You are on page 1of 2

KOPERASI,

Kolej Poly-Tech Mara


Tingkat 3, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Timah Sari, 83000 Batu Pahat
Johor. 06 MAC 2020
Tuan,

PERKHIDMATAN MESIN BASUH LAYAN DIRI AUTOMATIK

Merujuk perkara di atas, syarikat kami menawarkan perkhidmatan mesin basuh untuk
kegunaan warga pelajar dan pendidik di kolej kediaman tuan/puan.

2. Perkhidmatan yang ditawarkan ini amat fleksibel dari segi kos, penggunaan dan
ketepatan masa. Perkhidmatan ini dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang
sering dihadapi selama ini dalam kalangan pelajar seperti kekurangan masa untuk mencuci
pakaian, atau masalah menghantar pakaian yang kotor ke kedai dobi yang berdekatan yang
mana kadang kala pelajar menghadapi masalah penghantaran yang kerap.Ini menyebabkan
para pelajar terpaksa mengumpulkan pakaian selama seminggu untuk dibasuh. Masalah lain
yang kerap dihadapi pelajar ialah jumlah kuantiti pakaian yang dihantar kadang kala kurang
dan tidak mencukupi, menyebabkan pelajar terpaksa berulang alik ke kedai dobi untuk mencuci
pakaian lain.Kadar harga cucian yang tinggi juga adalah penyebab utama masalah yang
dihadapi.

3. Kami menawarkan pakej mesin basuh layan diri. Pakej yang ditawarkan adalah seperti
berikut:-

3.1 Pihak pengurusan akan mendapat perolehan yang positif melalui pakej
perkongsian pintar dimana kadar keuntungan akan diberi kepada pihak
pengurusan mengikut persetujuan yang boleh dicapai.

3.2 Segala kerosakan, kehilangan dan juga vandelisma yang terjadi pada mesin
tersebut adalah menjadi tanggungjawab syarikat kami
4. Sehubungan dengan itu, kami percaya bahawa pihak tuan/puan akan berpuas hati
dengan perkhidmatan ini. Tiada melibatkan kos dan modal permulaan daripada pihak tuan.
Kami berharap agar pihak tuan/puan mempertimbangkan tawaran yang kami
berikan.Sekiranya pihak tuan/puan berminat dengan perkhidmatan yang kami sediakan, sila
hubungi kami.

5. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan /puan menerima tawaran ini dan kami
akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kebaikan pihak institusi di tempat
tuan/puan.

6. Bersama-sama ini kami lampirkan maklumat tambahan berkaitan dengan perkhidmatan


kami. Segala perhatian pihak tuan/puan meneliti dan mengkaji tawaran ini, amat kami hargai
dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

………………………………………………

MUHAMAD UMAR BIN MOHD ZAN


(PENGURUS)

You might also like