You are on page 1of 14

PERNIAGAAN TINGKATAN 4

BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan


Perniagaan
1.0 Pengenalan
1.1 Tujuan Perniagaan 11
1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan 17
1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain 33
1.4 Klasifikasi Perniagaan 38
1.5 Skala Perniagaan 49
1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan,
Bentuk Pemilikan,
PERNIAGAAN
Aktiviti melibatkan urus niaga jual beli barang @ perkhidmatan antara penjual dengan
pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Melibatkan pertukaran nilai antara penjual dengan pembeli bagi untuk memperoleh
keuntungan.
Keuntungan yang diperoleh boleh dilaburkan semula untuk memajukan cabang
perniagaan dan sebahagian kecil keuntungan boleh digunakan untuk memenuhi
tanggungjawab kepada masyarakat.
Setiap perniagaan bertanggungjawab untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan
bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
Perniagaan juga turut bertanggungjawab membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat
dan menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti melindungi alam sekitar dan
meningkatkan infrastruktur setempat.
Konsep Asas Perniagaan
Terdapat ENAM komponen utama konsep asas perniagaan
Memuaskan Keperluan dan Kehendak Pengguna
• Keperluan - Sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk
meneruskan kehidupan. Terhad dan mudah dipuaskan serta sama
bagi semua individu.
• Kehendak - Keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa.
Tidak terhad dan sukar dipuaskan serta berbeza antara individu.
• Peniaga perlu menawarkan barang dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak manusia
jika mahu memajukan perniagaan.
Pertukaran Nilai
• Aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli
memberikan sesuatu yang bernilai (wang) kepada penjual
sebagai balasan kepada produk yang diperoleh.

• Urus niaga akan berlaku sekiranya wujud persetujuan antara


penjual dengan pembeli tentang harga yang ditetapkan.
Keuntungan Perniagaan
• Keuntungan - lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat.
• Contohnya kos pengeluaran dan kos operasi.
Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos
• Tahap keuntungan yang diperoleh sesebuah perniagaan boleh dijadikan
petunjuk jika perniagaan itu berjaya dan mampu bersaing di pasaran.
Pada masa yang sama, keuntungan akan melambangkan imej dan
kecemerlangan sesebuah perniagaan.
• Apabila sesebuah perniagaan telah berjaya memaksimumkan keuntungan
seperti yang telah ditetapkan, perniagaan tersebut bertanggungjawab untuk
menyumbang semula sebahagian daripada keuntungan kepada masyarakat
setempat.
Kontrak Perniagaan
• Perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih individu.
Pihak-pihak tersebut akan terikat secara sah kepada perjanjian
yang telah dipersetujui.
• Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950.
• Kontrak perniagaan berperanan untuk melindungi pengguna
dalam urusan perniagaan.
• Contoh kontrak perniagaan ialah kontrak jual beli barang dan
kontrak sewa beli. Kontrak perniagaan berperanan untuk
melindungi pengguna dalam urusan perniagaan.
Barang dan Perkhidmatan

• Barang dan perkhidmatan dikenali sebagai produk. Disediakan dan


ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
• Barang - sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal iaitu sesuatu
objek yang dapat dilihat serta disentuh.
• Perkhidmatan - Aktiviti yang memberikan faedah kepada
pengguna dan peniaga. Tidak mempunyai bentuk fizikal secara
khusus dan disalurkan terus kepada pengguna oleh peniaga yang
menyediakan perkhidmatan tersebut.
Penjual dan Pembeli
• Penjual - individu yang menawarkan barang atau
perkhidmatan.
• Pembeli - pihak yang memerlukan atau menghendaki barang
atau perkhidmatan tersebut.
• Peniaga dan pembeli melakukan urus niaga di pasaran.
• Urus niaga berlaku apabila peniaga dan pembeli setuju dengan
masa, harga, kuantiti serta tempat barang atau perkhidmatan
tersebut dibekalkan.
• Tujuan perniagaan: Penawaran barang dan perkhidmatan
• Untuk keuntungan; dan
• Bukan keuntungan:-
• a) Sebagai barang percuma
• b) Jualan pada harga kos
• c) Jualan bawah kos
Tujuan perniagaan: Penawaran barang dan perkhidmatan
Untuk keuntungan; dan
Bukan keuntungan:-
a) Sebagai barang percuma
b) Jualan pada harga kos
c) Jualan bawah kos
 
1.1.2 Menjelaskan pelbagai bentuk pemilikan perniagaan. (KA)

•  Bentuk pemilikan perniagaan:


• 
• Milikan Tunggal
• 
• Perkongsian
• 
• Syarikat Berhad
• 
• Koperasi
• Francais
• 
• Usahasama

You might also like