You are on page 1of 1

Cerpen Munsyi

1. Kota besar itu dikatakan sudah hilang segala nilai tradisinya kerana sarat dengan api prasangka
dan runcing prejudis para warganya yang berbilang dan bercampur-aduk pula bahasa
pertuturannya.
2. Pada pendapat saya, tindakan yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum ialah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu
mewujudkan sekolah 1 aliran sahaja. Selain itu kerajaan juga melalui Jabatan Perpaduan Negara
perlu mewujudkan pelbagai kempen dan program yang melibatkan pelbagai kaum seperti Hari
Malaysia, Hari Sukan Negara dan lain-lain. Seterusnya, pihak media massa juga boleh membantu
kerajaan menghebahkan info dan maklumat penting berkaitan negara yang berunsur positif.
3. Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan peranan penjajah dalam
memecahbelahkan rakyat di sesebuah negara contohnya penjajah menanam racun perkauman
melalui sistem pecah dan perintah. Manakala persoalan luar cerpen ialah keinginan anak muda
berhijrah ke Bandar untuk membina kehidupan. Contohnya aku meminta izin kepada bonda
untuk berhijrah ke kota besar.

Sajak Aku Membaca Lagi

You might also like