You are on page 1of 2

Baca petikan di bawah.

Pak Cik Sapuan seorang pengusaha sos tiram


yang terkenal di negeri Perak. Beliau
mempunyai sebuah kilang memproses sos
tiram yang besar di Kuala Kangsar. Sos tiram
keluaran syarikat Pak Cik Sapuan sangat sedap.
Pak Cik Sapuan bercadang untuk memperbesar
perniagaannya.

Oleh itu, Pak Cik Sapuan telah menambah


bilangan pekerja dan mesin memproses
sos tiram untuk meningkatkan keluaran
syarikatnya. Pak Cik Sapuan juga sentiasa
memastikan pembungkusan sos tiram
keluarannya menarik dan berkualiti.
Kegigihan Pak Cik Sapuan sebagai
pengusaha sos tiram patut dicontohi. Setiap
orang yang berusaha dengan bersungguh-
sungguh akan berjaya. Begitu juga murid-
murid sekolah perlu berusaha untuk berjaya.

Sikap Pak Cik Sapuan yang rajin dan


melakukan kerja dengan tekun menjadi ikutan
kepada anaknya, Arman. Setiap hari, Arman
akan berusaha dengan bersungguh-sungguh
agar cita-citanya untuk menjadi peniaga
yang berjaya seperti bapanya akan tercapai.
Bagi Arman, untuk mencapai sesuatu kejayaan
perlulah memiliki ilmu.

You might also like