You are on page 1of 2

Baca petikan.

Pak Cik Sapuan seorang pengusaha sos tiram


yang terkenal di negeri Perak. Beliau mempunyai
sebuah kilang memproses sos tiram yang besar di
Kuala Kangsar. Sos tiram keluaran syarikat Pak Cik
Sapuan sangat sedap. Pak Cik Sapuan
bercadang untuk memperbesar perniagaannya.

Oleh itu, Pak Cik Sapuan telah menambah


bilangan pekerja dan mesin memproses sos tiram
untuk meningkatkan keluaran syarikatnya. Pak Cik
Sapuan juga sentiasa memastikan
pembungkusan sos tiram keluarannya menarik
dan berkualiti.
Kegigihan Pak Cik Sapuan sebagai pengusaha
sos tiram patut dicontohi. Setiap orang yang
berusaha dengan bersungguh-sungguh akan
berjaya. Begitu juga murid-murid sekolah perlu
berusaha untuk berjaya.

Sikap Pak Cik Sapuan yang rajin dan


melakukan kerja dengan tekun menjadi ikutan
kepada anaknya, Arman. Setiap hari, Arman akan
berusaha dengan bersungguh-sungguh agar
cita-citanya untuk menjadi peniaga yang berjaya
seperti bapanya akan tercapai. Bagi Arman,
untuk mencapai sesuatu kejayaan perlulah
memiliki ilmu.

You might also like