You are on page 1of 19

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN
AUDIT DALAM AKREDITASI &
PENILAIAN KENDIRI PROGRAM
KOLEJ VOKASIONAL

EDISI 2018

KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN


JASIN MELAKA

KOMPETEN ~ INOVATIF ~ VERSATIL


Jaminan Kualiti KVDSAZI

ISI KANDUNGAN
PERKARA Mukasurat

AHLI JAWATAKUASA 3
1.0 PENGENALAN 4
2.0 OBJEKTIF GARIS PANDUAN 4
3.0 PROSES PENILAIAN KENDIRI 5
3.1 Sebelum Lawatan Penilaian 5
3.2 Semasa Lawatan Penilaian 5
3.3 Selepas Lawatan Penilaian 6

4.0 GARIS PANDUAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM 7


4.1 Objektif Garis Panduan 7
4.1.1 Input 7
4.1.2 Output 7
4.2 Dokumen Rujukan 7
4.3 Singkatan/Definisi dan Fungsi 7
4.3.1 Ketua Jabatan 7
4.3.2 Ketua Program 7
4.3.3 Majlis Perwakilan Pelajar 7
4.3.4 Jawatankuasa Penilaian Kendiri Program Kolej Vokasional 7
4.3.5 Ahli Panel Penilai 8
4.3.6 Laporan Penilaian Kendiri Program – SRR 8
4.3.7 Pegawai Perhubungan – LO 8

5.0 PROSEDUR KERJA – TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN 9


5.1 Sebelum Lawatan Penilaian Kendiri Program Pengajian 9
5.2 Semasa Lawatan Penilaian Kendiri Program Pengajian 10
5.2.1 Temubual 12
a. Pelajar 12
b. Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 12
c. Staf Akademik / Staf Sokongan Akademik 13
d. Ketua Jabatan / Ketua Program 13
GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc
1
Jaminan Kualiti KVDSAZI

5.2.2 Lawatan Kemudahan / Fasiliti (Sumber Pendidikan) 14


a. Fasiliti pengajaran & pembelajaran 14
b. Fasiliti sokongan Pengajaran & Pembelajaran 15
5.3 Selepas Lawatan Penilaian Kendiri Program Pengajian 15

6.0 LAMPIRAN 17
7.0 SINGKATAN 18

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


2
Jaminan Kualiti KVDSAZI

AHLI JAWATANKUASA
GARIS PANDUAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM
KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGERUSI
EN. FAUZI BIN ABDULLAH
(TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK, BPTV)

TIMBALAN PENGERUSI
PN. HAFIDZAH BT OMAR
(KETUA PENOLONG PENGARAH SEKTOR VOKASIONAL, BPTV)

PENYELARAS
ANITA BINTI HASHIM
(KETUA UNIT JAMINAN KUALITI BPTV)

PENOLONG PENYELARAS
HJ. MOHAMAD BIN MUDA
(KV WAKAF TEMBESU, KUALA TERENGGANU)

SETIAUSAHA
HJ. RASIDI BIN ISA @ ELIAS
(KV MUADZAM SHAH, PAHANG)

AHLI-AHLI
HJH NOR AINI BINTI MOHD YUSOF
(KV ERT SETAPAK, KUALA LUMPUR)

SITI MAHAYA BINTI AHMAD


(KV ARAU, PERLIS)

SHAMSIAH BINTI AHMAD


(KV KUANTAN, PAHANG)

NOOR AZIZAH BINTI MUSA


KV GERIK, PERAK

ZURAIDA BINTI DZUKAFLY


(KV BACHOK, KELANTAN)

HJ. DZULFAKAR BIN AHMAT


(KV SUNGAI PETANI 2, KEDAH)

HJH CHE NOREHAN BINTI AZIZ


(KV (ERT) AZIZAH, JOHOR)

ROSLY BIN SHAABAN


(KV DATO LELA MAHARAJA, NEGERI SEMBILAN)

DINA HANANI BINTI MOHD RAHIM


(KV DATO LELA MAHARAJA, NEGERI SEMBILAN)

DISUNTING DAN DISUSUN SEMULA OLEH:


ABDULL MANAF BIN NORDIN
KJK KVDSAZI
© kjkkvjasin@gmail.com

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


3
Jaminan Kualiti KVDSAZI

1.0 PENGENALAN

Garis Panduan Penilaian Kendiri Program Pengajian Kolej Vokasional ini merupakan satu medium
yang dapat memberikan panduan kepada Kolej Vokasional sebagai persediaan bagi memperoleh
akreditasi dari pihak MQA.

Garis Panduan Persediaan Akreditasi Penuh (FA) Kolej Vokasional ini dibangun berpandukan
kepada Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA).
Justeru, buku Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) perlu dijadikan rujukan bagi mendapatkan
maklumat yang lebih terperinci.

Akreditasi Penuh (FA) merupakan satu aktiviti penilaian untuk memastikan bahawa kegiatan
pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan sesuatu program yang
ditawarkan oleh sesebuah Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) telah menepati standard kualiti
(COPPA) dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

2.0 OBJEKTIF

Garis panduan ini diterbitkan bertujuan untuk memberikan maklumat dan penerangan tentang
proses dan persediaan kolej untuk membuat permohonan Akreditasi Penuh (FA). Dengan adanya
garis panduan ini, diharap Kolej Vokasional akan mendapat segala maklumat dan perincian yang
berkaitan dalam usaha menyediakan dokumen dan persiapan permohonan Akreditasi Penuh (FA).

Terdapat dua tahap akreditasi program, iaitu Akrdeditasi Sementara dan Akreditasi Penuh. Untuk
mencapai tahap Akreditasi Penuh, setiap program perlu melalui proses penilaian kendiri (dalaman)
dan penilaian program (luaran). Kolej Vokasional perlu melengkapkan dan menyerahkan MQA-02
yang mengandungi maklumat Program dan Laporan Penilaian Kendiri sebagaimana dinyatakan
dalam seksyen 3 COPPA.

Penilaian Kendiri Program Pengajian Kolej Vokasional juga dikenali sebagai Audit Kualiti Dalaman
dikendalikan oleh sesebuah Kolej Vokasional dan ia merupakan komponen utama dalam dokumen
MQA-02 yang perlu dikemukakan kepada MQA untuk dinilai oleh Ahli Panel Penilai (APP) bagi
mendapatkan Akreditasi Penuh (FA).

Penilaian Kendiri sesuatu program ialah perlakuan penilaian yang dilaksanakan oleh sesebuah
Kolej Vokasional dengan tujuan memastikan sama ada ia berjaya mencapai matlamatnya,

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


4
Jaminan Kualiti KVDSAZI

mengenal pasti kekuatan dan aspek-aspek yang memerlukan perhatian tertentu, dan untuk
meningkatkan kualiti. Proses penilaian kualiti merangkumi sembilan bidang berikut yang
mengandungi standard dan kriteria kualiti (standard asas dan tinggi):

1. Visi, Misi, Matlamat Pendidikan dan Hasil Pembelajaran;


2. Reka bentuk dan penyampaian kurikulum;
3. Penilaian pelajar;
4. Pemilihan dan khidmat sokongan pelajar;
5. Staf akademik;
6. Sumber pendidikan;
7. Pemantauan dan semakan program;
8. Kepimpinan, governan dan pentadbiran; dan
9. Penambahbaikan kualiti berterusan.

3.0 PROSES PENILAIAN KENDIRI

Proses Penilaian Kendiri Program Pengajian Kolej Vokasional melibatkan tiga aktiviti utama iaitu :

i) Semakan Dokumen
ii) Temubual
iii) Lawatan

3.1 Sebelum Lawatan Penilaian


Pasukan Petugas Penilaian Kendiri akan meneliti dokumen MQA-01 yang telah
dikemaskini dan menyediakan Laporan Pra Penilaian Kendiri Program Pengajian.

3.2 Semasa Lawatan Penilaian


Lawatan bermula dengan mesyuarat pembukaan, mengendalikan temubual dengan
pengurusan program akademik (academic leaders), staf akademik, pelajar dan pihak
berkepentingan juga lawatan ke fasiliti pengajaran & pembelajaran dengan tujuan
mendapatkan penjelasan isu-isu bagi meneliti keberkesanan sistem kualiti program
dalam usaha mencapai segala tujuan dan objektifnya di samping menyemak
dokumen yang berkaitan. Laporan lisan akan diberikan di mesyuarat penutup yang
memberi perhatian khas kepada bidang kekuatan program sambil menekankan
aspek-aspek yang perlu diberi perhatian, dan peluang penambahbaikan.

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


5
Jaminan Kualiti KVDSAZI

3.3 Selepas Lawatan Penilaian

Pasukan Petugas Penilaian Kendiri akan menyediakan Laporan Hasil Penilaian


Kendiri Program yang meliputi sembilan bidang penilaian jaminan kualiti berdasarkan
interpretasi segala maklumat atau keterangan yang dikumpul mengenai :

 Pujian : Aspek-aspek peruntukan program yang dianggap patut dipuji.


 Penegasan : Penambahbaikan yang dicadangkan oleh jabatan terhadap
aspek-aspek tertentu program yang dianggap penting dan perlu digalakkan.
 Syor : Cadangan untuk menambah baik program

Selepas Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program diteliti dan pelan tindakan
pembetulan/penambahbaikan dilaksanakan, Ketua Program dan pasukan petugas yang
berkemampuan membuat penilaian yang objektif serta berkebolehan memberi
maklumat yang berguna tentang program pengajian akan menyediakan Laporan
Penilaian Kendiri (SRR) Program yang juga meliputi sembilan bidang penilaian jaminan
kualiti mengenai:

 Kekuatan program dalam mencapai matlamatnya;


 Bidang yang perlu diberikan perhatian;
 Strategi bagi mengekal dan meningkatkan kekuatan program;
 Langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi bidang bermasalah
 Kesimpulan serta cadangan untuk penambahbaikan.
Sumber : Dokumen Kod Amalan Akreditasi Program, MQA

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


6
Jaminan Kualiti KVDSAZI

4.0 GARIS PANDUAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM (AUDIT KUALITI DALAMAN)

4.1 OBJEKTIF GARIS PANDUAN

Prosedur ini adalah untuk menjelaskan langkah yang perlu diambil dalam pengurusan
pelaksanaan Penilaian Kendiri Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

4.1.1 INPUT
Dokumen MQA-01 yang telah dikemaskini
(Dokumen MQA-02 tanpa Bahagian D)

4.1.2 OUTPUT
Laporan Penilaian Kendiri Program (SRR)

4.2 DOKUMEN RUJUKAN


4.2.1 Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA)
4.2.2 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)

4.3 SINGKATAN / DEFINISI DAN FUNGSI

4.3.1 Ketua Jabatan - KJ


Pegawai yang dilantik oleh Kolej Vokasional yang bertanggungjawab mengurus hal
ehwal akademik, kebajikan dan disiplin pelajar di Jabatan.

4.3.2 Ketua Program - KP


Pegawai yang dilantik oleh Kolej Vokasional yang mempunyai kelayakan dalam
bidang program yang diterajuinya dan beliau bertanggungjawab terhadap program
tersebut yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional.

4.3.3 Majlis Perwakilan Pelajar - MPP


Sekumpulan pelajar Kolej Vokasional yang dilantik oleh pengarah Kolej Vokasional
setelah mendapat mandat daripada pelajar Kolej Vokasional melalui proses
pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


7
Jaminan Kualiti KVDSAZI

4.3.4 Jawatankuasa Penilaian Kendiri Program Kolej Vokasional - JK PKP KV


Terdiri daripada pegawai / sekumpulan pegawai yang dilantik oleh Pengarah Kolej
Vokasional bagi menyelaras aktiviti Penilaian Kendiri Program di peringkat Kolej
Vokasional.

4.3.5 Ahli Panel Penilai - APP


Satu pasukan petugas ditubuhkan dan seorang pengerusi dilantik. Ahli pasukan
petugas ini mestilah terdiri daripada mereka yang berkemampuan membuat
penilaian yang objektif dan berkebolehan memberi maklumat yang berguna tentang
program berkenaan. Ia mungkin terdiri daripada pemeriksa luar ketua jabatan, dan
ketua program yang ada hubungan dengan program berkenaan.
Sumber : (COPPA Seksyen 4:4.1.1)

4.3.6 Laporan Penilaian Kendiri Program (SRR)


Satu penerangan tentang dapatan Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program oleh
PPPK. Ianya mengandungi perkara-perkara berikut :
 Kekuatan program dalam mencapai matlamatnya;
 Bidang yang perlu diberi perhatian;
 Strategi bagi mengekal dan meningkatkan kekuatan program;
 Langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah; dan
 Kesimpulan serta cadangan untuk penambahbaikan.
Sumber : (COPPA Seksyen 3 Bahagian D)

4.3.7 Pegawai Perhubungan (LO)


Setiausaha Akreditasi Program bertindak sebagai penghubung antara Program
Pengajian dan PPPK untuk menyelaraskan urusan penilaian kendiri program

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


8
Jaminan Kualiti KVDSAZI

5.0 PROSEDUR KERJA – TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

5.1 Sebelum Lawatan Penilaian Kendiri Program Pengajian

Rujuk Lampiran 1 - Carta Alir Lawatan Penilaian Kendiri Program KV

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB

Membentuk JK Penilaian Kendiri Program KV


PENGARAH 1
Rujuk Lampiran 2 – Carta Organisasi JK Audit Dalaman

Sedia dokumen MQA-01 atau MQA-02 (tanpa Bahagian D) yang telah


2 dikemas kini.

Hantar permohonan untuk penilaian kendiri Program bersama 1 salinan


KP
dokumen MQA-02 (tanpa Bahagian D) kepada J/K PKP Kolej
3 Vokasional.

Rujuk Lampiran 3 – Borang Permohonan Penilaian Kendiri Program

Rekod permohonan untuk Penilaian Kendiri Program.


4
Rujuk Lampiran 4 – Borang Rekod Penilaian Kendiri Program
JK PKP KV
Pastikan dokumen adalah lengkap. Sekiranya dokumen tidak lengkap,
5 mohon Ketua Program menyerahkan maklumat tambahan.

Sedia maklumat tambahan untuk diserahkan kepada JK PKP Kolej


KP 6 Vokasional (jika perlu).

Lantik Pasukan Petugas Ahli Penilaian Kendiri Program (APP Dalaman)


yang terdiri daripada seorang pengerusi dan 2 atau lebih penilai dan
disyorkan salah seorang daripada pasukan ini adalah merupakan Panel
JK PKP KV 7
Penilai MQA.

Rujuk Lampiran 5 - Surat Lantikan APP

Laksana mesyuarat penyelarasan pasukan petugas penilaian kendiri


8 Program Pengajian bagi tujuan agihan tugas.

Menilai dokumen MQA-01 atau MQA-02 (tanpa Bahagian D) yang


APP dikemas kini, selaraskan dapatan dan sedia Laporan Pra Penilaian
(AUDITOR) Kendiri Program.
9

Rujuk Lampiran 6 – Laporan Penilaian Kendiri

10 Sedia dan laksanakan Jadual Penilaian Kendiri Program

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


9
Jaminan Kualiti KVDSAZI

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB

Rujuk Lampiran 7 – Jadual Lawatan Penilaian Kendiri

Dapatkan pengesahan Jadual Penilaian Kendiri Program daripada pihak


11 Pengurusan Kolej Vokasional untuk melaksanakan penilaian kendiri
Program.
JK PKP KV
Hantar jadual Penilaian Kendiri Program kepada semua ketua
12
jabatan/bahagian/unit yang terlibat.

Menyediakan semua dokumen-dokumen berkaitan 29 item.


13
Rujuk Lampiran 8 – Senarai Semak Lawatan Penilaian Kendiri

14 Menyediakan bilik operasi/penilaian.

KP 15 Menyedia slide pembentangan.

16 Kenal pasti individu / kumpulan yang dinilai mengikut bidang

17 Lantik Pegawai Perhubungan (LO)

5.2 Semasa Lawatan Penilaian Kendiri Program Pengajian


Rujuk Carta Alir Lawatan Penilaian Kendiri Program Pengajian (Lampiran 1)

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB
Adakan Mesyuarat Pembukaan dengan dihadiri oleh pihak pengurusan
APP kolej dan individu/kumpulan yang dinilai mengikut bidang serta
(AUDITOR) 1 mencatatkan kehadiran dalam borang Senarai Kehadiran Mesyuarat
Penilaian Kendiri Program.
Rujuk Lampiran 9 – Senarai Kehadiran Mesyuarat Penilaian Kendiri

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


10
Jaminan Kualiti KVDSAZI

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB

Pengesahan maklumat daripada penilaian dokumen MQA-01 yang


dikemas kini dibuat dengan melaksanakan Penilaian Kendiri Program
dengan merujuk :

i. Para 6.2.1 - Proses Temubual


a. Pelajar
b. JK Perwakilan Pelajar (MPP)
c. Staf Akademik / Staf Sokongan Akademik
d. Ketua Program / Ketua Jabatan
2
ii. Para 6.2.2 - Proses Lawatan Kemudahan/Fasiliti Sumber
APP Pendidikan
(AUDITOR) a. Fasiliti pengajaran & pembelajaran
b. Fasiliti sokongan pengajaran & pembelajaran

PPPK boleh menggunakan Instrument Penilaian Kendiri Program (Audit


Kualiti Dalaman) dalam pelaksanaan sepanjang Penilaian Kendiri
Program berjalan sebagai panduan.
Rujuk Lampiran 10 – Instrumen Penilaian Kendiri

Laksana Mesyuarat Penyelarasan dapatan Penilaian Kendiri. Pengerusi


5 panel penilai mendapatkan maklum balas dan merumus hasil dapatan
penilaian.

Sediakan Rumusan Penilaian Kendiri (laporan tidak rasmi) empat


perkara di bawah yang merangkumi bidang satu sehingga sembilan :

6 i. Pujian
ii. Penegasan
iii. Bidang yang perlu diberi perhatian
iv. Syor (jika ada)

Adakan Mesyuarat Penutup dengan membentangkan rumusan penilaian


kendiri program serta mencatatkan kehadiran dalam borang Senarai
7 Kehadiran Mesyuarat Penilaian Kendiri Program

Rujuk Lampiran 8 - Senarai Semak Lawatan Penilaian Kendiri

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


11
Jaminan Kualiti KVDSAZI

5.2.1 Proses Temu bual

a. Pelajar

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB
Kenal pasti pelajar-pelajar yang akan ditemu bual seramai 10-20 orang
pelajar yang mewakili pelajar dari setiap tahun pengajian dengan
APP merujuk Lampiran 11.
1
(AUDITOR)
Rujuk Lampiran 11 - Senarai Pelajar Untuk Sesi Temubual

Pegawai
2 Pastikan pelajar-pelajar yang terpilih bersedia untuk ditemubual
Perhubungan

Laksana temubual dengan :


i. Kemukakan soalan temubual (Lampiran 12). Proses temu bual boleh
dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.
3 ii. Catatkan maklumat yang dikemukakan oleh pelajar.
APP
(AUDITOR) Rujuk Lampiran 12 - Contoh Soalan Temubual

Masukkan dapatan temubual ke dalam Laporan Hasil Penilaian Kendiri


4 Program (Lampiran 17)

Rujuk Lampiran 17 - Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program

b. Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar - MPP

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB

Kenal pasti wakil MPP yang akan ditemu bual seramai 5-10 orang pelajar
APP yang mewakili pelajar dari setiap semester yang berada di Kolej
(AUDITOR) Vokasional dengan merujuk Lampiran 13.
1
Rujuk - Lampiran 13 - Senarai MPP untuk Temuduga

Pegawai
2 Pastikan wakil MPP yang terpilih bersedia untuk ditemu bual
Perhubungan

Laksana temu bual:

APP i. Kemukakan soalan temu bual dengan merujuk senarai maklumat


(AUDITOR) 3 yang perlu diperolehi dari wakil MPP. Proses temu bual boleh
dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.

ii. Catatkan maklumat yang dikemukakan oleh wakil MPP.

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


12
Jaminan Kualiti KVDSAZI

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB

Masukkan dapatan temubual ke dalam Laporan Hasil Penilaian Kendiri


4 Program (Lampiran 17)
Lampiran 17 - Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program

c. Staf Akademik / Staf Sokongan Akademik

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB

Kenal pasti pensyarah-pensyarah yang akan ditemu bual seramai 10-20


APP orang pensyarah yang berada di Kolej Vokasional dengan merujuk
(AUDITOR) 1 Lampiran 14.

Rujuk Lampiran 14 – Senarai Pensyarah untuk Temubual

Pegawai
2 Pastikan wakil pensyarah bersedia untuk ditemu bual
Perhubungan

Laksanakan temu bual:

i. Catatkan profil pensyarah yang ditemu bual. Kemukakan soalan temu


bual dengan merujuk senarai maklumat yang perlu diperolehi dari
3
Staf Akademik. Proses temu bual boleh dilaksanakan secara individu
APP atau berkumpulan.
(AUDITOR)
ii. Catatkan maklumat yang dikemukakan oleh pensyarah.
Laporkan dapatan temubual dimasukkan ke dalam Laporan Hasil
4 Penilaian Kendiri Program (Lampiran 17)

Rujuk Lampiran 17 - Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program

d. Ketua Jabatan / Ketua Program.

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB

APP Kenal pasti keperluan-keperluan dokumen dipenuhi mengikut garis


1
(AUDITOR) panduan COPPA.

KP/ KJ 2 Bersedia dan memberi kerjasama semasa sesi temu bual.

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


13
Jaminan Kualiti KVDSAZI

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB

i. Kemukakan soalan temu bual dengan merujuk senarai maklumat yang


perlu diperolehi dari KP / KJ /KU dengan berpandukan Instrumen
Audit Dalaman seperti di Lampiran 10. Proses temu bual beserta
semakan ke atas dokumen/fail yang berkaitan boleh dilaksanakan
3 secara individu atau berkumpulan.
APP ii. Catatkan maklumat yang dikemukakan oleh pensyarah.
(AUDITOR)
Rujuk Lampiran 10 – Instrumen Penilaian Kendiri

Laporkan dapatan temu bual dimasukkan ke dalam Laporan Hasil


4 Penilaian Kendiri Program (Lampiran 17)

Rujuk Lampiran 17 - Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program

5.2.2 Lawatan Kemudahan / Fasiliti (Sumber Pendidikan)

a. Fasiliti pengajaran & pembelajaran

i. Dewan/Bilik Kuliah
ii. Makmal/Bengkel

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB

APP
Kenal pasti faisliti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilawati.
(AUDITOR) 1

Pegawai
2 Pastikan pegawai / staf sokongan akademik bersedia di lokasi lawatan.
Perhubungan

i. Buat pemerhatian terhadap penyampaian pengajaran dan


pembelajaran oleh Pensyarah Kursus.
3 (minimum 2 kelas dan keutamaan kepada Kursus Teras).
ii. Temubual staf akademik / sokongan akademik yang
APP bertanggungjawab ke atas kemudahan fasiliti berkenaan (jika perlu).
(AUDITOR)

iii. Buat catatan dapatan lawatan.


iv. Laporkan dapatan lawatan dimasukkan ke dalam Laporan Hasil
4 Penilaian Kendiri Program (Lampiran 17)
Rujuk Lampiran 17 - Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program

b. Fasiliti sokongan Pengajaran & Pembelajaran

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


14
Jaminan Kualiti KVDSAZI

i. Perpustakaan / Pusat Sumber


ii. Pusat Sukan / Kemudahan Sukan
iii. Unit Peperiksaan / Bilik Kebal
iv. Unit Teknologi Maklumat
v. Unit Bimbingan Kaunseling
vi. Jabatan Hal Ehwal Pelajar
vii. Asrama.

TANGGUNG
BIL. TINDAKAN
JAWAB

APP 1 Kena pasti Fasiliti Sokongan Pengajaran & Pembelajaran yang akan
(AUDITOR) dilawati.

Pegawai
2 Pastikan pegawai/staf sokongan akademik bersedia di lokasi lawatan.
Perhubungan

i. Temu bual staf akademik/sokongan akademik yang


bertanggungjawab ke atas kemudahan fasiliti sokongan berkenaan
3 (jika perlu).

APP ii. Buat catatan dapatan lawatan.


(AUDITOR)
Masukkan dapatan lawatan ke dalam Laporan Hasil Penilaian Kendiri
4 Program (Lampiran 17)

Rujuk Lampiran 17 - Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program

5.3 Selepas Lawatan Penilaian Kendiri Program Pengajian

Rujuk Lampiran 1 - Carta Alir Lawatan Penilaian Kendiri Program KV

TANGGUNG
TINDAKAN
JAWAB

Tentukan Tahap Pencapaian Standard COPPA (Lampiran 15) dan


lengkapkan Ringkasan Penilaian Tahap Pencapaian Mengikut Bidang
(Lampiran 16).
APP
Sila guna Rubrik Penetapan Tahap Pencapaian Standard dalam
(AUDITOR)
1 program excel untuk membuat pengiraan Tahap Pencapaian Standard
COPPA. Rujuk Lampiran A.
Rujuk Lampiran 15 – Tahap Pencapaian Standard COPPA
Rujuk Lampiran 16 – Ringkasan Penilaian Tahap Pencapaian
Mengikut Bidang

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


15
Jaminan Kualiti KVDSAZI

TANGGUNG
TINDAKAN
JAWAB

Sedia Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program (Lampiran 17) dalam


tempoh 14 hari bekerja dari tarikh lawatan Penilaian Kendiri Program
2
Pengajian. Contoh Laporan sila rujuk Lampiran B.
Rujuk Lampiran 17 – Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program

Dapatkan pengesahan daripada Jawatankuasa Penilaian Kendiri


3
Program Kolej Vokasional.

Serah Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program kepada KP/KJ


4
berkaitan.

Adakan mesyuarat peringkat program di Jabatan untuk meneliti


5
Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program.

Sedia Pelan Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan (Lampiran 18)


Rujuk
6
Rujuk Lampiran 18 – Pelan Tindakan Pembetulan
Penambahbaikan

7 Laksana Pelan Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan.

KP Sedia Laporan Penilaian Kendiri Program (SRR - Bahagian D)


mengikut format seperti dalam Lampiran 19.
Rujuk contoh Laporan SRR (Lampiran C)
8

Rujuk Lampiran 19 – Laporan Penilaian Kendiri (SRR) Program

Serah Laporan Penilaian Kendiri Program (Bahagian D) kepada


9 Jawatankuasa Penilaian Kendiri Program Kolej Vokasional untuk
semakan.

Bentangkan Laporan Penilaian Kendiri Program (Bahagian D) di


KP/KJ 10 Mesyuarat JK Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran/JK
Kecemerlangan Akademik / Pengurusan / Kajian Semula Pengurusan.

KP 11 Sediakan Dokumen MQA- 02

Laksana proses permohonan Akreditasi Penuh (FA) bersama-sama


dokumen dan bayaran yang diperlukan ke Agensi Kelayakan Malaysia
KP/KJ 12 (MQA) melalui Sektor Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan
Teknik dan Vokasional.

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


16
Jaminan Kualiti KVDSAZI

6.0 SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 Carta Alir Proses Penilaian Kendiri Program

2 Carta Organisasi JK Penilaian Kendiri Program

3 Borang Permohonan Penilaian Kendiri Program

4 Borang Penilaian Kendiri Program

5 Surat Lantikan Pasukan Petugas Penilaian Kendiri Program (Auditor)

6 Format Laporan Pra Penilaian Kendiri

7 Jadual Lawatan Penilaian Kendiri Program

8 Senarai Semakan Lawatan Penilaian Kendiri Program

9 Senarai Kehadiran Mesyuarat Pembukaan dan Penutup

10 Instrumen Penilaian Kendiri Program

11 Borang Senarai Nama Pelajar Untuk Ditemubual

12 Contoh Soalan Temu Bual

13 Senarai Nama MPP Untuk Temubual

14 Senarai Nama Pensyaurah Untuk Temubual

15 Tahap Pencapaian Standard COPPA Mengikut Bidang

16 Ringkasan Penilaian Tahap Pencapaian Mengikut Bidang

17 Laporan Hasil Penilaian Kendiri Program

18 Pelan Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan

19 Laporan Penilaian Kendiri Program (SRR - Bahagian D)

LAMPIRAN A Tahap Pencapai Standard (Excel)

LAMPIRAN B Contoh Laporan Hasil Penilaian Kendiri

LAMPIRAN C Contoh SRR yang sudah lengkap

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


17
Jaminan Kualiti KVDSAZI

7.0 SINGKATAN
BIL SINGKATAN `TAKRIFAN
1 P PENGARAH KV DSAZI

2 KJ Ketua Jabatan

3 KP Ketua Program

4 APP Ahli Panel Penilai

5 JK PKP KV Jawatan kuasa Penilaian Kendiri Program Kolej Vokasional

6 MQA Malaysian Qualification Agency

7 COPPA Code of Practice for Programme Accreditation

8 FA Full Accreditation

9 PPT Pemberi Pendidikan Tinggi

10 MQF Malaysian Qualification Frame

11 MQA-01 Dokumen Akreditasi Sementara

12 MQA-02 Dokumen Akreditasi Penuh

13 SRR Self Review Report

14 LO Liaison Officer

15 MPP Majlis Perwakilan Pelajar

GP Audit Penilainan Kendiri Program - KVDSAZI.doc


18

You might also like