You are on page 1of 2

BIODATA TUN ABDUL RAZAK

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976)
merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga
1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan
untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas
kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Kehidupan peribadi

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak
sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan
bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.

Kerjaya

Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik.
Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul Razak berkhidmat sebagai
Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi
Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.

Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak
dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada
pihak British.

Selepas pilihan raya umum 1959, Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di
samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri
dan Kementerian Pertahanan Menteri Pertahanan.

Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti
Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya
"Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.

Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976
sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan,
berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan
dengan gelaran Bapa Pembangunan.
Soalan

1. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang kedua ?


Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

2. Di manakah Tun Abdul Razak dilahirkan?


Pulau Keladi, Pekan, Pahang,

3. Apakah jawatan yang disandang oleh Tun Abdul Razak pada Februari 1955?
Beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang

4. Pada pilihanraya umum yang pertama di Malaya pada julai 1955, apakah jawatan yang
disandang oleh Tun Abdul Abdul Razak pada masa itu?
Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

5. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman ke London. Apakah tujuan rombongan tersebut?
Untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British.

6. Dimanakah Tun Abdul Razak disemadikan?

Di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

7. Apakah gelaran yang diterima oleh Tun Abdul Razak selepas kematiannya?

Bapa Pembangunan.

You might also like