You are on page 1of 2

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang
berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah.

JAWATAN PENSYARAH SAMBILAN (SEPENUH MASA)


SEMESTER SEPTEMBER 2019 – JANUARI 2020

JADUAL GAJI

KELAYAKAN GAJI

SARJANA RM 2,800.00

SARJANA MUDA RM 2,300.00

AKADEMI / FAKULTI BIDANG

Akademi Pengajian Bahasa (APB) Bahasa Inggeris


Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) − Seni Reka Grafik
− Seni Reka Fesyen
− Seramik Perindustrian
− Seni Reka Fotografi & Pengimejan Kreatif
− Seni Halus
− Art Trivium

Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) − Perancangan Bandar dan Wilayah
− Ukur Bahan
− Ukur Bangunan
− Pengurusan Pembinaan
− Pengurusan Hartanah
− Senibina Landskap
− Sains Ukur dan Geomatik
− Senibina

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Tamadun dan Pemikiran Islam


Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) − Matematik
− Sains Komputer

Fakulti Sains Gunaan (FSG) − Fizik


− Kimia
− Biologi

Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) − Pengurusan


− Ekonomi
SYARAT DAN KRITERIA PEMILIHAN:

a) Mempunyai syarat asas pelantikan Gred 41 untuk pengajaran peringkat Diploma dan Gred 45 untuk
pengajaran peringkat Ijazah seperti berikut :

(i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti ;

(ii) Mendapat PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Kedua Tinggi bagi tahap kelayakan (Ijazah Sarjana
Muda/Sarjana) yang diperlukan untuk peringkat pengajaran (Diploma/Ijazah Sarjana Muda) dan;

(iii) Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf dan ;

(iv) Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik.

b) Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Sarjana) dan telah
selesai menghadiri konvokesyen.

c) Mempunyai pengalaman mengajar dan kemahiran menggunakan teknologi bagi tujuan pengajaran
merupakan satu kelebihan.

d) Mempunyai rekod peribadi yang baik (Contoh : Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib
tidak boleh dipertimbangkan)

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG
PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007) PTFT yang boleh diambil di Pejabat Pentadbiran,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman
sesawang UiTM Cawangan Perak di http://www.perak.uitm.edu.my

b) Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)

c) Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul
surat permohonan.

d) Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-
yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah diianggap
tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Julai 2019 (Jumaat).

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN


PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2044

RUJUKAN : 500-KPK(PT.2/2/1)

You might also like