You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 07-8831012

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi 07-8833201


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Fax : 07-8834008
PTB 1165, Jalan Bukit Seri Lalang e-mail : ppd_kotatinggi@moe.gov.my
81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim laman web:www.ppd.kotatinggi.edu.my

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JPA3005.04/100-
9/2/2Jld.4( )
Tarikh : 5 September 2017
PENGURUS
WILAYAH KEJORA

Tuan,
PERMOHONAN PENAJAAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
INISIATIF PIBK 2017 DAERAH KOTA TINGGI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi melalui Inisiatif PIBK


(Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti) Anjakan ke 9 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia akan menganjurkan majlis anugerah bertujuan
menghargai usaha sekolah-sekolah dalam daerah Kota Tinggi melalui
pengiktiran yang bermakna atas komitmen dan pencapaian sekolah
dalam membawa kejayaan dalam pelbagai bidang di peringkat negeri,
kebangsaan mahupun antarabangsa.

3. Dimaklumkan bahawa pihak PPD Kota Tinggi ingin memanjangkan


hasrat permohonan bantuan penajaan majlis anugerah dengan perincian
seperti berikut :
3.1 Tempat : Dewan Kejora
3.2 Tarikh : 24 Oktober 2017
3.3 Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
3.4 Bilangan : 600 peserta kalangan Pengetua, Guru
Besar, YDP PIBG, NYDP PIBG, SU PIBG, Penyelaras PIBK
dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja yang


dicadangkan beserta perincian permohonan. Sila hubungi Penyelaras
Program, Pn. Nurashikin binti Munaim di talian 010-7111398. Kerjasama
dan keprihatian pihak tuan serta kebersamaan dalam program warga
pendidikan daerah kami didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 07-8831012
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi 07-8833201
Jabatan Pendidikan Negeri Johor Fax : 07-8834008
PTB 1165, Jalan Bukit Seri Lalang e-mail : ppd_kotatinggi@moe.gov.my
81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim laman web:www.ppd.kotatinggi.edu.my

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HAJI MOHAMAD FADIL BIN ISHAK)


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Kota Tinggi
MFI/NM/Sr/050917

You might also like