You are on page 1of 1

LAPORAN PROGRAM

Pada 11 Februari 2017 telah diadakan LDP Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Abad ke
21 di Dewan Seminar Pusat Sumber, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya.
Program yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu ini bermula pada jam 8.30 pagi dan
disampaikan oleh En. Norhailmi bin Abu Mutalib dari SMK Jerlun. Penceramah adalah seorang
pakar dan blogger tersohor PdPc Abad ke-21.

Program yang telah berlangsung lebih kurang 4 jam ini telah dihadiri oleh 75 orang guru. Sesuai
dengan objektif program ini dilaksanakan iaitu memberi pendedahan berkaitan PdPc Abad 21,
guru-guru telah melibatkan diri dengan aktif ketika sesi soal jawab bagi menambah kefahaman
mereka. Perkongsian pengalaman yang disampaikan oleh penceramah telah dapat membuka
mata semua guru dan memberi gambaran yang jelas berkaitan perlaksanaan PdPc Abad 21 ini.
Pengalaman penceramah yang pernah dipilih mewakili Malaysia ke Korea untuk meneliti PdPc
di sana menambahkan semangat serta memberi peluang kepada guru-guru melihat pelbagai cara
pelaksanaan Pdpc di negara lain. Inspirasi dan idea kreatif yang disampaikan telah memberi
kesan dan menyuntik semangat kepada para guru untuk melaksanakannya di sekolah.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang positif di kalangan semua guru.
Perkongsian ilmu yang disampaikan dan penjelasan yang penuh maklumat telah memberikan
suatu landasan yang kukuh kepada guru dalam melaksanakan transformasi kaedah pengajaran
yang sesuai dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua AJK yang terlibat telah
berganding bahu melaksanakan tugas di bahagian masing-masing bagi memastikan kelancaran
program ini. Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan di masa akan datang dan
mengikut pengkhususan mata pelajaran.

You might also like