You are on page 1of 23

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/319795316

PENERAPAN KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN AMALAN PAK-21 DALAM


PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN MATEMATIK TINGKATAN 1

Conference Paper · September 2017

CITATIONS READS

0 3,939

1 author:

Eow Yee Leng


SMK TAMAN BUKIT INDAH, JOHOR BAHRU
21 PUBLICATIONS   150 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa View project

Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad Ke-21 View project

All content following this page was uploaded by Eow Yee Leng on 09 April 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENERAPAN KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN AMALAN PAK-21
DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
MATEMATIK TINGKATAN 1

Eow Yee Leng, PhD


SMK Taman Bukit Indah
Johor Bahru

ABSTRAK

Bilik darjah merupakan nukleus berlakunya perubahan dalam bidang pendidikan.


Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti untuk menambahbaik proses PdPc. Kajian
tindakan ini berfokuskan kepada penerapan kemahiran 4C (kolaborasi, komunikasi,
berfikir secara kritikal, kreativiti) dan pembudayaan amalan PAK-21 dalam PdPc
Matematik Tingkatan 1. Sampel kajian terdiri daripada 35 orang murid Tingkatan 1 di
SMK Taman Bukit Indah. Ujian-t sampel berpasangan (paired samples t-test) dengan
nilai alpha .05 bagi kriteria signifikan telah digunakan dalam kajian ini. Intrumen kajian
yang direka sendiri oleh penyelidik berjaya menjana nilai Cronbach’s alpha melebihi
0.8 bagi kesemua kitaran. Dapatan kajian yang signifikan bagi kesemua kemahiran
4C dan pembudayaan amalan PAK-21 dalam kitaran 1 dan kitaran 2 menunjukkan
bahawa intervensi-intervensi yang dilaksanakan adalah lebih baik daripada PdPc
yang bersifat konvensional. Namun, generalisasi dapatan kajian adalah tidak
digalakkan kerana setiap persekitaran pendidikan adalah unik. Diharapkan kajian
tindakan ini bukan sahaja menjadi salah satu rujukan dalam pembudayaan amalan
PAK-21, tetapi juga menjadi motivasi untuk guru-guru terus bertransformasi demi
melahirkan generasi abad ke-21 yang lebih mantap dan berkualiti.

1.0 Pengenalan

Bilik darjah merupakan nukleus berlakunya perubahan dalam bidang pendidikan.


Bagi membolehkan murid-murid abad ke-21 bersaing di persada global, mereka perlu
dilengkapi dengan kemahiran kolaborasi, komunikasi, berfikiran kritikal dan kreativiti
(Roekel, 2017). Rangka Pembelajaran Abad ke-21 yang dibangunkan oleh
Partnership for 21st Century (Partnership for 21st Century Skills, 2011) sejak tahun
2002 dianggap terlalu kompleks kerana mengandungi 18 kemahiran yang perlu
diterapkan dalam kalangan murid (Roekel, 2017). Oleh itu, American National
Education Association bersama-sama dengan beberapa organisasi pendidikan utama
US telah merumuskan 18 kemahiran tersebut ke dalam kerangka 4C (Roekel, 2017).
Kerangka 4C terdiri daripada kemahiran kolaborasi, komunikasi, berfikiran kritikal dan
kreativiti.

1
Menurut American National Education Association, tidak kira apa jua mata pelajaran,
kemahiran kolaborasi, komunikasi, berfikiran kritikal dan kreativiti perlu diterapkan
untuk melahirkan modal insan yang mampu bersaing dalam ekonomi globalisasi
(Partnership for 21st Century Skills, 2011; Roekel, 2017). Untuk kekal kompetitif,
modal insan yang dihasilkan bukan sahaja perlu melaksanakan sesuatu yang belum
pernah dilakukan, tetapi juga tidak boleh diganti atau direplikasi oleh komputer
(Gasser, 2011). Oleh itu, kemahiran 4C memainkan peranan penting dalam
melahirkan modal insan yang berdaya saing.

2.0 Fokus Kajian / Isu / Keperihatinan / Masalah Kajian

Pembangunan modal insan merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan
pertumbuhan ekonomi Malaysia (Jabatan Perdana Menteri, 2017). Rancangan Malaysia
Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, adalah untuk meneruskan agenda menghasilkan
modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga berkemahiran dan memiliki
sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global. Selaras dengan itu, aspirasi murid
yang ingin dibentuk adalah murid yang memiliki pengetahuan, kemahiran berfikir secara
kritis, kemahiran kepemimpinan, kemahiran bahasa, etika dan kerohanian serta identiti
nasional untuk berjaya dalam abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

Warga pendidik memainkan peranan amat penting bagi menggalas amanah besar dalam
membentuk generasi muda masa kini dengan budaya pemikiran aras tinggi, kreatif,
inovatif dan bersifat futuristik (Dato’ Seri Mahdzir, 2017). Proses pelaksanaan
transformasi pendidikan tersebut memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar
setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-
21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Oleh itu, sebagai warga pendidik, kajian
tindakan ini merupakan satu usaha untuk memahami dan menambahbaik proses PdPc
saya sendiri.

3.0 Objektif Kajian


3.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian tindakan ini adalah untuk mengenalpasti penerapan kemahiran
4C dan pembudayaan amalan PAK-21 di dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan Matematik Tingkatan 1.

2
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, objektif-objektif bagi kajian tindakan ini adalah seperti berikut:
i. Meninjau tahap penerapan kemahiran 4C dan pembudayaan amalan PAK-21
dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan konvensional guru.
ii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap
penerapan kemahiran 4C dan pembudayaan amalan PAK-21 dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan guru apabila beberapa intervensi
dilaksanakan.
Berikut adalah hipotesis-hipotesis kajian yang diuji melalui proses analisis data:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
kolaborasi antara peringkat kawalan dan kitaran 1.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
komunikasi antara peringkat kawalan dan kitaran 1.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
berfikir secara kritikal antara peringkat kawalan dan kitaran 1.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
kreativiti antara peringkat kawalan dan kitaran 1.
Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan amalan PAK-
21 antara peringkat kawalan dan kitaran 1.
Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
kolaborasi antara peringkat kawalan dan kitaran 2.
Ho7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
komunikasi antara peringkat kawalan dan kitaran 2.
Ho8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
berfikir secara kritikal antara peringkat kawalan dan kitaran 2.
Ho9: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
kreativiti antara peringkat kawalan dan kitaran 2.
Ho10: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan amalan PAK-
21 antara peringkat kawalan dan kitaran 2.
Ho11: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
kolaborasi antara kitaran 1 dan kitaran 2.
Ho12: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
komunikasi antara kitaran 1 dan kitaran 2.

3
Ho13: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
berfikir secara kritikal antara kitaran 1 dan kitaran 2.
Ho14: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan kemahiran
kreativiti antara kitaran 1 dan kitaran 2.
Ho15: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penerapan amalan PAK-
21 antara kitaran 1 dan kitaran 2.

4.0 Metodologi

4.1 Rekabentuk Kajian


Rekabentuk kajian yang telah digunakan dalam penyelidikan ini adalah model kajian
tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1998). Model tersebut
menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti
berikut:
i. Mereflek (Reflect)
ii. Merancang (Plan)
iii. Bertindak (Action)
iv. Memerhati (Observe)

4.2 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah 35 orang murid-murid Tingkatan 1
Anggun di SMK Taman Bukit Indah.

4.3 Instrumen
Instrumen yang digunakan dalam kajian tindakan ini Instrumen Soal Selidik
Penerapan kemahiran 4C dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Matematik
Tingkatan 1 yang telah direkacipta sendiri oleh penyelidik. Terdapat lima item dalam
setiap kriteria yang dikaji. Perwakilan skala bagi setiap item adalah seperti berikut:
1 = Sangat tidak setuju
2 = Tidak setuju
3 = Agak setuju
4 = Setuju
5 = Sangat setuju

4
Penerapan kemahiran 4C yang telah dikaji adalah kolaborasi, komunikasi, berfikiran
kritikal dan kreativiti. Keempat-empat kemahiran ini menyumbang kepada penilaian
data PAK-21. Berdasarkan data yang telah dikumpulkan setiap kitaran, nilai
Cronbach’s Alpha adalah seperti dalam Jadual 1. Menurut Ary et al. (2010), nilai
koefisien sebanyak 0.80 adalah dianggap sangat baik bagi instrumen yang digunakan
untuk kerelevanan kajian.

Jadual 1: Nilai Cronbach’s alpha kajian


Kitaran Nilai Cronbach’s alpha
Kawalan 0.801
Kitaran 1 0.942
Kitaran 2 0.933

4.4 Analisis Data


Kuantitatif analisis untuk membandingkan tahap penerapan kemahiran 4C antara
kitaran telah dilaksanakan dengan bantuan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) 16.0. Ujian-t sampel berpasangan (paired samples t-test) dengan
nilai alpha .05 bagi kriteria signifikan telah digunakan dalam kajian ini. Nilai alpha .05
adalah nilai yang paling biasa diaplikasikan dalam penyelidikan sains sosial (Shadish,
Cook, & Campbell, 2002).

Nilai kurtosis pula digunakan untuk mengukur taburan normal data (George & Mallery,
2010). Set data dengan nilai kurtosis yang rendah menunjukkan kurang kehadiran
data terpisah (outliers). Berdasarkan George dan Mallery (2010), nilai kurtosis antara
-2 dan +2 dianggap sebagai memadai untuk membuktikan suatu set data berada
dalam taburan normal.

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Kitaran 1
5.1.1 Mereflek (Reflect)
Secara jujurnya, saya merasakan saya belum melakukan akauntabiliti sepenuhnya
untuk menerapkan kemahiran 4C dalam kalangan anak-anak murid saya semasa
kelas Matematik. Jadual 2 merupakan data frekuensi dan peratusan bagi setiap item
semasa peringkat kawalan yang diperolehi pada 14 Mac 2017 (3.40 – 4.40 pm)

5
melalui aktiviti PdPc konvensional, iaitu “chalk and talk”. Kebanyakan item
mempunyai nilai taburan pada skala 1 – 2, melainkan item:
Kolaborasi – item 3: Saya dan rakan-rakan tidak bertelagah (bergaduh)
semasa aktiviti ini.
Komunikasi – item 1: Saya boleh menyuarakan idea dan pendapat saya secara
lisan / bertulis melalui aktiviti ini.
Berfikiran kritikal : Semua item

Dapatan tersebut menunjukkan bahawa kaedah PdPc konvensional mampu


mengawal keharmonian di dalam kelas, menyediakan peluang untuk murid
menyuarakan idea dan pendapat serta merangsang murid untuk berfikir secara
kritikal.

Jadual 2: Frekuensi dan peratusan bagi setiap item semasa peringkat kawalan
Skala dan peratus
Item
1 % 2 % 3 % 4 % 5 %
KOLABORASI
1. Aktiviti ini membolehkan saya 14 41.2 20 58.8 0 0 0 0 0 0
bekerjasama dengan rakan-rakan lain.
2. Saya membuat keputusan bersama-sama 31 91.2 3 8.8 0 0 0 0 0 0
rakan lain semasa aktiviti ini.
3. Saya dan rakan-rakan saling bantu- 25 73.5 8 23.5 1 2.9 0 0 0 0
membantu antara satu sama lain.
4. Saya dan rakan-rakan tidak bertelagah 0 0 0 0 5 14.7 18 52.9 11 32.4
(bergaduh) semasa aktiviti ini.
5. Saya ada menyumbang idea / tenaga / 32 94.1 2 5.9 0 0 0 0 0 0
pendapat / lain-lain dalam aktiviti
kumpulan.
KOMUNIKASI
1. Saya boleh menyuarakan idea dan 2 5.9 5 14.7 13 38.2 10 29.4 4 11.8
pendapat saya secara lisan / bertulis melalui
aktiviti ini.
2. Saya menghormati pendapat dan idea 15 44.1 19 55.9 0 0 0 0 0 0
orang lain semasa melaksanakan aktiviti ini.
3. Saya memberi peluang kepada rakan- 27 79.4 7 20.6 0 0 0 0 0 0
rakan lain untuk menyuarakan idea dan
pendapat mereka.
4. Saya belajar bagaimana berkomunikasi 30 88.2 4 11.8 0 0 0 0 0 0
dengan orang lain dalam aktiviti ini.
5. Kawan saya memahami apa yang saya 19 55.9 15 44.1 0 0 0 0 0 0
sampaikan semasa aktiviti ini.
BERFIKIRAN KRITIKAL
1. Aktiviti ini membantu saya berfikir 0 0 1 2.9 18 52.9 13 38.2 2 5.9
bagaimana menyelesaikan masalah.
2. Aktiviti ini memerlukan saya membuat 0 0 1 2.9 23 67.6 9 26.5 1 2.9
keputusan.
3. Aktiviti ini memerlukan saya berfikir. 0 0 0 0 8 23.5 13 38.2 13 38.2
4. Aktiviti ini menimbulkan pelbagai 0 0 0 0 7 20.6 15 44.1 12 35.3
persoalan dalam diri saya.

6
5. Saya membuat pertimbangan / keputusan 0 0 0 0 9 26.5 21 61.8 4 11.8
berdasarkan bukti dan alasan yang
munasabah dalam aktiviti ini.
KREATIVITI
1. Saya boleh memberikan idea / pendapat 19 55.9 15 44.1 0 0 0 0 0 0
yang kreatif semasa aktiviti ini.
2. Aktiviti ini menimbulkan sifat ingin tahu 21 61.8 11 32.4 2 5.9 0 0 0 0
saya.
3. Saya menggunakan daya imaginasi saya 26 76.5 8 23.5 0 0 0 0 0 0
untuk aktiviti ini.
4. Aktiviti ini memerlukan saya meneroka 11 32.4 19 55.9 4 11.8 0 0 0 0
dahulu sebelum saya dapat
menyelesaikannya.
5. Saya berpeluang menggunakan cara 2 5.9 15 44.1 13 38.2 4 11.8 0 0
/tindakan/idea baru semasa aktiviti ini.

Nilai kurtosis antara -2 dan +2 menunjukkan set data yang diperolehi berada dalam
taburan normal (George & Mallery, 2010). Analisis secara lebih mendalam
menunjukkan nilai min bagi kolaborasi, komunikasi dan kreativiti adalah di bawah
skala 2 (Jadual 3). Kemahiran berfikiran secara kritikal adalah tertinggi, dengan nilai
min 3.782. Secara keseluruhannya, keempat-empat komponen 4C menyumbang
kepada nilai min PAK-21 sebanyak 2.259. Oleh itu, terdapat ruang yang besar untuk
penambahbaikan.

Jadual 3: Statistik kemahiran 4C dan amalan pembudayaan PAK-21 bagi peringkat


kawalan
Kemahiran / N Min Sisihan Piawai Min ralat Nilai
PAK-21 piawai Kurtosis
Kolaborasi 34 1.841 0.2244 0.0385 0.428
Komunikasi 34 1.718 0.2747 0.0471 0.289
Berfikiran 34 3.782 0.2758 0.0473 -1.192
kritikal
Kreativiti 34 1.694 0.2839 0.0487 0.232
PAK-21 34 2.259 0.1305 0.0224 0.658

5.1.2 Merancang (Plan)


Intervensi PdPc yang berfokuskan murid telah dirancang untuk kitaran 1. Bagi kitaran
1, murid-murid Tingkatan 1 Anggun telah dibahagikan kepada 9 kumpulan, dengan 4
ahli dalam setiap kumpulan. Terdapat 1 kumpulan dengan 3 orang ahli. Setiap
kumpulan diberikan 1 floor map. Setiap murid dalam kumpulan menjawab sendiri
pada ruangan floor map yang telah dikhaskan kepada hasil kerja individu. Selepas 5
minit, murid-murid berbincang dan berbahas dalam kumpulan untuk mendapat

7
persetujuan jawapan ahli kumpulan. Ahli kumpulan boleh membetulkan jawapan
mereka atau kekal dengan jawapan asal.

Seterusnya, aktiviti 1 strays, 3 stay telah dilaksanakan. Ini kerana saiz bilik darjah
yang sempit menghalang pergerakan ramai murid pada satu masa yang sama. Wakil
daripada setiap kumpulan membentangkan soalan dan jawapan kepada ahli
kumpulan lain. Ahli kumpulan lain menanda jawapan rakan mereka. Selepas 5 minit
dalam kumpulan baru, loceng dibunyikan dan murid beredar ke kumpulan lain. Proses
berulang sebanyak 3 kali. Selepas itu, hasil kerja murid dikumpul semula untuk
semakan guru. Selepas semakan guru, hasil kerja murid dipamerkan di papan
kenyataan.

5.1.3 Bertindak (Action)


Intervensi 1 yang dirancang telah dilaksanakan pada 15 Mac 2017 di Tingkatan 1
Anggun, pada pukul 5.40 – 6.40 pm (Rajah 1 & 2).

Rajah 1: Hasil kerja murid

8
Rajah 2: Aktiviti semasa intervensi 1

5.1.4 Memerhati (Observe)


Jadual 4, 5 dan 6 merupakan hasil dapatan daripada intervensi yang telah
dilaksanakan dalam kitaran 1.

Jadual 4: Frekuensi dan peratusan bagi setiap item semasa kitaran 1


Skala dan peratus
Item
1 % 2 % 3 % 4 % 5 %
KOLABORASI
1. Aktiviti ini membolehkan saya 0 0 0 0 2 5.9 13 38.2 19 55.9
bekerjasama dengan rakan-rakan lain.
2. Saya membuat keputusan bersama-sama 0 0 0 0 5 14.7 11 32.4 18 52.9
rakan lain semasa aktiviti ini.
3. Saya dan rakan-rakan saling bantu- 0 0 0 0 2 5.9 11 32.4 21 61.8
membantu antara satu sama lain.
4. Saya dan rakan-rakan tidak bertelagah 0 0 4 11.8 8 23.5 9 26.5 13 38.2
(bergaduh) semasa aktiviti ini.
5. Saya ada menyumbang idea / tenaga / 1 2.9 1 2.9 7 20.6 10 29.4 15 44.1
pendapat / lain-lain dalam aktiviti
kumpulan.
KOMUNIKASI
1. Saya boleh menyuarakan idea dan 1 2.9 1 2.9 3 8.8 15 44.1 14 41.2
pendapat saya secara lisan / bertulis melalui
aktiviti ini.

9
2. Saya menghormati pendapat dan idea 0 0 1 2.9 3 8.8 16 47.1 14 41.2
orang lain semasa melaksanakan aktiviti ini.
3. Saya memberi peluang kepada rakan- 0 0 2 5.9 5 14.7 10 29.4 17 50.0
rakan lain untuk menyuarakan idea dan
pendapat mereka.
4. Saya belajar bagaimana berkomunikasi 0 0 1 2.9 4 11.8 13 38.2 16 47.1
dengan orang lain dalam aktiviti ini.
5. Kawan saya memahami apa yang saya 0 0 4 11.8 5 14.7 12 35.3 13 38.2
sampaikan semasa aktiviti ini.
BERFIKIRAN KRITIKAL
1. Aktiviti ini membantu saya berfikir 1 2.9 2 5.9 3 8.8 14 41.2 14 41.2
bagaimana menyelesaikan masalah.
2. Aktiviti ini memerlukan saya membuat 0 0 3 8.8 3 8.8 15 44.1 13 38.2
keputusan.
3. Aktiviti ini memerlukan saya berfikir. 0 0 1 2.9 6 17.6 7 20.6 20 58.8
4. Aktiviti ini menimbulkan pelbagai 0 0 3 8.8 5 14.7 14 41.2 12 35.3
persoalan dalam diri saya.
5. Saya membuat pertimbangan / keputusan 0 0 1 2.9 7 20.6 11 32.4 15 44.1
berdasarkan bukti dan alasan yang
munasabah dalam aktiviti ini.
KREATIVITI
1. Saya boleh memberikan idea / pendapat 1 2.9 4 11.8 4 11.8 12 35.3 13 38.2
yang kreatif semasa aktiviti ini.
2. Aktiviti ini menimbulkan sifat ingin tahu 0 0 2 5.9 6 17.6 14 41.2 12 35.3
saya.
3. Saya menggunakan daya imaginasi saya 2 5.9 2 5.9 9 26.5 6 17.6 15 44.1
untuk aktiviti ini.
4. Aktiviti ini memerlukan saya meneroka 0 0 3 8.8 6 17.6 10 29.4 15 44.1
dahulu sebelum saya dapat
menyelesaikannya.
5. Saya berpeluang menggunakan cara 1 2.9 1 2.9 2 5.9 12 35.3 18 52.9
/tindakan/idea baru semasa aktiviti ini.

Nilai kurtosis antara -2 dan +2 dalam Jadual 5 menunjukkan set data yang diperolehi
berada dalam taburan normal (George & Mallery, 2010). Nilai min yang diperolehi
bagi setiap kemahiran 4C dan PAK-21 dalam kitaran 1 adalah melebihi skala 4 (Jadual
5). Ini menunjukkan secara umum murid bersetuju bahawa intervensi yang
dilaksanakan dalam kitaran 1 mampu menerapkan kemahiran kolaborasi, komunikasi,
berfikiran secara kritikal dan kreativiti dalam diri murid. Keupayaan ini seterusnya
meningkatkan pembudayaan amalan PAK-21.

Jadual 5: Statistik kemahiran 4C dan amalan pembudayaan PAK-21 bagi kitaran 1


Komponen N Min Sisihan Piawai Min ralat Nilai
piawai Kurtosis
Kolaborasi 34 4.288 0.6328 0.1085 -0.077
Komunikasi 34 4.194 0.6237 0.1070 -0.931
Berfikiran 34 4.159 0.6977 0.1197 -0.196
kritikal
Kreativiti 34 4.082 0.7630 0.1309 -1.060
PAK-21 34 4.180 0.6407 0.1099 -1.200

10
Analisis ujian-t sampel berpasangan bagi kemahiran 4C dan amalan pembudayaan
PAK-21 antara peringkat kawalan dan kitaran 1 menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara peringkat kawalan dan kitaran 1 bagi kemahiran
kolaborasi, komunikasi, berfikir secara kritikal, kreativiti dan pembudayaan amalan
PAK-21 (Jadual 6).

Jadual 6: Analisis ujian-t sampel berpasangan bagi kemahiran 4C dan amalan


pembudayaan PAK-21 bagi kitaran 1
Perbandingan
Perbandingan Antara Ujian-t untuk persamaan min
berpasangan
Kawalan dan Kitaran 1
Min SD T df Sig.
Kolaborasi -2.447 0.6698 -21.303 33 .000*
Kawalan – Kitaran 1
Komunikasi -2.476 0.7101 -20.335 33 .000*
Kawalan – Kitaran 1
Berfikiran secara kritikal -0.3765 0.7528 -2.916 33 .006*
Kawalan – Kitaran 1
Kreativiti -2.3884 0.8075 -17.246 33 .000*
Kawalan – Kitaran 1
PAK-21 -1.9221 0.6434 -17.413 33 .000*
Kawalan – Kitaran 1
* signifikan pada nilai alpha .05

5.2 Kitaran 2
5.2.1 Mereflek (Reflect)
Dapatan dalam kitaran 1 menunjukkan bahawa intervensi yang dilaksanakan mampu
meningkatkan penerapan kemahiran kolaborasi, komunikasi, berfikir secara kritikal
dan kreativiti dalam kalangan murid. Sungguhpun nilai min bagi semua elemen telah
meningkat melangkaui skala 4, namun kajian tindakan bagi kitaran 2 masih diteruskan
untuk mengkaji aktiviti PdPc lain yang mampu memberikan impak yang sama ataupun
lebih baik.

5.2.2 Merancang (Plan)


Dalam kitaran 2, PdPc yang berfokuskan murid juga telah dirancang untuk
merangsang penerapan kemahiran 4C dan pembudayaan amalan PAK-21 dalam
kalangan murid. Seperti kitaran 1, murid-murid Tingkatan 1 Anggun telah
dibahagikan kepada 9 kumpulan, dengan 4 ahli dalam setiap kumpulan dan terdapat
1 kumpulan dengan 3 orang ahli.

11
Terlebih dahulu, guru telah menyediakan 16 soalan dengan menggunakan aplikasi
Tarsia untuk diselesaikan oleh murid (Rajah 3). Setiap kumpulan diberikan 1 set
soalan. Murid-murid akan menyelesaikan 16 soalan tersebut dengan bekerjasama
dengan ahli kumpulan mereka. Semasa perbincangan, murid-murid bukan sahaja
menyelesaikan masalah yang boleh diselesaikan tetapi juga menerangkan kepada
ahli-ahli kumpulan yang menghadapi masalah. Mereka juga perlu mendapat
persetujuan jawapan daripada ahli kumpulan sebelum melekatkan jawapan pada
manila kad.

Oleh kerana saiz bilik darjah yang sempit menghalang pergerakan ramai murid pada
satu masa yang sama, aktiviti 1 strays, 3 stay telah dilaksanakan. Wakil daripada
setiap kumpulan membentangkan soalan dan jawapan kepada ahli kumpulan lain.
Ahli kumpulan lain menanda jawapan rakan mereka. Selepas 5 minit dalam kumpulan
baru, loceng dibunyikan dan murid beredar ke kumpulan lain. Proses berulang
sebanyak 3 kali. Selepas itu, hasil kerja murid dikumpul semula untuk semakan guru.
Selepas semakan guru, hasil kerja murid dipamerkan di ruangan pameran hasil kerja
murid.

5.2.3 Bertindak (Action)


Intervensi 2 yang dirancang telah dilaksanakan pada 23 April 2017 di Tingkatan 1
Anggun, pada pukul 5.35 – 6.45 pm (Rajah 3, 4 & 5).

12
Rajah 3: 16 soalan dan jawapan yang telah disediakan melalui aplikasi Tarsia

Rajah 4: Murid-murid berkolaborasi menyiapkan tugasan tarsia yang disediakan oleh


guru

13
Rajah 5: Hasil kerja murid

5.2.4 Memerhati (Observe)


Jadual 7 menunjukkan bahawa frekuensi jawapan murid pada kitaran 2 adalah
tertumpu kepada skala 3 – 5.

Jadual 7: Frekuensi dan peratusan bagi setiap item semasa kitaran 2


Skala dan peratus
Item
1 % 2 % 3 % 4 % 5 %
KOLABORASI
1. Aktiviti ini membolehkan saya 2 5.9 1 2.9 3 8.8 13 38.2 15 44.1
bekerjasama dengan rakan-rakan lain.
2. Saya membuat keputusan bersama-sama 0 0 0 0 6 17.6 13 38.2 15 44.1
rakan lain semasa aktiviti ini.
3. Saya dan rakan-rakan saling bantu- 1 2.9 2 5.9 5 14.7 11 32.4 15 44.1
membantu antara satu sama lain.
4. Saya dan rakan-rakan tidak bertelagah 0 0 1 2.9 6 17.6 7 20.6 20 58.8
(bergaduh) semasa aktiviti ini.
5. Saya ada menyumbang idea / tenaga / 0 0 0 0 5 14.7 15 44.1 14 41.2
pendapat / lain-lain dalam aktiviti
kumpulan.
KOMUNIKASI
1. Saya boleh menyuarakan idea dan 1 2.9 1 2.9 8 23.5 15 44.1 9 26.5
pendapat saya secara lisan / bertulis melalui
aktiviti ini.
2. Saya menghormati pendapat dan idea 0 0 4 11.8 3 8.8 13 38.2 14 41.2
orang lain semasa melaksanakan aktiviti ini.

14
3. Saya memberi peluang kepada rakan- 1 2.9 0 0 4 11.8 13 38.2 16 47.1
rakan lain untuk menyuarakan idea dan
pendapat mereka.
4. Saya belajar bagaimana berkomunikasi 0 0 2 5.9 2 5.9 13 38.2 17 50.0
dengan orang lain dalam aktiviti ini.
5. Kawan saya memahami apa yang saya 0 0 3 8.8 7 20.6 9 26.5 15 44.1
sampaikan semasa aktiviti ini.
BERFIKIRAN KRITIKAL
1. Aktiviti ini membantu saya berfikir 1 2.9 1 2.9 5 14.7 12 35.3 15 44.1
bagaimana menyelesaikan masalah.
2. Aktiviti ini memerlukan saya membuat 1 2.9 3 8.8 4 11.8 5 14.7 21 61.8
keputusan.
3. Aktiviti ini memerlukan saya berfikir. 1 2.9 1 2.9 4 11.8 17 50.0 11 32.4
4. Aktiviti ini menimbulkan pelbagai 0 0 3 8.8 3 8.8 11 32.4 17 50.0
persoalan dalam diri saya.
5. Saya membuat pertimbangan / keputusan 0 0 2 5.9 9 26.5 14 41.2 9 26.5
berdasarkan bukti dan alasan yang
munasabah dalam aktiviti ini.
KREATIVITI
1. Saya boleh memberikan idea / pendapat 1 2.9 1 2.9 5 14.7 11 32.4 16 47.1
yang kreatif semasa aktiviti ini.
2. Aktiviti ini menimbulkan sifat ingin tahu 0 0 2 5.9 4 11.8 15 44.1 13 38.2
saya.
3. Saya menggunakan daya imaginasi saya 1 2.9 2 5.9 3 8.8 10 29.4 18 52.9
untuk aktiviti ini.
4. Aktiviti ini memerlukan saya meneroka 0 0 1 2.9 6 17.6 14 41.2 13 38.2
dahulu sebelum saya dapat
menyelesaikannya.
5. Saya berpeluang menggunakan cara 0 0 0 0 7 20.6 12 35.3 15 44.1
/tindakan/idea baru semasa aktiviti ini.

Jadual 8 menunjukkan nilai kurtosis yang diperoleh adalah antara -2.0 hingga +2.0.
Oleh itu, set data kitaran 2 adalah dalam keadaan bertaburan normal. Seperti hasil
kitaran 1, nilai min yang diperolehi bagi setiap komponen 4C dan PAK-21 dalam
kitaran 2 adalah melebihi skala 4 (Jadual 8). Ini menunjukkan murid bersetuju bahawa
intervensi yang dilaksanakan dalam kitaran 2 mampu merangsang kemahiran
kolaborasi, komunikasi, berfikiran secara kritikal dan kreativiti. Keupayaan ini
seterusnya meningkatkan pembudayaan amalan PAK-21.

Jadual 8: Statistik kemahiran 4C dan amalan pembudayaan PAK-21 bagi kitaran 2


Komponen N Min Sisihan Piawai Min ralat Nilai
piawai Kurtosis
Kolaborasi 34 4.218 0.6177 0.1059 1.481
Komunikasi 34 4.124 0.6715 0.1152 0.308
Berfikiran 34 4.112 0.7927 0.1359 0.716
kritikal
Kreativiti 34 4.188 0.5887 0.1010 -0.725
PAK-21 34 4.160 0.6218 0.1066 0.558

15
Analisis ujian-t sampel berpasangan bagi kemahiran 4C dan amalan pembudayaan
PAK-21 antara peringkat kawalan dan kitaran 2 menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara peringkat kawalan dan kitaran 2 bagi kemahiran
kolaborasi, komunikasi, berfikir secara kritikal, kreativiti dan pembudayaan amalan
PAK-21 (Jadual 9).

Sungguhpun, nilai min kemahiran kreativiti bagi kitaran 2 adalah lebih tinggi daripada
kitaran 2, namun analisis ujian-t sampel berpasangan dalam Jadual 9 menunjukkan
tiada perbezaan signifikan antara kitaran 1 dan kitaran 2 bagi kesemua kemahiran 4C
dan amalan pembudayaan PAK-21. Oleh itu, intervensi dalam kitaran 1 dan kitaran 2
memberikan impak yang sama terhadap penerapan kemahiran 4C dan amalan
pembudayaan PAK-21.

Jadual 9: Analisis ujian-t sampel berpasangan bagi kemahiran 4C dan amalan


pembudayaan PAK-21 bagi kitaran 2
Perbandingan Antara Perbandingan
Ujian-t untuk persamaan min
Kawalan dan Kitaran 2/ berpasangan
Kitaran 1 dan Kitaran 2 Min SD T df Sig.
Kolaborasi -2.376 0.5821 -23.806 33 .000*
Kawalan – Kitaran 2
Komunikasi -2.406 0.6884 -20.378 33 .000*
Kawalan – Kitaran 2
Berfikiran secara kritikal -0.3294 0.8653 -2.220 33 .033*
Kawalan – Kitaran 2
Kreativiti -2.4941 0.6194 -23.481 33 .000*
Kawalan – Kitaran 2
PAK-21 -1.9015 0.6023 -18.408 33 .000*
Kawalan – Kitaran 2
Kolaborasi 0.071 1.013 0.407 33 .687
Kitaran 1 – Kitaran 2
Komunikasi 0.0706 1.0067 0.409 33 .685
Kitaran 1 – Kitaran 2
Berfikiran secara kritikal 0.0471 1.1453 0.240 33 .812
Kitaran 1 – Kitaran 2
Kreativiti -0.1059 1.0057 -0.614 33 .544
Kitaran 1 – Kitaran 2
PAK-21 0.0206 0.9939 0.121 33 .905
Kitaran 1 – Kitaran 2
* signifikan pada nilai alpha .05

16
6.0 Perbincangan

Secara keseluruhannya, dapatan kajian di atas memberikan keputusan berikut


terhadap hipotesis yang telah dijana pada peringkat awal kajian tindakan:

Jadual 10: Keputusan hipotesis hasil daripada dapatan kajian yang telah perolehi
Hipotesis Pernyataan Keputusan
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran kolaborasi antara peringkat ditolak
kawalan dan kitaran 1.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran komunikasi antara peringkat ditolak
kawalan dan kitaran 1.
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran berfikir secara kritikal antara ditolak
peringkat kawalan dan kitaran 1.
Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran kreativiti antara peringkat kawalan ditolak
dan kitaran 1.
Ho5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan amalan PAK-21 antara peringkat kawalan ditolak
dan kitaran 1.
Ho6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran kolaborasi antara peringkat ditolak
kawalan dan kitaran 2.
Ho7 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran komunikasi antara peringkat ditolak
kawalan dan kitaran 2.
Ho8 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran berfikir secara kritikal antara ditolak
peringkat kawalan dan kitaran 2.
Ho9 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran kreativiti antara peringkat kawalan ditolak
dan kitaran 2.
Ho10 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan amalan PAK-21 antara peringkat kawalan ditolak
dan kitaran 2.
Ho11 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran kolaborasi antara kitaran 1 dan diterima
kitaran 2.

17
Ho12 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran komunikasi antara kitaran 1 dan diterima
kitaran 2.
Ho13 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran berfikir secara kritikal antara diterima
kitaran 1 dan kitaran 2.
Ho14 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan kemahiran kreativiti antara kitaran 1 dan diterima
kitaran 2.
Ho15 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap Hipotesis
penerapan amalan PAK-21 antara kitaran 1 dan kitaran diterima
2.

Intervensi dalam kitaran 1 dan kitaran 2 didapati dapat memberikan peluang untuk
murid berkolaborasi dalam kumpulan dan antara kumpulan. Murid-murid bukan
sahaja menunjukkan penyertaan aktif dalam kumpulan, malah bersikap boleh
diharapkan oleh orang lain, bersikap menghormati dan menghargai perbezaan, serta
menunjukkan akauntabiliti terhadap hasil akhir dalam tugasan yang diberikan.
Tugasan dalam kumpulan dianggap sebagai tanggungjawab bersama dan setiap
sumbangan ahli kumpulan perlu dihargai.

Namun dapatan data dalam Jadual 4 dan Jadual 6 menunjukkan bahawa masih ada
sebilangan kecil murid yang tidak mampu mengaplikasikan kemahiran kolaborasi
apabila diberikan tugasan berkumpulan. Ini bukan suatu dapatan yang luar biasa
kerana sudah pasti sebilangan murid adalah bersifat intrapersonal dan menghadapi
kesukaran untuk bekerjasama dengan orang lain. Sebilangan lagi murid didapati
mempunyai berkebolehan untuk memimpin dan membimbing orang lain. Biasanya
murid-murid tersebut akan menjadi ketua kumpulan.

Semasa intervensi dilaksanakan dalam kitaran 1 dan kitaran 2, sebilangan murid


menggunakan kemahiran interpersonal dan penyelesaian masalah untuk
mempengaruhi orang lain ke arah pencapaian matlamat. Berbanding dengan
peringkat kawalan yang mengaplikasikan teknik “chalk and talk”, murid dalam kitaran
1 dan kitaran 2 didapati mampu mendemonstrasikan nilai kebertanggungjawaban
terhadap tugasan kumpulan serta memaparkan sikap tidak mementingkan diri sendiri.

18
Kemahiran komunikasi memfokus kepada keupayaan mengekspresi pemikiran
secara jelas, melahirkan pendapat, menyampaikan arahan dan memotivasi orang lain
menggunakan komunikasi yang hebat (Roekel, 2017). Kemahiran ini bukan sahaja
penting dalam dunia pekerjaan tetapi juga dalam kehidupan harian. Keupayaan
berkomunikasi dengan jelas tentang idea dan pemikiran boleh dilaksanakan melalui
lisan, bertulis dan bukan verbal (Partnership for 21st Century Skills, 2011). Kemahiran
mendengar secara efektif juga adalah penting untuk menyahkodkan maksud,
pengetahuan, nilai, sikap dan niat sedia ada. Dengan begitu, murid-murid akan dapat
mempelajari sesuatu yang baru.

Kemahiran komunikasi memerlukan murid untuk bersifat fleksibel dengan


menggabungkan maklum balas secara efektif; bersifat positif dengan pujian,
kegagalan dan kritikan; memahami, berunding dan mengimbangi perbezaan
pendapat dan persepsi untuk mencapai penyelesaian yang praktikal dalam
persekitaran yang kepelbagaian budaya (Partnership for 21st Century Skills, 2011).
PdPc dalam kitaran 1 dan 2 memberikan lebih banyak peluang untuk murid-murid
menyampaikan maklumat, memberi arahan, memotivasi dan memujuk. Murid-murid
Tingkatan 1 Anggun didapati berkomunikasi dalam pelbagai bahasa (Bahasa Melayu,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil).

Aktiviti PdPc yang dirancang perlu menyediakan peluang untuk murid berkomunikasi
dan membimbing mereka untuk berinteraksi secara efektif dengan mengetahui
masa yang sesuai untuk bercakap dan mendengar; menunjukkan nilai menghormati
dan bersikap profesional dalam semua keadaan (Partnership for 21st Century Skills,
2011; Roekel, 2017). Intervensi dalam kitaran 1 dan kitaran 2 kajian tindakan
menunjukkan murid berpeluang untuk bekerjasama secara efektif dalam kumpulan
yang terdiri daripada kepelbagaian ahli. Murid disediakan ruang untuk menunjukkan
sikap menghormati perbezaan budaya dan kebolehan bekerjasama dalam
persekitaran yang mengandungi pelbagai budaya dan sosial; bertindak balas secara
terbuka kepada idea dan nilai yang berlainan; dan merapatkan perbezaan sosial dan
budaya untuk mewujudkan idea, inovasi dan kualiti hasil kerja yang diharapkan.

Kemahiran berfikir secara kritikal akan membantu murid untuk mempelajari kemahiran
lain seperti kemahiran tumpuan yang tinggi, keupayaan analitikal dan
mempertingkatkan proses pemikiran (Roekel, 2017). Generasi yang ingin dibentuk

19
adalah generasi yang dapat membandingbeza evidens, membuat penilaian terhadap
kenyataan sedia ada, membuat keputusan yang tepat, mengaplikasikan pelbagai jenis
penaakulan dan berupaya menyelesaikan masalah. PdPc konvensional didapati
mampu memberikan impak tersebut dengan nilai min 3.782 manakala PdPc
berpusatkan aktiviti murid menghasilkan nilai min antara 4.1 – 4.2. Partnership for
21st Century Skills (2011) menerangkan bahawa proses penyelesaian masalah
adalah melibatkan kepelbagaian masalah yang diselesaikan secara konvensional dan
inovatif. Dengan mengenalpasti masalah dan mengemukakan soalan signifikan bagi
mendapatkan penjelasan dari pelbagai sudut pandangan masalah, maka ia akan
dapat meningkatkan keupayaan kemahiran berfikir secara kritikal.

Kemahiran kreativiti melibatkan penggunaan teknik penjanaan idea yang pelbagai,


memperincikan, menapis, menganalisis dan menilai idea untuk mempertingkatkan
dan memaksimumkan hasil secara lebih kreatif (Partnership for 21st Century Skills,
2011). Tugasan yang disediakan dalam kitaran 1 dan kitaran 2 merangsang sifat
ingin tahu murid dan memberi ruang untuk mereka mengaplikasikan daya imaginasi.
Murid-murid juga bekerja secara kreatif dengan ahli-ahli kumpulannya dengan
membangunkan, mengimplementasi dan berkomunikasi tentang idea baru serta
bersifat responsif terhadap perspektif orang lain. Bagi menyempurnakan tugasan
yang berpusatkan murid dalam kitaran 1 dan kitaran 2, ia memerlukan gabungan input
dan maklum balas orang lain.

Menurut Roekel (2017), dalam pembudayaan pembelajaran abad ke-21, murid-murid


perlu dibimbing untuk menganggap kegagalan sebagai satu peluang untuk
pembelajaran, memahami bahawa kreativiti dan inovasi adalah bersifat jangka
panjang dan merupakan satu proses kitaran yang berulang, serta kejayaan yang kecil
tetapi kesilapan yang kerap merupakan suatu kebiasaan.

7.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Intervensi PdPc dalam kitaran 1 dan kitaran 2 kajian tindakan ini hanya merupakan
antara dua daripada pelbagai aktiviti PdPc abad ke-21 yang boleh merangsang
penerapan kemahiran 4C dan pembudayaan amalan PAK-21 dalam pembelajaran.
Oleh itu, kajian masa depan boleh mempertimbangkan intervensi lain dengan

20
kumpulan murid yang berlainan umur dan tingkatan. Ini kerana setiap persekitaran
pendidikan adalah unik dan generalisasi dapatan kajian adalah tidak digalakkan.

Pendidikan melibatkan proses perubahan yang berterusan (Burke, Lawrence, El-


Sayed, & Apple, 2009). Masyarakat menjadi semakin kompleks. Oleh itu, proses
pendidikan menjadi semakin mencabar. Konflik merupakan satu kebiasaan yang
wujud antara teori dan realiti dalam bilik darjah. Namun, kepentingan murid perlu
mengatasi segala-galanya dengan justifikasi yang rasional bagi setiap aplikasi
intervensi dalam PdPc. Diharapkan kajian tindakan ini bukan sahaja menjadi salah
satu rujukan dalam pembudayaan amalan PAK-21, tetapi juga menjadi motivasi untuk
guru-guru terus bertransformasi demi melahirkan generasi abad ke-21 yang lebih
mantap dan berkualiti.

BIBLIOGRAFI

Ary, D., Jacobs, L. C., Razavieh, A., & Sorensen, C. (2010). Introduction to research
in education (8th edition). Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Burke, K., Lawrence, B., El-Sayed, M., & Apple, D. (2009). Process education: Past,
present, and future. International Journal of Process Education, 1(1). Retrieved
from http://www.pcrest2.com/institute_resources/TI/pe.htm

Dato’ Seri Mahdzir, bin K. (2017). Teks perutusan Hari Guru tahun 2017 oleh YB
Menteri Pendidikan. Retrieved June 1, 2017, from
http://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2017/05_May/TEKS_PERUTUSAN_
BOS_HARI_GURU_2017.pdf

George, D., & Mallery, M. (2010). SPSS for Windows step by step: A simple guide
and reference, 17.0 (10th edition). Boston, MA: Pearson.

Jabatan Perdana Menteri. (2017). Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020.


Putrajaya. Retrieved from http://www.epu.gov.my/ms/rmk/rancangan-malaysia-
kesebelas-2016-2020

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pendidikan Awal


2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1998). The action research planner. Geelong,
Australia: Deakin University Press.

Partnership for 21st Century Skills. (2011). Framework for the 21st century learning.
Retrieved April 3, 2015, from http://www.p21.org/our-work/p21-framework

Ponte, P., Beijard, D., & Ax, J. (2004). Don’t wait till the cows come home: Action

21
research and initial teacher education in three different countries. Teachers and
Teaching: Theory and Practice, 10(6), 591–623.

Roekel, D. Van. (2017). Preparing 21st century sudents for a global society.
Washington, DC: National Education Association. Retrieved from
http://www.nea.org/assets/docs/A-Guide-to-Four-Cs.pdf

Shadish, W. R., Cook, T. D., & Campbell, D. T. (2002). Experimental and quasi-
experimental designs for generalized causal inference. Boston, MA: Houghton
Mifflin.

22

View publication stats

You might also like