You are on page 1of 7

SAMPLE EXAM HBHE2103/lsb 1

SAMPLE EXAM HBHE2103

BAHAGIAN A

1. Program Amalan Kebersihan Sekolah (PAKS) diadakan untuk memupuk dan memperkukuhkan
perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup harian.
Cadangkan EMPAT kemahiran kesihatan diri yang perlu diajar ke arah mengamalkan cara hidup
yang sihat.
i. Kebersihan diri
ii. Kesihatan Pergigian
iii. Senaman dan Kecergasan
iv. Makan secara Sihat

2. Antara program kesihatan yang dilaksanakan di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
ialah Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
Jelaskan EMPAT tujuan diadakan Perkhidmatan Kesihatan di setiap sekolah.
- Menilai taraf kesihatan murid
- Galakkan bimbingan/kaunseling berdasarkan keperluan/masalah kesihatan murid
- Memberi penjagaan rawatan kecemasan di sekolah
- Mengawal dan mencegah penyakit
- Memberi bantuan penempatan OKU

3. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dilaksanakan untuk melahirkan warga sekolah dan
persekitarannya yang selamat, sihat dan berkualiti.
Kaitkan EMPAT aktiviti PBSS yang melibatkan komuniti dalam mencapai matlamat meningkatkan
tahap kesihatan warga sekolah.
SAMPLE EXAM HBHE2103/lsb 2

4. Penubuhan Jawatankuasa PBSS di sekolah bertujuan untuk menyelaraskan semua program dan
aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Dalam bentuk rajah, senaraikan mengikut urutan fungsi
Jawatankuasa PBSS di sekolah dalam memastikan kelancaran pengendalian dan pelaksanaan
program dan aktiviti yang dijalankan.

5. Promosi kesihatan melibatkan pelbagai kaedah yang memudahkan individu mengambil tindakan
positif untuk mengekal dan menjaga kesihatan.
Jelaskan berserta contoh perbezaan antara tahap pencegahan primer dan tahap pencegahan
sekunder kesihatan individu.
SAMPLE EXAM HBHE2103/lsb 3

BAHAGIAN B

1. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan taraf
kesihatan dalam kalangan warga sekolah.
(a) Perihalkan LIMA peranan guru dalam melaksanakan PBSS bagi mencapai hasrat tersebut. (10)
i. Memahami teras2 utama PBSS
ii. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti yg dirancang oleh j/kuasa PBSS
iii. Bertanggungjawab utk memastikan aktiviti2 dilaksanakan
iv. Menjadi contoh kpd murid ttg amalan hidup sihat
v. Galak murid menyertai aktiviti PBSS
vi. Beri penerangan kpd ibu bapa/ masyarakat mengenai PBSS

(b) Cadangkan bentuk kerjasama dan penglibatan komuniti dalam menyokong dan meningkatkan
tahap kesihatan warga sekolah. (10)
a) Penglibatan aktif dlm aktiviti kesihatan
b) Penglibatan dlm bentuk tenaga kepakaran, bahan, kewangan
c) Memberi dorongan dan sokongan moral kpd murid
d) Menjadi role model amalan hidup sihat kpd murid

2. Pendidikan Kesihatan bertujuan memupuk minat, membentuk sikap dan amalan serta
tanggungjawab dalam kalangan murid ke arah kesejahteraan hidup dan kebaikan kesihatan diri,
keluarga serta masyarakat.
(a) Rancangkan LIMA aktiviti Pendidikan Kesihatan yang boleh dilaksanakan secara tidak formal
bagi mencapai hasrat di atas. (10)
SAMPLE EXAM HBHE2103/lsb 4

(b) Cadangkan LIMA langkah untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Pendidikan


Kesihatan di sekolah.

3. ‘Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja’ (PROSTAR) telah diperkenalkan sebagai usaha menangani
masalah HIV/AIDS dalam kalangan remaja serta menggalakkan cara hidup sihat berlandaskan nilai-
nilai murni.
(a) Bincangkan EMPAT pendekatan PROSTAR dalam menggerakkan remaja Malaysia ke arah
mengamalkan gaya hidup sihat tanpa HIV/AIDS. (12)
SAMPLE EXAM HBHE2103/lsb 5

(b) Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah oleh ahli kelab PROSTAR dalam
menerapkan kesedaran tentang AIDS. (8)

BAHAGIAN C

1. Persekitaran fizikal sekolah yang kondusif dan persekitaran sosial yang sihat penting untuk
perkembangan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pihak
sekolah harus memastikan persekitaran sekolah bebas daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit
di samping mewujudkan suasana yang lebih kondusif. Sehubungan itu, Program Amalan Kebersihan
Sekolah dilaksanakan dengan tujuan untuk membentuk sikap positif terhadap keselamatan,
kebersihan dan keceriaan selaras dengan konsep hidup sihat di sekolah.
Bincangkan kepentingan keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah ke arah membentuk
generasi masa depan yang prihatin akan amalan cara hidup sihat. Sehubungan itu, rancangkan
aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi penambahbaikan juga mewujudkan persekitaran
fizikal dan sosial di sekolah yang sihat, selamat dan ceria dalam mencapai tujuan program tersebut.
SAMPLE EXAM HBHE2103/lsb 6

2. Dalam satu perlawanan permainan bola baling, salah seorang pemain pasukan sekolah anda telah
mendapat kecederaan apabila terjatuh ketika melakukan lompatan menghalang bola hantaran dari
pihak lawan. Pemain tersebut sukar untuk bergerak akibat sebelah kakinya terseliuh manakala
tangannya mengalami kecederaan yang menyebabkan banyak pendarahan.
Pertimbangkan prosedur yang perlu anda lakukan sebagai tindakan memberi pertolongan cemas
dan cadangkan kaedah rawatan bantu mula yang sesuai diaplikasikan pada kecederaan yang dialami
murid tersebut sementara menunggu bantuan tiba.
SAMPLE EXAM HBHE2103/lsb 7

You might also like