You are on page 1of 6

SULIT

MAJLIS GURU CEMERLANG (MGC)

DAERAH HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN

MODEL UJIAN PRA-PERCUBAAN UPSR 2018

PRAKTIS DUA : SET CEMERLANG UPSR (SKOR A)

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011

Julai - September 2019

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.
5. Serahkan Bahagian B bersama-sama kertas jawapan objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak
di Bahagian A dan 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian B.

[Lihat halaman sebelah

011 © 2019 Hak Cipta MGC Daerah Hilir Perak SULIT
SULIT 2 011

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Mereka bergotong-royong ________ rumah yang rosak akibat dilanda ribut baru-baru ini.
A membina
B meruntuh
C membaiki
D menyimen

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Puan Nurul Huda menjahit baju kurung kedah yang koyak itu dengan se ________ jarum.
A utas
B laras
C bilah
D pucuk

3 Yasmin dan adiknya mendapat bantuan daripada Yayasan Perak kerana mereka ________.
A anak yatim
B belas kasihan
C kaum kerabat
D sahabat handai

4 Hanya ________ penduduk kampung yang terlibat dengan Projek Rumah Mesra Rakyat itu.
A separuh
B segenap
C setengah
D segelintir

5 Tin bekas minuman bergas itu ________ apabila dipijak oleh adiknya berulang-ulang kali.
A nipis
B lesut
C retak
D kemik

[Lihat halaman sebelah

011 © 2019 Hak Cipta Majlis Guru Cemerlang Daeah Hilir Perak SULIT
SULIT 3 011

6 Kawasan sawah padi menjadi ________ kerana hujan tidak turun selama hampir tiga bulan.
A pecah-belah
B punah-ranah
C kering-kontang
D pontang-panting

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Kabus ________ yang menyelubungi puncak gunung itu menyebabkan aktiviti pendakian
menjadi semakin sukar.
A tebal
B sejuk
C besar
D gelap

8 Shamsiah dan adiknya menjadi ________ ketika memilih kain batik sutera yang beraneka
corak di gedung tekstil itu.
A lupa daratan
B lipas kudung
C serkap jarang
D rambang mata

Merujuk surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, baginda Sultan Kedah telah bersetuju
untuk merasmikan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Changlun.

9 Apakah jawapan sultan terhadap permohonan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah itu?
A Beradu
B Bertabal
C Berkenan
D Bersemayam

10 Semua anggota jawatankuasa Koperasi Pekebun Kecil, Sungai Tungku menyokong usul
yang dibawa dalam mesyuarat agung itu.
Pilih perkataan antonim bagi menyokong.
A menolak
B menerima
C membidas
D membantah

[Lihat halaman sebelah

011 © 2019 Hak Cipta Majlis Guru Cemerlang Daeah Hilir Perak SULIT
SULIT 4 011

11 Khabar angin tentang kenaikan harga petrol dan disel sudah heboh dalam media elektronik.
Pilih perkataan sinonim bagi heboh.
I riuh
II kecoh
III gempar
IV gemuruh
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Puan Mastura menyelak pintu dan tingkap rumahnya sebelum dia keluar ke bandar.
II Haji Wafdi menyelak kain yang membaluti buah cempedak itu sebelum memetiknya.
III Abdul Rahim menyelak saku seluarnya untuk mencari beberapa keping wang syiling.
IV Azhar berasa takut apabila anjing liar itu menyelak dan memandang tepat ke arahnya.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

13 Pilih Simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat di bawah.
Datin Rohani telah menyimpan ________ yang ditaksirkan bernilai enam puluh ribu ringgit
itu di dalam Bank Rakyat.
A wang saku
B jantung hati
C paku belanda
D barang kemas

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Jangan lupa susun semula buku yang telah dibaca di rak itu,” pesan Cikgu Suria.
A Cikgu Suria menasihatkan agar buku mestilah disusun semula di rak itu.
B Buku yang sudah dibaca perlu disusun semula di rak itu oleh Cikgu Suria.
C Cikgu Suria mengingatkan agar buku yang sudah dibaca disusun semula di rak itu.
D Kamu dipesan supaya menyusun semula buku yang telah Cikgu Suria baca di rak itu.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Muhammad Syahmi adalah graduan lepasan dari Universiti Islam Antarabangsa.

B Pak Wahid mencantas di halaman rumahnya pokok bunga kertas yang merimbun.
C Dia baru sahaja menerima sepucuk surat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
D Adalah dimaklumkan bahawa Pasar Mini Ipoh Ria berpindah ke bangunan baharunya.

[Lihat halaman sebelah

011 © 2019 Hak Cipta Majlis Guru Cemerlang Daeah Hilir Perak SULIT
SULIT 5 011

16 A Di antara acara permainan dalam yang dipertandingkan ialah catur dan sahibba.
B Berbagai aktiviti telah dirancang untuk mengisi perkhemahan unit beruniform itu.
C Semua peserta pertandingan bicara berirama itu akan memperoleh sijil penyertaan.
D Tentatif program tentang perkhemahan itu telah dibentangkan oleh Cikgu Afifi Arif.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tujuh puluh peratus daripada bumi ini diliputi air dan tiga puluh peratus sahaja yang terdiri
daripada daratan. Kita sebenarnya lupa bahawa daripada sejumlah air yang sebegitu banyak,
hanya dua perpuluhan lima peratus sahaja adalah air tawar yang dapat diminum dan digunakan
manakala selebihnya adalah air masin. Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat cermat ketika
menggunakan air. Jangan mandi terlalu lama, kita juga dinasihatkan agar menggunakan mesin
basuh apabila membasuh pakaian yang banyak. Semasa menyiram pokok, mencuci longkang
dan kereta pula, gunakanlah air hujan yang ditadah di dalam tempayan atau bekas plastik besar.
Ada banyak faktor yang menagih kita harus berjimat ketika menggunakan air. Misalnya
pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan air meningkat secara mendadak
dan kemungkinan besar empangan tadahan air akan cepat surut terutamanya ketika musim
kemarau panjang. Mungkin pada waktu itulah baru kita akan mulai tengadah kerana terasa perit
akibat kekurangan air.
Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan harian seperti mandi,
mengepam tandas, mencuci pakaian, membersihkan pinggan mangkuk, membasuh kenderaan
dan sebagainya jika dibandingkan dengan air yang kita gunakan untuk minum, iaitu hanya dua
hingga lima liter sehari.
Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut menyebabkan pembaziran air.
Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk, kita telah membuang antara tujuh puluh hingga lapan
puluh liter air. Bayangkanlah berapa banyak pembaziran air akibat sikap manusia yang tidak
prihatin ini. Oleh sebab itu, apabila berlaku kebocoran air, teruslah membuat laporan ke Jabatan
Bekalan Air yang terdekat. Air amat penting oleh itu, berjimatlah ketika menggunakan air walau
dalam apa-apa jua keadaan. Jadilah warga prihatin dan bertanggungjawab.

17 Apakah pengajaran atau nilai murni yang boleh dikaitkan dengan petikan di atas?
A Memberitahu masyarakat tentang aktiviti yang menggunakan air bersih.
B Menegur sikap orang ramai yang tidak tahu memanfaatkan air dengan baik.
C Menyedarkan masyarakat bahawa negara hampir kehabisan bekalan air bersih.
D Memupuk sikap berjimat cermat dan menghargai air dalam kalangan pengguna.

18 Penulis menyentuh tentang peratus kandungan air yang boleh diminum di muka bumi ini
bagi menunjukkan
A sumber air tawar yang sangat terhad.
B kegiatan manusia yang membazirkan air.
C pertambahan penduduk yang semakin pesat.
D kehilangan air terutama pada musim kemarau.

[Lihat halaman sebelah

011 © 2019 Hak Cipta Majlis Guru Cemerlang Daeah Hilir Perak SULIT
SULIT 6 011

19 Pernyataan berikut merupakan langkah-langkah yang dapat menjimatkan air, kecuali

A melaporkan kebocoran paip air.
B menutup pili air dengan sempurna.
C menyiram pokok bunga seminggu sekali.
D menadah air hujan untuk membasuh kereta.

20 Rangkai kata menitis sehari suntuk dalam petikan di atas membawa maksud
A menitik berterusan sepanjang hari.
B meresap keluar tidak berhenti-henti.
C membasahi tanah sehingga air bertakung.
D mengalir berterusan dari pagi hingga ke malam.

BAHAGIAN A TAMAT

____________________________________________________________________________________________________________________

You might also like