyak maklumat
yang berkaitan dengan sesuatu topic yang boleh dilayari dari internet dan laman-laman
web yang tersedia. Guru-guru boleh membantu murid-murid mengakses seberapa
banyak maklumat yang boleh. Murid-murid yang agak mahir tentunya dapat pula
membantu rakan-rakan yang kurang mahir. Situasi begini tentunya meringankan
bebanan dan masa guru yang boleh dimanfaatkan untuk perkara- perkara yang lebih
penting. Penglibatan aktif murid sebenarnya dapat mememudahkan mereka
memahami dan mengingati fakta-fakta penting seterusnya menguasai setiap
kemahiran dengan cepat.

Aggaran Perbelanjaan

1. Menaik taraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Bil Perkara Perbelanjaan

1 LCD projector (2 kelas x RM1800) RM3600.00

2 TV 32’(2 kelas x RM1600 RM 1600.00

3 Speaker (2 kelas x RM 1000) RM2000.00

4 OHP (2 kelas x RM2000) RM4000.00

Jumlah RM11,200.00

Jumlah keseluruhan : RM3600+ RM1600+ RM2000+ RM4000 = RM11,200.00

Penutup :

Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya secara individu sebaliknya pihak sekolah amat mengharapkan
kerjasama daripada agensi-agensi luar terutama dalam aspek kewangan dan khidmat nasihat.

4
Diharapkan jalinan antara pihak sekolah dengan agensi-agensi luar dapat membantu
meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK Nanga Tada ke arah mencapai Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT) dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah dan
komuniti setempat.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

............................................ ……………………………………..
(HEDYA SASHA BINTI ABDULLAH) (TIUS AK SIGI)
Penyelaras, Guru Besar
Program i-Think,KBAT dan Kelas Abad Ke-21, SK Nanga Tada, Kanowit.
SK Nanga Tada, Kanowit.

You might also like