You are on page 1of 3

Soalan 1 m/s 9

1. Syarikat Busana Ayu adalah sebuah syarikat mengeluarkan baju kurung moden dengan menggunakan
pelbagai jenis kain yang berkualiti tinggi. Selain daripada itu syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan
tempahan pakaian mengikut rekabentuk dan fesyen yang dikehendaki oleh pelanggan.
Jelaskan beserta contoh lima elemen yang terdapat dalam definisi perniagaan berkaitan dengan produk
keluaran syarikat ini. (10 markah)

Fakta 1 : Aktiviti jual beli


Huraian 1 : Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang atau alatan lain yang
melibatkan penjual dan pelanggan pada harga yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan.
Contoh 1 : Syarikat Busana Ayu menjual baju kurung moden kepada pelanggan.

Fakta 2 : Barang atau perkhidmatan


Huraian 2 : Barang ialah produk fizikal ataupun output yang boleh dipegang dan dinikmati oleh pelanggan.
Output ini dihasilkan bagi tujuan untuk dijual kepada pelanggan bagi memenuhi kehendak dan citarasa
pelanggan. Manakala perkhidmatan ialah sesuatu yang tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasai apabila kita
menggunakannya dan memberi kemudahan kepada pelanggan.
Contoh 2 : Syarikat Busana Ayu mengeluarkan produk iaitu baju kurung moden dan menyediakan
perkhidmatan tempahan bagi pelanggan mereka.

Fakta 3 : Keperluan dan kehendak


Huraian 3 : Keperluan ialah sesuatu yang perlu dipenuhi oleh semua individu ataupun masyarakat untuk
terus hidup dan ianya hidup secara semulajadi. Ia juga termasuk keperluan manusia seperti makanan, tempat
tinggal, dan pakaian. Kehendak merupakan sesuatu perkara yang menjadikan kehidupan seseorang individu
itu lebih selesa. Ia juga tidak terhad dan dipengaruhi oleh taraf hidup individu.
Contoh 3 : Syarikat Busana Ayu menghasilkan baju kurung moden mengikut kehendak pelanggan seperti jenis
kain, reka bentuk dan fesyen.

Fakta 4 : Konsep keuntungan


Huraian 4 : Keuntungan merupakan lebihan ataupun sejumlah hasil daripada pendapatan menjual barangan
dan perkhidmatan setelah ditolak semua kos lain yang terlibat dalam perniagaan. Keuntungan merupakan
matlamat utama syarikat untuk meneruskan perniagaan supaya terus wujud dan lebih berkembang dalam
pasaran.
Contoh 4 : Syarikat Busana Ayu menjual baju kurung moden sebanyak Rm50 seunit, kos adalah sebanyak
Rm40, jadi untung bagi setiap unit adalah Rm10
Fakta 5 : Konsep faedah dan kepuasan
Huraian 5: Faedah adalah nilai atau manfaat yang diperoleh hasil daripada penggunaan sesuatu barangan
atau perkhidmatan manakala kepuasan merupakan keupayaan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk
memenuhi kehendak dan keinginan manusia.
Contoh 5 : Seorang pelanggan membeli baju kurung moden di Syarikat Busana Ayu untuk memenuhi
keperluan mereka dan berpuas hati dengan penghasilannya kerana mengikut citarasa mereka.
Soalan 2 m/s 10
2. Raziman adalah merupakan seorang bekas chef yang pakar dalam bidang makanan sejak 8 tahun lalu.
Beliau mempunyai perniagaan untuk mengeluarkan roti canai segera dan beberapa makanan sejuk beku yang
lain dengan jenama G’man Frozen yang beroperasi di Indera Mahkota. Produk keluaran G’man Frozan sangat
berkualiti dengan rasanya yang lazat serta berstatus halal telah mendapat sambutan dari ramai penggemar
roti canai seluruh negeri Pahang. Selain itu, Raziman juga meletakkan harga yang berpatutan dan kompetetif
bagi produknya berbanding para pesaing lain.
Terangkan bersertakan contoh yang bersesuaian tentang proses perniagaan yang dilalui oleh G’man Frozen.
(10 markah)

You might also like