You are on page 1of 2

Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014

Antarakesan pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia,


haiwan, tumbuh-tumbuhan, penyebab kejadian hujan asid, jerebu, kesan
rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

Kesan pencemaran udara terhadap Kesihatan Manusia adalah menjejaskan


sistem pernafasan. Karbon monoksida gas yang terhasil daripada
pembakaran asap ekzoz kereta boleh mendatangkan bahaya kepada
paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan
edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh
menyebabkan inflamasi pada paru-paru dan ketidakupayaan untuk
bergerak. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang
penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu


Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan
pertumbuhan. Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga
mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan terancam dan
terbunuh. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan
haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang
terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh
plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.

Kesan pencemaran udara boleh menyebabkan penipisan Lapisan Ozon.


Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat
penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk merupakan faktor utama
penipisan lapisan ozon. Seperti sedia maklum, lapisan ozon berfungsi untuk
melindungi manusia daripada sinaran terus pancaran matahari. Pendedahan
secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit
kepada manusia.

Selain itu, pencemaran udara juga boleh menyebabkan kesan rumah hijau
dan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan
gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida
yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

Fenomena jerebu pula kebiasaannya berlaku ketika cuaca panas dan kering.
Jerebuadalah kesan daripada pencemaran udara hasil daripada pembakaran
terbuka yang berleluasa. Udara yang tercemar dengan jerebu hanya
mengandungi debu yang berbahaya terhadap sistem pernafasan manusia.
Disamping itu, jerebu juga boleh menjejaskan tahap jarak penglihatan
manusia.

You might also like