You are on page 1of 4

BIL CUE ANN CATATAN

Apabila Tuan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan


Pengarah dan Baharom Bin Mohd Noor, Tuan Pengarah IPGKRM dan
KJ tiba di pintu Yang berusaha Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Encik
Azmi Bin Ayub.

** Hadirin dipersilakan duduk.


1. Protokol majlis Assalamualaikum warahmatullahi w.b.t dan salam Apabila VIP tiba
sejahtera.

Yang berbahagia Tuan Pengarah IPGKRM, Tuan Baharom


Bin Mohd Noor / Tuan Amirul Azim Bin Tuan Mohamad,

Yang berusaha Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Encik


Azmi bin Ayub

yang berusaha penyelaras subjek subjek Bahasa Melayu


Konteksual, GBM1103, Encik Khambali bin Rukini

serta yang dihormati hadirin sekalian.

2. Menyatakan SIRIH BERLIPAT SIRI PINANG,


kesyukuran SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BIACARA

Alhamdulillah, bersyukur kita pada hadrat Ilahi kerana


pada pagi ini kita sama-sama dapat berkumpul pada pagi
ini sempena Program Katakan Tidak Kepada DADAH
anjuran pelajar subjek Bahasa Melayu Konteksual,
GBM1103.

3. Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan doa yang akan dibaca oleh
Saudara Aiman Zakwan Bin Azhari
Dipersilakan.

*** Amin.. amin ya rabbal alamin.


3. Tujuan program Sidang hadirin yang mulia,
Untuk makluman, program pada hari ini diadakan untuk
memberi kesedaran kepada para pelajar IPGKRM
berkenaan bahayanya penyalahgunaan dadah serta serta
tidak langsung menonjolkan bakat para pelajar dalam
aktiviti pengucapan awam bersempena Program Katakan
Tidak Kepada Dadah

4. Ucapan KJ Sebagai pembuka tirai, majlis dengan hormatnya


menjemput Encik Azmi Bin Ayub selaku Ketua Jabatan
Pengajian Melayu untuk memberikan ucapan beliau.

Majlis mempersilakan

*******Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Encik Azmi Bin Ayub atas ucapan beliau sebentar tadi.

5. Ucapan Hadirin sekalian,


perasmian oleh
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang
Tuan Pengarah
berbahagia Tuan Pengarah IPGKRM, Tuan Baharom Bin
Mohd Noor / Tuan Amirul Azim Bin Tuan Mohamad
untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan
program kita pada hari ini. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.
****** ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan
Pengarah atas ucapan beliau tadi.

6. Acara 1 (Debat) Seterusnya, tibalah acara yang dinanti-nantikan oleh kita


iaitu persembahan pengucapan awam oleh para pelajar.

Hadirin yang dihormati,


Marilah kita memulakan program kita pada hari ini
dengan menyaksikan acara pertama iaitu persembahan
debat antara kumpulan 1 dan kumpulan 7. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
****** Terima kasih diucapkan kepada kumpulan 1 dan
kumpulan 7 atas persembahan yang bertenaga sebentar
tadi.

7. Acara 2 (Forum) Hadirin sekalian, marilah kita sama-sama pula


menyaksikan acara yang seterusnya pula iaitu
persembahan forum yang akan dikendalikan oleh
Kumpulan 6 dengan tajuk “Bahaya Dadah”. Majlis
mempersilakan.

*******Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


persembahan forum tadi.

8. Acara 3 (Pidato) Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan 3 bagi


mempersembahkan persembahan pidato dengan tajuk
‘Katakan Tidak Kepada Dadah’. Majlis mempersilakan.

********Terima kasih Kumpulan 4 atas persembahan


tadi.

9. Acara 4 Acara diteruskan pula dengan persembahan ceramah


(Ceramah)
yang akan disampaikan oleh Kumpulan 8. Dipersilakan.

****** Terima kasih diucapkan kepada kumpulan 8 atas


persembahan tadi.

10. Acara 5 Kini tibalah acara terakhir yang akan dipersembahkan


(Syarahan)
oleh Kumpulan 4 iaitu persembahan syarahan. Majlis
dengan segala sukacitanya menjemput Kumpulan 4.

********Terima kasih Kumpulan 4 atas persembahan


tadi.
11. Penutup Dengan berakhirnya persembahan tadi, maka
berakhirlah program kita pada hari ini. Diharapkan agar
semua hadirin gembira dengan persembahan-
persembahan tadi.

MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,


KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA,
ANDAI TERLANJUR PATAH BICARA,
SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA.

SONGKET BIRU TAMPAK BERSERI,


TENUNAN INDAH BUAT ARJUNA,
TERSILAP BICARA HARAP MAAFI,
KETEMU LAGI, DI LAIN ACARA.

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabillahi..


wassalamualaikum w.b.t

Majlis mengumumkan Yang Berbahagia Tuan Baharom


Bin Mohd Noor meninggalkan majlis.

Majlis bersurai.

You might also like