You are on page 1of 2

Bab 1.

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya, Sim Kuan Xin dan Teoh Kheng Yik telah menjalankan perniagaan perkongsian
restoran berkonsep terkini di N106, Lorong Waja 2/15 Bandar Waja, 08000 Sungai Petani,
Kedah. Perniagaan jenis perkongsian yang bernama Restoran Makanan Bom Bom telah
ditubuhkan pada 1 April 2015.

Aktiviti perniagaan Restoran makanan Bom Bom ialah menyediakan pelbagai


makanan juadah dan minuman kepada pengguna yang mengunjungi ke restoran. Di
samping itu, Restoran makanan Bom Bom juga menerima tempahan makanan daripada
pelbagai pihak untuk majlis-majlis tertentu. Jenis barang niaga iaitu menyediakan
pelbagai makanan juadah yang dapat memenuhi citarasa dan kepuasan kepada pengguna
pada setiap masa.

Pada 1 April 2017, Restoran Makanan Bom Bom meneruskan perniagaan untuk tahun
ketiga. Bagi melancarkan pengurusan restoran, Restoran Makanan Bom Bom telah
dibantu oleh lima orang pekerja yang dibayar gaji bulanan iaitu
a. Tan Leong Chin 790203034056 RM1500 sebulan
b. Ramli Chan 807030012252 - RM1700 sebulan
c. Lim Mei Tong 810605011187 RM1900 sebulan
d. Ling Chen Ling 810001017865 RM2100 sebulan
e. Abdullah Binti Siti 800040301005 RM2300 sebulan

Restoran makanan Bom Bom telah menjalankan perniagaan di sebuah bangunan dua
tingkat yang mempunyai kemudahan dewan mini di tingkat atas. Dewan mini ini boleh
disewa oleh orang ramai mengikut kadar yang ditetapkan. Perniagaan turut menyewa
sebuah kedai bersebelahan untuk digunakan sebagai tempat penyimpanan peralatan dan
bilik sejuk untuk menyimpan bahan mentah. Sewa bulanan ialah RM1 800.

Restoran makanan Bom Bom memilih untuk menubuhkan perniagaan restoran yang
membekalkan pelbagai makanan juadah dan minuman kerana :

1. Mempunyai permintaan yang tinggi di dalam kawasan penduduk setempat.


2. Kurangnya perniagaan restoran lain di lokasi perniagaan saya.
3. Margin untung restoran adalah tinggi.

Di samping itu, menjalankan perniagaan perkongsian berbanding dengan jenis


perniagaan milikan tunggal yang mempunyai kelebihan-kelebihan seperti berikut:

1. Jumlah modal dapat dikumpul dengan banyak yang disumbangkan oleh pekongsi-
pekongsi.
2. Pekongsi saya iaitu Kheng Yik mempunyai kepakaran dalam bidang pemakanan
dan mempunyai ijazah bidang tersebut. Manakala saya, Kuan Xin mempunyai
kepakaran dalam bidang pengurusan dan pemasaran dalam bidang restoran.
3. Jika perniagaan menghadapi risiko, risiko perniagaan dapat disebarkan kepada
pekongsi-pekongsi.
Pekongsi-pekongsi dengan melibatkan diri dalam perniagaan restoran, pekongsi
pekongsi akan berdepan dengan risiko-risiko seperti berikut iaitu

1. Persaingan daripada perniagaan lain,


2. Sukar mendapat pembiayaan daripada pihak bank dan
3. Terpaksa menanggung bersama segala kos dan kerugian jika perniagaan sentiasa
mengalami kerugian.

You might also like