You are on page 1of 2

THAM DAO FENG

021013-10-1007
1.1 Pengenalan Perniagaan

Saya Tham Dao Feng ,Zhen Hao dan Jun Yau telah menjalankan perkhidmatan dobi dan
dobi layan diri bermula 1 Mac 2019.Perniagaan perkongsian kami dibantu oleh dua
orang pekerja yang dibayar gaji RM1000 sebulan.Kedai kami didaftarkan sebagai Dobi
Lemon dan Rakan-rakan di 7,Jalan 65,Taman Bukit Mewah,43000
Kajang ,Selangor.Selain daripada aktiviti utama iaitu perkhidmatan dobi dan dobi layan
diri kami juga menjalankan aktiviti sampingan iaitu menjual pelembut mini dan sabun
mini.Setiap pekongsi menyumbangkan modal sebanyak RM60000 seorang .

Tahun kewangan perniagaan berakhir pada 28 Februari setiap tahun.Perniagaan kami


menerima tawaran kontrak menyediakan perkhidmatan dobi daripada sebuah hotel dan
sebuah asrama dengan bayaran secara kredit untuk selama setahun.Kutipan hasil dobi
akan dibankkan setiap dua hari.Perniagaan akan membuat komisen daripada Pembekal
Kao Kao bagi belian sabun mini dan pelembut mini .

Kami memilih untuk menubuhkan perniagaan ini kerana:


I. Permintaan tentang perkhidmatan dobi yang semakin tinggi.
II. Kekurangan kedai dobi di lokasi perniagaan kami.
Kelebihan menjalankan perniagaan ini ialah kami dapat menyediakan perkhidmatan
dobi yang berkualiti tinggi kerana kita mempunyai pengalaman kerja dalam bidang tersebut
selama tiga tahun.Dengan ini kami dapat memenuhi kepuasan dan kehendak pelanggan
kami.Kedai perkhidmatan dobi kami akan menghadapi pelbagai risiko seperti liabiliti tidak
terhad,persaingan dengan dobi lain pada masa depan dan terpaksa menanggung semua kos
dan kerugian yang dialami.Bagaimanapun,kami yakin dapat menangani segala masalah di
atas.

1
THAM DAO FENG
021013-10-1007

You might also like