You are on page 1of 1

1.

1 Pengenalan Perniagaan

Saya Tham Dao Feng ,Zhen Hao dan Jun Yau telah menjalankan perkhidmatan dobi dan
dobi layan diri bermula 1 Mac 2019.Perniagaan perkongsian kami dibantu oleh dua orang
pekerja yang dibayar gaji RM1000 sebulan.Kedai kami didaftarkan sebagai Dobi Lemon
dan Rakan-rakan di 7,Jalan 65,Taman Bukit Mewah,43000 Kajang ,Selangor. Selain
daripada aktiviti utama iaitu perkhidmatan dobi dan dobi layan diri kami juga menjalankan
aktiviti sampingan iaitu menjual pelembut mini dan sabun mini.Setiap pekongsi
menyumbangkan modal sebanyak RM60000 seorang .

Tahun kewangan perniagaan berakhir pada 28 Februari setiap tahun.Perniagaan kami


menerima tawaran kontrak menyediakan perkhidmatan dobi daripada sebuah hotel dan
sebuah asrama dengan bayaran secara kredit untuk selama setahun.Kutipan hasil dobi
akan dibankkan setiap dua hari.Perniagaan akan membuat komisen daripada Pembekal
Pong bagi belian sabun mini dan pelembut mini .

Kami memilih untuk menubuhkan perniagaan ini kerana:


I. Permintaan tentang perkhidmatan dobi yang semakin tinggi.
II. Kekurangan kedai dobi di lokasi perniagaan kami.
Kelebihan menjalankan perniagaan ini ialah kami dapat menyediakan perkhidmatan
dobi yang berkualiti tinggi kerana kita mempunyai pengalaman kerja dalam bidang tersebut
selama tiga tahun.Dengan ini kami dapat memenuhi kepuasan dan kehendak pelanggan
kami.Kedai perkhidmatan dobi kami akan menghadapi pelbagai risiko seperti liabiliti tidak
terhad,persaingan dengan dobi lain pada masa depandan terpaksa menanggungsemua kos dan
kerugian yang dialami.Bagaimanapun,kami yakin dapat menangani segala masalah di atas.

You might also like