You are on page 1of 2

SMK PERMATA JAYA,

83100 RENGIT, BATU PAHAT,


JOHOR.
07-4241314
FAX: 07-4244 402
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : JEA0017/100-5/5/4/(03)
Tarikh : 11 September 2012
Corporate Communications Department
Golden Arches Restaurants Sdn Bhd
Level 6, Bangunan TH, Damansara Uptown 3
No.3, Jalan SS21/39
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

(u.p. Leonard Wong)

Tuan,

MEMOHON TAJAAN MAKANAN DI Mc DONALD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, Unit Pendidikan Khas Integrasi SMK Permata Jaya memohon
sedikit sumbangan dan tajaan daripada pihak tuan bagi menampung sebahagian perbelanjaan
untuk melaksanakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Sarawak yang akan diadakan seperti
ketetapan berikut :-

Tarikh / Hari : 31 OKT hingga 3 NOV 2012 (Rabu hingga Sabtu)

Tempat : Kuching, Sarawak

Bil peserta : 46 orang (28 pelajar, 10 guru & PPM, 6 ibubapa &
2 kanak-kanak)

3. Matlamat utama Program Lawatan Sambil Belajar ini adalah untuk meningkatkan
keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran
luar dan juga memberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara
langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya
dan kehidupan amnya.

4. Oleh yang demikian diharap pihak tuan dapat memberi tajaan makanan bagi lawatan ini
pada 1 November 20112 (Khamis) di Mc Donald’s Kuching, Jalan Tunku Abd Rahman,
Kuching, Sarawak.
4. Semoga dengan sumbangan dan tajaan yang diterima daripada pihak tuan akan
menggembirakan pelajar dan melancarkan lagi Program Lawatan Sambil Belajar ke Sarawak
yang akan kami laksanakan.

Keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

t.t.
…………………………………….
(NURSHUHAIDA BINTI MOHD SALLEH)
Setiausaha,
Lawatan Sambil Belajar ke Sarawak
Pendidikan Khas SMK Permata Jaya

You might also like